A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Kenyataan media Dewan Muslimat PAS mengenai kes Altantuya PDF Print
Saturday, 26 April 2008 23:35

DMPP mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam ke atas seorang pelancong asing yang juga boleh disifatkan sebagai "tetamu negara" dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

DMPP berpendapat bahawa perbicaraan bagi kes ini sewajarnya disegerakan, berbanding sekarang yang ditangguh-tangguh oleh pihak mahkamah atas alasan terlalu banyak kes lain, seperti yang didakwa oleh bapa mangsa, Dr Shaariibuu Setev baru-baru ini.

DMPP memandang serius dan sangat tersentuh dengan kenyataan daripada bapa Altantuya yang telah datang ke Malaysia baru-baru ini bahawa beliau datang demi kemanusiaan dan bukannya kerana wang atau menuntut sebarang ganti rugi.

DMPP juga menginsafi bahawa ia jelas menampakkan kehampaan dan hilangnya kepercayaan seorang ayah yang selama ini telah berusaha untuk mendapatkan keadilan terhadap satu-satunya zuriat keturunan beliau yang dibunuh secara kejam dalam Negara Malaysia yang dilabel sebagai Selamat, Aman & Makmur oleh PM dalam PRU-12 yang lepas.

Kes ini boleh disifatkan sebagai berprofail tinggi, punya kepentingan ramai serta kes pembunuhan paling berat kerana menguji bahkan mencabar integriti Malaysia di mata dunia khususnya terhadap sistem dan proses perjalanan keadilan dalam negara yang kita semua cintai ini.

Seluruh rakyat dari dua negara yang terlibat sedang memberi tumpuan terhadap perjalanan dan kesudahannya. Kes ini bukanlah kes biasa. Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara wajar memberikan prioriti tertinggi bagi menyelesaikan polemik ini secara telus, amanah, beretika, bijaksana dan professional.

DMPP menggesa agar ketiga-tiga entiti keadilan yang penting ini tidak membiarkan apa jua unsur mahupun ruang yang akan menghalang mereka daripada menjalankan tugas sejujur yang boleh kerana natijah bagi kejujuran dan kebijaksanaan merekalah yang akan membawa kesudahan paling memuaskan hati semua pihak khususnya yang menjadi mangsa tindakan kejam "pembunuh berkuasa" dalam negara ini. Iaitu bila semua yang terlibat dalam konspirasi pembunuhan ini dijatuhi hukuman paling berat dan pihak yang menjadi mangsa diberikan keadilan paling wajar.

Jika sebelum ini atau sekarang ini kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berani untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Altantuya dan Kerajaan Mongolia di atas apa yang berlaku yakni pembunuhan dan segala bentuk tuduhan memalukan ke atas Altantuya dan keluarganya, dan Jika sekiranya kerajaan Malaysia dapat berjanji untuk memberi tumpuan utama terhadap penyelesaian kes ini; saya yakin dan percaya bahawa ia suatu yang sangat positif dan dapat mengurangkan beban perasaan yang ditanggung oleh keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan Mongolia selama ini. Malangnya, tindakan diplomatik sebegitu dilihat gagal dibuat secara bijaksana oleh pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri sendiri.

DMPP menginsafi bahawa tindakan diplomatik itu wajar disegerakan. Pendekatan negara yang melayan mangsa dan keluarga mangsa sebagai pihak yang seolah-olah tidak bermaruah, rendah moral, dan bersalah dengan membiarkan beberapa pihak seperti media massa yang mengaitkan Altantuya sebagai Pelacur dan seumpamanya harus dihentikan dan diambil tindakan.

Sudah sampai masanya keluarga mangsa diberikan sambutan dan layanan sebagai "tetamu negara" dan bukannya sebagai musuh kepada mana-mana pihak atau individu yang berkuasa dalam negara ini. Kerajaan Malaysia wajib menerima mereka dengan akhlaq dan adab Islam.

Jelas, terdapat banyak keraguan bagi kes ini kerana seperti yang umum telah tahu bahawa kaedah pembunuhan mangsa adalah melibatkan penggunaan senjata api yang terkawal di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia. Hatta, kehilangan rekod kemasukan yakni maklumat imegresen mangsa ke dalam Negara ini meskipun saudara beliau mengesahkan bahawa mereka telah memasuki Malaysia dengan cara yang sah, jelas menimbulkan keraguan bersebab munasabah yang sangat kuat bahawa di sana terdapatnya unsur-unsur konspirasi dan komplot terancang.

DMPP juga mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang baru iaitu YB Dato' Ng Yen Yen agar menyatakan pendirian kemanusiaan terhadap kes ini kerana ia melibatkan seorang wanita yang menjadi mangsa pembunuhan paling zalim. Bukan setakat itu, maruah mangsa dan keluarga mangsa juga telah dikoyak-rabakkan dengan melabelkan mangsa sebagai pelacur, agen CIA dan seumpamanya. Bahkan, dalam kes ini Menteri Wanita mesti memberikan penegasan bahawa: Adakah jika kerana seorang wanita itu pelacur maka apa jua bentuk tindakan ke atas mereka wajar termasuklah jika mereka dibunuh dengan senjata api terkawal di bawah Kementerian Pertahanan?

DMPP sangat berdukacita kerana sehingga kini kementerian yang menjaga hal ehwal wanita, keluarga dan masyarakat terus sahaja membisu daripada membuat pendirian rasmi terhadap kes yang membabitkan maruah dan keadilan serta kemanusiaan seorang wanita yang bernama Altantuya Shaariibuu.

Akhirnya, DMPP berharap agar rakyat negara ini dan rakyat negara Mongolia tetap tidak jemu untuk terus mengikuti perbicaraan bagi kes ini secara kritis untuk kita sama-sama memastikan keadilan dapat ditegakkan. Sebelum ini, tidak pernah terlintas di benak kita betapa jenayah yang begitu kejam ini akan berlaku di dalam negara Malaysia. Lebih memalukan bila senjata pembunuhan yang digunakan pula merupakan senjata api TERKAWAL di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia. Atas realiti fakta senjata pembunuhan itu, DMPP mendesak agar Menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian ini SEGERA MELETAKKAN JAWATAN! Demikian juga desakan yang sama ditujukan kepada pihak/individu yang sewajarnya berperanan dalam memastikan pengawalan senjata tersebut tetapi telah GAGAL dalam menjalankan tanggung jawabnya.

Hormat Daripada,

DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Setiausaha

Comments (12)Add Comment
...
written by tbsbidayuh, April 26, 2008 23:47:39
Biar kerajaan Pak Lah pelihara "Harimau Malaya" ini sehingga memakan diri Pak Lah sendiri. Mungkin besok ada lagi mangsa cincang atau rebus oleh "harimau" ini.
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by cillipepper, April 26, 2008 23:57:23
Kalau pihak Kehakiman dan Pendakwaraya sebok sangat nak menyelesaikan kes2 lain yang lebih "penting", saya cadangkan berundur sahajalah kedua2nya. Kita pakat jemput Hakim dan Pendakwaraya Mongolia kemari dan meneruskan perbicaraan. Lagi pun badan kehakiman kita baru nak di teluskan. Apa jadi dengan penghakiman kelak selagi tak telus dan entah kebila pula agaknya penghakiman telus itu akan berlaku.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Jack Hui, April 27, 2008 00:07:04
Cukup malu sekali....Kerajaan Malaysia..tidak berani minta maaf...and juga pihak mahkamah berkali-kali tangguhkan kes ini dengah alsan terlalu banyak kes lain....

Mengapa semua kes seperti Altantuya,Lingam ...kena tangguh berkali-kali....kalau mahkamah Malaysia terlalu banyak kes...bawah saja kes ke mahkamah dunia....
smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by micon02, April 27, 2008 00:20:03
Kerajaan yang zalim begitu juga dengan Hakim yang tidak berpendirian
Tidak ada gunanya menjadi hakim kalau tak menjalankan tanggung jawab dengan 'adil. Diakhirat nanti, terimalah balasan nya
Shukur kepada Ilahai kerana kita tak berperangai seperti mereka


report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by deno84, April 27, 2008 00:36:04
This will be a big test the the integrity of Malaysian judiciary. For many years, international companies have been wanting to move into Malaysia to expand their business to the South East Asia market. Due the incompetency of the judiciary system and and the racial based economy, these companies rather set up their offices in Singapore eventhough the overhead and cost of the branch is much more. I saddens me to hear this directly from my boss in the UK.

This case should be taken as a stepping stone.The 1st step will be difficult but the PM should ensure that the responsible personals be punished even if it means seeing his own people be put behind bars. The responsibles should be brought to justice.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by rakyat101, April 27, 2008 02:13:10
only good in cover up, control, money can buy anything, dictate, threaten all the bad elements that you can think of , this is what they are good at !!!!! living in Malaysia is no different compare to third world like africa !!!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by smalluncle, April 27, 2008 04:47:21
Now that former Boss of CJ, (so he claimed)MIB Nazri is out.

Our new Law Minister, a "highly respected" and deem as man of principle {semua ini baca dalam akhbar la. For I hardly know him anyway} What Say you? Are you in control? or DG Petai control you?

Also to our short serving new CJ, can you do some great move to see this matter of killing innocent get their justice before your coming soon exit? Don't let the old Public servant mentality of " i m retiring soon, don't cost trouble la" get over you, for you, too, I read you can be trusted to uphold justice, that Malaysian are seeing lights in our Judiaciary. {again I read it in the papers}

So, are we expecting ve feedback / action soon or you (BN) rather let PR to do it after September 2008?
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by capcomangel, April 27, 2008 09:58:28
lol...
DAP smack ISA
PAS smack Altantuya case
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Ah Chong, April 27, 2008 10:56:31
DMPP, buatlah ni di parliment pada Isnin. barulah kita nampak siapa pembunuh yang sebenar. Ng yn yen? itu pappet lah. dia wanita dare not to touch this case.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by babakl, April 27, 2008 10:57:23
Whenthey change he whole PP AND JUDGE, the reason is the former Judge is busy. Now the present is more busy it looks like. What bull shit the former CJ is giving us. Let PM shows what he promise, he will do it start with this case. Intergrity and fairness to those who are suffering esp their familiy members.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by macaufan, April 27, 2008 15:55:27
if najis bcom PM, this case will be 'Close' by AG, polis & judiciary ! all d accuse will be free w/o calling to defend !
m'sia boleh !
MSM is headline reported : Mongolian woman Altantuya was killed oversea but smuggled into m'sia(bcos m'sia immigresion tadak her rekod) & she was blowned up using C4 by smugglers due to 'unknowned' reason !
Najis will say "m'sia judiaciary was fair & free"
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by bn haramjadah, April 27, 2008 21:21:40
WE as Malaysians weep in pity for the father of Altunya who seeks justice for the murder of the young mother. BY PROXY THE HANDS OF ALL UMNO MEMBERS ARE COVERED IN BLOOD IN THIS MURDER BECAUSE ONE OF YOURS IS INVOLVED, AND YOU ARE DOING NOTHING ABOUT IT, YOU ARE GUILTY BY ASSOCIATION. SO UMNO MEMBERS , THOSE OF YOU WHO HAVE CHILDREN, WHO ARE PARENTS,AND HAVE DAUGHTERS, WHY LET THIS CARRY ON. WHY AREN'T YOU DOING ANYTHING ABOUT THIS, WHO ARE THE HIDDEN HANDS BEHIND THIS. DO SOMETHING OR SUFFER THE GUILT, IS THIS ALLOWED IN ISLAM. JUSTICE IS ONE OF THE STRONGEST TENANTS OF ISLAM, are you muslims who pray to ALLAH, WILLING TO CLOSE YOUR EYES, YOUR CONSCIENCE OF WRONG DOING, YOUR PRAYERS ARE BATAL FOR CLOSING YOUR EYES AND MOUTHS, MAY ALLAH FORGIVE YOU. smilies/sad.gif smilies/sad.gif smilies/sad.gif smilies/sad.gif smilies/sad.gif smilies/sad.gif
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM