A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Pulau Pinang cetus ‘tsunami’ kedua, 11 ribu sertai keADILan

Pulau Pinang cetus ‘tsunami’ kedua, 11 ribu sertai keADILan PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 14 May 2008 18:02

Oleh Zulkifli Mohamed

PERMATANG PAUH :  keADILan Negeri Pulau Pinang mencipta satu lagi ‘tsunami politik’ di negeri itu, apabila parti tersebut menerima kemasukan ahli baru seramai 10,997 orang dalam tempoh dua bulan selepas menawan ‘negeri Perdana Menteri’ bersama rakan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Ketua Pembangkang Parlimen yang juga Presiden keADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menerima borang ahli baru tersebut yang diadakan di Dewan Orang Ramai di Tapak Ekspo Seberang Jaya, dekat sini baru-baru ini.

Majlis bersejarah itu turut meleburkan impian Malaysian Indian United Party (MIUP), yang pro Barisan Nasional (BN) pimpinan Dato’ Nallakaruppan yang cuba bertapak di negeri itu, apabila ahlinya seramai 2000 orang yang diketuai Pengerusi MIUP Pulau Pinang, L. Balasubramaniyam mengumumkan keluar parti, sekaligus kesemua 13 bahagian penajanya dibubarkan.

Tiga belas bahagian itu ialah Kepala Batas, Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Nibung Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau, Jelutong, Bukit Glugor, Bukit Bendera, Tanjung dan Bagan.

Berucap pada majlis tersebut, Azizah berkata selepas 10 tahun berjuang untuk ketuanan rakyat, akhirnya rakyat negeri itu mencipta gelombang ‘Makhal Sakthi’.

“Kita mengalu-alukan mereka yang telah menyertai Parti keADILan Rakyat. Parti kita parti muda, parti bertenaga, parti kita berteraskan keadilan untuk semua,” ujarnya.

“Kita mahu semua rakyat Malaysia bersama-sama kita, marilah bersama-sama kita ubah sistem yang korup, sistem yang tidak adil dan sistem yang zalim,

“Insyaallah, kita boleh tukar kerajaan tidak lagi lagi,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin pula berkata apabila ketuanan rakyat dinobatkan, tidak ada mana-mana kuasa boleh menghalang kebangkitan rakyat, kecuali kekuasaan Tuhan.
 
“Kita akan pastikan setiap inci, setiap ruang yang kita lakukan dasarnya akan menuju ke arah memastikan ketuanan rakyat terhasil di bumi bertuah ini,” tegasnya.

Turut berucap pada malam itu  ialah Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrisnan, Adun Batu Uban, S Raveentharan dan Ahli Parlimen Jerai Ustaz Firdaus Jaafar.

Comments (15)Add Comment
...
written by freedom lover, May 14, 2008 18:08:50
Can PM Abdullah claims legitimacy to the strongest seat in the nation now! Members from Kepala Batas and surrounding areas have joined the PKR! Tajol Rosli, please ask the PM to resign his seat and contest again in Kepala Batas!
report abuse
disagree 0
agree 43
...
written by Fernz, May 14, 2008 18:13:50
Tajol Rosli was the bugger crying shamelessly like a litle kid after he lost Perak, according to media reports.

report abuse
disagree 1
agree 23
...
written by myvoice, May 14, 2008 18:13:55
Cakap tak serupa bikin, bilakah si Dodol Rosli ni nak resign? Kami rakyat Perak ni tak sabar-sabar nak mengundi lagi.
report abuse
disagree 0
agree 23
...
written by lawa88, May 14, 2008 18:42:09
Dodol Rosli dah kecup telur...cakap tak serupa bikin... kah kah kah hilang bola....
report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by malaysian, May 14, 2008 19:04:49
Hidup Anwar!

Hidup Pakatan Rakyat!

Makkal Sakthi!
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by citizenken, May 14, 2008 19:20:58
my staffs already pool in 100 new members, my office will soon be act as a service centre for PKR.
report abuse
disagree 0
agree 12
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by gctham, May 14, 2008 19:38:54
bagus lah kalau ini kehendak rakyat. siapa adil siapa dapat.
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by kangkbkeat, May 14, 2008 19:57:08
Syabas Keadilan!!!bekerja lah dgn lebih tekun untuk rakyat,nescaya rakyat akan terus memberi mandat kepada anda semua.....jgn jadi sombongdan besar kepala dan igtlah amant dan amanah yang diberi......Datin Seri Wan Azizah,,,,kalau u boleh jadi wanita pertama jadi PM Malaysia,,,,,pun cantik!!!! smilies/grin.gif barulah slogan Malaysia Boleh betul betul digunakan di tempat yang betul!
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by omarkhayyam, May 14, 2008 20:08:35
mmmmm..... this is jus d tip of the iceberg ..... watch more surprises to come

cheers
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Clive, May 14, 2008 22:15:46
Sarjan Hasan, you are right. What PR need are those Quality and Qualified people, because Malaysia has been lead by the rubbish for about 50 years. Stop for those non-sense rubbish by administrating Malaysia. We need ppl able and talented leader to lead our Malaysian and Malaysia.
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by power2u, May 14, 2008 22:45:51
Tajo Rosli,We are still waiting,when r u resigning n having by election???
Cakap saje?
Atau sudah takut???
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by 1eyecls, May 14, 2008 23:35:52
orang atasan UMNO semua tahu market liberation akan mula 2009,sebab itu mereka korap seberapa banyak yg boleh,hanya akar-2 umbi yang amat bodoh digaulkan isu-2 perkauman,ugama dan babi yg tak sedar motif jahat pemimpin-2 mereka!
mereka kaya,mereka tak payah kerja,menteri-2 sekurang-2nya ada 10 juta,yg banyak sampai berbillion-2 (macam si kera jahat dan toiyo tu),mereka boleh suka-2 ke london,esok tasmania,kemudian italy,kami rakyat biasa,orang-2 melayu yg selama ini menerima tongkat,macammana nak hidup?kilang-2 yg tak competent tutup,bank yg tak competent jual kpd orang asing(actually dah mula jual!),kereta tempatan mahal dan tak cukup moden.,syarikat insuran yg kecil akan hanyut ke south-china-sea,syarikat water,energy dan telekomunikasi,walaupun mempunyai sebahagian kecil ada kerajaan sebagai backbones,pun lambat-laun akan tercicir kerana perlu privatise!god bless you!
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by glock17, May 15, 2008 10:24:21
Omigosh.....PKR indeed is the next Malaysia goverment !!!

All hail DSAI.

Omnoputras....u guys better quickly jump boat and join PR. This is the time, proof that you luv this country and want to provide the best to our future generation without an Ammno racist-corruptive ideology that screwed all of us for decades.

Dun let go this opportunity...it comes once in a lifetime..i kid u not.

Glock17
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by prof, May 15, 2008 10:47:23
Viva le Pulau Pinang! Waiting for a tsunami in Sarawak and Sabah. Soon
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM