A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Pengamal media internet bersuara PDF Print
Posted by admin   
Monday, 12 May 2008 08:53

(Bernama) - Seorang pengamal media internet hari ini berkata adalah tidak bererti untuk kerajaan menghapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau halangan lain sekiranya dasar pertubuhan media tidak berubah ke arah memastikan media yang lebih bebas di negara ini.

Editor Agenda Daily Hanafiah Man berkata akta berkenaan bukanlah isu utama, dan tindakan membatalkan, menyemak semula dan meminda undang-undang serta peraturan tidak akan membawa makna sekiranya dasar serta sikap ke arah laporan yang adil tidak diamalkan.

"Kita mesti hapuskan penapisan sendiri, mulai sekarang sebelum melakukan sesuatu kepada akta itu dan birokrasi... mulakanlah dahulu dengan perkara ini," katanya.

Beliau adalah antara empat anggota panel pada Forum Kebebasan Akhbar: Pilihan Raya Umum 2008 yang dianjurkan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada 3 Mei.

Beliau berkata dalam media internet, parti pemerintah ataupun pembangkang sama-sama menikmati ruang liputan asalkan ia memenuhi konsep 5W dan 1H dalam bidang kewartawanan dan kandungannya benar.

Anggota Parlimen Batu Tian Chua berkata beliau membangkitkan isu perkakasan selepas pilihan raya umum kerana meskipun teknologi banyak berubah daripada penggunaan faks sebagai medium komunikasi, kerajaan masih tidak berubah.

"Ia bukan mengenai penggunaan media tetapi corak pemikiran yang perlu berubah, bahawa rakyat kini mahu lebih banyak kebebasan pilihan dalam banyak aspek.

"Teknologi hanya dapat membantu kita melakukan sesuatu dengan lebih baik tetapi bukannya corak pemikiran. Saya ingin menasihati kerajaan supaya segera mengemaskinikan undang-undang lapuk bagi memastikan mereka bersedia untuk dunia baru," katanya.

Penasihat Kelab Akhbar Kebangsaan dan penulis blog Ahiruddin Attan berkata 'tsunami politik' menyaksikan ahli politik Barisan Nasional dan editor media arus perdana mula menulis blog.

"Kembalikan semula kepada masyarakat media arus perdana," katanya sambil menyokong langkah untuk mewujudkan majlis media bagi memberikan kebebasan media di negara ini.

Ketua Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya Prof Dr Azizah Hamzah menjadi perantara forum itu. Turut hadir ialah Presiden NUJ Norila Daud.

Comments (4)Add Comment
...
written by ttsan, May 12, 2008 09:14:48
Long live media internet.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Bluechip, May 12, 2008 13:53:30
Media di Malaysia tidak akan berubah sampai bila-bila. Ini kerana, di Malaysia, pengamal media tidak mempunyai kebebasan mutlak untuk bersuara dan memberi pandangan. Pengamal media hanya tunduk dan berada dibawah telunjuk kerajaan yang memerintah. Sekiranya pengamal media menyinggung perasaan kerajaan memerintah melalui artikel atau pemberitaan maka pengamal media akan ditekan dengan pelbagai cara. Contoh yang amat jelas ialah kes Raja Petra Raja Kamaruddin. IT di Malaysia masih statik dan hanya membangun didalam kandang dan tempurung.



report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by mypanida, May 12, 2008 15:41:30
Malaysia will enter a new imformation's age when the present government is buried.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by malaysian, May 12, 2008 16:40:47
Badawi:

"Alah, janganlah asyik sangat! Kan cakap pasal'bebaskan media' ini semuanya wayang saja untuk beri gambaran UMNO sudah ubah? Lepas menang erection nanti, sunat mereka lagi sekali!"
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM