|
Begitulah yang dapat saya simpulkan selepas membaca posting terbaru daripada bekas MB Selangor, Dr. Khir Toyo. Klik disini untuk membaca tulisan Khir Toyo yang menjadi “hensem” oleh kerana makan banyak tempe.
Diantara yang ditulis oleh Khir Toyo adalah seperti berikut: “Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu. Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu ia merupakan perjuangan mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu”. Menyentuh mengenai Bahasa Melayu yang kini telah dimiliknegarakan sebagai Bahasa Malaysia. Bukankah Umno sendiri yang menyebabkan Bahasa Melayu lemah? Buktinya ialah apabila mata pelajaran Sains dan Matematik yang dahulunya diajar dalam bahasa kebangsaan diubah oleh Umno dan kini diajar dalam Bahasa Inggeris. Alasan yang dikemukan oleh pimpinan Umno pada ketika itu cukup dangkal iaitu kebanyakkan buku rujukan mata pelajaran Sains dan Matematik ialah dalam Bahasa Inggeris. Read More Here
|