A+ | A- | Reset
Home

Rakyat terus ditipu PDF Print
Saturday, 05 January 2008 10:15
KAMAL AMIR MENULIS

SAMPAI bila Rakyat harus dibohongi oleh mereka yang bernama pemimpin? Tergamak sungguh mereka mempermainkan hati dan perasaan marhain di sebalik “putar belit” politik cukup menjijikkan untuk menjeruk dan meneguk air mata pembayar cukai yang semakin terhimpit dengan kehidupan amat jerih lagi menyesakkan.

Active Image

Kenyataan memanda wazir pendidikan Hishammuddin Tun Husein Onn kononnya beban dana pendidikan tidak lagi menghimpit kehidupan rakyat apabila kerajaan menyediakan buku teks percuma serta kadar yuran berpatutan ternyata bohong!

Katanya lagi untuk tujuan tersebut kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan sejumlah 2.5 bilion ringgit dan seharusnya rakyat berterima kasih kepada keprihatinan pemimpin untuk tidak membebankan setiap wargabangsa di bumi merdeka.

Malangnya, sebaik sahaja musim persekolahan dibuka, dengan berbekalkan janji manis memanda menteri pendidikan, kalangan ibu bapa tertipu dan terpedaya apabila berita yang didengungkan sebelum ini ternyata “indah khabar dari rupa”.

Pemansuhan yuran sekolah yang digembar-gemburkan selama ini dikurangkan hanya sekadar RM4.50 (empat ringgit lima puluh sen) sebaliknya ibu bapa dikenakan yuran PIBG serta yuran itu dan ini, kesemuanya berjumlah lebih seratus empat puluh ringgit bagi seorang anak serta perlu dilangsaikan seawal pelajar memasuki kelas persekolahan.

Lebih mengelirukan terdapat bayaran persekolahan yang cukup mengelirukan serta berbeza-besa dan tidak seragam. Dalam erti kata lain jika sesebuah keluarga mempunyai seramai empat orang anak, pastinya terpaksa berbelanja lebih satu ribu ringgit untuk kos yuran serta buku kerja.

Kalaupun benar pihak pemerintah menyediakan buku percuma, ia tidak lebih sekadar melepaskan batuk di tangga kerana terdapat juga kalangan pelajar memperolehi buku lama yang sudah koyak-rabak, berconteng serta lusuh.

Jumlah harga buku teks hanya dalam lingkungan lima puluh ringgit sahaja tetapi beban untuk bayaran buku kerja mengikut kaedah pembelajaran, setiap pelajar harus menyediakan sekitar dua ratus ringgit.

Menyentuh soal yuran sekolah yang dikurangkan sejumlah RM 4.50, kebanyakan sekolah mengenakan yuran sekitar sembilan puluh ringgit tidak termasuk yuran pembelajaran komputer di mana makmal komputer di sekolah-sekolah tersebut berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu berserta tenaga pengajar yang tidak mencukupi.

Yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

1:         Ko-kurukulum              RM 10.50

2:         Kertas ujian                         20.00

3:         Sukan                                  10.00       

4:         Pendidikan Islam             10.00

5:         Insuran                                 1.50

6:         MSSM                                   4.00

7:         PIBG                                   20.00

8:         Majalah                              32.00

JUMLAH                                      108.00

Disamping itu terdapat juga Persatuan Ibu Bapa Guru yang gagal memberikan kutipan keseluruhan atau kunci kira-kira persatuan sejak dua tahun lalu kerana tidak diketahui ke mana wang kutipan tersebut dibelanjakan. Disamping itu ibu bapa turut dibebankan oleh yuran tambahan bagi menampung kos pembenaan bangunan dewan yang tidak diketahui jumlahnya.

Seharusnya menteri tersebut merasa malu dengan keadaan yang tercetus di sekolah-sekolah di mana kepincangan demi kepincangan kian terserlah serta bagaikan ada percaturan “silap mata” cuba mengelirukan rakyat.

Sejak dahulu lagi rakyat menuntut agar kos pendidikan tidak seharusnya membebankan  ibu bapa kerana pendidikan merupakan sebahagian daripada saham terpenting negara dalam memastikan kesinambungan generasi yang terdidik dengan ilmu pengetahuan.

Sebaliknya kementerian pendidikan kini dilihat sebagai “lubuk emas” menyimpan karun  dari perahan air mata rakyat. Apa yang pasti, pencetak buku (tentunya dari kalangan orang keliling serta kroni) serta pengilang baju seragam pasti mengaut untung lumayan. Dan Menteri berkenaan tanpa malu menghebahkan kerajaan terpaksa menambah lebih dua bilion ringgit bagi tujuan menyediakan buku teks percuma serta pengurangan yuran sekolah.

Ternyata sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi semakin tempang menerajui kepimpinan negara. Rakyat bukan sahaja diulit mimpi ngeri dengan beban kehidupan serba melenjankan malahan untuk menimba ilmu pengetahuan juga harus dibayar dengan harga cukup memeritkan.

Tergamak sungguh mereka bernama pemimpin menipu rakyat dalam janji manis yang ternyata tidak kesampaian. Hari ini beban kehidupan bukan lagi sekadar cakap kosong atau omong kedai kopi. Segala-galanya menjadi realiti serba menyakitkan hati marhain.

Seawal menyediakan pakaian seragam untuk anak-anak menjadikan ibu bapa dilenjan situasi sukar kerana bagi sepasang pakaian seragam termasuk baju, seluar, kasut, setokin, beg sekolah serta peralatan alat tulis, sejumlah satu ratus lima puluh ringgit perlu disediakan. Bagaimana jadinya jika terpaksa membeli lebih dari sepasang pakaian untuk anak melebihi dua orang?

Sedangkan untuk menyambung kehidupan seharian pun marhain sudah dijerut kesan kenaikan harga barangan di pasaran yang mencanak tanpa mampu dikawal, kini awal musim persekolahan pastinya menjadikan setiap ibu bapa diregut kemurungan dan lelah serba menyesakkan nafas..

Lebih mengecewakan apabila pihak sekolah juga gagal mengawal harga makanan di mana belanja harian tidak lagi cukup dengan kadar satu ringgit seorang kerana nasi lemak yang dijual mencecah sampai 1.50 sebungkus, begitu juga dengan minuman dalam tin.

Tergamak sungguh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi menjeruk hati dan perasaan anak kecil yang mendambakan keselesaan sepanjang menimba ilmu. Bagaimana mampu setiap ibu bapa menahan kemurungan melihat anak-anak mereka tidak mampu disediakan belanja secukupnya sebagai bekalan makanan di sekolah?

Tiada kata termampu diluahkan sebagai melampiaskan gelodak hati melihat gagalnya kerajaan Abdullah Ahmad Badawi menyelami kehidupan rakyat yang cukup terhimpit kesan kepimpinan sebegitu sempang-peranang selain dari luahan kata-kata “sampai hati sungguh mereka menyiksa kehidupan rakyat!”

Setiap pemimpin yang berada di anjung kuasa bersama orang keliling serta kroni tentunya berkemampuan menyediakan kehidupan cukup lumayan untuk anak-anak mereka menimba ilmu, malahan ada berkemampuan mengirim keluar negeri seawal peringkat pendidikan sekolah rendah lagi, sebaliknya rakyat marhain, usahkan lega, malahan setiap hari kian terjerut dan terhimpit. Fikir-fikirkanlah.


Comments (16)Add Comment
...
written by kzso, January 05, 2008 10:39:46
well.... it's the school and pibg/pta's fault really. why the need to pay for the maintenance of the achool hall, computers, toilets etc. it's the school responsiblities to request for allocation and maintenance of the above! smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by kzso, January 05, 2008 11:06:29
leaders that should not be given higher votes or to lose their seats are:
1. ydp pm - it's obvious
2. samy velu - too long
3. rafidah - times up
4. nazri - top joker and a clown
5. kj (if he wants to contest) - an opportunist
6. close one eye jasin mp - another joker
7. bung mokhtar - an insult to the ppl of malaysia
8. kayveas - don't know whether he is from bn or the opposition
9. anwar - his time is over
10.najib - can't even control his wife
11.muhyidin - what has he been doing?
12.chan kong choy - for bailing out pkz
13.finance minister - wonder what he's been doing right now
14.azlina - she should get married and settle down
15.shapie apdal - not able to control prices
16.???
17.???
18.???

smilies/smiley.gif smilies/wink.gif smilies/cheesy.gif smilies/grin.gif smilies/angry.gif smilies/sad.gif smilies/shocked.gif smilies/cool.gif smilies/tongue.gif smilies/kiss.gif smilies/cry.gif
report abuse
disagree 5
agree 12
...
written by devious17, January 05, 2008 13:19:26
"Rakyat terus ditipu " Ini adalah kerana rakyat suka ditipu, setiap kali pilihanraya pangkah umno/bn untuk ditipu dan dianiaya .........aneh! aneh! rakyat msia biul atau bahlol? ....... atau kedua duanya skali?

Sekolah kerajaan untuk rakyat tapi rakyat terpaksa bayar yuran ini dan itu tak jauh bezanya dari sekolah swasta kecuali cikgu sekolah swasta lebih berkaliber.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by rastafarianz, January 05, 2008 13:32:00
Just imagine how the folks who are really struggle in their life, their childers going to school this year, they might have been thinking that the govt is bearing all the cost but learned that all these need to be paid when they go to the school on the 1st day! How can they find the $$ in the last moment, RM100 is not much for some people but our country still has many..many..many people whom for them RM100 might be their 2 weeks income. smilies/sad.gif

Damn PIBG, Hisapdarahmudin, BODOWI & UMNO_Satans!!!! Cheating your own people and putting them in a rad situation... YOU ALL GOING TO FACE THE RETURNS SOON!! I'm praying for that each and everyday! I would have been Happy if that day when i switched on my BBC/CNN and saw the New Flash stating " Malaysian Prime Minister & Team assasinated" instead of Benazir Bhutto!! smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by hiro, January 05, 2008 16:10:15
There there, we should all refrain from violent comments that could give the enforcers the wrong idea that this site has been converted to a terror cell of sorts... I urge commentators to exercise some moderation.
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by macaufan, January 05, 2008 21:08:14
since 1970-1997 whoever mentioned about anti-gomen, they're refering it to the one & only party DAP. but upon the down fall of Anwar, the malays has realise they'vr been cheated by umno regime for far toooo loooong. same goes to indians, b4 they mati mati & buta buta undi BN. y? bcos for them, PAS is Islam & DAP is for cina, so they said they got no choice but vote for MIC/BN ! but sin HINDRAF rise up the indian has realise too, they've been cheated by Semi-noValue for toooo loooong too ! >50 years of waiting, Semi-NoValue still telling them to tunggu.......'ayam' working hard for the indians !
MCA has realise their ground is 'shaking' strong & hard since the SKJC Damansara, Kerismudin issues & the cina bznes is badlly affected by NEP, FDI is low, the corrupted umno regime & PM poor leadership
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by macaufan, January 05, 2008 21:18:22
with all the malaysian has weaken up & realise what they want: Bangsa Malaysia, Justice, Fair & Free opportunities, Free of gomen corruption, genuine helps for the poor, free of racist, free & fair media, gomen transperancy & etc.

it's time to topple the corrupted umno regime & gomen changed by this coming GE !
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Yacob, January 05, 2008 23:23:20
Memang padan muka rakyat Malaysia. Mereka memang dungu. Mudah tertipu. Menteri yang bodoh-bodoh macam Hisapmudim, Mamak Maidin Zam, Nazri Aziz, Adnan Mansor, Aziz Samsuddin dan lain-lain menteri senang-senang menipu rakyat tapi rakyat tetap juga sokong mereka.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by metal, January 06, 2008 00:27:59
PM mau tidur, biarkanlah. Rakyat harus bangun dari tidur. Bila terjaga, barulah tau janji-jani manis BN adalah mimpi sahaja. Macam filem P.Ramlee, DUGAAN...
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by Alan Tan, January 06, 2008 14:45:43
Tk Kamal, smilies/wink.gif skg saya nampak taktik kotor BN. Hari ini (Jan 6) MCA bantu org register undi oh, mungkin erection mau datang. smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by budakindia, January 06, 2008 21:08:38
undilah bn sampai mati! smilies/grin.gif kalau tak pun sampai anak, bini tergadai! smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Tornado, January 07, 2008 16:56:34
Kalau dah semua korup...bukan sahaja negara akan bangkrap...bangsa pun akan hanyut dan tergadai maruahnya.....
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Raja Gasper, January 07, 2008 17:16:25
Negara akan bangkrap jika diberi susidi katanya TPM Datuk Najib.
report abuse
disagree 1
agree 0
...
written by Goostee, January 07, 2008 18:53:21
Ibu bapa harus membantah besar-besaran terhadap penipuan yang makin menjadi-jadi tahun demi tahun ini. Cucu kami yang belajar dalam Darjah 6 di Sek Sri Petaling, PJ tahun 2006 dulu dikenakan yuran RM120.00 buat Kelas Tambahan UPSRnya. Kelas kononnya akan diadakan 3 kali seminggu, benar-benar memberi harapan tinggi buat cucu kami mendapat keputusan baik dalam peperiksaan penilaiannya. Tapi percayakah tuan-tuan bahawa jumlah kelas yang dapat dihadiri oleh cucu kami itu tak sampai pun 10 kelas sahaja. Ada-ada saja alasan bagi menangguhkan kelas; Cekgu sakit, Cekgu terlibat dengan latihan sukan, Cekgu musyuarat, Hari Guru, mesyuarat PIBG dan bermacam-macam lagi. Oleh kerana mainan kotor sekolah ini tak ketara kepada kami sehingga bulan Jun, usaha kami memulihkan cucu kami itu nyata terlambat. Cucu kami menjadi mangsa dengan mendapat hanya 2B & 3C. Tahun 2008 ini cucu prempuan kami pula menghadapi dilema yang sama. Kami difahamkan yuran RM 198 dikenakan, termasuk yuran RM120 yang saya perkatakan di atas. Apa yang patut cucu saya lakukan nanti ? Tunggu kelas yang tidak konsisten dan akhirnya gagal dalam peperiksaan, atau ponteng kelas dan ambil tiusyen sendiri ? Pilihan pertama nyata akan menggagalkan murid dalam peperiksaannya, manakala pilihan kedua akan mempertembungkan soal disciplin dimana guru akan menuduh murid ponteng sedangkan murid berbuat demikian untuk kebaikan masa depannya. Ibupapa pula menjadi mangsa kerana wang RM 120 yang mereka laburkan tidak menghasilkan manufaat.

Berbalik kepada yuran-yuran yang tuan senaraikan. Ia nyata keterlaluan, sebabnya ?

* Kertas Ujian : RM 20 boleh membeli 3 rim, atau 1440 helai kertas. Mampukah murid menjawab soalan
yang terkandung dalam 100 helai kertas soalan setiap bulan ?
* Pend Islam : RM 10 - tidakkah guru ugama digaji secukupnya oleh Kerajaan. Dimana kewibawaan Islam
Had-hari ?
* Insurans : RM 1.50. Wang sebanyak itu tidak harus dipertikai ? Tapi taukah sdr bahawa
bayaran perlindugan Personal Accident insurance begitu murah dan boleh dibeli secara
kumpulan. Boleh kita dengar berapa sebenarnya yang dibelanjakan oleh sekolah dan apa
pula perlindungan diperolehi ?
* PIBG : RM 20 - tolong bentangkan kira-kira penggunaannya. Harus diingat ibubapa juga
diminta menyumbang derma diHari Guru, diakhir tahun dll
* Majallah : RM 32 - buku dibuat dengan salutan emaskah ?? Tapi apa perlunya ia dicitak begitu
mahal ???

Buat makluman tuan-tuan, Sekolah Sri Aman PJ pula memaksa muridnya memakai stoking yang disediakan sendiri oleh sekolah tersebut. Tapi, manakala stoking boleh dibeli 6 pasang RM 10 dikedai, Sri Aman memeras muridnya RM 4. bagi sepasang stokingnya.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Equal, January 08, 2008 00:43:51
Inilah pemikiran rakyat Malaysia. Selalu cerita tentang kaum ! Selagi kaum aku dapat berkuasa, menjadi PM,DPM,Menteri,Timbalan Menteri,AG,Ketua Polis Negara,Speaker,Wakil Rakyat,CEO GLC,Ketua Pengarah Kementerian,Naib Canselor Universiti,Pengerusi SPR,DO,Timbalan DO,Pengarah Hospital,Pengetua,Guru Besar dll. sudah cukuplah. Tidak penting jika mereka tidak boleh buat kerja,tidak cekap,tidak jujur,malas,kaki rasuah,kaki perempuan,makan duit rakyat dan sebagainya. Asalkan mereka datangnya dari kaum aku. Sudah cukup bangga untuk aku melihat mereka menjawat jawatan yang tinggi itu, tidak ada keboleh itu tidak penting. So long jangan kaum lain dapat peluang itu.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by antiilluminati, January 16, 2008 11:59:44
Rakyat yg bodoh lak tu. Menteri bermahajarelalah.. Pembelajaran sepatutnya percuma tapi kini kerajaan mintak duit ~ nak biayalah piliharanraya nie.

Saya ada sepatah dua utk Pak Lah - Bangkit dari tidur - buangkan ego dalam diri sikit. Bawa Anwar yg dah insaf ( enlightened ) tu balik UMNO. Malaysia perlu diselamatkan secepat mungkin. Dah tengah parah nie. Menteri semua bodoh2 belaka, mcm mana nak manage. Nak catu minyak dgn baik pun tak tau. Tu tengah mengulatlah. Kalu takleh handle negara nie, mintak nasihat TUN M balik sebagai penasihat, dia yg perosak segala yakni dia taulah mcmmana nak perbaik bagi ok balik.

Ttg seks, biasalah menteri semua mcm setan. Dan kini ramai dah jadi pembunuh. Sememangnya saya sedih sungguh ttg nasib negara.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM