A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow Umno 62 Tahun: bolehkah mereka gembira?

Umno 62 Tahun: bolehkah mereka gembira? PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 14 May 2008 09:03

Image

Pengasas UMNO memilih sistem demokrasi untuk parti kerana mereka percaya jika pemimpin UMNO menyeleweng, ahli boleh dengan hanya mengundi menukar pemimpin dan memulihkan keadaan.

Oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad

PADA 11hb Mei 2008, UMNO mencecah usia 62 tahun. Ditubuhkan sebagai parti yang demokratik UMNO telah mencapai kejayaan demi kejayaan.

UMNO dibawah pimpinan Dato Onn Jaafar telah menewas rancangan Malayan Union, British.

UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra telah berjaya merebut kemerdekaan daripada British.

UMNO dibawah tiga Perdana Menteri yang berikut telah berjaya menstabilkan negara dan membangunkannya sehingga menjadi negara contoh kepada negara-negara membangun yang lain.

Kepimpinan parti campuran (Perikatan dan Barisan Nasional) oleh UMNO memperolehi kemenangan dua-pertiga tiap pilihanraya Parlimen melainkan pada 1969. Kerajaan Malaysia yang didirikan semuanya kuat dan dihormati di dalam dan di luar negeri.

Tetapi dalam pilihanraya 2008 Barisan Nasional di bawah pimpinan UMNO kalah di lima buah negeri, satu Wilayah Persekutuan dan tidak mendapat dua-pertiga kerusi di Dewan Rakyat.

Pada ulangtahun ke-62 UMNO dilahirkan ahli-ahli dan pemimpin bawahan UMNO perlu memikirkan tentang keadaan parti pada hari ini. Bolehkah mereka gembira dengan prestasi UMNO sekarang? Bolehkah mereka percaya mereka masih kuat dan relevan seperti dahulu?

Pengasas UMNO memilih sistem demokrasi untuk parti kerana mereka percaya jika pemimpin UMNO menyeleweng, ahli boleh dengan hanya mengundi menukar pemimpin dan memulihkan keadaan.

Malangnya undi perwakilan UMNO boleh dibeli, justeru itu ia tidak dapat menjamin kepimpinan yang dipilih adalah cekap dan baik.

Percubaan dibuat supaya sistem pemilihan tidak mudah disalahguna. Dengan adanya sistem kuota, calon perlu mendapat pencalonan yang besar sebelum dapat bertanding. Sogokan kepada jumlah yang besar dipercayai sukar dilakukan.

Hari ini sistem kuota ini disalahgunakan dengan cara lain. Kali ini yang menyalahgunakannya ialah pemimpin besar UMNO sendiri. Kerana kuasa yang ada padanya, pemimpin besar dapat menghalang ahli melalui pelbagai cara supaya tidak mungkin mencalon selain darinya dengan cukup bilang untuk bertanding.

Ini boleh dilakukan kerana perwakilan ke Mesyuarat Agong UMNO termasuk pemimpin bahagian lebih mengutamakan kepentingan diri mereka daripada perjuangan parti, perjuangan agama, bangsa dan negara.

Hari ini yang sanggup disogok akan mendapat sesuatu bagi diri mereka. Jika cara ini berterusan dua perkara boleh berlaku;

1) Wakil Rakyat dan Kerajaan akan dimiliki oleh orang yang sogok mereka. Mereka akan bekerja untuk orang ini dan bukan untuk UMNO dan perjuangannya.

2) Pengundi biasa dalam Pilihanraya akan menolak calon dari parti UMNO dan BN dan dengan itu parti lawan akan mengganti BN sebagai Kerajaan. Pada masa itu ahli biasa, pemimpin kecil dan besar, bahkan yang bakal menjadi Perdana Menteri pun tidak lagi akan mendapat apa-apa bagi diri mereka. UMNO akan menjadi tidak relevan dan akan hancur bersama parti-parti sekutunya. Contohnya dapat kita lihat sekarang. Gerakan, MIC ditolak oleh rakyat.

Sejarah akan kutuk orang yang menghancurkan UMNO. Mereka akan dianggap sebagai pengkhianat kepadanya, pengkhianat kepada bangsa, agama dan negara. Sudah tentu orang Melayu yang akan kembali menjadi bangsa yang dihina dan dijajah dengan duit akan kutuk orang yang menyebabkan kecelakaan menimpa kaum bangsa mereka.

Pemimpin UMNO, terutama yang tertinggi yang memimpin parti ke arah kecelakaan ini akan dianggap pengkhianat yang terkutuk. Mereka yang turut sama kerana ingin mendapat sesuatu bagi diri sendiri juga akan dikutuk.

Inilah hasilnya apabila pemimpin dan ahli UMNO sudah lupa akan tanggungjawab mereka terhadap parti, terhadap bangsa, agama dan tanahair, tetapi sebaliknya menjadi tamak untuk mengisi temolok diri sendiri sahaja. Na'uzubillah

Comments (14)Add Comment
...
written by cwy, May 14, 2008 09:25:06
Umno ini pasti tidak gembira! Pada hal ia gementar!
Gementar kerana kerajaan pusat akan diambilalih Pakatan Rakyat!
Apa sebabnya?
Ini adalah kerana pimpinan kejam dan berkauman 22 tahun oleh Si penulis!
Dia cakap dan buat apa saja dia yang suka manakala menteri2 nya turut mengikut saja, tidak ada pandangan lain, jangan kata nak membantah. Justeru itu, memteri2 inilah yang meropak apa saja harta kepunyaan negara.
Dia mengritik PM yang dia lantik, dan dia pula mengritik pula sistem pemilihan yang tidak demokritik dilaksanakannya dalam UMNO. Apa yang telah jadi?
Jelasnya kelakuan si penulis ini adalah "Berkok-kokok berderai-derai ekornya bergelumang tahi"!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by ladasiber, May 14, 2008 09:57:58
If my calculation is right, 2008 minus 1988, the answer is 20. How come they celebrate 62. Sorry, I forgot that those UMNOPutra are idiots. They dont even know how to subtract.

Why 1988? We know the history. Right? The old UMNO was defunked (DIHARAMKAN) by the good and wise judge, Tun Salleh Abbas.

So don't talk about Dato Onn, Tengku Abdul Rahman, Tun Razak or Tun Hussein. This is the 20-year old UMNO which is a bucket full shit left by TDM. So, please do not change the history by changing the facts.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by glock17, May 14, 2008 10:44:27
I heard some dudes from this regime can spend about RM6million just to be appointed in a branch. Imagine, how much is needed to buy a seat as President, DPM, Vice Presidents, Youth Chief, Putera Chief, etc...all must be taxpayer money I guess???

Everything is for sales in Boleh Land under Omnoputras regime if you got tons of cash...laws can be closed one eye, judicary is on pure capitalist market (corect,corect me if i'm wrong), mega biz tenders can be given to families and luv ones just by a phoce call or an eye wink, etc

This corruptive regime thrive its survival on racist politics and blind narrow-minded ethno nationalism to riled up majority villagers vote and sympathy. They have polished up their shadowy master skills in the game of 'Divide And Rule' to remain in their illusives Ketuanan policy. To spice up the plot, they keep harping on the hallucinating magical word called 'Kontrak Sosial' that can further brittle the inter ethnic relation of Boleh Land to serve their power greed.

For God sake, it is time this racist evil governing regime is vote out of power. Haven't we all have suffered enough of their crap!!!

Glock17
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by astina, May 14, 2008 10:53:14
PADA 11hb Mei 2008, UMNO mencecah usia 62 tahun. Ditubuhkan sebagai parti yang demokratik UMNO telah mencapai kejayaan demi kejayaan. smilies/cheesy.gif smilies/cheesy.gif smilies/cheesy.gif

umNO itu mana wujud lagi ..
umNO baru di tubuhkan pada tahun 1988 ..mana sampai 62 tahun lagi .. smilies/cheesy.gif

kira-kira sekolah rendah pun tak lepas ke?? smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by astina, May 14, 2008 10:56:55
Tun

tepuk dada tanya selera ??..mana hilang umNO yang di asas oleh mendiang Dato Onn??..
umNO itu telah mula hilang arah dan ketelusan sejak tahun 1970..selepas Bapa Kemerdekaan kita letak jawatan sebagai PM ...
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Tornado, May 14, 2008 11:35:55
UMNO hanya mengambil kesempatan atas kelemahan ekonomi British, kebangkitan Sosialis Indonesia dan Komunis Rakyat China.

Pejuang sebenar kemerdekaan didokong oleh tokoh yg dipanggil Kaum Muda. Namun kerana mereka tidak sependapat dengan British, jasa mereka dinyahkan dari sejarah sehinggalah ianya diiktiraf semula pada tahun 80an.

Atas dasar ambil kesempatan serta untuk kepentingan diri, maka UMNO bakal tumbang akibat dari kegagalan buah pinggang, jantung, sistem saraf serta otak yang telah lama dijangkiti virus rasuah, kuman kronisme dan kulat nepotisme bawaan pemimpinnya termasuklah Tun Mahathir Mohamad sendiri.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by mypanida, May 14, 2008 12:23:55
Q : what's the difference between UMNO and a bucket of shit ???

A : the bucket, of course because UMNO and the shit are the same.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by DatoJohn, May 14, 2008 13:42:54
RPK .. Bapa Blog & Kebebasan Rakyat smilies/grin.gif smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by greenarrow, May 14, 2008 15:17:24
UMNO tak mungkin bergembira terus....senyuman hanya palsu sahaja

PEMBOHONG PakLah mengatakan ' UMNO masih RELEVEN '
Apa sebenar maksud perkatan 'RELEVEN' ?
Rakyat yg ditindas & di tipu selama ini oleh Regim UMNO...mula bangkit membangkang & memberontak secara saikologi....merebut beli Kredit Fon di '7-ELEVEN'...masing masing sibuk mengirim SMS yg berunsur 'ANTI - BARISAN NASIONAL
Keuntungan perniagaan '7 ELEVEN"...melawan hujahbohong 'RELEVEN" PakLah ! ! !

Kerisauan & Ketidakpuasan dlm kekalahan dlm Pilihanraya Umum ke12...dan Ketidakpastian masa depan....UMNO yg beremosi terhimpit mula mengarah Kuasa kuasa POLIS membelasah Rakyat


Apa kuasa yg di pilih oleh UMNO & BARISAN NASIONAL sebenarnya?
Kuasa Tindas & Kuasa Ketidakadilan yg ada pada Penguaman & Pasukan Bersenjata Keselamatan....

UMNO terpaksa sedar ' SERANGAN dari Pihak PEMBANGKANG yg lebik Kuat & hebat..telah diaturkan secara terinci '....

Hanya Hati & Jiwa yg Bersih tak akan takut sebarang ancaman
Jika hati tu dah lama berbau & BERULAT...TERIMA lah HARI KEPUPUSAN KAMU


-PANAH HIJAU ( GreenArrow )
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Concerned_Citizen, May 14, 2008 17:41:10
Tun memang pandai memutar belitkan cerita, semua orang memang tahu dan pasti yang UMNO baru ini tak serupa dengan yang lama. Buat apa Tun nak bangkitkan nama-nama pemimpin negara yang betul-betul berjasa. Nak ambil kredit dan masukkan ke akaun UMNO yang tidak relevan lagi, yang mana adalah jasa Tun dalam memesongkan-nya??

Tun, banyak perubahan sepanjang retirement Tun. Apa yang boleh berlaku semasa Tun masih dalam kuasa telah tukar dan amat berlainan sekarang. Terima kasih juga kepada jasa Tun yang dikatakan membawa perubahan teknologi terutamanya maklumat ke zaman ini, koridor apa.. multimedia kalau tak silap saya. Terima kasih juga kepada Tun kerana tidak mementingkan bidang pertanian yang menyebabkan krisis kekurangan makanan yang negara kita sedang hadapi. Kita memang kena lah sakrified satu industri untuk menjayakan industri yang lain, dan langkah bijaksana Tun memang sangat dihargai.

Walaubagaimanapun, saya rasa Tun ada sebabnya dan setiap rakyat pasti faham apa yang Tun buat itu bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi juga untuk kebaikan rakyat semua. Biar rakyat pakai proton, kereta nasional kebanggaan kita semua. Poshe yang Tun pakai itu, memang sangat disimpati oleh rakyat jelata, kerana Tun terpaksa memberi keutamaan kepada rakyat dalam memiliki kereta power ini. Terima kasih, Tun. Jasa baik dikenang sepanjang masa.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by malaysian, May 14, 2008 18:07:17
UMNO sudah mati,loh!

Sudah jadi reput!

Yang tinggal cuma cacing!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by myke, May 14, 2008 21:32:56
Not going to read this mamak's writing..

From the title i've one for him

MAMAK 82 TAHUN : BOLEHKAH DIA GEMBIRA? BOLEHKAH DIA TIDUR LENA DEGAN DSAI AKAN JADI PM?

report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by future, May 14, 2008 22:39:46
UMNO telah menjadi salah satu bahan sejarah tanahair.
What we have is MR PERFECT @ TDM.
Dia saja yang betul......
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by belljar, May 15, 2008 08:00:05
Should be damn proud of UMNO for its great contribution to:
injustice in all aspect - from gender to religion to disabled
producing more morons, beruks, monkeys, dogs, biatches
producing more beggars and prostitutes
and many otherslah - too early in the morning and i belum minum coffee lagi..zzzz
BUT TAHNIAH DAN SYABAS UMNO!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM