A+ | A- | Reset

Teori hantu PDF Print
Posted by admin   
Monday, 12 May 2008 08:48

Oleh Mohd Sayuti Omar, KLPOS.COM

SEMUA pihak menanti peristiwa bersejarah dalam negara iaitu penghijrahan beramai-ramai ahli Parlimen BN untuk menyertai pembangkang.

Apa yang dibayangkan Anwar Ibahim tidak mustahil berlaku; iaitu terdapat 30 ahli Parlimen menyatakan kesediaan untuk bersama Pakatan Rakyat dan membentuk kerajaan Malaysia baru.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Mahathir Mohamad juga tidak mudah menolak dakwaan itu. Mereka berdua tidak merasakan dakwaan itu sebagai karut melainkan ia perlu dibimbangi oleh BN dan Umno.

Terbaru Mohd Najib Razak juga sudah terkena sindrom takutkan kepada peristiwa itu. Dalam satu majlis beliau memberi ingatan kepada ahli-ahli Parlimen BN agar jangan khianat parti. Apa dan kenapa Najib berkata demikian?

Apakah beliau juga sudah terhidu beberapa pertemuan sulit antara beberapa MP dengan Anwar atau wakilnya beberapa hari lalu?

Bagaimana pun dalam menanti saat bersejarah itu orang ramai perlu berhati-hati dan tidak payah gopoh menerima apa juga berita mengenainya.

Mereka jangan pula sampai terperangkap dengan berbagai teori hantu mengenai kemungkinan perisitiwa itu berlaku. Bermacam-macam teori kini dibentagkan kepada umum berhubung perkara berkenaan.

Dalam pada itu pihak BN juga dikatakan sedang membuat berbagai persiapan bagi menghalangnya kemungkinan ada MPnya akan berhijrah.

Langkah ini termasuklah menyebarkan khabar angin bertujuan untuk menghilangkan keyakinan orang ramai mengenai kemungkinan itu. Salah satu tektik ialah dengan memberi tarikh-tarikh tertentu mengenai perhijrahan itu.

Terbaru heboh disebarkan kononnya pada Rabu hadapan, 17 ahli Parlimen akan menyertai Pakatan Rakyat. Seorang bergelar Tan Sri dipetik sebagai sumber khabar berkenaan.

Jelas berita ini hanya rekaan semata-mata dan satu strategi untuk menghilangkan keyakinan orang ramai berhubung dakwana berkenaan.

Adalah dipercayai selepas Rabu ini akan adalah pula tarikh-tarikh baru yang akan disebarkan kepada umum. Matlamat mereka ialah untuk memberi gambaran kepada umum bahawa berita atau kemungkian berlakunya dakwaan Anwar itu hanya bohong semata-mata.

Mengenang teori ini teringat kita kepada teori bagaimana Ku Li akan menjadi PM. Ianya dicanang sejak bertahun lalu dengan penun suspen, sistemetik bagaimana pun berakhir ianya berakhir dengan putih mata.

Sebenrnya bila penghijrahan itu akan berlaku tidak siapa ketahui. Cuma kalau pun kini ada ialah rundingan dengan beberapa pihak tertentu dari pihak Anwar dan juga dengan beberapa ahli Parlimen. Itu sahaja dan ia masih dalam peringkat embargo.

Kepada mereka yang ingin melihat terbentuknya kerajaan baru bersabar dan jangan mudah terpanggil dengan berbagai sebaran dan teori-teori hantu.

Yang penting, kerajaan hari ini akan bertukar tangan pada tahun ini juga kerana keinginan rakyat terhadap perkara itu sudah mendesak. Perlu diingat digit-digit empat, enam dan lapan adalah digit yang memberi tuah kepada Anwar.

 

Comments (15)Add Comment
...
written by Ken Liew, May 12, 2008 09:08:22
AAB, selalu tidur saja...... Kuat tidurnya
Najis, mandi darah dengan pisau...... nak perang dengan pisaukah??

Jadi, Umno ada 2 Pemerintah yang lemah...... mana akan umno kuat dengan mereka......

Maksud sama juga dengan Malaysia, apabila pemimpin lemah, negara lemah.
report abuse
disagree 2
agree 14
...
written by Tompios, May 12, 2008 09:31:51
Siapa yang mengkhianati siapa. Kalau rumah bungalow hanya didiami oleh juak-juak UMNO dan parti-parti komponen BN lain dianak-tirikan then siapa yang yang mengkhianati siapa.

I think this UMNO people are very arogant. Be ready untuk gelombang Tsunamalaysia hyper-massive.
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by Singapolean, May 12, 2008 09:38:32
yeah.. Tak kisah la..Rabu ke.. Khamis ke... Rabu depan ko... Asal Pakatan take over sudah. Janji no more corruption, cronynism, ISA dan bermacam-macam lagi prinsip BN.

BN patut diajar, kebelakangan ini dah terlampau korang ajar...bodoh...

report abuse
disagree 0
agree 25
...
written by CikChani, May 12, 2008 10:43:16
wow..in kalau jadi, sure harunyer..go for it pakatan..time to streamline to politic if governing between state and federal, not splitting like what umno istrying to do with Kem Kemajuan Kampung etc. Now we have Ketua Kampung under state payroll and Persekutuan payroll. What a whacky policy spun by MMT! smilies/angry.gif
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by uncleleow, May 12, 2008 10:54:54
"Dalam satu majlis beliau memberi ingatan kepada ahli-ahli Parlimen BN agar jangan khianat parti. Apa dan kenapa Najib berkata demikian?" Distance Najib to the throne: So near yet so far
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Concerned_Citizen, May 12, 2008 10:56:39
Biar diaorang tak dapat tidor lena, lagipun dah lama PM tidor. Masa untuk bangun. Rasa-rasa pm tak kisah siapa yang ambil alih, asalkan dapat tidor.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by anak penang, May 12, 2008 11:15:58
I hope it happens but like you say it might be a propaganda by BN to discredit DSAI.

Anyway Malaysians are not stupid.
Only Umno has not realised that.
The rest of BN component parties seem to have known it by now.

Demise to BN
Demise to UMNO

HIDUP PAKATAN RAKYAT
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by goldmine, May 12, 2008 11:51:02
Banyak artikel dah keluar kat blog2 mengenai perkara ini, kalau tak jadi buat malu aje. Kita tunggu dan lihat Rabu ni, betul ke akan berlaku tsunami sekali lagi. Kalau betul, alhamdulillah, maknanya ianya bukanlah suatu permainan politik malah ia adalah suatu taktik politik yang cekap.
report abuse
disagree 2
agree 4
...
written by kent chong, May 12, 2008 12:02:36
Make sure to talk to Polis/Army to support PK and standby.UMNO will make trouble. dont let 13 mei happen again.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by SeriousLy, May 12, 2008 12:29:19
Terbaru Mohd Najib Razak juga sudah terkena sindrom takutkan kepada peristiwa itu. Dalam satu majlis beliau memberi ingatan kepada ahli-ahli Parlimen BN agar jangan khianat parti. Apa dan kenapa Najib berkata demikian?


Parti-parti Sabah dan Sarawak adalah parti sendiri yang tidak akan terjebak dalam permainan politik BN. Mereka tidak akan mengkhianati rakyat Malaysia. smilies/grin.gif

Cepatlah MP Sabah & Sarawak, kami di Semenanjung mengalu-alu kedatangan anda! Kami nak tahu apa didalam dokumen-dokumen OSA!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by turun padang, May 12, 2008 13:07:18
Oleh Mohd Sayuti Omar, KLPOS.COM

Langkah ini termasuklah menyebarkan khabar angin bertujuan untuk menghilangkan keyakinan orang ramai mengenai kemungkinan itu. Salah satu tektik ialah dengan memberi tarikh-tarikh tertentu mengenai perhijrahan itu

Terbaru heboh disebarkan kononnya pada Rabu hadapan, 17 ahli Parlimen akan menyertai Pakatan Rakyat. Seorang bergelar Tan Sri dipetik sebagai sumber khabar berkenaan.

Jelas berita ini hanya rekaan semata-mata dan satu strategi untuk menghilangkan keyakinan orang ramai berhubung dakwana berkenaan.

Adalah dipercayai selepas Rabu ini akan adalah pula tarikh-tarikh baru yang akan disebarkan kepada umum.
Matlamat mereka ialah untuk memberi gambaran kepada umum bahawa berita atau kemungkian berlakunya dakwaan Anwar itu hanya bohong semata-mata.

________________________________________________

Daripada banyak banyak teori yang disebarkan di pasaran, Saya cukup tertarik dengan teori ini.

Walau bagaimanapun, kita tetap tunggu dan lihat apa yang akan berlaku...

Sesungguhnya, apa sekali yang bakal berlaku dipercaturan politic semasa Negara.. Yang untung ialah RAKYAT!

Bestnya dapat hidup pada saat ini di MALAYSIA.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by malaysian, May 12, 2008 17:55:08
Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri pengeluar minyak dan kaya dengan hasil-hasil semulajadi, tetapi dengan kerajaan BN rakyatnya masih hidup dalam kemiskinan.

Kalau pemimpin-pemimpinnya betul-betul cintakan negeri masing-masing, lebih baik mereka masuk Pakatan Rakyat ataupun berpisah sahaja dari kerajaan Persekutuan. Baru Sabah dan Sarawak boleh maju, seperti Singapura.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by budakindia, May 12, 2008 18:46:29
asalkan jadi! kita tak kisah! kita menanti hingga september ini. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Thesinner, May 12, 2008 19:09:56
The best "teori hantu" todate is TEORI HANTU Altantuya smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by teohpg, May 12, 2008 23:30:03
I notice this NAJIS reallly incompetence...always in interview, he will comment simply say...

"...kita akan tengok lah"
"...kita akan pasti yang itu disiasat dengan teliti lah"
"...pastikan rakyat dapat yang terbaik lah"

saya pun tau cakap lah!!! macam ni, lebih baik calon saya jadi DPM....i take half the salary enough for being less experience than you!!! farking step down and leave lah!!! see ur face i sungguh MELUAT !!!
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM