|
Kerajaan akan membelanjakan RM45 bilion tahun ini sebagai subsidi untuk menampung kenaikan harga barang dan harga petroleum di pasaran dunia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Angka ini, kata Perdana Menteri, adalah RM5 bilion lebih daripada peruntukan untuk pembangunan negara bagi tahun ini. "Kini kita menghadapi masalah global iaitu kenaikan harga barang dan minyak. Setong minyak petroleum di pasaran antarabangsa telah mencecah US$124, tertinggi dalam sejarah. Impak ini memang akan dirasai oleh rakyat dan kesannya adalah amat berat. "Kita sebagai kerajaan akan cuba sedaya upaya meringankan beban ini. Kita tidak akan membiarkan masalah ini terus berkembang. Kita tidak boleh tunggu dan lihat lagi. Kita ada kesungguhan politik untuk mengambil tindakan untuk rakyat negara kita bagi mengurangkan beban mereka," katanya di Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini. Beliau berkata subsidi RM45 bilion untuk tahun ini mungkin perlu ditambah lagi jika krisis makanan dan harga minyak petroleum di pasaran dunia terus melarat dan harga terus melambung naik. Katanya walaupun Malaysia mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, kerajaan tidak akan berdiam diri dan akan memantau keadaan agar negara tidak terjerumus ke dalam krisis itu. "Kita telah memperuntukkan RM4 bilion bertujuan untuk menyediakan bekalan makanan yang mencukupi. Kita akan membelanjakan RM2.4 bilion dan yang tinggal ialah RM1.6 bilion. Kita tidak tahu jika angka ini mencukupi untuk jangka masa panjang. "Oleh itu kita telah mengambil keputusan untuk mengkaji balik semua projek dan juga peruntukannya. Kita perlu menghadapi keduadua krisis ini kerana ia menyentuh rakyat secara terus," kata Perdana Menteri. Beliau juga meminta kerjasama rakyat untuk menangani masalah global ini dengan sedikit sebanyak menukar cara hidup masing-masing mengikut keadaan semasa. "Untuk menghadapi situasi ini, kita perlu menukar gaya hidup kita. Kita perlu lebih berjimat, pastikan tiada pembaziran, sama ada yang ada hubungkait dengan makanan atau bahan api. "Perbelanjaan bulanan juga perlu kita awasi. Kerajaan akan terus membantu. Semasa susah kita buat cara orang susah, semasa senang kita buat cara orang senang. Kalau ada pengurusan yang efisien, kita akan dapat mengurangkan kos," kata Abdullah. - BERNAMA
|
LGE has mentioned if Penang has good stock next time, they will do it again.
So where is this RM 45 billion going to be spent??? Wake up sleephead and step down.
Let PR take over and prove to you the way to manage a very rich country and make every nation rich, not just cronies of UMNOPutras.