|
Terima Kasih Rakan Blogger |
|
|
|
Tuesday, 22 April 2008 12:19 |
|
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan siber di luar sana kerana memberi ‘respon’ pada laman web saya ini.
Meskipun baru empat hari berada di alam siber setakat malam ini sahaja saya menerima tidak lebih daripada 500 komen dari rakan-rakan dan teman di luar sana. Bagi saya ini satu perkembangan yang sihat. Saya juga dapat merasai satu dunia baru, bilamana balik sahaja ke rumah, sebelum masuk tidor saya akan buka dan membaca satu persatu komen dan pandangan dari anda. Sudah tentu saya mengambil masa untuk membalasnya. Namun, saya hargai dan sanjung tinggi pandangan, komen malah tidak kurang juga yang ‘mengherdik’ dan ada yang sampai ke tahap menghina dan mencaci. Apapun percayalah, saya membaca dan memahaminya. Disini sukacita ingin saya maklumkan, ada komen yang saya tidak dapat ‘publish’ kerana ada yang menyentuh pihak ketiga, terlalu peribadi yang bukan ruang ini untuk dibicarakan dan yang berunsur fitnah, menghina dan mencaci. Tetapi saudara jangan bimbang, saya tidak akan ‘delete’ apatah lagi ‘spam’ komen saudara. READ MORE HERE
|