A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia PDF Print
Friday, 09 May 2008 21:31

9 Mei 2008

Gugurkan Pertuduhan Ke Atas Raja Petra

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras tindakan kerajaan Barisan Nasional yang berselindung di sebalik Akta Hasutan 1948 dengan mendakwa pengendali Laman Web Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin di bawah Seksyen 4(1).

AMK percaya bahawa pendakwaan ini bermotifkan politik semata-mata, dalam keadaan artikel "Let's Send Altantuya Murderer To Hell' tidak langsung dibidas dan dijawab secara berfakta oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Apa yang berlaku hanyalah penafian kosong melalui Setiausaha Akhbar beliau, yang mana penafian seumpama ini tidak berupaya untuk menidakkan sebarang bentuk tuduhan ke atas beliau.

AMK menegaskan bahawa pendakwaan ini menggambarkan bahawa BN terus gagal untuk menyemai kebebasan berfikir di kalangan rakyat Malaysia apabila blogger yang bertanggungjawab seperti Raja Petra dikenakan tuduhan seperti ini.

Serangan Raja Petra ke atas Najib dan Rosmah tidak boleh sama sekali ditakrifkan sebagai hasutan kepada kerajaan, dalam keadaan ia tidak langsung merujuk kepada kerajaan, sebaliknya hanya peribadi dan moral Najib serta isterinya.

Adalah menjadi tanggungjawab moral Najib dan Rosmah untuk menjawab secara berfakta dan berhadapan dengan sebarang bentuk tuduhan ke atas mereka, dengan membuktikan sebaliknya bukan menunjukkan ketakutan mereka dengan berselindung di sebalik akta drakonian dan usang ini.

AMK dengan ini menggesa agar pertuduhan ke atas Raja Petra digugurkan atas alasan pendakwaan yang tidak sempurna dan tempang memandangkan kehendak-kehendak kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) tidak dipenuhi dengan ketat. AMK juga menggesa Najib agar bersikap 'jantan' dan terbuka untuk menerima kecaman dan kritikan.

AMK mendesak agar Parlimen memansuhkan segera Akta Hasutan 1948 bagi mengelakkan sebarang bentuk salahguna kuasa dan penyelewengan oleh kerajaan BN, khususnya di kalangan mereka yang bersikap jahil dan takut untuk dikecam dan dikritik.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Comments (6)Add Comment
...
written by Kyle, May 09, 2008 21:42:40
That's the spirit.
The Pakatan Rakyat's spirit.
All for one, one for all.
And NONE for UMNO and ZERO for BN.
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by seek justice, May 09, 2008 21:51:06
What I am pleased about our PR reps is that they are thinking people. The above statement is the testimony.

Jawab, jangan tak jawab, Najib & Rosmah.

There are two events that took place in the past week alone revolving around Najib, the RPK arrest and the NS trainee's death.

Believe me you, God is `loading the file' and before long, we get to `play'.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by malaysia devil, May 09, 2008 23:13:54
Malaysian citizens are at war against Malaysian Government
watch video at: http://www.malaysianindian1.********.com/
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by Gargamel, May 09, 2008 23:45:40
No, no, let Pete have his day in court. Then he can let ALL the evidence hang out and Najis and konchos can finally go to hell.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by hibiscus22, May 10, 2008 12:15:14
AMK bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saudara Shamsul my salute to you.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by wag the dog, May 10, 2008 14:13:29
Please correct me if I am wrong. In 1996 the Terengganu state government changed the state constitution where the state Islamic religious issues be under the Menteri Besar. Is this not sedition and treason towards the Raja-raja Melayu? Two days ago the state government restored the powers of the Sultan of Terengganu and this was done by the new Menteri Besar after 12 years
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM