A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Letters/Surat arrow Mengapa Rais berani cadang tubuh suruhanjaya siasat punca kekalahan Umno

Mengapa Rais berani cadang tubuh suruhanjaya siasat punca kekalahan Umno PDF Print
Thursday, 24 April 2008 18:08

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan kenyataan berani Menteri Luar, Dato' Seri Dr Rais Yatim yang mencadangkan sebuah suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat punca kekalahan Umno dalam pilihan raya umum yang lepas.

Beliau secara terbuka menyindir Presiden Umno dengan mengatakan jika Kerajaan BN pimpinan Abdullah boleh menubuhkan suruhanjaya kehakiman dan suruhanjaya anti rasuah, mengapa tidak boleh menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat Umno.

Kenyataan ini pada pandangan DPP Pusat bukanlah satu cadangan, tetapi sindiran tajam kepada Presiden Umno yang sedang didesak berundur itu.

DPP Pusat juga tertarik dengan respon positif yang ditunjukkan oleh Rais Yatim yang cenderung mengikut cadangan bekas bosnya, Tengku Razaliegh Hamzah yang mahukan sistem kuota dihapuskan dalam Umno.

Semenjak Umno Gua Musang mengadakan mesyuarat agung luar biasanya, sudah ramai pemimpin Umno bersuara menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan pengasas Islam Hadhari itu.

Malangnya sebahagian besar mereka melihat halangan utama untuk menjatuhkan Abdullah ialah sistem kuota yang menghendaki sokongan 30 peratus sebagai kelayakan bertanding jawatan Presiden Umno.

Ketika pemimpin bahagian Umno sudah sibuk bercakap soal krisis kepemimpinan ini, Rais Yatim adalah antara pemimpin Umno yang kelihatan setia kepada Abdullah, mungkin kerana skandal lamanya dengan seorang warga asing yang dikatakan mengunci mulut Rais Yatim.

Sebaliknya, pemimpin tertinggi Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin terus lantang bersuara bagi mengimbangi Dato' Seri Najib Razak yang tersepit dengan isu Altantuya.

Kenyataan Tun Dr Mahathir yang menamakan Muhyiddin atau Rais sebagai calon Perdana Menteri telah merancakkan lagi persaingi ini. Semalam Rais Yatim mengambil sikap berkecuali dengan mengucapkan terima kasih kepada Tun Maharhir, tetapi menafikan beliau mahukan jawatan itu.

Selepas menyedari adanya sokongan untuk beliau mendapatkan jawatan tertinggi itu, bekas Timbalan Presiden PMS46 itu mula melahirkan suara yang sama dengan beberapa lagi calon Presiden Umno iaitu Ku Li dan Muhyiddin.

DPP Pusat percaya Rais masih berharap untuk naik lebih tinggi kerana Abdullah pernah menikam kumpulan mereka (Team B) dalam pemilihan Umno 1987. Inilah masa terbaik untuk Rais sekurang-kurangnya berganding dengan Ku Li untuk kali kedua bagi merampas dua kerusi utama Umno, sekali gus kerajaan.

DPP Pusat merasakan tidak mustahil pandangan Tun Mahathir kini mendapat perhatian bekas pemimpin Team B untuk kembali menguasai Umno setelah Abdullah dilihat gagal dalam agenda Hadharinya.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Comments (4)Add Comment
...
written by tikuih, April 24, 2008 18:20:37
hello rais, what's there to siasat? the writting is already on the wall long before the elections, are you also in denial, like najis, kerismuddin, m m tahi, semi value, ong katak, koh sukun, etc, etc, etc from bn?

stop wasting time, just get all those clowns to admit their wrong doings. if they are sincere, they will find that the rakyat is a forgiving lot.

now they are still ARROGANT and still making stupid statements everyday. aab is still a silent idiot.
report abuse
disagree 3
agree 11
...
written by ibabonma, April 24, 2008 18:40:40
Kerana Rais tahu UMNO tidak akan berani menubuhkan commission tersebut. Itulah yang semudahnya.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by mypanida, April 24, 2008 20:39:01
ayat berani itu tak ada dalam kamus umno, masakan puak yang pengecut tahu erti berani itu.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by harryo, April 27, 2008 18:38:43
I wonder why a lawyer-minister suggests a commission for the the failure of a political party when there are more pression national issue that requires a commission such as ISA.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM