A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow MINDA MUFTI: Berhentilah memusuhi tanpa bukti

MINDA MUFTI: Berhentilah memusuhi tanpa bukti PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 14 May 2008 09:52

Image

Apakah wajar mana-mana peruntukan akta yang membenarkan seseorang dihukum dengan suatu hukuman tanpa diberi peluang membela diri? Mungkin seseorang boleh dikurung untuk sementara waktu siasatan, tetapi keadilan menyatakan dia wajib dibicarakan sebelum dihukum agar dia memahami apakah dosanya.

oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN, MSTAR ONLINE

APABILA kita membaca al-Quran dan al-Sunnah, kita dapati Maha Adil adilnya Allah s.w.t. yang tiada suatu pun untuk dibandingkan. Adapun, dunia ini kelihatan tidak adil adalah hasil kerja buat manusia yang memusnah sistem yang indah dan cantik yang telah diletakkan oleh Allah untuk kehidupan.

Sama seperti mana manusia memusnah ekosistem alam ini, manusia juga dalam banyak hal memusnahkan sistem keadilan dalam kehidupan sesama manusia. Seperti rosaknya alam; sungai, ozon, laut, bukit-bukau dan pelbagai lagi sehingga dunia ini rosak lalu memberi mudarat kepada kehidupan manusia, demikian juga manusia memusnah keadilan, kedamaian hidup, simpati dan rahmat yang akhirnya memusnah ketenteraman hidup sesama manusia. Lalu manusia bertanya: “Di manakah keadilan Tuhan?” Mereka lupa berkata: “Inilah hasil kezaliman kita”.

Allah Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. Sekalipun Dia Maha Tahu tentang dosa-dosa manusia, tetapi di akhirat kelak manusia tetap akan dibicarakan di mahkamah agung Allah yang bertempat di Padang Mahsyar. Setiap manusia akan ditimbang dosa dan pahalanya sebelum dihukum.

Seperti firman Allah: (maksudnya) Maka Sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan Sesungguhnya Kami akan menyoal juga rasul-rasul itu. Kemudian Sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka (para rasul dan umat mereka), dengan ilmu (berdasarkan pengetahuan yang meliputi akan apa yang mereka lakukan), dan sememangnya Kami (Allah) tidak sekali-kali ghaib (maksudnya sentiasa mengetahui akan hal ehwal mereka).

Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya). (Surah al-‘Araf ayat 6-9).

Jelas, Allah Maha Mengetahui segala perbuatan manusia, pun begitu diwujudkan sistem yang menunjukkan keadilan-Nya dengan ditimbang amalan manusia; baik dan buruk barulah dijatuhkan hukuman syurga atau neraka. Padahal jika Allah tidak membuat timbangan sekalipun, keputusan Allah tidak mungkin akan silap, kerana Dia Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Ilmu Allah meliputi segalanya, namun demi menunjukkan keadilan, agar hamba-hamba-Nya tidak mempunyai sebarang alasan atau tidak puas hati apabila dihukum, diwujud sistem keadilan perbicaraan dan timbangan dosa. Firman Allah: (maksudnya) “Pada hari lidah, tangan serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Benar (Maha adil), lagi Nyata (keadilanNya)”. (Surah al-Nur: ayat 24-25).

Jika Allah tidak mewujudkan mahkamah perbicaraan di Hari Kiamat, adakah sesiapa yang boleh membantah Allah? Adakah sesiapa yang boleh menyatakan Allah tersilap dalam hukuman-Nya? Adakah sesiapa boleh menggugat kuasa Allah, seperti manusia menggugat kuasa pemerintah di dunia menerusi pemberontakan atau pilihan raya? Sama sekali tidak! Maha Suci Allah, tiada siapa yang dapat mencabar kebesaran kerajaan-Nya. Pun begitu diwujudkan sistem perbicaraan yang maha adil di mahkamah-Nya. Jika demikianlah Allah, apakah boleh di dunia ini manusia dihukum tanpa dibicara secara adil dan saksama?

Apakah wajar mana-mana peruntukan akta yang membenarkan seseorang dihukum dengan suatu hukuman tanpa diberi peluang membela diri? Mungkin seseorang boleh dikurung untuk sementara waktu siasatan, tetapi keadilan menyatakan dia wajib dibicarakan sebelum dihukum agar dia memahami apakah dosanya.

Jika manusia dihukum tanpa diberi peluang membela diri, maka jadilah macam peristiwa pembunuhan di Kuala Perlis baru-baru ini. Apabila mangsa dituduh mengintip seorang gadis, lalu diheret keluar dari rumahnya, dipukul beramai-ramai sehingga mati. Isterinya yang masih dalam pantang juga dipukul. Khabarnya, kemudian mereka sedar bahawa mereka tersilap orang. Mangsa telah mati, dihukum tanpa dia mengetahui apakah dosanya. Jika pun itu dosanya, apakah berhak dia dibunuh? Justeru, agama memusuhi perbuatan menghukum manusia tanpa bukti yang sah dan perbicaraan yang benar. Maka perbuatan seperti ini adalah amat terkutuk.

Jika ada peruntukan undang-undang atau akta yang membolehkan manusia dihukum tanpa dibicara, maka ia adalah akta atau perundangan yang jelek. Sabda Nabi s.a.w “Bukti wajib (diberikan) oleh yang mendakwa, dan sumpah pula bagi yang membantah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Justeru, jika ada akta dan undang-undang yang seperti ini, maka Majlis Fatwa patutlah bersidang dan membincangkan pandangan Islam mengenainya; secara adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Itulah peranan fatwa yang berkongsi dengan keperluan rakyat. Jika tidak, kita akan terpinggir dari arus masyarakat yang mahu kejujuran dan ketulusan dalam pandangan agama.

Dalam dunia terbuka pula, manusia akan dihukum disebabkan tuduhan yang tidak berasaskan bukti. Seseorang akan ditohmah, atau ditempelkan label yang buruk hanya kerana tuduhan tanpa perbicaraan atau alasan. Mungkin tidak dipenjara atau dibunuh, tetapi akan dihukum dalam masyarakat terbuka atas tuduhan yang dibuat oleh orang lain kepadanya.

Mungkin ada yang akan pandang sinis, atau menolaknya, atau mempertikaikannya. Kadang-kala kesan hukuman masyarakat itu lebih perit dari sebatan atau penjara. Dalam dunia Internet, ramai yang menjadi mangsa tuduhan tanpa bukti atau ruang membela diri. Dalam politik juga demikian. Pelbagai label akan dilekatkan. Dalam dunia agama pun lebih kurang sama, bahkan kadang kala ‘lebih kuat syaitan berperanan menghasut’.

Sejak dahulu, jika ada pihak yang cuba membuat pembaharuan dalam memajukan pemikiran golongan agama dan umat Islam, pelbagai tohmahan dilontarkan. Mereka dituduh ‘kaum muda’. Maka menjadi mangsa ketika itu Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Muhammad Tahir Jalaludin, Burhanudin al-Helmi, Za‘ba, Mustafa ‘Abdul Rahman dan lain-lain lagi. Sehingga tokoh besar seperti Buya Hamka dari Indonesia dilarang masuk ke Johor atas tuduhan yang sama. Hanya kerana ada kelompok yang hasad dan ingin menjaga kepentingan diri.

Hari ini jika anda berbicara tentang keterbukaan pemikiran, keluasan menerima pendapat, kembali kepada nas-nas Islam yang asal maka anda sekali lagi akan dituduh kaum muda, atau Wahabi atau liberal. Walaupun anda tidak tahu apa itu Wahabi atau liberal dan apa itu kaum muda. Tuduhan itu tidak memerlukan bukti atau alasan, cukuplah untuk dijadikan tuduhan kerana hanya pendapat anda berbeza. Tuduhan tanpa bukti atau peluang pembelaan diri adalah kezaliman. Ia selalu dilakukan oleh pihak yang mempunyai kepentingan.

Maka agama ini memusuhi tuduhan kosong tanpa alasan yang berteraskan dalil dan bukti yang ilmiah. Firman Allah: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah al-Hujurat ayat 11).

Perangai suka menuduh secara rambang adalah lambang manusia kehabisan alasan. Saya dukacita apabila ada pihak menuduh keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan peguambela Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani adalah menggalakkan orang murtad. Bahkan ada yang melempar tuduhan lebih berat kepada beliau kononnya membela untuk orang menjadi murtad.

Jika pembaca masih ingat, tahun lepas semasa awal-awal saya menulis di ruangan ini, saya menulis “Murtad: Antara Emosi dan Realiti”. Antaranya saya menyebut: “Di samping sesuatu yang perlu kita tahu bahawa seseorang itu menjadi murtad apabila dia melanggar batasan akidah Islam secara sedar, faham dan tidak dipaksa. Sama ada perlanggaran itu dalam bentuk perkataan, atau perbuatan, atau keyakinan.

Apabila perlanggaran itu dilakukan seperti menghina Allah dan Rasul-Nya, atau mengisytiharkan diri keluar atau ingin keluar dari Islam maka dia menjadi murtad. Kemurtadan ini tetap berlaku sama ada disahkan atau tidak oleh mana-mana pihak. Penyataan agama dalam kad pengenalan bukanlah penentu sebenar hakikat akidah. Ia hanya untuk urusan kemasyarakatan atau pentadbiran.

Ini bererti sekiranya kita berjaya menahan seribu orang yang mengisytihar diri keluar dari Islam agar tidak dapat menukar agama kad pengenalannya, kita sebenarnya menyimpan seribu orang murtad yang akan bertopeng dalam masyarakat muslim. Apa jadi, jika kad pengenalan itu dijadikan ukuran oleh beberapa pihak lalu berkahwinlah golongan murtad ini dengan orang-orang Islam yang sebenar?

Mereka juga mungkin menguasai institusi-institusi agama atas kebijaksanaan dalam bidang tertentu, sedangkan mereka murtad. Akhirnya kita menyimpan barah yang amat merbahaya dalam tubuh umat. Maka sekadar pertahankan perubahan agama pada kad pengenalan semata, bukan satu kejayaan. Bahkan mungkin menjadi musibah jika berleluasa. Kejayaan yang sebenar adalah mengembalikan mereka kepangkuan Islam secara reda dan menghilangkan kekeliruan mereka mengenai agama ini”.

Maka, keputusan mahkamah tersebut dan tindakan peguam bela berkenaan sebenarnya berusaha membuang barah dari umat Islam. Tanyalah akal yang matang; adakah seseorang murtad kerana ada ruang murtad di mahkamah? Atau seseorang menjadi murtad kerana hilang keyakinan terhadap Islam yang dianuti? Sudah pastilah jawapannya kerana hilang keyakinan terhadap Islam yang dianuti.

Jika demikian jawapannya, ubat kepada penyakit ini apakah dengan cara menghalang penukaran kad pengenalannya sedangkan dia hilang keyakinan terhadap Islam, atau meningkatkan dakwah dan kesedaran penerangan yang matang kepadanya? Tentulah dengan dakwah dan penerangan yang matang. Maka orang murtad bukan kerana keputusan mahkamah, tetapi kerana dakwah yang lebih, sedangkan peruntukan melimpah.

Juga boleh melunakkan hati golongan mualaf yang sudah menganut Islam dan keluarga mereka yang belum menganut Islam menerusi wang zakat. Mana perginya wang zakat yang ratusan juta dikutip saban tahun? Janganlah kita sempitkan konsep mualaf setakat yang baru menganut Islam sahaja. Luaskan kejumudan kita kepada nas-nas Islam yang lebih luas.

Mualaf itu bukan sekadar mereka yang baru menganut Islam seperti tafsiran singkat sesetengah pihak. Bahkan ia merangkumi mereka yang belum menganut Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat menjinakkan hati mereka kepada Islam. Janganlah ketika mualaf hidup susah bersama keluarganya kita tinggalkan, apabila meninggal kita merebut pula mayatnya. Masa hidup kita biar, masa mati kita tuntut, apakah itu keindahan Islam?

Dahulu saya mencadangkan masjid Cina. Ada yang buat tuduhan rambang kononnya nanti habis al-Quran dalam masjid tersebut akan dibaca dalam bahasa Cina. Solat pun dalam bahasa Cina. Inilah orang kita, kuat menuduh bukan kuat berfikir. Sehingga ada yang mengaku penasihat agama pun lebih kurang sama. Apakah di masjid Melayu dan India al-Quran dibaca dalam bahasa Melayu dan India?

Tujuan masjid yang saya cadangkan adalah agar masyarakat Muslim Cina dapat berinteraksi sesama mereka. Mereka lebih memahami antara satu sama lain. Dengan itu banyak masalah dapat diselesaikan sesama mereka, kerana mereka mempunyai latar masalah yang berbeza dengan masyarakat Melayu yang kesemuanya dikatakan Islam.

Maka di masjid Cina, orang Cina lebih faham pengajiannya, lebih mudah berbicara dengan imam dan jawatan kuasanya dan seumpamanya. Maka kalau ada yang ingin keluar Islam atau nak masuk Islam, mereka boleh cari pendekatan terbaik sesama mereka. Mereka lebih faham. Tapi, ada yang membantah dan menuduh. Hari ini lihatlah betapa kita memerlukannya, tetapi kewujudan dihalang.

Eloklah kita berhenti memusuhi tanpa bukti dan faham, tetapi cuba gunakan neraca keadilan dan akal yang matang.

Comments (26)Add Comment
...
written by cillipepper, May 14, 2008 10:04:39
Dr. Asri wrote :

...Jika ada peruntukan undang-undang atau akta yang membolehkan manusia dihukum tanpa dibicara, maka ia adalah akta atau perundangan yang jelek. Sabda Nabi s.a.w “Bukti wajib (diberikan) oleh yang mendakwa, dan sumpah pula bagi yang membantah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani). Justeru, jika ada akta dan undang-undang yang seperti ini, maka Majlis Fatwa patutlah bersidang dan membincangkan pandangan Islam mengenainya; secara adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Itulah peranan fatwa yang berkongsi dengan keperluan rakyat. Jika tidak, kita akan terpinggir dari arus masyarakat yang mahu kejujuran dan ketulusan dalam pandangan agama...

Majlis Fatwa,

Please convene a Fatwa council meeting to issue a Fatwa to repeal ISA.

Habib,

Please comply with the Fatwa whan issued.

report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by cwy, May 14, 2008 10:44:59
Itulah Islam Hadhari ciptaan UMNO yang bikin kekecohan dalam
negara kita. Apa itu OSA, ISA dan bergai2 A direka untuh menetang
kehendak suci Tuhan !
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by MRMS, May 14, 2008 10:48:43
Bolehkah seseorang itu dihukum tanpa dibicara di Malaysia?

Jawapan UPSR: Boleh. ISA ada apa....muahahhahahahha!
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by qwerty, May 14, 2008 10:49:37
Even if the Majlis Fatwa issues a decree, that ISA is HARAM, do you think that BN will abolish it?
FYI, in 1995 the Majlis Fatwa had decreed that smoking is bad for health(memudaratkan kesihatan) & thus HARAM. Untill today I've not heard of any muslim being charged for smoking by the Syariah court? Have you...?
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by Tornado, May 14, 2008 10:53:57
Apakah di masjid Melayu dan India al-Quran dibaca dalam bahasa Melayu dan India?

--------------------------------------------------------------------------------

Masjid kat Beijing, kat Ohio, kat Perth, kat Nothingham semua baca Al-Quran dalam Bahasa Al-Quran. Mana ada baca ikut bahasa ibunda masing-masing.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by nafis, May 14, 2008 10:57:36
This article tugs at my heart...

sedih, tapi itulah realitinya

terutama tentang mualaf, yang dinafikan hak mereka oleh pusat zakat.....apa yang MAZA kata tu semuanya betul belaka

i have friends and relatives who are mualaf, and their stories can make you pull your hair out in frustration

inilah hasil pemerintahan amno yang telah banyak merosakkan minda melayu dalam hal2 ugama Islam, seperti apa yang Pete kata dulu, hal2 ritual dipegang kukuh, tapi hal2 "way of Islamic life as a whole" terlepas pandang....
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by johanssm, May 14, 2008 11:02:44
Its better late than never at all.
One CANNOT be a muslim and at the same time supports the ISA.
As clearly define both cannot be mixed.
It simply means umno people are all apostate.
ISA is haram , but umno halal it.
Rasuah is haram but umno halal it too .
tdm always said he followed by the book.
What book was that tdm ?The Communist party Red book or quran ?
yet , umno keeps on saying demi bangsa , negara dan agama .
Agama umno ke ?
Sudah lah , please release all ISA detainees now.
But , i do believe that HRH The Agung and all the sultans are responsible on the one , after all...they are the ones who must look after their religion.Am i right?
ISA is AGAINST your religion.
Will some of the majesty do something ?
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by ladasiber, May 14, 2008 11:28:58
MAZA wrote: "Dahulu saya mencadangkan masjid Cina. Ada yang buat tuduhan rambang kononnya nanti habis al-Quran dalam masjid tersebut akan dibaca dalam bahasa Cina. Solat pun dalam bahasa Cina. Inilah orang kita, kuat menuduh bukan kuat berfikir."

Orang kita lupa untuk mengingat bahawa orang China lebih dahulu memeluk agama Islam dari orang kita dan "Tuntut lah ilmu hingga ke Negeri China".

Tapi kalau nak tuntut ilmu perkauman atau menganiaya kaum lain (NEP) boleh belajar dengan orang UMNO.
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by ladasiber, May 14, 2008 11:39:32
Mohon mengadap ke Majlis Duli-duli Raja,

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun sembah derhaka patik-patik hamba rakyat mohon diampun.

Patik-patik hamba rakayat mohon dan merayu ke bawah Duli-duli Tuanku, sebagai Ketua Agama Islam Persekutuan dan Ketua-ketua Agama Islam Negeri-negeri untuk memerintahkan pacal Memanda Perdana Menteri untuk memansuhkan penguat kuasaan Undang-undang ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang patik-patik hamba rakyat bersetuju bahawa ianya tidak lagi releven di masa kini.

Patik-patik hamba rakyat merasakan bahawa ISA adalah undang-undang yang tidak mempunyai unsur-unsur keIslaman dan penuh dengan penindasan terhadap hamba rakyat.

Menjunjung kasih atas keperhatianan Duli-duli Tuanku.

Daulat Tuanku! 3X
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Kritz, May 14, 2008 11:45:09
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by alhadee, May 14, 2008 11:52:10
Tahniah kepada Sahibus Samahah Dato Mufti.

Ramai penyokong Islamic State membantah keputusan mahkamah tersebut. Cara penyelesaian mereka adalah mudah, ketatkan undang2 dan hukuman. Hukum mereka yang murtad dengan seberat2 hukuman!

Ini adalah cara pemikiran Melayu ala KPG.COM. Hukum! Hukum! Hukum!

Di dalam satu blog yang menyokong Islamic State, saya telah mengemukakan persoalan yang lebih kurang sama, iaitu kenapa kita tidak membangkitkan soal zakat yang sepatutnya diberikan kepada golongan mualaf?

Saya berkata lagi, sepatutnya kita meminta agar akaun Zakat itu dinyatakan secara terbuka, di umumkan kepada semua, bukannya main sembunyi2 seperti sekarang.

Maksud keseluruhan posting saya adalah kita tidak patut menghukum sesiapa pun yang murtad. Jika ada yang murtad, biarkan mereka. Orang-orang Islam hendaklah menganalisa kesalahan diri. Itu adalah muhasabah seperti yang dituntut Islam.

Berkenaan persoalan saya di dalam blog tersebut, jawapan yang diberi adalah seperti yang dijangka dan hanya boleh difikirkan oleh otak jumud fundamentalis, blogger itu menyatakan lebih kurang; 'di dalam kes siti fatimah tidak dijumpa pun persoalan/tuntutan tentang zakat?'

Saya jawab balik; Itu bukan isu nya. Kalau Siti Fatimah berhak, kenapa pula mesti di tuntut baru kita beri? Isu nya adalah orang Islam telah gagal untuk memberikan hak zakat tersebut kepada mualaf. Orang Islam telah gagal untuk menguruskan zakat mengikut lunas-lunas sehinggakan maksud zakat untuk merapatkan jurang antara kaya dan miskin tidak tercapai.

Jika orang Islam telah gagal untuk melaksanakan amanah dan tanggunjawab, kenapa hari ini terpekik dan terlolong macam orang kurang siuman bila ramai nak murtad?

Masalah pada hari ini, seperti yang di katakan oleh Dato Mufti adalah orang Islam enggan untuk mengakui kesalahan diri. Memang benar kata Dato Mufti lagi

Mereka lupa berkata: “Inilah hasil kezaliman kita”.


Saya juga bersetuju dengan kata Dato Mufti;

Janganlah ketika mualaf hidup susah bersama keluarganya kita tinggalkan, apabila meninggal kita merebut pula mayatnya. Masa hidup kita biar, masa mati kita tuntut, apakah itu keindahan Islam?


Benar! Sewaktu dia masih hidup, satu sen pun wang zakat dia tak merasa walaupun dia berhak. Apatah lagi bila dia sakit yang lagi lah memerlukan wang! Keluarganya yang bukan Islam itu juga yang menjaga mendiang sehinggakan mendiang kembali ke agama asalnya dengan mengikut amalan agama asal nya itu.

Tapi bila dia meninggal dunia, datang lah samseng-samseng dengan memakai vest yang ada lambang Jabatan Agama untuk merampas jenazahnya.

Mana keadilan dan mana keindahan Islam? Itu keadilan dan keindahan air liur saja!

Adalah lebih mudah jika kita memansuhkan apa-apa undang yang menyekat sesiapa dari murtad. Nampaknya Melayu-melayu kampung ini masih juga tidak sedar diri, masih juga dengan perangai menyalahkan orang lain, masih tidak mahu mahasabah diri dan masih dengan berfikiran bahawa hukuman berat adalah penyelesaian kepada semua masalah!
report abuse
disagree 8
agree 13
...
written by alhadee, May 14, 2008 11:53:03
sambungan..

Jika demikian jawapannya, ubat kepada penyakit ini apakah dengan cara menghalang penukaran kad pengenalannya sedangkan dia hilang keyakinan terhadap Islam, atau meningkatkan dakwah dan kesedaran penerangan yang matang kepadanya?

Benar. Seperti kes Lina Joy. Apakah dengan menghalang seseorang itu menukar status dalam kad pengenalannya adalah ubat? Sudah kah Lina Joy memeluk Islam kembali setelah dihalang untuk murtad? Jika Lina Joy meninggal dunia, siapakan diantara kamu yang mahu mengembumikan dia di tanah perkuburan Islam padahal sudah jelas dia telah murtad walaupun kad pengenalannya masih menyatakan Islam?

Dan kata Dato Mufti lagi;

'Hari ini jika anda berbicara tentang keterbukaan pemikiran, keluasan menerima pendapat, kembali kepada nas-nas Islam yang asal maka anda sekali lagi akan dituduh kaum muda, atau Wahabi atau liberal.'


Saya tahu Dato telah dipandang serong oleh ramai orang. Saya tahu Dato telah dihalang untuk berceramah di beberapa buah negeri oleh Mufti-mufti yang lain.

Pelik kan?

Padahal sewaktu orang Islam ramai marah dengan Astora Jabat, Dato adalah di antara yang berhujah dengan hujah yang bernas, padat dan berkesan. Saya mungkin tidak bersetuju 100% dengan pandangan Dato tetapi saya mengakui bahawa hujah Dato lebih banyak merit dan lebih menyakinkan.

Tetapi apa yang jadi dengan yang lain? Mereka hanya tahu nak mintak Astora dimasukkan dalam ISA lah, dalam penjara lah dan sebagainya. Andai ini dilakukan, maka mereka secara tidak langsung akan menjadikan Astora sebagai hero dan Astora akan menang sebab beliau akan lebih ramai peminat!

Hari ini ramai orang PAS marah dengan Dato. Tetapi mereka lupa untuk melihat sejarah Dato Nik Aziz yang mereka sayang sangat itu. Sewaktu Dato Nik Aziz masih muda, dia telah dituduh dengan tuduhan yang sama sebagaimana Dato. Dia dituduh sebagai Kaum Muda yang membawa kefahaman sesat dan memecah belahkan masyarakat. Kalau orang PAS tidak percaya sila tanya Dato Nik Aziz sendiri.

Hari ini mereka mengutuk Dato Mufti dengan bermacam-macam tuduhan. Esok belum tentu lagi, entah-entah mereka akan mencium kaki Dato Mufti pula. Begitulah perangai ramai orang Melayu, mereka hanya mengikut emosi sahaja. Dan ego mereka terlalu tinggi sehingga langit ke tujuh.

Atas sebab itu, ramai orang Islam sebenarnya lebih suka Malaysia ini dijadikan negara sekular sahaja. Takut melihat perangai mereka yang kononnya pejuang Islam itu. Cuma golongan ini tidak mahu untuk bersuara pada masa ini. Tunggulah sehingga masa nya tiba, seluruh institusi syariah akan dirobohkan.

Bila ini berlaku saya rasa pejuang Islam palsu ini mesti akan kata 'alangkah bagus nya kalau kita dengar pendapat Dato Mohd Asri dulu!'.
report abuse
disagree 8
agree 11
...
written by kerplunk, May 14, 2008 12:38:03
salam..iye..diorg menuduh dr. asri 'wahabi'..tp kebykkan diorg xtau ape itu 'wahabi'..slh satu kontrovesi, mereka menolak golongan yg tdk berpegang pd mne2 mazhab..klu difikir logik akal, adakah golongan yg hdp sblm wujudnya mazhab, adakah islam mereka xditerima?..igt pesan nabi s.a.w...peganglah sunnah ku dgn gigi geraham...nabi s.a.w jg pnh berkata, telah sempurna agama Islam itu..npe kte msh ingin mmbuat sesuatu yg bru?cth: disekolah, kte diajar oleh guru, gerakkan 3x dlm solat membatalkan solat mgikut mazhab syafie..tp ade mazhab yg lain dibenarkan..punyela ssh ble muka/bdn ade rs gtl, tp xdibenarkan anggota bergerak lbh 3x..sms pertukaran arah kiblat dr msjd al-aqsa ke masjidil haram, nabi s.a.w sdng menjadi imam dlm solat..dn nabi terus dari dpn pegi ke belakang dn dn trus meng imam makmum ketika itu tnpa memberhentikan solat..klu ia tlh mmbatalkn solat sbb gerakan 3x, nabi s.a.w xkn perlaku begitu krn tkut jd ikutan org rmi..wallahualam..
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Rock, May 14, 2008 14:34:01
Saya adalah salah seorang yang pernah ditahan dalam ISA di KEMTA, Kemunting. Di masa saya di sana saya telah mendengar beberapa sarahan/ceramah ugama diantaranya oleh Mufti Dato Harussani. Kami ada bertanya kepada beliau akan ISA dan patutkah kita di tahan sebegitu. Beliau menjawab (mafhumnya) ISA ini ada asas dalam Islam ketika zaman Khulafa Rasyideen, dimana seorang telah dipenjarakan kerana kehensemannya yang boleh membawa fitnah, dan seorang yang sgt pandai berpidato, takut2 dia boleh memesungkan hati orang. Beliau juga berpendapat jika ada asas yang kukuh kerajaan boleh melakukannya untuk menjaga kesejahteraan umum. Masa yang sama beliau ada menegaskan bahawa ISA ini boleh disalahgunakan oleh sesetengah pehak dan 'open' kpd kezaliman. Jadi disini ada ikhtilaf dikalangan ulamak yang harus kita peralusi. Adakah ISA itu seumpama sebilah piasu yang boleh digunakan utk memotong sayur atau menikam lawan. Adakah para yang berkuasa mempunyai kewibawaan didalam menegakkan keadialan seperti khulafak Rasyidin? Saya telah tertahan selama dekat 4 tahun dan saya pun dah keluar. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang saya alami dan rasakan.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Naj Alhaj, May 14, 2008 17:43:35
I fully agree with Dato's Mufti opinion about the need for Mosques for the chinese muslim converts. I fully understand their predicament after embracing Islam. I dont see much chinese converts coming to mosques where the regular muslims , ie malays, do their prayer. So I can imagine their problems about knowledge on Islam, meaning it requires another chinese ulama to explain to these convert about Islam. Once this is done I dont see any problem in these converts practicing Islam. I can also see these converts can even contribute more after understanding the faith. As it is now it full of suspicion on the part of some muslim and those family of the converts. If the so called "Islam Hadari" promotes progresses, then Dollah Badawi should sit down and start doing something about this. Insyallah, BN may win some mileage if they are serious about winning back the people support. Amin
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by marcusg, May 15, 2008 00:22:26
Dudes,

ISA is simply anti-Islamic...

ISA was introduced by the British more than 60 years ago...

Only f#cking Islam-extremist UMNOs are still using it as as a tool to lock up anyone perceived as a political threat...

"ISA" is also Jesus, the prophet, in the Holy Book.. What irony...
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by cillipepper, May 15, 2008 01:32:34
written by alhadee, May 14, 2008 | 11:52:10

"Jika ada yang murtad, biarkan mereka."

Kalau begitu tinggal alhadee,murtad & kafir dan tunggulah bala yang akan menimpa.

"Tunggulah sehingga masa nya tiba, seluruh institusi syariah akan dirobohkan."

Muga Allah SWT menyelamatkan kami dari peroboh Syariah ini.

report abuse
disagree 0
agree 9
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by cillipepper, May 15, 2008 13:33:49
Dear alhadee,

The Religion before Allah is Islam (submission to His Will).

To be chosen by Almighty Allah to be Muslim is considered the greatest honor that the Creator can bestow on any of His creatures.

To abandon such a great gift, then, is for many Muslims difficult, not only for the harm and the damage that it can do to the rest of the Muslim community, but also to the person who would wish to abandon the plan of His Creator.

The very abandoning of Islam was already a kind of death to the human soul, more to be pitied and despised than punished.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by cillipepper, May 15, 2008 13:37:00
Dear alhadee,

A Bedouin came to the Prophet SAW and asked to take back his pledge of allegiance, i.e. to leave Islam. The Prophet SAW was addressed three times and did not answer until the man left. The Prophet SAW did not harm him in the least, but said, "Truly, Madinah gets rid of its filth exactly as fire removes the filth of iron." (Al-Bukhari)
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by cillipepper, May 15, 2008 13:43:43
Dear alhade,

written by alhadee, May 14, 2008 | 11:52:10
"seluruh institusi syariah akan dirobohkan."


written by alhadee, May 15, 2008 | 11:21:21
"Yang tolong merobohkan ini bukannya orang macam aku"

al-flip-flop
report abuse
disagree 0
agree 6
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by cillipepper, May 16, 2008 09:02:15
Dear alhadee,

... the Noble Qur'an does not prescribe death penalty for deserters of Islam, but rather states that they would be in Hell in the hereafter (2:217).

Here is a verse that directly refers to people who abandon their faith after accepting it. It says what means:

*{But those who reject faith after they accepted it, and then go on adding to their defiance of faith never will their repentance be accepted; for they are those who have [of set purpose] gone astray.}* (Aal-`Imran 3:90)

But there are Muslim scholars of respected opinions who believe in the death penalty for apostates because of hadiths that mention it. If we study the context of these hadiths, we can see that the ruling was with reference to certain specific cases of miscreants who wished to undermine Islam, by joining Islam first and then deserting it. This is mentioned in the following verse that says what means:

*{A section of the People of the Book [Jews and Christians] say: "Believe in the morning what is revealed to the believers [Muslims], but reject it at the end of the day; perchance they may [themselves] turn back [from Islam]."}* (Aal `Imran 3:72)

In order to protect Islam from such malicious attempts to subvert it, the Prophet SAW ordered the death penalty for such people. This indeed was a drastic step adopted by the Prophet SAW to ensure the solidarity of the nascent Muslim community in those days. If it had been a general ruling applicable for all occasions, this would have been stated in the Qur'an because it is a life-and-death question that affects the very fabric of Islam most seriously. On the other hand, read the verse that says what means:

*{Again and again will those who disbelieve, wish that they had bowed [to God's will] in Islam. Leave them alone to enjoy [the good things of this life] and to please themselves: let [false] hope amuse them: soon will knowledge [undeceive them].}* (Al-Hijr 15:2-3)

This verse clearly indicates that the disbelievers should be left alone. Moreover, the killing of apostates would undermine the freedom of will Allah has bestowed on each human, as is made clear in the verses that say what means:

*{If it had been thy Lord's will, they would all have believed, all who are on earth! Wilt thou then compel mankind, against their will, to believe! No soul can believe, except by the will of God, and He will place doubt (or obscurity) on those who will not understand.}* (Yunus 10:99-100)

*{Say, "The truth is from your Lord": Let him who will believe, and let him who will, reject [it]: for the wrong doers We have prepared a Fire whose (smoke and flames), like the walls and roof of a tent, will hem them in: if they implore relief they will be granted water like melted brass, that will scald their faces, how dreadful the drink! How uncomfortable a dwelling (resting place)!"}* (Al-Kahf 18:29)

*{Let there be no compulsion in religion: truth stands out clear from error: whoever rejects evil and believes in Allah hath grasped the most trustworthy handhold that never breaks. And Allah heareth and knoweth all things.}* (Al-Baqarah 2:256)

The verses quoted above are categorical that complete freedom of will is a condition for sincere and wholehearted submission to Allah Almighty, and no force should be used in this regard. This is because coercion does not go along with freedom of choice.

In addition, we may consider another verse, too, which says what means:

*{Those who believe, then reject faith, then believe [again] and [again] reject faith, and go on increasing in unbelief, — Allah will not forgive them nor guide them on the way.}* (An-Nisaa' 4:137)

The example of a person who vacillates between Islam and disbelief is cited here. Note the expression: *{believe, then reject faith, then believe [again] and [again] reject faith}*.

How can we imagine a person becoming a Muslim a second time, after rejecting faith once, IF he is to be killed after his rejection? The significance of this verse is one of free choice; though one is expected to be responsible in the use of that choice.

Thus we see that the general teaching of the Qur'an is one of freedom of choice and mercy. And if we are to adopt the death penalty for apostates today, the first problem is the absence of a true Islamic system (even in the so-called Islamic countries) to judge apostasy and to enforce the punishment where it is due. Second, there are scholars of respected opinions who doubt whether death is the due punishment now. Third, we need to question the emphasis on punishments rather than on peaceful and diplomatic means of promoting the Islamic ideal. Which is prior to what, in which case, should be judged only by true correct and wise Muslim scholars.

...Excerpted from comments by Shahul Hameed...

Allah knows best.
Hope to have enlighten you my friend.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by cillipepper, May 16, 2008 09:28:35
Dear alhadee,

It is to be noted that Islam, being Allah’s final message to humanity, is a comprehensive system dealing with all spheres of life; it is a state and a religion, or government and a nation; it is a morality and power, or mercy and justice; it is a culture and a law or knowledge and jurisprudence; it is material and wealth, or gain and prosperity; it is Jihad and a call, or army and a cause and finally, it is true belief and worship.

The prominent Muslim scholar Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, in his book How the Imported Solutions Disastrously Affected Our Muslim Nation , states the following:

“Secularism may be accepted in a Christian society but it can never enjoy a general acceptance in an Islamic society. The New Testament itself divides life into two parts: one for God, or religion, the other for Caesar, or the state: "Render unto Caesar things which belong to Caesar, and render unto God things which belong to God" (Matthew 22:21). As such, a Christian could accept secularism without any qualms of conscience. Furthermore, Westerners, especially Christians, have good reasons to prefer a secular regime to a religious one. Their experience with "religious regimes" - as they knew them - meant the rule of the clergy, the despotic authority of the Church, and the resulting decrees of excommunication and the deeds of forgiveness, i.e. letters of indulgence.

For Muslim societies, the acceptance of secularism means something totally different. Since Islam is a comprehensive system of `Ibadah (worship) and Shari`ah (legislation), the acceptance of secularism means abandonment of Shari`ah, a denial of the Divine guidance and a rejection of Allah’s injunctions. It is a total falsification to claim that Shari`ah is not proper to the requirements of the present age. The acceptance of a legislation formulated by humans means a preference of the humans’ limited knowledge to the Divine guidance: “Say! Do you know better than Allah?” (Al-Baqarah: 140).

For this reason, the call for secularism among Muslims is atheism and a rejection of Islam. Its acceptance as a basis for rule in place of Shari`ah is a downright apostasy. The silence of the masses in the Muslim world about this deviation has been a major transgression and a clear-cut instance of disobedience that has led to a sense of guilt, remorse, and inward resentment, all of which have generated discontent, insecurity, and hatred among committed Muslims because such deviation lacks legality.

Secularism is compatible with the Western concept of God which maintains that after God had created the world, He left it to look after itself. In this sense, God’s relationship with the world is like that of a watchmaker with a watch: he makes it then leaves it to function without any need for him. This concept is inherited from Greek philosophy, especially that of Aristotle who argued that God neither controls nor knows anything about this world. This is a helpless God as described by Will Durant. There is no wonder that such a God leaves people to look after their own affairs. How can He legislate for them when He is ignorant of their affairs? This concept is totally different from that of Muslims.

We Muslims believe that Allah, Glory be to Him, is the sole Creator and Sustainer of the Worlds. He is Omnipotent and Omniscient; that His mercy and bounties encompass everyone and suffice for all. In that capacity, Almighty Allah revealed His divine guidance to humanity, made certain things permissible and others prohibited, commanded people observe His injunctions and to judge according to them. If they reject this guidance and follow their own whims and man-made laws, then they commit transgression against Allah’s laws."

Excerpted from comments of Sheikh Yusuy Al-Qaradawi.

Allah Almighty knows best.

report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by cillipepper, May 16, 2008 12:08:47
written by alhadee, May 15, 2008 | 19:56:09

"Are you talking about PAS and UMNO leaders? "

I am talking about alhadee:

written by alhadee, May 14, 2008 | 11:52:10
"seluruh institusi syariah akan dirobohkan."


written by alhadee, May 15, 2008 | 11:21:21
"Yang tolong merobohkan ini bukannya orang macam aku"

al-flip-flop
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by cillipepper, May 16, 2008 15:21:23
written by alhadee, May 15, 2008 | 19:56:09

"Thank you for the ceramah. I heard that a thousand times before, so you are the 1,001 guy who repeat the same mantra."

You are still confused and we have not given up.

1,001 brothers want to save you from hellfire
report abuse
disagree 0
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM