A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Kelantan tidak sekat bukan Islam ternak babi

Kelantan tidak sekat bukan Islam ternak babi PDF Print
Wednesday, 23 April 2008 09:22

(Harakah) - Kerajaan Kelantan tidak akan menyekat mana-mana golongan bukan Islam di negeri itu menternak babi kerana ia merupakan makanan untuk golongan berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat, memberitahu kerajaan negeri tidak membenarkan ianya diusahakan secara besar-besaran kerana masyarakat Cina tidak seramai di Selangor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sini semalam sebagai mengulas berhubung ternakan binatang berkenaan yang menjadi isu di negeri Selangor.

Tuan Guru seterusnya memberitahu, kerajaan negeri tidak akan menyekat mana-mana individu kaum itu menternak babi sekiranya ia untuk keperluan harian.

"Bagaimanapun kita tidak membenarkan mana-mana pihak membuka ladang ternakan binatang itu secara komersial kerana keperluan di negeri kita ni agak kecil berbanding negeri lain terutama Selangor.

"Cukuplah ladang yang sedia ada di belakang rumah mereka yang diternak secara kecil-kecilan untuk keperluan sendiri dan ianya sudah mencukupi," ujarnya.

Beliau bagaimanapun menyokong tindakan kerajaan Selangor itu sekiranya ia untuk keperluan masyarakat berkenaan yang begitu ramai berbanding di Kelantan.

Tambahnya, walaupun Islam mengharamkan penganutnya memakan daging binatang itu, tidak bererti kerajaan negeri harus bertindak mengharamkan ianya dari diternak oleh masyarakat bukan Islam.

Menyentuh soal pencemaran alam sekitar ekoran penternakan itu beliau berkata ianya boleh dibincangkan dengan Jabatan Alam Sekitar yang mempunyai cara khusus untuk menanganinya.

Comments (16)Add Comment
...
written by binarytan, April 23, 2008 09:27:48
Walaupun UMNO kritik PAS yg duduk di dlm zaman purba, i ingat UMNO tu semua tinggal kat zaman purba, PAS jauh lebih moden & pandangan yg terbijak terhadap penternakan babi.

UMNO tu mungkin otak babi kot?
report abuse
disagree 0
agree 27
...
written by kangkbkeat, April 23, 2008 09:28:30
Tok Guru,sekali lagi menunjukkan kematangan bukan saja berpolitik tetapi sebagai individu dalam masyaraket berbilang kaum.Syabas Tok guru
report abuse
disagree 0
agree 26
...
written by maisur, April 23, 2008 09:50:02
lets wait for geng-geng karpal singh ie BNM, FFT, temenggong etc to start finding any reasons to hentam tok guru... why only belakang rumah la? why not allow the pig farming to be commercialised la? bla..bla..bla
report abuse
disagree 1
agree 23
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Rundukon, April 23, 2008 10:45:14
Kerajaan Kelantan tidak akan menyekat mana-mana golongan bukan Islam di negeri itu menternak babi kerana ia merupakan makanan untuk golongan berkenaan.

Babi juga salah satu makhluk Allah.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by alan cheong, April 23, 2008 10:47:51
vive le kelate !

but pok nik needs to elaborate boundaries ... rearing pigs ain't the same as rearing chickens.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Daryl, April 23, 2008 10:53:13
I respect the decisions made by Dato Nik. However, why not make it into a business that make money. All the state goverment need is just ensure that it is environmental friendly and not located in sensitive area. Than the state government collect tax not because of the seeling of pork but because it is just another business and state government just provide things like road, security and other public things that state government provides. So, nothing the state government does is "HARAM" because they are just providing services to any businessmen that want to make money and contribute to the state..

I am not advocating Kelantan to do this but we need to think logically. Government is to provide services to rakyat and at the same time provide business a place to make money and provide jobs. So, as long as nothing illegal like prostitution or gambling(I have my reservation about this) I am sure it is worth a second look.
report abuse
disagree 3
agree 3
...
written by humanist, April 23, 2008 11:15:34
This is a positive move by Pas government. But 1 thing need to be caution is, state legislature and enforcement needs to ensure proper waste treatment for the cottage rearing industry, be it chicken, pig, goat or cattle. It needs to have proper hygienic condition so that we can keep any disease at bay.

Maybe brought in some academic experts from other states that did it successfully.

Al
report abuse
disagree 0
agree 3
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by hiryu, April 23, 2008 12:34:17
Before Kelantan or Malaysia start exporting pigs, we should start meeting local need for chicken/beef/mutton. Currently we are importing these beef from India and Australia. Would it make more sense modernize and cut down import/dependency on others? Instead of feeding China, shouldn't we feed Malaysian first? Why do we care about what China needs anyway? Malaysian first la brader!!
report abuse
disagree 2
agree 6
...
written by PR Msia, April 23, 2008 14:29:55
smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif
Ah Pek nak join PAS boleh tak Tuan Guru?
Memang bertimbangrasa, adil dan saksama.
Inilah Agama Islam yang dihormati oleh Ah Pek.
PAS memerintah Kelantan selama-lamanya, Tuan Guru.
report abuse
disagree 0
agree 4
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by budakindia, April 23, 2008 16:15:18
Macam ler binatang-binatang ternakan lain tidak berbau hanyir dan busuk. smilies/grin.gif Bukankah isu ini digunakan untuk mengawal minda bukan Islam supaya tunduk kepada UMNO! smilies/grin.gif
report abuse
disagree 2
agree 1
...
written by PR Msia, April 23, 2008 17:16:46
I think our beloved maisur misunderstood singapore.

Singapore didnt has livestock farming at all.
The ban was implemented long ago (>25 years) when the modern technology is still not yet invented.

Even at this moment, Singapore donot have land for livestock farming. The Singapore government set priority on servicing and other related industry. The country is rich and willing to pay for 100% imported foods.

report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by nana tanjung, April 23, 2008 21:53:35
shaq, please sms me.
report abuse
disagree 1
agree 0
...
written by Negarakuku, April 24, 2008 07:06:45
One message for Tok Guru!

Why should Non-Muslim "hide and seek" when they sell pork meat?
If other meats could be sold openly why can´t pork which is the meat of other races eats sold to the market of Non-Muslim.

I suggest your PAS Kelantan open a market for Non-Muslim, for example "Pasar untuk bukan Umat Muslimin".
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM