A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow SAPP cadang Sabah dapatkan 'autonomi politik'

SAPP cadang Sabah dapatkan 'autonomi politik' PDF Print
Monday, 28 April 2008 13:50

(Utusan Malaysia) - Sabah harus segera mengambil peluang daripada kemenangan besar Barisan Nasional (BN) negeri ini pada pilihan raya lalu untuk mendapatkan 'autonomi politik' dengan penstrukturan semula sistem politik BN.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee berkata, tsunami politik di Semenanjung telah menimbulkan pandangan baru bahawa sistem politik BN di semua negeri harus distruktur semula.

"Selepas pilihan raya kita sudah mula melihat bagaimana cara pelantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu. Memandangkan Sabah dan Sarawak adalah deposit tetap, kita lihat keadaan itu satu peluang yang telah membuka tingkap.

"Jadi kita harus bertindak segera sementara tingkap masih terbuka kerana jika tingkap itu tutup ia akan tertutup dengan cepat, kita tidak tahu masanya yang tepat. Tugas sebagai parti politik kami mahu memastikan terdapat perubahan besar semasa tingkap masih terbuka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di majlis Kongres Persidangan Perwakilan SAPP Ke-13 di Putera Theatre Ballroom di sini hari ini yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Menurutnya, penilaian semula struktur politik BN pada masa ini adalah subjek terbuka yang disuarakan oleh ramai pemimpin.

Katanya, perspektif SAPP ialah supaya kerajaan BN Pusat memberi autonomi politik kepada negeri-negeri.

"Subjek menilai semula struktur BN bukan perkara baru, Semua orang bercakap perkara ini, mereka bercakap mengenai penjenamaan semula BN dan penstrukturan semula BN bagi memperkuatkannya dengan pelbagai cara," katanya.

Katanya, pelantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu menunjukkan bahawa autonomi harus diberi kepada negeri dalam pelantikan jawatan itu.

Dalam pada itu, katanya, penglibatan rakyat Sabah dalam kerajaan Pusat juga harus dipertingkatkan dan diberi peranan yang lebih penting.

Justeru, beliau berharap banyak perkara yang disuarakan semasa pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, dapat diselesaikan segera.

"Kami tidak kata 100 peratus perkara harus dilakukan dalam beberapa bulan tetapi kemajuan dan tindakan mesti bermula, undang-undang harus didraf dan sebagainya, kerana hendak membawa satu rang undang-undang ke Parlimen akan memakan masa," tegasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan beberapa bahagian SAPP mengusulkan parti itu keluar daripada BN, beliau berkata, pihaknya belum menerima usul rasmi mengenai perkara itu daripada mana-mana bahagian.

"Kita tidak ada terima usul secara rasmi daripada mana-mana bahagian mengenai perkara ini, bagaimanapun saya akan dengar jika ada bahagian hendak membawa isu ini dalam kongres.

"Dalam mesyuarat perwakilan, itu perkara biasa. Apa-apa pun boleh dibawa tetapi kita belum ada keputusan yang muktamad," ujarnya.

Comments (11)Add Comment
...
written by zul4kulim, April 28, 2008 13:55:27
Nampaknya selepas tsunami PRU12, kedengaran suara-suara yang selama ini tenggelam disebalik cemerlang, gemilang, terbilang.
Sejarah akan menilai yang Pak Lah, seperti kata Hishamudin rais, sedikit sebanyak berjasa dalam menumbangkan mitos kekebalan BN dan membuka ruang demokrasi, walau itu bukan tujuan sebenar pak Lah....
http://1426.********.com/2008/...wives.html
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by joeawk, April 28, 2008 14:16:47
You had an agreement to join the federation and if thwe terms have not been fulfilled, can't you just terminate the agreement?

Terminate the agreement and become independent and allow non malays to immigrate to Sabah, Ok?
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by LTn, April 28, 2008 14:22:53
CAKAP APA PUN TAK GUNA = ZERO OR TALK WIND...ALMOST ALL THE bn umno LEADER IN SABAH IS SELLING OFF SABAH IT SELF... TALK MANY COCK AND EAT MANY BULL SHIT..
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by HARIMAU BIN ABDULLAH, April 28, 2008 14:44:17
Yusof Tek Lee is low-grade political prostitute from Sabah.
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by sydput, April 28, 2008 14:58:11
Joeawk said -

Terminate the agreement and become independent and allow non malays to immigrate to Sabah, Ok?
----------------------------------------------------------------
I think sabah people have had enough of foreigners, and any peninsular malaysians, including the non-bumi ones are considered foreigners. What makes you think they will accept people like you? But having said that, I heard that University sabah malaysia(UMS-university sikit melayu) is the best engineering university in the country because most of their lecturers are non-malays and china regularly sent their undergrads to study tropical science related subjects at the campus.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by taxi90, April 28, 2008 20:40:21
Nope, I have it on first hand experience that most lecturers in UMS are rejects and has-beens. UMS was so desperate to get people into their ample posts when they started 3-4 years ago that they offered any tom dick and harry any position with hefty payscales. You will be worried to know that the medical lecturers are no better and one of the medical heads of department was refused gazettement to be a specialist because of abysmal track records and frequently causing conflicts with other departments. Despite that, he's 'teaching' future doctors! Can you imagine what will happen?
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by JJ Kuyong, April 29, 2008 00:06:50
Taxi90,

Its not right for you to say MOST LECTURERS IN UMS ARE REJECTS....the facts is they are holding a duly accredited Post Graduate Degree.....if you do i urged you to enroll and taking up a degree course at UMS, feel and see yourself the kind of standard they have.....you will be astonished and astounded believe me.The only regret i have is AGAIN most of the lecturers are from Semenanjung!...it seems that they are conquering everything in Sabah as if there are NO Sabahan qualified fro the post of lecturer.....this happening because our Sabahan leader's may have overlook it or just do not care because they are busy with their own business.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by JJ Kuyong, April 29, 2008 00:15:45
Dtk Yong,

Saya tabik dengan kesabaran datuk, saya juga tabik kepada Tham Nyip Shen. SAPP berani bersuara lantang dan saya dapat rasakan SAPP benar-benar prihatin terhadap nasib Sabah dan rakyatnya. JIka kerajaan Pusat tidak berbuat apa-apa untuk melaksanakan dan meluluskan perkara-perkara yang telah dibangkitkan maka saya setuju dengan usul dan syor beberapa bahagian SAPP supaya SAPP tarik diri saja dari BN. SAPP sebuah parti multi-racial dan saya percaya rakyat Sabah akan menyokong perjuangan SAPP untuk rakyat Sabah.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Tompios, April 29, 2008 07:06:52
Yess!! Teruskan perjuangan Datuk Yong Teck Lee. Mungkin satu2nya jalan ANDA untuk kembali dipandang di Sabah since guna project hantu untuk mengundi mu beberapa tahun yang lalu.

Kembalikan MARUAH SABAH dan berikan kembali kuasa autonomi politic Sabah.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Malaysiaputra, April 29, 2008 08:30:31
Will this eventually lead to the independant nation of Sabah and Sarawak just like East Timur ?.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by carlitos, April 29, 2008 15:31:10
If the 20 points agreement that protects Sabah & Sarawak interest during formation of Malaysia not followed by Malaya.

Won't it be considered breach of contract? Doesn't that mean Sabah & Sarawak can leave Malaysia unless the 20 points are reinstated??
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM