A+ | A- | Reset
Home

Melayu tidak boleh harap parti politik saja PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 04 May 2008 10:05

(Malaysiakini) - Orang Melayu tidak boleh bergantung semata-mata kepada parti-parti politik untuk memperjuang dan melindungi kepentingan mereka di negara ini, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang Melayu agar kembali kepada asas-asas utama permuafakatan seperti keikhlasan, pegangan terhadap adat istiadat orang Melayu dan tidak lupa asas-asas ajaran agama Islam itu sendiri.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Yusri berkata, beliau membuat gesaan itu ketika membahaskan kertas kerja yang dibentangkan di kongres permuafakatan Melayu yang sedang berlangsung di Johor Bahru hari ini.

Abim sendiri, katanya, sebagai badan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam, akan memugarkan kembali idealisme perjuangan mereka dalam memperjuangkan bahasa Melayu, agama dan tidak mengutamakan kepentingan kelompok dan individu.

Katanya, ini adalah penting dalam usaha untuk memperkasa, memperkukuhkan dan ia menjadi teras permuafakatan orang Melayu.

Kongres itu yang bertemakan 'Kedaulatan Melayu Sebagai Paksi Kewujudan Bangsa', dihadiri lebih 1,000 peserta yang mewakili 200 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Ia dianggap antara pertemuan terbesar membabitkan orang Melayu yang pernah diadakan selepas perhimpunan yang membawa kepada penubuhan Umno lebih 60 tahun lalu.

Pembentangan kertas kerja

Kongres itu membincangkan tentang memperjuangkan hak dan kepentingan serta mempertahankan maruah Melayu ekoran semangat persepakatan yang dianggap kian ‘pudar' berdasarkan keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu. Kongres itu disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar.

Kongres anjuran bersama oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) juga diadakan ekoran keputusan pilihanraya umum lalu yang menunjukkan masyarakat Melayu kini berpecah belah dan sedang berdepan dengan kaum lain yang lebih dominan daripada segi ekonomi dan politik.

Selain Abim, antara NGO yang menghadiri kongres tersebut ialah Persatuan Penterjemah Malaysia, Persatuan Anak Melayu Johor dan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Beberapa kertas kerja dibentangkan semalam mengenai kedaulatan politik Melayu oleh pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga penganalisis politik tanahair, Prof Madya Dr Mohd. Agus Yusoff, diikuti pembentangan oleh Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mengenai kedaulatan perlembagaan Malaysia.

Pembentangan tersebut dipengerusikan oleh Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, ahli panel jemputan Tan Sri Mohd Ali Hashim yang mewakili Dewan Perdagangan Islam Malaysia untuk memperincikan perihal kedaulatan ekonoi Melayu. Prof Datuk Dr Zainal Kling mempengerusi sesi seterusnya mengenai kedaulatan agama, budaya dan pendidikan Melayu.

Pada hari ini, Datuk Dr. Hassan Ahmad (Yayasan Karyawan Malaysia) memperkatakan tentang kedaulatan politik Melayu bersama-sama Datuk Reezal Merican Naina Merican (presiden GPMS) dan Dr Mohd. Ruslan Mohd. Amin (Persatuan Rumpun Melayu Lahad Datu).

Ia diikuti oleh perbincangan mengenai kedaulatan perlembagaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Prof Datuk Ramlah Adam dari Yayasan Melaka. Pembentang kertas kerja yang akan mengambil bahagian membincangkan tajuk tersebut ialah Faris Omar, Datuk Dr Abdul Malik Munip dan pakar Undang-Undang Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Penyertaan usahawan bumiputera turut mendapat tempat dalam kongres dua hari ini terutamanya untuk memperkatakan tentang kedaulatan ekonomi Ekonomi Melayu.' Mereka yang dijemput
ialah Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Syed Ali Mohamed Alattas; Datuk Yahya Jalil dan Dr Alias Mohamed.

Comments (3)Add Comment
...
written by slash n burn, May 04, 2008 14:06:48
Talk like expert work like cock!
report abuse
disagree 2
agree 9
...
written by jammary88, May 04, 2008 14:42:20
Politic and basic values are two different entity. The rakyat want to see justice and fairness in a government. The statement is irrelevant.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Sribayu, May 04, 2008 23:33:17
So.. Kongres tersebut diadakan untuk menyedarkan umat Melayu bahawa parti UMNO yg selama ini terkenal dgn dasar memperjuangkan hak2 dan kepentingn Melayu telah gagal dan tidak boleh diharapkan lagi??

Pelik kenapa bersuara setelah 50 tahun?
report abuse
disagree 1
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM