A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Kerajaan Abdullah Badawi urustadbir wang royalti secara gelap

Kerajaan Abdullah Badawi urustadbir wang royalti secara gelap PDF Print
Posted by admin   
Friday, 16 May 2008 09:55

(Harakah) - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali mendakwa pengendalian Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap isu wang royalti dibuat dalam keadaan gelap.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harakahdaily berhubung penafian yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said yang membongkarkan maklumat bahawa Terengganu tidak pernah menerima baki RM3 bilion daripada RM7.3 bilion yang dilaporkan dibayar Petronas sebelum ini.

Bahkan jelas Ahmad lagi, iannya juga tidak pernah dimasukkan dalam bajet negeri yang dibentangkan selepas Barisan Nasional (BN) memerintah semula Terengganu.

"Kita telah menjangkakan pendedahan mengenai hal ini dan pengendalian wang royalti sememangnya dibuat secara gelap dengan hanya Menteri Kewangan yakni Abdullah dan Menteri Besar yang lepas, Idris Jusoh sahaja yang mengetahuinya," katanya.

Tambahnya, selama ini wang tersebut telah digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengikuti prosedur kewangan yang betul.

"Kita pernah membangkitkan tentang wang royalti ini di dalam dewan rakyat sebelum ini tetapi ianya sengaja ditutup dan dielak oleh kerajaan dengan alasan ianya masih dibicarakan di mahkamah," ujarnya.

Malah, beliau tidak menafikan bahawa baki RM3 bilion yang gagal dikesan itu telah digunakan untuk kepentingan politik BN dan bukan untuk menjalankan projek sepertimana yang didakwa oleh Ahmad bahawa terdapat kemungkinan ianya dihabiskan untuk membiayai projek kerajaan persekutuan di negeri itu.

"Mereka juga telah melakukan pembaziran dengan membelanjakan peruntukan tersebut sehingga tersasar daripada mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri itu sendiri.

"Ini kerana wang royalti yang dikatakan tersebut tidak sampai kepada matlamat asal perbelanjaannya berdasarkan prioriti yang sepatutnya bagi menyelesaikan pelbagai keperluan yang sebenar seperti masalah kemiskinan, perumahan, pendidikan dan sebagainya," katanya lagi.

Mustafa yang juga merupakan Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat menegaskan bahawa sudah sampai masanya kerajaan pusat mengembalikan royalti minyak secara sah berdasarkan perjanjian asal yang dimeterai pada 22 Mac 1975.

"Menerusi perjanjian tersebut, Terengganu berhak mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus dan saya mencadangakan agar ianya diselaraskan dengan negeri-negeri lain seperi Sabah dan Sarawak.

"Sekiranya sesudah itu ianya diperakui oleh kerajaan pusat dan negeri untuk menarik balik kes tersebut daripada mahkamah kerana sehingga kini ia masih diteruskan," ujarnya lagi.

Tegasnya, rakyat Terengganu kini semakin menyedari kepentingan dan hak mereka terutamanya dalam isu wang royalti minyak.

Sejak tahun 2000, kerajaan pusat telah menyekat pembayaran wang royalti minyak kepada kerajaan negeri yang ditadbir PAS ketika itu dengan mewujudkan sebuah akaun khas bagi menyalurkan wang tersebut kepada negeri.

Ianya dikawal selia oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri dan Menteri Besar Terengganu, Dato' Idris Jusoh.

Dalam perkembangan yang sama, Ahmad berkata beliau sudah bertanya mengenai wang royalti itu kepada Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan diberitahu bahawa kerajaan negeri hanya menerima RM4.3 bilion.

Menurut laporan Berita Harian, Ahmad dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau akan mendapatkan maklumat lanjut ke mana perginya baki duit royalti atau dana khas itu yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan rakyat negeri ini.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham A Aziz bahawa Petronas membayar RM26.7 bilion royalti minyak kepada Kerajaan Persekutuan dan tiga kerajaan negeri dari 2004 hingga 2007.

Amirsham berkata, sebanyak RM13.4 bilion dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu (RM7.3 bilion), Sabah (RM1.2 bilion) dan Sarawak RM4.9 bilion).

April lalu akhbar turut melaporkan Ahmad meminta Kerajaan Persekutuan menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri yang dikenali sebagai DKKP bagi membolehkan ia digunakan untuk membiayai pelbagai projek pembangunan untuk rakyat.

Ahmad berkata, penyerahan semula hak pengurusan wang royalti minyak sebanyak lima peratus, yang ditarik balik pada 2000 ketika pentadbiran Pas, akan membolehkan kerajaan negeri merancang sendiri projek sesuai dengan keperluan tempatan.

Nilai wang royalti minyak itu dianggarkan RM1 bilion setahun. Kementerian Kewangan pada 5 September 2000 menggantikan bayaran royalti minyak lima peratus kepada Kerajaan Terengganu dengan program wang ihsan yang disalurkan melalui projek pembangunan dan bukan dibayar kepada kerajaan negeri.

Comments (9)Add Comment
...
written by cillipepper, May 16, 2008 10:08:01
Natang penyamun dalam gelap
report abuse
disagree 2
agree 18
...
written by cillipepper, May 16, 2008 10:21:22
Kami BENCI pengendali wang royalti dalam gelap, NATANG!
report abuse
disagree 1
agree 17
...
written by cillipepper, May 16, 2008 10:28:15
Tak nak wang royalti di urustadbir dalam gelap, NATANG!
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by uncleleow, May 16, 2008 10:53:56
Sekarang baru sedar!!!! Duit habis, rakyat miskin lompat ke pakatan lar. Hapuskan BN.
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by Naj Alhaj, May 16, 2008 11:19:23
Woi Mad, apa lah kau ni bengap sangat!! Semua duit tu dah tak de dah. Apa nak heboh heboh lagi. Apa yang kau perlu buat sekarang ia lah terus mintak duit yang belum di kasi tu sebelum habis di belanja buat boat race lah, panggil tah mana mana minah dan mamat mamat celeberiti yang tak guna satu sen pun untuk neger kau dan rakyat kau tu!! By the way, ramai ke jemaah sembahyang kat mesjid kaca tu? Lagi satu aku nak ingatkan, jangan fikir fikir nak lompat ke Pakatan Rakyat, dia orang pun sama juga perompak....kau buat je keje kau tu...desak terus desak. kalau susah sangat bawak rakyat yang miskin kau tu ke KL jumpa Dollah tu...
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by Naj Alhaj, May 16, 2008 11:24:04
kesian ye, ade show yang gah kat negeri kau tu, ada mesjid kaca, ade pulau duyong lah..semua untuk ma' lauan ma'laun anjuran orang kat KL tu. Rakyat kau tu ade yang berak kat tepi pantai tutup muke ngan kain pelekat..betoi ke..alah hai...Agak nye bila rakyat ngkau dapat keselesaan tu Mad oi?...tunggu lah sampai minyak anugerah Tuhan tu habis....
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by slash n burn, May 16, 2008 13:30:16
UMNO..
NATANG!
MAHATHIR..
NATANG!
BADAWI..
NATANG!
NAJIB..
NATANG!
IDRIS JUSOH..
NATANG!
KJ..
NATANG!
KAMALUDDIN..
NATANG!
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by CM Lam, May 16, 2008 15:54:20
What is past cannot be changed. The important issue is that MB Trengganu MUST make sure that from now onwards, every single cents of the royalty must be properly used and accounted for the rakyat of Trengganu....not for any stupid MONSOON CUP ! HRH/HRM should also insist and counter check.
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by Hope4all, May 16, 2008 22:40:15
Bila PM sendiri pun kencing berjalan, menteri-menteri yang mulia lain pula kencing berlari!
report abuse
disagree 0
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM