|
Posted by admin
|
|
Wednesday, 23 April 2008 15:02 |
|
(Malaysiakini) Bekas timbalan setiausaha agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon mengambil tindakan keluar dari parti itu ekoran kontroversi yang tercetus selepas beliau menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
"Memandangkan, pucuk pimpinan Gerakan tidak boleh menerima keputusan saya (menerima jawatan tersebut), maka langkah terbaik bagi saya ialah dengan bersara sepenuhnya daripada politik parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ekoran itu, katanya, beliau telah menghantar surat kepada pucuk pimpinan Gerakan untuk keluar dari parti tersebut. "Dengan ini, saya harap perkara ini akan selesai dan kita boleh meneruskan langkah untuk mengendalikan tugas-tugas penting," tambahnya.
|