A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Umno dan fantasi 'Ketuanan Melayu'

Umno dan fantasi 'Ketuanan Melayu' PDF Print
Wednesday, 23 April 2008 17:34

Mungkin identifikasinya sebagai orang Melayu berasaskan hakikat Parameswara telah memeluk Islam apabila berkahwin dengan seorang puteri Raja PASai.

Shirzad Lifeboat, HARAKAH

Ada ketikanya, apabila kita merenung kembali ungkapan "Tidak Melayu hilang di dunia" yang didakwa telah diucapkan oleh Hang Tuah, seorang pahlawan yang sumber pensejarahannya cuma sebuah buku, juga berjudul Hang Tuah dan Sejarah Melayu tulisan Tun Sri Lanang, kita terpaksa bertanya apakah bangsa Melayu pernah hidup dalam satu tamadun yang gemilang? Umno dan fantasi 'Ketuanan Melayu'

Jika kita mahu mengambil Kesultanan Melayu Melaka (1402-1511) sebagai sebuah tamadun Melayu misali, maka kita perlu akur kepada hakikat bahawa Parameswara yang mengisytiharkan dirinya sebagai raja dengan menggunakan nama Sultan Iskandar Shah adalah seorang putera berketurunan Hindu berasal dari Kerajaan Srivijaya.

Mungkin identifikasinya sebagai orang Melayu berasaskan hakikat Parameswara telah memeluk Islam apabila berkahwin dengan seorang puteri Raja PASai.

Dalam era kegemilangan yang berakhir selama kira-kira 109 tahun itu, ekonomi Melaka boleh di katakan di kuasai oleh para pedagang Hindu dari India Selatan, seperti Nina Chatu dan ramai pembesar negeri pula terdiri daripada mereka yang bukan berdarah Melayu seperti Tun Mutahir yang menjadi Bendahara Melaka menggantikan Tun Perak.

Tun Mutahir adalah ketua Muslim Tamil yang cukup berpengaruh di negeri Melaka dan bertanggungjawab melantik mereka yang berketurunan Muslim Tamil memegang jawatan penting dalam kerajaan. Hal ini dimarahi oleh orang Melayu.

Raja Mendeliar dan Laksamana Khoja Hassan akhirnya berkomplot memfitnah Tun Mutahir kononnya mahu menjatuhkan Sultan Mahmud.

Selepas perisitiwa ini, segala-galanya adalah sejarah. Sifat tamak, dengki, khianat, sikap mementingkan diri sendiri, sikap terlalu mementingkan harta dan kedudukan, tidak amanah, belot dan politik istana yang berpuak-puak serta tidak menjiwai ajaran Islam yang sepatutnya menjadi ciri-ciri utama telah memusnahkan apa yang dianggap sebuah empayar dibina sejak seabad lalu. Kedatangan Portugis menakluki Melaka hanyalah satu kebetulan.

Di vmanakah 'ketuanan Melayu' ketika itu? Selain daripada Tun Perak dan beberapa orang pembesar Melaka yang berketurnan Melayu, termasuk Laksamana Hang Tuah (sekiranya dia benar-benar wujud)? Siapakah orang Melayu yang paling berkuasa pada ketika itu? Apakah orang Melayu yang menduduki bumi Melaka sebelum 1402 itu dapat menerima bulat-bulat seorang anak raja Hindu hanya kerana Parameswara terlihat peristiwa ganjil pelanduk mengejar anjing?

Tentu sekali tidak ada ketuanan Melayu pada ketika itu sebagaimana tidak adanya ketuanan Melayu setelah Portugis berkuasa dan seterusnya Belanda, kembali kepada Portugis, British, Jepun dan kembali kepada British untuk tempoh masa 446 tahun.

Sebagai sebuah bangsa, Melayu bukan sahaja dianggap sebagai bangsa hamba kerana bertuankan penjajah tetapi dianggap sebagai sebuah bangsa yang "pemalas dan membuat rumah di atas pokok".

Pengarang British Anthony Burgess (The Malayan Trilogy) mendefinisikan Melayu sebagai: "satu bangsa berkulit coklat, agak menarik, pemalas, telah diIslamkan oleh pedagang Arab tetapi kabur tentang asal-usul pemelukan agama itu."

Dalam trilogi yang menceritakan banyak tentang sikap asli orang Melayu itu, tidaklah diketahui mengapa Burgess yang pernah bertugas di Malaya sebelum Merdeka, termasuk di Kolej Melayu Kuala Kangsar, menggunakan sebuah negeri Melayu imaginasi yang dinamakan sebagai negeri "Lanchap".

Tetapi Burgess bukan keseorangan. W. Somerset Maugham, Joseph Conrad, Henri Fauconnier Malaisie tidak pernah mengangkat orang Melayu sebagai tuan di dalam tulisan-tulisan mereka.

Malah tokoh berketurunan Arab-India, Abdullah Abdul Kadir (Munshi), juga bergelar Bapa Sastera Melayu Moden juga tidak mempunyai sesuatu baik untuk ditulis mengenai orang Melayu di dalam bukunya.

Sekiranya inilah deskripsi bangsa Melayu yang digambarkan oleh pengarang Melayu dan bukan-Melayu pada satu ketika dulu dengan segala sifat dan amalan yang tidak Islamik, apakah kita mahukan sebuah bangsa Melayu yang memenuhi kriteria ini terus hidup?

Apakah orang Melayu jenis ini yang dimaksudkan oleh Hang Tuah dalam ungkapan immortal atau abadinya "Tak Melayu Hilang Di Dunia"?

Kalau begitu, apakah bezanya orang Melayu hari ini dengan bangsa-bangsa lain yang masih hidup tetapi tidak diketahui umum seperti kaum Red Indian, Chawtow, Navajo dan lain-lain yang masih terus hidup tetapi lagi dikenali umum?

Hari ini, walaupun orang Melayu telah berjaya menjadi penumpang kapal angkasa, namun masih ramai lagi warga dunia yang tidak kenal siapakah orang Melayu dan di manakah letaknya Malaysia.

Jika kita mempunyai pilihan, sudah tentu kita tidak mahu bangsa Melayu kita dinilai dan diberikan persepsi sebegitu rupa.

Sebenarnya, kita memang mempunyai pilihan. Apabila kita menentang gagasan Malayan Union British, kita menggunakan slogan "Hidup Melayu". Tetapi slogan tinggal slogan apabila pada tahun 1951 Umno mengubah slogan "Hidup Melayu" kepada slogan "Merdeka".

Sebaik sahaja selePAS Merdeka, slogan hidup Melayu tidak lagi kedengaran. Umno yang memimpin kerajaan pada ketika itu sepatutnya sudah mempunyai perancangan bagi menghidupakan satu bangsa Melayu yang benar-benar progresif dan bertamadun.

Namun, ini tidak dilakukan. Tidak ada rancangan konkrit bagi mengangkat darjat orang Melayu dari sekadar menjadi petani, posmen, budak pejabat, kerani, pemandu dan anggota polis pangkat rendah yang disebut-sebut sebagai mata-mata gelap.

Ketuanan Melayu pula hanyalah terletak kepada Perdana Menteri yang berketurunan Melayu dan beberapa orang Menteri Melayu dan Ahli-Ahli Parlimen Melayu. Tetapi bagi rakyat Melayu biasa mereka adalah hamba.

Dari segi ekonomi, orang Melayu tidak pernah menjadi tuan punya sebarang perniagaan atau perusahaan. Untuk menjadi tuan kepada ekonomi Malaysia, tentulah jauh sekali. Malah tanaman padi yang diusahakan dan menjadi identiti orang Melayu sejak dulu lagi juga tertakluk kepada perhambaan kewangan.

Dalam tulisannya berjudul "Malay Padi Planters Need Help" (The Straits Times, 30 Oktober 1949), Dr Mahathir Mohamad (Tun) menulis (terjemahan):

"Justeru, apabila tiba musim menanam padi berikutnya, mereka (penanam padi Melayu) mendapati mereka tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli baja, menyewa kerbau dan secara umumnya menyediakan tapak untuk tanaman berikutnya. Tapi mereka tak perlu bimbang, mereka sentiasa boleh mendapatkan wang dari sistem padi kunca. Dalam sistem ini, peminjam wang akan membeli padi untuk tuaian musim akan datang� Adakalanya RM40 dibayar untuk nilai padi yang sepatutnya diPASarkan pada harga RM120� Mereka yang paling beruntung adalah pekedai China di kampung-kampung."

Sistem padi kunca yang meletakkan orang Melayu sebagai kurang dari menjadi tuan ini beransur lenyap selePAS Merdeka disebabkan oleh pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada penanam padi. Namun sistem pajak gadai yang menjadi talian-hidup orang Melayu berterusan.

Kemisikinan orang Melayu selepas Merdeka masih bersifat fenomenal. Bukan sahaja orang Melayu tidak memiliki sebarang saham dalam syarikat awam, tetapi sebagai peniaga pemilikan tunggal yang berjaya pun boleh dikatakan amat kecil.

Kegagalan Umno inilah yang telah menghakiskan kepercayaan orang Melayu terhadap Umno pada Pilihanraya Umum Ke-3, 1969.

Untuk memperbetulkan keadaan ini Umno memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerusi Rancangan Malaysia Ke-2 (1971-1975). Apabila Kajian Separa Penggal, Rancangan Malaysia Kedua, 1971-1975 diterbitkan maka terserlah hakikat orang Melayu cuma mempunyai kurang daripada 2 peratus saham dalam syarikat-syarikat awam, sementara kaum Cina menguasai 23 peratus dan orang luar menguasai 61 peratus.

Pada akhir tahun 1990, tahun terakhir sasaran awal DEB, penguasaan orang Melayu dalam PASaran modal mencatatkan angka terakhir, lebih sedikit daripada 20 peratus dan kurang 10 peratus dari sasaran yang telah ditetapkan ketika DEB dilancarkan pada tahun 1971. Sementara penguasaan kaum Cina meningkat kepada 45 peratus dan tidak ada sebarang peningkatan ketara untuk kaum India yang kekal pada tahap pegangan 1 peratus di sepanjang tempoh pelaksaan DEB.

Selepas tempoh tersebut, Umno mungkin menyedari perjuangannya membela nasib orang Melayu tidak mungkin akan tercapai. Tentulah tidak boleh diterima betapa dasar afirmatif selama hampir 20 tahun dalam pelaksanaan hanya berjaya melahirkan kontraktor kelas E dan F, graduan Melayu kelas kedua dan ketiga dari universiti-universiti awam yang tidak lebih merupakan kilang untuk anak-anak Melayu mendapatkan segulung ijazah.

Peniaga asal Melayu yang mendapat pinjaman MARA dan juga pinjaman bank komversial menerusi skim Perbandanan Jaminan Kredit dan terlibat dalam pelbagai perniagaan runcit � dari perniagaan PASar mini sehinggalah perniagaan import-eksport beransur-ansur gulung tikar sehingga hanya segelintir sahaja yang masih beroperasi pada akhir tahun 2000. Malah cita-cita menjadi agensi kerajaan seperti Pernas menjadi sebuah sogo-sosha seperti Mitsubishi, Mitsui atau C.Itoh hanya tinggal kenang-kenangan.

Akhirnya, Dr. Mahathir sendiri yang begitu menonjol dalam menyuntikkan psaikologi tentang kehebatan Melayu yang boleh membuat itu dan ini tidak dapat menyembunyikan rasa putus asa beliau. Ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2002, Dr. Mahathir berkata:

"Orang Melayu yang juga orang Islam yang teramai sekali di Malaysia belum selamat. Orang Melayu masih menjadi kaum yang lemah, kaum yang termiskin di negara kita ini. Ya, Malaysia sudah banyak maju, tetapi orang Melayu masih kurang maju. Jika kita keluarkan orang Cina dengan segala-gala yang dibina dan dimiliki oleh mereka, tidak akan ada bandar kecil atau besar di Malaysia, tidak akan ada perniagaan dan perusahaan, dan tidak akan ada dana daripada cukai pendapatan dan korporat untuk membiayai segala subsidi, bantuan dan kemudahan untuk orang Melayu. Orang Melayu akan kembali ke zaman mereka dijajah dahulu, miskin, tidak berpelajaran dan dihina oleh siapa sahaja. Jangan fikir selepas Umno, PAS tetap akan memerintah. Dalam politik, yang tidak dijangka boleh berlaku."

Sekiranya pelbagai langkah diambil di zaman Dr. Mahathir untuk merealisasikan ketuanan Melayu tetap menemui kegagalan, maka di zaman Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang jauh lebih lesu, slogan Ketuanan Melayu tidak lebih dari retorik Umno yang digunakan sebagai benteng terakhir dalam mempertahankan hakisan kepercayaan orang Melayu terhadap parti tersebut dan sering ditonjolkan melalui ciuman keris oleh Ketua Pemuda Umno, Dato' Hishamuddin Tun Hussein.

Benar. Usul Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Abdul Hadi Awang agar Umno, PKR dan PAS bersepakat mencari jalan bagi menyatukan orang Melayu adalah satu usul tepat, ikhlas dan terkehadapan. Begitupun, kita harus menanti apabila Umno tidak lagi membuang masa dengan fantasi Ketuanan Melayunya. Kenyataan Naib Presiden PAS Dato� Husam Musa yang menyifatkan usaha mencari persepakatan sedemikian sebagai membuang masa, adalah relevan.

Comments (32)Add Comment
...
written by dkkl, April 23, 2008 17:49:41
Good article.... but I like to highlight that all the 'Hang' brothers include 'Hang Li Po' is from China. no offense to all Malays.... but the truth is always the truth.... As you can see their names does not include 'bin' or Hang bin Li Po, Hang bin Jebat... So is all the chinese name are like that for eg... Lim Keng Yaik son called Lim See Pinned! Kah Kah Kah
report abuse
disagree 8
agree 32
...
written by budakindia, April 23, 2008 17:52:31
Ketuanan Melayu adalah ciptaan penjajah British untuk memudahkan mereka dalam pentadbiran Tanah Melayu! Dengan hanya mengesah atau mengiyakan atas kertas, mereka boleh merompak hasil tanah dengan senangnya!
report abuse
disagree 2
agree 15
...
written by dkkl, April 23, 2008 17:53:16
in addition to that, if you look at the descendant hierarachy chart of all the sultans, they are related to each other particularly from Sultan Mahmud fo Melaka who lost the battle to portugese and ran away to become Sultan Johor. So the question is who are the fore granfather of Sultan Mahmud after several generations? Well, is not appropriate for me to answer.... perhaps you already know
report abuse
disagree 2
agree 18
...
written by Tompios, April 23, 2008 18:02:04
What to do! Orang Antropology barat punya kerja. Melayu atau Mala'i bukan nama yang tetap untuk semua bangsa Nusantara.
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by red1, April 23, 2008 18:09:05
The British was wrong, but we cannot be all right forever in our path. We have to resolve this thorny issue is the best of ways. One way is through such informative writings as above. We learn and appreciate alot of history and human culture.

Also the definition of a Malay according to our constitution is quite broad. It says 'any person who is a muslim, professes malay customs ..." (more or less) is a Malay. Thus i been a chinese but embraced Islam can be considered a Malay. Well, at least a constitutional Malay.

Prof Dr. Syed Naquib considered the Malay as such too. Dr. Dela Noir consider Melayu Klasik as a misnomer but rather Javanese.

Dr Umar Farouk ( i m relating all these from a 1987 debate i had with a panel of profs here in UM) regards Malays as having roots in Pra-Malays such as Langkasuka and SriVijaya.

However Dr. Jomo stood up to rebut that with a source that says those are MongThais, or ancient Siamese that once rules us, and thus compound that Malay perhaps is a myth after all.

Anyway, i remember Malik Husin that time joke privately to me, in helping me prepare for my debate, that if Parameswara was to arrive instead in 1987 he would be considered a pendatang haram yang jual buah di Chow Kit!

Redhuan D. Oon
http://padi-malaysia.********.com
report abuse
disagree 1
agree 18
...
written by shan, April 23, 2008 18:10:45
Read Indian history,This malaiur was at one time under the Indian Empire of Maurya,Kalingam and Majapahit.Here we are fond of hiding facts and stealing cultures.The authentic malaysia is the orang Asli.Others are immigrants and howling about ketuannan Melayu,..,.Hey ,.,.The kris is also from India .,.,its a ladies weapon.
report abuse
disagree 2
agree 32
...
written by ONGJJJ, April 23, 2008 18:10:59
Rakyat have been enlightened that "ketuanan melayu" is merely a propaganda/lie propagated by the few who enrich themselves. Special position is not privileges or rights. Further, Melayu is a race, Islam is a religion, Rakyat have also been enlightened. Like Christian Bataks or Hindu Balinese etc are of Melayu stock. So let's not let these liars/parasites continue to stir up racial/religious hatred amongst peace loving Malaysians. Let's put aside, and forge ahead to fulfilling a true Malaysian Vision, a Malaysia for Malaysians regardless of race, language and religion.
report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by panca, April 23, 2008 18:27:07
Majapahit: Apa khabar semua orang Malaysia?
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by KELADIHUTAN, April 23, 2008 19:36:34
they say "ketuanan melayu". but they act more like "ketuhanan melayu".
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by whiteheart, April 23, 2008 19:40:34
Orang Cina datang dari Cina.
Orang India datang dari India.
Orang Melayu datang dari Malayu. http://en.wikipedia.org/wiki/Parameswara_(sultan)
report abuse
disagree 4
agree 6
...
written by omarkhayyam, April 23, 2008 21:11:44
to my malay frens like all other races here in malaysia .... let me assure you one thing brother

this days no one in the right state of mind cares who our grandfather was !

you will be lucky to know about ur daddy and its a bonus to know have ur granpa around .....

so to me the only Tuan that exist are those lazy buggers that patronise indon maid services and force the poor maid to call them "Tuan"

so move on and dun linger and hold on to history

cheers
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by Bill Gates, April 23, 2008 21:16:39
Ketuanan Melayu adalah igauan UMNO yang memperalatkan orang Melayu untuk kepentingan mereka.

Dalam era menuju wawasan 2020, kita sepatutnya memperjuangkan Ketuanan Rakyat - People's Power aka Makhal Sakhti.

http://pakatanrakyat-malaysia.********.com
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by rakyat101, April 23, 2008 21:29:35
"jika kita mahu mengambil Kesultanan Melayu Melaka (1402-1511) sebagai sebuah tamadun Melayu misali, maka kita perlu akur kepada hakikat bahawa Parameswara yang mengisytiharkan dirinya sebagai raja dengan menggunakan nama Sultan Iskandar Shah adalah seorang putera berketurunan Hindu berasal dari Kerajaan Srivijaya."

pedatang tanpa izin ..... do we consider him malaysian ?
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by cancan, April 23, 2008 22:28:15
The Spoilt Child

Link: http://www.kingsmary.********.com/
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by micon02, April 24, 2008 00:24:51
Orang Melayu percaya pada UMNO, takut kalau UMNO tak ada mereka susah
Hairan....macam manalah fahaman Islam mereka
Adakah UNNOputras practice Islam Way of Life?.....hmmmm don't think so
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by lennonist, April 24, 2008 01:01:19
The mere fact that Hang Tuah supposed needed to utter the words "Tidak Melayu hilang di dunia" conjures up the thought that the Malays have been so low in confidence of their own selves even since the Malacca Sultanate days.

In any case, that is probably an urban legend made up waaayyyy after that. But still, I find it very interesting that the Malays needed some saying to be assured of their relevance in this world. Why not achieve immortality through real contributions to society instead? Are mere words enough? Come on, you guys can do it.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by keris_mudin, April 24, 2008 01:42:55

Hence forth we should use their correct names

Han Tu Ah
Han Je Bat
Han Li Po
Han Keng Yak

And Laksamana - of what .... some Sampans to attack Medan and Siam? Never heard of a Kapal Melayu going to India or China or Jakarta in the 15th Century. Only Laksamanas at that time are the Europeans, India and, Arabs and Europeans.

But really beyond setting the record straight and keeping things in perspective of the Ketuanan stuff - what does it matter ... other than to Keris_mudins UMNOs and some pea brained idiots!

Melayu dari Tanah Melayu sure like Americans are from America - only the Red Indians are from America!! Englishmen from England - which includes the Jamaican Englishmen, Indian Englishmen, Malaysian Malay Englanders, Malaysian Chinese Englanders and the Indian Pakistani Englanders. This is why Bangsa Malaysia makes a lot of sense.

Guys - we need good paying jobs in the Cities - the monsters taking away our opportunities are from outside. If we let UMNO makes us fight each other - all you will get is the Oil money - Petro or Palm - now even that money is for the UMNO Elite and what's left for you is a job in the farm and on the oil rig if you are lucky - opps I forgot and $50 at election time! HOW CHEAP YOU ARE!


report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by ultraman kite, April 24, 2008 02:02:18
Taken from Harakah, this article looks like wants to brainwash readers to support PAS (of course, not a no brainer thing to do since Harakah is PAS's official newspaper).

Can you spot how words inside this article are highlighted with capital 'PAS' word? for example, PASar, selePAS and etc. is this normal style from Harakah?

btw, according to my chinese friends, there was no any dynasties from China come with a HANG surname. Most likely admiral Cheng Ho simply picked a girl from the rich/royal family in China, brought to Malacca and introduced as a princess. Sultan Mansur (not to sure whether this is the correct sultan or not) got conned bulat-bulat and married a normal girl. but what to do? Sultan Mansur also wanna have imported wife one maaa...
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by 4country, April 24, 2008 02:26:57
Pada pandangan saya,
sekiranya unsur melibatkan perkauman tidak dihapuskan,maka kemajuan negara dan bangsa akan tersekat dan kepincangan sebelah akan menjadi lagi serius.

Malaysian akan bangkit di pentas dunia hanya dengan cara menyatupadukan bangsa malaysia dan bukan menamakan diri dari keturunan samada Melayu,Cina,india,Iban ataupun Kadazan.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Negarakuku, April 24, 2008 06:19:42
If you go way back to history, the roots of Malaysia Sultans came from Indian Pirate "lanun" and the first Sultan is Parameswara from a Kingdom call Srivijaya. If you see the royal ceremony held today,it has still Indian influence. It was a Kingdom in Sumatra with its capital at Palembang. Parameswara was a lanun who robbed traders in the Malacca Straits at that time. He went to Singapore but the Thai warriors which are strong threw him away. He ran away with some of his followers to Malacca. After resting at the river Bertram he went hunting. He saw a mouse deer turned and kick his dogs, he got an omen, at that time he was standing under an Malacca tree, so he name the settlement Malacca smilies/smiley.gif smilies/wink.gif smilies/cheesy.gif smilies/grin.gif

Hang Li Poh and the rest of Hang Tuah friends came from China. They are no doubt about it. smilies/smiley.gif smilies/wink.gif smilies/cheesy.gif smilies/grin.gif smilies/cheesy.gif smilies/wink.gif smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by petestop, April 24, 2008 07:16:32
Ketuanan Melayu is only a creation to continue the feudal system that has enrich the upper class Malays, while continuingly enslaving the rest.

Forget about what race you are.

Only by your own merits will you determine your future and one of the vehicle for upward mobility is a solid education.

Intellectuals like Allahyarham Rustam Sani and M Bakri Musa, and many others, not forgetting our YM RPK.... shows that "Melayu" can do it.... these individuals have my deepest respect.

Not some guy who hitch a ride to space, on the Rakyat's money.
Does it surprise you that the more handsome guy gets picked to go up first ?
My wife made that prediction way before they announce the candidate.

I respect the Iranian women space tourist more... at least she PAID her own way!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Tompios, April 24, 2008 07:28:10
Melayu pura-pura lupa! Di mana letaknya tamadun Melayu di Malaya? Can anyone tell me where? Tamadun awal Cambodia, Laos, Siam, Myanmar even Vietnam masih kelihatan teguh dan terbukti sampai sekarang ini. Where tamadun besar orang Melayu?

Sejarah Melayu disusun melalui sumber2 kutipan berdasar teori andaian disertai sedikit bukti. Tidak ada bukti kukuh san sah kewujudan tamadun besar yang digembur-gemburkan. Buktikan satu monumen yang benar-benar nyata seperti monumen Borobudur di Jawa, Monumen Angkor Wat di Cambodia,atau Wat Chai Wattanaram di Thailand dan sejenis dgnnya di tanah Melayu? Batu bersurat Terengganu, nisan2 raja Melayu? Itu bukan bukti yang kukuh kewujudan empayar Melayu yang sama dgn daya tamadun negeri2 Indo-China bahkan Mahapahit di Jawa.

Empayar Melayu adalah teori yang dipaksakan.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by TURTLEMAN, April 24, 2008 09:16:02
the above article is one of the truth which the whole world knows and agree to it but the same article had been denied totaly by malay.please guys be proud of wat you are since thats the god best gift to us all (homosepians).
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by myke, April 24, 2008 09:38:38
Work your way up you'll become a master of everything.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by michael chick, April 24, 2008 10:48:33
MC: Yipee !!! My pet subject again. I'll skip the "malays are not a race" for now. And concentrate only on the errata contained in this script.
Sorry for the long post, there are many erratas.

"... yang sumber pensejarahannya cuma sebuah buku, juga berjudul Hang Tuah"
MC: This book was only written circa 200 years ago, which means it was written 400 years AFTER Hang Tuah DIED. Where's the accuracy/ legitimacy?

"... dan Sejarah Melayu tulisan Tun Sri Lanang..."
MC: And this was written 200 years AFTER Malacca was destroyed. Again, where's the accuracy or legitimacy? To add to this, the original title of "Sejarah Melayu" was NOT even "Sejarah Melayu". It was titled "Asal Usul Raja-Raja". The re-titling to "Sejarah Melayu" was only recent. Very recent.

"... kita terpaksa bertanya apakah bangsa Melayu pernah hidup dalam satu tamadun yang gemilang?..."
MC: Bangsa Melayu? Please, you mean Puak Melayu, refering to Kampong Melayu in Jambi. That's EXACTLY how Indonesia classifies "melayu". For those who came in late, Kampong Melayu only has 300 residents. And you cannot be a Melayu, unless you have ancestors from there.

"... Umno dan fantasi 'Ketuanan Melayu'..."
MC: Nuff said about UMNO's wet dreams...

"...Jika kita mahu mengambil Kesultanan Melayu Melaka (1402-1511) sebagai sebuah tamadun Melayu misali, maka kita perlu akur kepada hakikat bahawa Parameswara yang mengisytiharkan dirinya sebagai raja dengan menggunakan nama Sultan Iskandar Shah adalah seorang putera berketurunan Hindu..."
MC: What do you mean keturunan "Hindu" You mean keturunan Austronesia. Hindu is a religion, NOT A RACE. It probably should have read, "...Parameswara beragama Hindu..."

"...Mungkin identifikasinya sebagai orang Melayu berasaskan hakikat Parameswara telah memeluk Islam apabila berkahwin dengan seorang puteri Raja PASai...."
MC: Excuse me, Tunku Halim CLEARLY states that Parameswara's SON married the princess of Pasai. NOT Parameswara! Parameswara probably died a Hindu. Also, note that the Sultans of Malacca (mostly) retained their Hindu names. Many were however changed to the Arabic in local textbooks. Also note that all the "Hang" graves look Hindu, with small triangular holes for oil lamps and candles. Definitely NOT Islamic.

"...Dalam era kegemilangan yang berakhir selama kira-kira 109 tahun itu, ekonomi Melaka boleh di katakan di kuasai oleh para pedagang Hindu dari India Selatan, seperti Nina Chatu..."
MC: Interesting that Nina Chatu is brought up. Nina Chatu would be what is classified today as a constitutional "malay" (And you wonder why I keep telling you all that "malays" are not a race). He is a mamak. He is an Indian who embraced Islam. However, Nina Chatu is also the BASTARD who collaborated with the Portuguese to DESTROY Malacca. He is THE PORTUGUESE SPY. He is the REASON that Malacca DIED !!!

"...Kedatangan Portugis menakluki Melaka hanyalah satu kebetulan...."
MC: Actually, yes, and no. The Portuguese returned because Sultan Mahmud ATTACKED a Portuguese ship because the Portuguese decided to go to the Spice Islands of Mollucas (Maluku) by themselves. (BTW, many attribute the Rasa Sayang song to have Portuguese musical influence in its rythmn and tempo.) Thus, the Portuguese returned with a paltry 30 ships and wiped out Malacca. Now here's the interesting thing to note. Only 30 ships transalates into roughly 1,500 fighting soldiers (at circa 50 men per ship) Didn't "Sejarah Melayu" state that the Sultan of Malacca boasted that he could call upon 100,000 fighting warriors at any time? So either, a) he was lying, or b) 100,000 fighting locals were no match for 1,500 Portuguese soldiers. Either way, it doesn't look very good for Malacca, or the "Sejarah Melayu". ( I still think that "Sejarah Melayu" is no different from Hans Christian Anderson's Fables)

"...Sebagai sebuah bangsa, Melayu bukan sahaja dianggap sebagai bangsa hamba kerana bertuankan penjajah tetapi dianggap sebagai sebuah bangsa yang "pemalas dan membuat rumah di atas pokok"...."
MC: That is a racist remark. If you really want to research the "Malay Slave" issue, head to Museum Negara, and study the "malay" slaves in South Africa. They were brought there by the Dutch (to my best knowledge). Museum Negara also produced a DVD on this same subject. It costs RM25.

"...Pengarang British Anthony Burgess (The Malayan Trilogy) mendefinisikan Melayu sebagai: "satu bangsa berkulit coklat, agak menarik, pemalas, telah diIslamkan oleh pedagang Arab tetapi kabur tentang asal-usul pemelukan agama itu."..."
MC: Again, a very discriminatory statement. The correct name for all brown-skinned peoples living from Sumatra till Tahiti, inlcuding Thailand, Cambodia, Laos and Vietnam is Austronesian. Period. Lazy or otherwise, is the individual characteristic/ behavioral pattern. NOTHING to do with Race.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by michael chick, April 24, 2008 10:49:23

"...Ketuanan Melayu pula hanyalah terletak kepada Perdana Menteri yang berketurunan Melayu dan beberapa orang Menteri Melayu dan Ahli-Ahli Parlimen Melayu. Tetapi bagi rakyat Melayu biasa mereka adalah hamba...."
MC: You wanna hear a joke? The past Prime Ministers were themselves MIGRANTS !!! Mahathitr is Indian, Badawi is part Hainanese, part Pakistani, his former wife is Japanese, present wife is Portuguese, TAR is Thai, and so on so forth.... Looks like the ones who shout the loudest about "Ketuanan" themselves are not very "melayu". What's going on here?

"...Dari segi ekonomi, orang Melayu tidak pernah menjadi tuan punya sebarang perniagaan atau perusahaan..."
MC: BULLSHIT!! Mahathir is one of the richest men in the World (US$6 Billion in assets). OOOOOPPPPPSSS. I'm sorry, you are RIGHT, Mahathir is NOT even a "melayu" he's as what Parliament members call, "Anak Keling"; meaning INDIAN.

"...Dalam tulisannya berjudul "Malay Padi Planters Need Help" (The Straits Times, 30 Oktober 1949), Dr Mahathir Mohamad (Tun) menulis..."
MC: Here's what the Mamak boy also wrote in his book entitled "The Malay Delima" In CHAPTER ONE, PAGE ONE, "The Malays are inferior because of in-breeding...". This book was formerly banned, but since TDM came into power, he UNBANNED it. You can still find used copies of this at Amcorp Mall for a paltry RM5 each. What kind of leader writes in this derogatory way?

"...Kemisikinan orang Melayu selepas Merdeka masih bersifat fenomenal. Bukan sahaja orang Melayu tidak memiliki sebarang saham dalam syarikat awam, tetapi sebagai peniaga pemilikan tunggal yang berjaya pun boleh dikatakan amat kecil...."
MC: Please do not forget the Orang Asli's who were here 60,000years ago, while Parameswara came only 600 years ago. Where are the Orang Asli today?On the other hand, if the loitering youth at Pertama Complex would only get a job, they would be less of a social problem.

"...Untuk memperbetulkan keadaan ini Umno memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerusi Rancangan Malaysia Ke-2 (1971-1975). Apabila Kajian Separa Penggal, Rancangan Malaysia Kedua, 1971-1975 diterbitkan maka terserlah hakikat orang Melayu cuma mempunyai kurang daripada 2 peratus saham dalam syarikat-syarikat awam, sementara kaum Cina menguasai 23 peratus dan orang luar menguasai 61 peratus...."
MC: Ya, and today UMNO owns 99.99% of Malaysia, while the rest of the Austronesians (formerly known as "malay") continue to tend their chickens and run low-yield farms, while UMNO fat and rich Parliament members feed off the "Peruntukan Melayu". It is a really pathetic self-perpetuating situation whereby UMNO will continue to keep the Austronesians poor so that they can continue enriching themselves. Educated Austronesians know better, thus they themselves are fighting this Autocratic Rule with such gusto.


Truly Asia, Truly "Kaput"
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by kc respect, April 24, 2008 10:55:52
You guys forgot the Japanese ... Han Kujaya
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by eskimomalaya, April 24, 2008 13:30:00
good one michael chick.
- anak austronesia jati.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by antiilluminati, April 24, 2008 15:04:20
I suggest if Ketuanan melayu not acceptable term, then UMNO should replace with Ketiak melayu. In that case let kutu leave under the ketiak.

Seruan iklas saya kepada saudara bangsa melayuku,
Marilah kita bersatu menguatkan ekonomi negara kita supaya kita bakal mengharungi lautan globalisasi yg dimonopoli oleh kuasa besar. Lupakan saja melayumu, cinaku, india hang, benggali dia, dan mcm2 lagi.

Tiada orang didunia ini anti Melayu. Tiada sebab mau anti melayu ?. Ingat, yg membezakan manusia ialah hati budi. The act of compassion must cut across bangsa & agama. Asyik2 Melayu link Islam. Comeon guys, grow up. Dun misuse the race Melayu & Islam. Sad to see such abuse is popular with Umnoputras.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by wag the dog, April 24, 2008 15:18:31
It never was ketuanaan Melayu, it has always been ketuanaan UMNO.

Agflation - The Our Next Tsunami

Visit http://www.wagthedog-malaysia.********.com for details.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by michael chick, April 25, 2008 11:50:37
Dear Tompios, you wrote:
"...Melayu pura-pura lupa! Di mana letaknya tamadun Melayu di Malaya? Can anyone tell me where? ..."
MC: I will tell you. You can always count on that from me. It is called Lembah Bujang. Have you been there? It's less than 45mins drive from Penang. Just head north on the Highway, and at the Penang Toll, you will see Gunung Jerai staring at you. Get off at Sungei Patani, and head for Lembah Bujang Museum. This is a 2,000 year old site, where the great Austronesians (formerly known as "malays") empire was. Started by the Gujerati's, in the 2nd Century. This is the predecessor to Angkor Watt and Borrobudor. You see, Angkor was in the 8th Century and Borrobudor, the 6th. All the Austronesian Missionaries gathered at Lembah Bujang to preach Hinduism to the rest of the Nusantara. Lembah Bujang was basically the Missionary jump-off-point for the spread of Hinduism which lasted for 15 centuries. Now that's a very long time. Leftover trace? Sure! Just go to Bali. All the Austronesians there are still Hindu. In fact, the Hinduism practiced there is the original Hinduism from 2,000 years ago. Hinduism in Indai has evolved, while that in Bali has remained unchanged. It's a fantastic place for anthropological studies.


"...Sejarah Melayu disusun melalui sumber2 kutipan berdasar teori andaian disertai sedikit bukti. Tidak ada bukti kukuh san sah kewujudan tamadun besar yang digembur-gemburkan..."
MC: Remember when I "ketuk" Mansor Puteh for his Malacca being this fantastic place? You are absolutely correct !


"... Buktikan satu monumen yang benar-benar nyata seperti monumen Borobudur di Jawa, Monumen Angkor Wat di Cambodia,atau Wat Chai Wattanaram di Thailand dan sejenis dgnnya di tanah Melayu?..."
MC: Lembah Bujang. Please also do not forget that Malaya at that point in time was mostly uninhabited, so you will never find anything older, or larger than Lembah Bujang. But UMN will NEVER have this information out, coz they will immediately expose that they themselves are as "pendatang" as the "non-Ketuanan" Pendatangs. Hence, no under-table money.


"...Batu bersurat Terengganu, nisan2 raja Melayu? Itu bukan bukti yang kukuh kewujudan empayar Melayu yang sama dgn daya tamadun negeri2 Indo-China bahkan Mahapahit di Jawa..."
MC: Almost. Don't forget that Pasai was much more important than Malacca. That was THE center for the spread of Islam. Also note that it was the Gujerati's who brought Islam to this region. NOT THE ARABS. The Arabs in this region at that time, were PIRATES, and trace evidence has it that they pirated their way all the way till Beijing (Peking). Their descendants? The Bugis; after cross-breeding with the Mongolians. (Discovery Guides, intro pages to Indonesia)

"...Empayar Melayu adalah teori yang dipaksakan...."
MC: 1986, Dewan Bahasa Dan Pustaka Publications published a journal which details how they had to look for this "Wira Emapayar" to substantiate a role model of sorts for the Austronesians to be proud of. Majapahit was discounted, coz it was in Indonesia, So was Pasai, although it would have been fantastic, as it was Islamic. Lembah Bujang ws thrown out, coz it was Hindu. So, what we have is the pathetic story of the dog's ass being kicked by a mousedeer (size of a rat), and the Malacca Empayar was "born". Now look at the Malcca River, See how tiny it is? Lok at the Singapore River, or the Muar River? See how HUGE they are in comparison?


I called Malacca a road-side canteen-stop. What do you think?



Truly Asia, Truly Bad story-tellers.....
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by bukitkuda, April 25, 2008 20:13:51
MC, how about the finding of Kota Linggi?...It seem been forgoten already.

report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM