A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Wakil BN lompat sebelum 31 Ogos

Wakil BN lompat sebelum 31 Ogos PDF Print
Thursday, 24 April 2008 01:12

(Malaysiakini) - Beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa yang sesuai, selewat-lewatnya 31 Ogos depan, kata penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Ahli-ahli parlimen ini belum pun mengangkat sumpah di parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, hari ini.

Anwar menambah, lapor Bernama, jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos).

"Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408Sementara AFP pula melaporkan, Anwar meramalkan beliau akan menjadi perdana menteri "dalam tempoh tiga tahun ini".

Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan menjadi perdana menteri tetapi meramalkan tempohnya "tidak sampai tiga tahun lagi".

"(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa," katanya kepada agensi berita antarabangsa itu.

Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini membantah usaha menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti yang dijalankan Anwar .

Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak.

"PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpa
diganggu-gugat secara yang tidak demokratik," katanya.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan parti-parti komponen BN di negeri itu menafikan mereka akan melompat parti dan menyertai Pakatan.

Timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Eric Majimbun (gambar) dilaporkan berkata, desas-desus terdapat wakil parti itu berhasrat melompat parti berkemungkinan besar timbul susulan kelantangan SAPP menyuarakan pandangan kepada pimpinan BN.

Lawatan Anwar di negeri itu dan Sarawak memanaskan lagi cakap-cakap tentang isu lompat parti yang dimulakan daripada kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu sejak kemenangan besar PKR dan dua rakannya DAP dan PAS pada 8 Mac.

Tawaran terbuka pengerusi jawatankuasa pemandu PKR Sabah dan Sarawak, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kepada wakil rakyat BN agar menyertai pakatan pembangkang baru-baru ini menghangatkan lagi keadaan.

Comments (16)Add Comment
...
written by MasterYoda, April 24, 2008 01:29:51
The fruit is ripening...just a matter of time.
don't pluck it before the time.

Patiences is the ultimate winner!
report abuse
disagree 2
agree 20
...
written by aliseman, April 24, 2008 01:36:12
Helloooo PRM...you kata kempen lompat tidak beretika? Banyak benda tak beretika yang kerajaan BN buat tolong tegur ya, jangan diam tau!
Lagipun.....kalau pilihanraya 100% bersih, dah pasti Pakatan Rakyat jadi kerajaan dan rakyat kini sudah terlepas dari kezaliman.Cuba tanya orang Sabah, berapa ramai orang Filipina dan Indon diberi kad pengenalan supaya mereka boleh undi BN. Itu demokratik ke? Jadi...tak salah kalau kempen lompat dijalankan kerana apabila ada tipudaya dari satu pihak, adalah naif kalau kita terima bulat-bulat keputusan yang timbul dari penipuan. Lagipun rakyat kini jadi mangsa, maka untuk selamatkan rakyat takkan nak tunggu 5 tahun.....nanti habis harta negara dah dirompak. Get real man!!!!
report abuse
disagree 4
agree 46
...
written by Mal4Mal, April 24, 2008 02:02:56
Wait yes we can wait... we have waited for 50years... Whilst certain POLITICIANS and Cronies are getting fatter the poor RAKYAT are neglected. Does every RAKYAT of our MALAYSIA wants to wait? We entrust PR to take over ASAP ! This country is bleeding .. stop the bleed before it is too late.
report abuse
disagree 1
agree 30
...
written by Tompios, April 24, 2008 06:35:04
If you guys lompat katak, you can not survive more than one term in Sabah. Sabahans are anti-Frogman. Whatever it is, you guys bring your party to Pakatan Rakyat. Lebih baik begitu.
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by alienz, April 24, 2008 06:50:36
Tompios... i beg to differ... siLajim Katak Puru dari Klias sampai sikarang masih jadi ADUN... tapi masih kopunan jadi CM laa... koto sia bilang.. sepandai pandai katak molumpat, mati katak juga akhirnya...

Lompat katak kaa.. bawa masuk parti dalam PR kaa... sumua buli... asal siMusa Aman kana kasi guling... talampau gumuk sudah dia tu... kasilaa peluang urang lain makan duit siiiikit sobulum mati katak...
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by Tompios, April 24, 2008 07:10:39
Hahaha...iya bah! Si Nabi Musa Tak Aman terlampau memperkayakan diri bah tu manusia. Ramai bah yang jadi katak puru bonong buhangkut tu di Sabah masih survive tapi tidak dihormati lagi. Apalagi barabislah dorang ambik kesempatan buat duit. Tidak tau, bila lagi ada Pemimpin Sabah yang betul2 berjiwa rakyat dan sanggup makan bersama rakyat di atas daun Tohipai lebar kena main oleh Federal Malaya.

Alienz, ko jadi wakil rakyatlah. Tegakkan dulu 20 perkara Sabah masuk Malaysia balik. Biar itu urang2 Malaya yang kerja di pejabat2 tinggi Sabah dikasi pulang ke tempat mereka. Apa tuh! Macam dorang saja yang boleh perintah.

Curi minyak kita.
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by rayfire, April 24, 2008 07:29:26
Saya harap katak-katak yang lompat ini berjiwa rakyat dan bukan sekadar lompat dari bahang api ke dalam air murni sekadar untuk menyelamatkan diri.
Diharap PR memandang berat kesan negatif yang mungkin timbul akibat menerima katak-katak ini.
Walaupun ramai diantara kita yang memilih Pakatan Rakyat secara ikhlas, ada diantara kita yang memilih PR sebagai undi protes terhadap BN.
Sila bersabar dan mantapkan dulu kerajaan negeri bawah pimpinan PR untuk meyakinkan seluruh masyarakat di Malaysia bahawa PR mampu memimpin negara ini dengan berkesan.

Please visit http://rayfire-viewpoint.********.com

report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Hope4all, April 24, 2008 07:59:13
Federal government is in a hurry to make the illegals who voted for UMNO to be legals in Sabah... read

http://www.dailyexpress.com.my...wsID=57095
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Puchongjoe, April 24, 2008 08:33:14
The world is facing an economic recession now. If PKR takes over power too soon, it may have to face a very trying time for Malaysians. At least let BN troubleshoot the economic problems which I doubt they will succeed without the PKR and all citizens' cooperation. Then the people may know that the economic problems are not caused by PKR's inexperience and inefficiency but a worldwide economic downturn facing every country.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by PR Msia, April 24, 2008 09:15:55
Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak.

En Hassan, kami hormat kemenangan PR. Tetapi kemenangan BN tidak dihormati. Kerana, SPR dilantik oleh BN dan memastikan kejayaan BN. Dakwat hitam dimansuhkan, undi hantu dan undi pos, wang digunakan untuk mempengaruhi emosi pengundi seperti kenduri, lawatan, wang "pocket" dan sebagainya. Undi dalam kotak melebihi pengundi yang hadir. Saya tidak setuju 51% RAKYAT boleh menghormati kemenangan kerusi oleh BN.

Yg Berbahagia Dato's Seri mempunyai hak dan restu Allah mengambilalih kerajaan pusat yang sepatutnya menjadi hakmilik mereka. Rakyat Sabah dan Sarawak hidup dikonkong oleh BN kerana tiada kebebasan akhbar dan tv, ketidakmampu memiliki komputer dll.

Atas sebab-sebab ini, saya membuat kesimpulan kemenangan BN tidak dihormati.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by asguard, April 24, 2008 09:19:13
Sudah masa untuk perubahan besar...
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Biztrack, April 24, 2008 11:26:19

puchongjoe:

Its precisely because the world economic outlook is looking gloomier, and recession is looming that we need a clean, and efficient government.

Imagine whatever little money that is available to govern the country is further sapu-ed, and makan-ed by corrupted and thieving BN goons. How in hell would ordinary Malaysians survive in times like these?

Just my 2 cents.

report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by SeriousLy, April 24, 2008 11:42:04
Like he says, the jump is not only East Coast Brothers....I believe is going to be more than two third majority. UMNO's jumping too. How about Terengganu brothers? and Perlis? and Perak? and Perak? Why stay in opposition?
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Lipanbara, April 24, 2008 14:30:13
Wonder why is the announcement?...
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by wag the dog, April 24, 2008 15:54:19
Agflation - The Our Next Tsunami

Visit http://www.wagthedog-malaysia.********.com for details.
report abuse
disagree 1
agree 0
...
written by ibabonma, April 24, 2008 16:48:40
PRM, untuk makluman, BN menang kerana menipu dalam PRU 12 tempuh hari. Adakah kemenangan UMNO/BN ini beretika?
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM