A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow "Siaran langsung akan dikaji semula" Menteri Penerangan

"Siaran langsung akan dikaji semula" Menteri Penerangan PDF Print
Thursday, 01 May 2008 10:55

(Bernama) - Kementerian Penerangan mungkin mengkaji semula siaran langsung persidangan Dewan Rakyat berikutan sesi soal jawab lisan hari ini yang sering terganggu apabila beberapa Anggota Parlimen sentiasa mempersoalkan peraturan mesyuarat.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata siaran langsung selama setengah jam menerusi saluran RTM1 itu adalah percubaan sahaja dan beliau akan mendapatkan maklumat balas daripada semua pihak termasuk orang ramai sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya akan bincang sama ada kita masih memberi peluang kepada Anggota Parlimen untuk menggunakan sebaik-baiknya Parlimen dan siaran langsung yang diberikan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini Rabu.

Beliau mengulas demikian setelah beberapa anggota pembangkang sering mempersoalkan peraturan mesyuarat menyebabkan sesi soal jawab lisan selama satu setengah jam hanya sempat mendengar tiga soalan berbanding 12 hingga 15 soalan pada kebiasaannya.

Ahmad Shabery berkata kementerian tidak akan menambah masa siaran langsung persidangan Dewan Rakyat.

"Saya sedar di negara-negara lain yang mengadakan siaran langsung secara penuh terutama sekali dalam negara dunia ketiga, inilah masalahnya. Anggota Parlimen tidak menumpukan perbincangan pada perkara yang penting kepada rakyat dan negara.

"Masing-masing hanya ingin menunjukkan kepentingan diri mereka, tentang peribadi mereka dan untuk tunjuk orang di luar sana tentang diri mereka, bukan negara," katanya.

Beliau berkata masa siaran langsung mungkin boleh dilanjutkan hanya jika Anggota Parlimen terutamanya pembangkang menunjukkan kematangan berfikiran secara kelas pertama.

"Mungkin ada rakyat suka tengok sarkas tapi Parlimen bukannya sarkas," katanya.

Beliau mengakui kecewa apabila pihak pembangkang tidak menghargai dan menyalahgunakan institusi Parlimen semasa persidangan hari ini.

"Institusi Parlimen ialah untuk berbincang dan mencari yang terbaik untuk rakyat tetapi hari ini digunakan untuk mencari publisiti murah, menimbulkan perkara yang remeh temeh," katanya.

Ahmad Shabery berkata tindakan pembangkang itu akan menyebabkan rakyat rasa tertipu dan secara jelas menyalahgunakan mandat yang diberikan.

Ketika ditanya sama perbuatan pembangkang hari ini menunjukkan sikap sebenar mereka, beliau berkata: "Banyak lagi warna lain yang tersembunyi. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada warna sebenar mereka."

Di PUTRAJAYA, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau akan mencadangkan kepada mesyuarat Kabinet Jumaat ini untuk mengkaji semula keputusan menyiarkan secara langsung itu kerana timbul pelbagai kerenah pada siaran langsung sidang pagi tadi.

"Tanggapan masyarakat umum terhadap pemimpin mereka mungkin menurun atau negatif setelah melihat apa yang berlaku tadi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama media.

Rais berkata beliau kesal kerana terdapat penggunaan bahasa yang kasar pada persidangan pagi tadi walaupun ianya disiarkan secara langsung.

"Kabinet perlu melihat kesan siaran langsung tadi dan mengkaji untung-ruginya," katanya.

Mengenai satu perkara lain, Rais berkata beliau akan mencadangkan agar Perdana Menteri hanya menghadiri forum antarabangsa yang utama sahaja untuk mendapatkan impak yang maksimum hasil penyertaan negara.

"Forum yang kecil-kecil, Wisma Putra akan meneliti dan memberi pandangan kepada Perdana Menteri dan akhirnya Perdana Menteri sendiri akan membuat keputusan," katanya.

Comments (24)Add Comment
...
written by binarytan, May 01, 2008 10:58:23
If so-called BN cancel the live telecast, then we are one step forward and 10 steps backward. Back to stone age where there is no freedom. smilies/angry.gif

Live telecast is good at least we know whether the MPs are working for rakyat and the sleephead still sleeping or wake up.

report abuse
disagree 2
agree 23
...
written by jammary88, May 01, 2008 11:04:32
Malu ke! In public MPs act and project presentable image but in Parliament they let loose and go back to their roots.
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by krepot, May 01, 2008 11:05:51
Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek,

Let me tell you this in simple English. It is OUR PARLIAMENT, not yours, therefore the people who elected their Members of the Parliament has every right to watch their elected representative in action, standing up for (or insulting) them, which ever they choose.

You not only should continue the 1/2 hour live segment, but also work towards increasing the coverage. Failure to do so will lead the Pakatan Rakyat to expose it anyway - the technology is available - leaving the government red faced and having to explain even more, to the voters, come GE13. You have been told so, by a voting rakyat! Your actions or inactions will effect the GE13.
report abuse
disagree 1
agree 21
...
written by Raja Chulan, May 01, 2008 11:06:22
Let us getting a petition going in support of Live Telecast of the Dewan Rakyat.

The rakyat deserve to monitor the performance of their elected representatives.
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by Jack Hui, May 01, 2008 11:24:25
After the first live boardcast from parliament now "Siaran langsung akan dikaji semula" Dato' Ahmad Shabery Cheek.

Report to us why??? Because the is shame to show us...the poor quality of the BN MP....where is our media freedom??? Fu*k You!!!
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Ordinary Rakyat, May 01, 2008 11:24:43
I fully support the live telecast of full Parliamentary proceedings. It is our money (RTM), our Parliament, our country, our rights to know what is happening. Dato' Ahmad Shabery Cheek, please do not forget that you are under our payroll. You are just a worker under the eyes of the Rakyat of Malaysia. Do your job, if not someone else will in between 3 - 5 years time. Who are you to say that it is a waste of money on the telecast, the 4.6B on the Port Klang project is enough to telecast until 2020. The 790K on jets etc. etc. etc.. is not a waste of taxpayers' money, while live telecast of our Parliament is.... I am sure you will get many advertisers and sponsors if you do not have enough money to do the telecast. Ask Bakti.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by POKKU, May 01, 2008 11:33:46
Ahmad Shabery berkata tindakan pembangkang itu akan menyebabkan rakyat rasa tertipu dan secara jelas menyalahgunakan mandat yang diberikan.

Ketika ditanya sama perbuatan pembangkang hari ini menunjukkan sikap sebenar mereka, beliau berkata: "Banyak lagi warna lain yang tersembunyi. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada warna sebenar mereka."


Saya tak fikir mana-mana AP BN akan kesah kalau AP PR menunjukkan sikap sebenar mereka yang negatif. Malah kalau apa yang di tunjukkan akan menyebabkan rakyat merasa tertipu memilih mereka, kerajaan akan menambah siarannya.

Isu yang sebenar saya rasa ialah persoalan yang di bangkitkan oleh AP PR adalah relevan dan pehak kerajaan tak ada jawapan atau alasan yang baik untuk tidak menerima saranan, soalan atau teguran yang di kemukakan,

Akhirnya seperti biasa, mereka akan menyalahkan AP PR.

Sila ambil perhatian Menteri Penerangan, masa untuk BN terus memerintah sudah hampir sangat dengan penghujungnya. Sebelum ditamatkan eloklah melakukan sesuatu yang boleh diterima rakyat


report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by tano, May 01, 2008 11:35:46
perbahasan patut ditunjukkan secara langsung sepenuhnya supaya rakyat dapat melihat siapa yang bodoh dan siapa yang bangang. lepas itu barulah kita dapat tengok pulak siapa yang berakal. masa tayangan 30 minit tidak cukup. kalau bola, olimpik boleh tengok live berjam-jam, why not the the MPs? we voted for them so we have that right to watch them!!
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by JJ Kuyong, May 01, 2008 11:41:05
Datuk Ahmad Shabery,

Mengapa harus dikaji, teruskan saja, malah diharapkan siaran langsung itu dipanjangkan tempuh liputan masanya.Apakah BN takut untuk rakyat melihat tingkah laku MP2 nya yang pada hemat saya lebih cenderung kepada melakukan "PROVOKASI" yang menggangu MP2 pembangkang untuk membawa suara rakyat didalam persidangan parlimen. Parlimen bukan tempat untuk "MENGHINA" pihak yang bertentangan......Apa sudah jadi?.....Rakyat mengundi mereka bukan untuk bercakap hal-hal yang "BODOH"......saya lihat ada sesetengah MP kerajaan suka menggangu persidangan dan membuang masa.....mungkin MP ini tidak ada cukup idea dan pengetahuan jadi cuma cara itu saja yang dapat dibuatnya supaya ia kelihatan "EFEKTIF" didalam dewan yang mulia itu.....tapi disebaliknya MP2 ini memperlihatkan KEBODOHAN dan KEDUNGUAN nya.....AMAT MEMALUKAN.

Jadi saya berpendapat YB Menteri Penerangan ingin tidak meneruskan rancanagn siaran langsung ini adalah untuk MENUTUP Pekung dan karena segelintir MP2 kerajaan yang memang tidak tahu apa2 pun tapi cuma buat bising seperti "BURUNG KAKAK TUA"!!!!!!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by hibiscus22, May 01, 2008 11:52:59
Halo Datuk Ahmad, live telecast must go on. Reason very simple: Parliment proceeding belong to us, rakyat become the judge not you.Pls don't act holier than thou. Just take this as soccer match, we have team A & B, refree, asst. refree to control the match. You have red card and yellow card for those don't follow rules, don't abuse your cards. Simple isn't it.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by MalaysianIAm, May 01, 2008 12:04:37
if MPs act like monkeys, the way to solve the problem is to get them to act like human beings again. stopping live telecast doesnt address the root of the problem.

it's like saying, AH, UMNO ppl are corrupt, so we must mansuhkan ACA.

bbut im not surprised at all about these damn UMNO menteris being so *four letter word*-ing retarded. i hate them. but what can i do?
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Ananth, May 01, 2008 12:29:58
Hei Datuk Ahmad,

the live telecast must stay, of course parliament is not a circus ground.Just tell your team to be more discipline and stop acting like a clown. coz we want to keep an eye on you goons. you people are oblige to answer us. Don't forget we r the rakyat voted your seat in parliament.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by miracle, May 01, 2008 12:31:57
mengapa nak kaji? berapa duit nak guna untuk buat kajian ini pula? ... not PR acting like monkeys .... we are talking the bn languange ... if not you BN monkeys / creatures would not understand and listen to us ... the peoples' voices... dont find excuses and stop the telecast that benefit you crooks... you are rite we have not show our true colours as yet ... you just wait ... will not be that long till we take over ....
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Debbie, May 01, 2008 12:58:06
hahahaha..knowing that the info at parliment sittings is not going to be good information for the rakyat.......so they say sayonara , adios cheerio..and I think the rakyat will say.. mafunkulo.
We rakyat need the live telecasts to show how the mps work .
BN it is ur problem if u want to sleep on the job..give the other mps a chancelah.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Ibnukhuzaimah, May 01, 2008 14:16:32
Aiseh.. man..,
Everything can minta maaf - apologies! Thousan apologies... Malaysiakini oso apologies ... Maya be got more apologies in parliament after this.. so no need to show,. malu maaa.

Malangnya bagi dunia kewartawanan dalam permohonan maaf Malaysiakini kepada Khairy Jamaluddin.


"Ramai lagi wartawan-wartawan senior yang saya tuntut ilmu kewartawanan dari mereka tetapi tidak ada seorang pun wartawan yang saya anggap sebagai sifu ini membenarkan ‘permohonan maaf’ jika seseorang wartawan itu sudah melaporkan sesuatu." ....


http://selangortoday.*********.com
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by 4country, May 01, 2008 14:27:08
memberi peluang kepada Anggota Parlimen untuk menggunakan sebaik-baiknya Parlimen dan siaran langsung yang diberikan?????????
Siaran langsung untuk Anggota Parlimen atau untuk Rakyat???????
Cakap 2 standard!
Ahmad Shabery Cheek dan Zainuddin Tiada perbezaan!
Satu Pakistan Satu Veitnam! 2X5!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Vincent, May 01, 2008 15:34:44
En. Shaberry, takkan Dewan Rakyat macam kelas sekolah darjah dua atau darjah tiga dimana cikgu cakap bangun, murid pun bangun dan cikgu cakap makan, murid pun makan. smilies/grin.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by harryo, May 01, 2008 19:36:25
Hallo Menteri Penerangan, Kalau berani buatlah siaran langsung sepanjang sesi Parlimen. Biarlah rakyat menilai kemampuan BN dan pembangkang.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Kcc, May 01, 2008 20:29:35
Tak payah kaji semula. Jika perbuatan DUN kita macam monyet, tunjuk pada dunia bahawa Malaysia pun BOLEH jadi macam negara-negara lain yang setanding dengannya!! Menteri Penerangan tentu dah takut nak tunjukkan kerenah ahli-ahli Parlimen yang seakan kebudak-budakan.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by budakindia, May 01, 2008 23:49:56
"Mungkin ada rakyat suka tengok sarkas tapi Parlimen bukannya sarkas," katanya.
Oh ye ke? Hahahahahahahaha! smilies/cheesy.gif smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by citizenken, May 02, 2008 00:30:16
Shabeery has the cheek to tell us what's right to view and what's not? u called urself minister of information or should we call u ,minister of non information.Dont waste time on kaji,ur job is to allow the rakyat free flow of information and dont mock rakyat's intelligence , let us judge ourself.
we, the rakyat pay these fellow MPs to work, we should see how they perform. if we feel they are circus performer in the parliment, we will vote them out next election. let the taxpayers decides
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by watchdogg, May 02, 2008 03:31:32
Pilah hangpa,
Tak ada bolakah, takut orang ramai tengguk hangpa punya BIGFOOT-BIGFOOT BN duk kutuk orang OKU? Memang kelakuan itu lah yang orang panggil KURANG AJAR DAN BIADAP!

smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Rozlan, May 02, 2008 08:28:23
So this is the half baked reform on media by Shabery Chik..Whatever his reasons are,they are not the real truth.The real truth is he was so scared to let the public know how bad BN reps performs.

I had watched England House of Commons debate years ago between England Prime Minister John Majors and Neil Kinnock the Labor Party leader. The debate was lively and even there were ocassionally some childish remarks from both side to support their leaders..It was very entertaining and worth watching..

We the people are the who pay for RTM daily expenses..We want to watch what is going on over there..Now Shabery had started behaving like his predeseccors..

Once an UMNO will always be an UMNO.A party who never never believed in a true democracy..
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by mat, May 02, 2008 09:49:37
The live telecast should stay. It is most entertaining to see. Better than the show "Raja Lawak Astro". Both BN & PR reps are clowns. Name callings? Screaming? Merajuk? Ha! Ha! Only in Malaysia do we have a Parliament full of clowns and jokers. Malaysia Boleh!!!!! smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM