A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Haram wakil rakyat lompat parti bertanding semula

Haram wakil rakyat lompat parti bertanding semula PDF Print
Posted by admin   
Friday, 16 May 2008 10:03

(MSTAR ONLINE) - Kerajaan disyor menggubal undang-undang melarang sama sekali wakil rakyat yang melompat parti daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Sambil menyamakan budaya melompat parti, yang kini muncul sebagai isu panas, umpama tindakan pecah amanah kepercayaan para pengundi, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sudah tiba masanya undang-undang ketat diadakan bagi mengelakkan perbuatan seperti itu.

"SPR tidak pernah membincangkan isu ini kerana merasakan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi pandangan peribadi saya, kalau kita melihat dari sudut tujuan, matlamat dan objektif pilihan raya diadakan, memang wajar undang-undang yang menyekat tindakan melompat parti diperuntukkan," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Isu melompat parti di peringkat persekutuan mendapat perhatian banyak pihak selepas Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh majoriti kerusi dua pertiga.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, BN memiliki 140 kerusi manakala barisan pembangkang menguasai 82 kerusi, sekali gus Pakatan Rakyat mendakwa ada sejumlah wakil rakyat berhasrat melompat kepada pembangkang untuk membuka laluan menubuhkan kerajaan baru.

Dengan merujuk kepada Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan yang melarang mana-mana wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri yang meletakkan jawatan daripada bertanding selama lima tahun, beliau berkata, satu peruntukan khas boleh diteliti.

"Kalau kerajaan serius, kita boleh memasukkan peruntukan baru ini dalam Perlembagaan, memandangkan Perkara 113 hingga 120 Perlembagaan menyentuh banyak aspek tentang pilihan raya," katanya.

Ketika ditanya sama ada undang-undang mandatori melarang bertanding sepanjang hayat wajar diperkenalkan, beliau memberitahu, sudah cukup setakat satu bentuk penalti.

"Seperti hukuman larangan lima tahun yang dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan berkaitan pilihan raya yang lain, tempoh yang sama sudah memadai," jelas beliau.

Wan Ahmad memberitahu, Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan bagi menyekat tindakan wakil rakyat yang meletakkan jawatan dan bertanding semula bagi menguji populariti mereka.

"Oleh itu, peruntukan subseksyen berkaitan dengan sikap kelakuan Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh dimasukkan sebagaimana kerajaan pernah mengambil tindakan bagi mengelakkan perbuatan wakil rakyat meletakkan jawatan bagi menguji populariti mereka," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui ada pandangan yang mengatakan tindakan sedemikian bertentangan dengan kebebasan memilih parti dan bertanding.

"Tetapi sebenarnya wakil rakyat yang melompat parti ini dipilih berdasarkan parti dan dia bertanding atas tiket sesebuah parti, manifesto dan pegangan parti dia wakili.

"Jadi apabila mereka dipilih oleh pengundi, dan mereka memilih untuk keluar atau melompat parti, ia juga satu tindakan pecah amanah," katanya.

Comments (20)Add Comment
...
written by drabdulwahid, May 16, 2008 10:05:52
yang selama ni wakil rakyat lompat masuk BN takpa??

penipu besar
report abuse
disagree 1
agree 22
...
written by kurangfaham, May 16, 2008 10:14:43
Inilah kerajaan Babi Nasional (BN). mereka boleh ubashsuai perelmbagaan menikut citarasa Babi Nasional.
report abuse
disagree 1
agree 18
...
written by Tornado, May 16, 2008 10:15:05
hampeh....nak lompat pun takleh..
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Raja Chulan, May 16, 2008 10:22:59
Katak Katak akan mula berlompat pada tanggal 22hb Mei 2008.

Sabar, tidak lama lagi Pakatan Rakyat akan merajui Kerajaan Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by whiteheart, May 16, 2008 10:26:46
Since Rashit is so keen to introduce such an undemocratic laws, might as well pass a law where only BN candidates can run for election. Better still, make it a law that Malaysia can only have one political party which is UMNO.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by micon02, May 16, 2008 10:37:14
Haram wakil rakyat lompat parti

SPR sendiri telah pecah amanah dengan menipu rakyat dalam pilihan raya
Mereka ini bukan buta mata tapi buta hati
SPR takut kalau rahsia mereka exposed bila PR memerintah

Kalau gini lah cara Umno memerintah, mereka akan lingkup pada masa terdekat
Kalau selalu nya mereka mengata Israel, kini taraf kekejaman Umno sama sperti Israel

Umnoprutras dan orang2 Melayu di ingatkan, "Menyokong Kerajan Yang Zalim Pun Haram"



report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by drabdulwahid, May 16, 2008 10:50:09
klau ada mp PR yang sokong usul ni mmg nk kena ketuk kepala.

lagi2 karpal.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Concerned_Citizen, May 16, 2008 11:16:07
Bila diaorang perasaan yang diaorang kena surender, macam-macam law yang nak dibuatnya. Tak guna betul..

Yang lain lompat masuk BN = Boleh,
Lompat keluar = Tak Boleh, melainkan anda mati

Eish, macam kontrak seumur hidup, kena jual roh dan badan!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by micon02, May 16, 2008 11:17:42
SPR

Tolong pikiak betul2, polish hati dan otak kamu, jangan selalu nak menipu rakyat sahja mengikut hawa nafsu untuk pangkat dan kemewahan.

Wakil rakyat melompat drpd parti yang berlaku zalim kepada parti yang buat kebaikan dan keadilan untuk rakyat adalah "WAJIB" mengikut ajaran Islam.

Jangan menyokong dan mengampu perbuatan kemungkaran.
Kerajaan Umno itu zalim dari segi Human Right dan juga Ajaran Islam
Banyak2 taubat....jangan terlambat








report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by ttwangsa, May 16, 2008 12:15:46
Saya setuju benar dengan cadangan SPR yang bernas dan bermentaliti kelas dunia ini.
Lebih baik lagi jika dicadangkan mana-mana individu bertanding menentang calun BN dalam mana-mana Pilihanraya dilarang bertanding seumur hidup dan semua harta mereka termasuk seluar dalam dirampas dan diberi pada calun BN tersebut.
Ini barulah adil kepada BN.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by budakindia, May 16, 2008 12:24:10
Haram? Lompat parti haram? Lepas nie apalagi yang haram? Undang-undang zaman batu mana pula dia nak gubal pula! Buat malu ajelah BN nie!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by libau, May 16, 2008 12:58:55
Goodlah this BN Gomen...
Everything is Law...Act..Haram...
But since when you BN Gomen follow the rules??...
Have You???

report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by harryo, May 16, 2008 13:41:52
Dalam sesuatu negara yang mengamalkan, adakah wajar melarang seseorang Wakil Rakyat melompat parti, meletak jawatan dan bertanding melalui parti baru?
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by The Voter, May 16, 2008 15:28:41
CONFIRM, SPR is another BN party.

Why you busy to suggest anti hoping. SPR job should only conduct the election, that all. It is up the parliment to set the law, not from you SPR.
Wan, you are like Rashid in the making. For sure SPR will be the same with the people like you replace Rashid and UMNO/BN in power.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by cicakman, May 16, 2008 15:59:19
So stupid BN. BARISAN TAK RASIONAL your days are numbered. Our future MP's from BN, just ignore what they say. We Pakatan Rakyat will support you all.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by sttb08, May 16, 2008 16:24:05
ALAMAK. camno katak kelantan kite nak lompet takleh? sian lah dia.....
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by IbnAbdHalim, May 16, 2008 18:13:27
Kalau lompat masuk PR haram, tapi masuk UMNO/BN HALAL? Nanti apabila PR berkuasa kita pastikan SPR dibubarkan dan tubuh badan baru.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by othman hitam, May 16, 2008 22:33:54
eh, eh...........yang SPR sibuk nak suruh kerajaan gubal undang-undang anti lompat parti ni pasal apa? Mengapa tak jadi calon BN dulu..kan senang..boleh usul terus kat parlimen. Lagi pun masa PRU 12, BN kurang calon berwibawa. Jika kamu dan pengerusi kamu menjadi calon BN, pasti menang sebab tersangat wibawa. Begini sajalah Dato..PORAH
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Ibnukhuzaimah, May 17, 2008 04:26:31
Akta Lompat ini diperkenalkan bila Shahril letak jawatan dan bertanding atas lambang kunci.(Betulkan jika saya silap) BN Tewas, kemudian buat law baru. Shahril is still in the cabinet under BN. Apa punya kunci dahhh.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by othman hitam, May 18, 2008 22:11:20
Dato, haramkan ADUN atau Ahli Parlimen tanding semula jika lompat parti kira ok walaupun sebelum ni SPR tak kisah bila pembangkang lompat ke bn. Lagu pun hairan juga, kenepa spr yang sibuk sangat, macam lebih sudu dari kuah je. Berbalik kpd tajuk, harap yang Dato cadangkan tu adalah undang2 manusia. Bagaimana calon yang meneng dgn kaedah HARAM yang dibantu spr? Dato rasa tak kene soal ke diakhirat? Bagaiman elaun yang sipemenang tadi dapat, halal ke dan spr tak menyumbang kpd tak halalnya tu. Fikir2 lah Dato..kedatangan ajal tak siapa yang tahu
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM