|
Self Sufficient: the bad, the good and the ugly |
|
|
|
Thursday, 01 May 2008 00:26 |
|
Dalam tahun 1999, waktu kegawatan ekonomi, saya pernah beritahu kawan saya, lulusan kejuruteraan universiti di US, bagaimana kita hendak jadi negara maju jika tak sediakan polisi yang kukuh untuk elemen terpenting. Kawan saya tanya apa itu elemen terpenting itu.
Saya cakap 'perut' sebab macam mana kita nak progres kalau tiada jaminan perut ini boleh sentiasa diisi. Bagi individu, macam mana nak hidup kalau makanan jadi mahal. Bagi birokrasi, macam mana nak laksanakan strategi kalau asyik bergelut untuk dapatkan bekalan yang cukup dan 'affordable'. Impot pun bergantung pada faktor luaran. Kalau negara pengekspot tiba-tiba kacau bilau,impot pun terjejas.Negara boleh jadi huru-hara kalau kehendak perut tidak dipenuhi. Pengisian perut atau makanan, ialah asas utama hirarki kehidupan, selain pakaian dan tempat tinggal. Tak perlu ambil PhD untuk tahu itu semua. Itu asas pengurusan, tapi pelik bagaimana Wawasan 2020, tak banyak beri penekanan tentang aspek ini dan tiada program khusus peringkat nasional. Tidak seperti MSC, Cyberjaya, dijemput segala pakar dari serata dunia, beri insentif, buat pula Hi Tech Park dan macam-macam lagi. Read More Here
|