A+ | A- | Reset
Home arrow Dari Jelebu arrow Melayu bersatulah!

Melayu bersatulah! PDF Print
Monday, 21 April 2008 15:57

Image

Adakah saya ini anti-Melayu? Jawabnya tidak. Saya bukan anti-Melayu. Saya hanya anti-perkara yang karut marut.

DARI JELEBU 

Slogan Melayu Bersatulah semakin bising dan bingar kedengaran. Apa sebenarnya makna dan tanda slogan ini? Pada hakikatnya slogan Melayu Bersatulah ini tidak memiliki apa-apa makna. Ini adalah slogan dan laungan yang kosong, sifar, zero dan  zilch. Slogan Melayu Bersatu ini samalah  tarafnya dengan agenda Melayu dan agenda Ketuanan Melayu.

Kalau perkataan b-o-t-o-l keluar dari mulut maka kita dapat tahu dan faham benda itu. Kalau  bunyi t-e-l-o-r yang keluar maka kita dapat membayangkan benda itu. Tetapi M-e-l-a-y-u-b-e-r-s-s-t-u-l-a-h apa bendanya yang kita fahami dari bunyi ini. Kalau slogan ini satu konsep ianya wajib memiliki asas.  Konsep ialah perkataan yang memiliki makna tetapi tidak dapat di pegang dan dilihat. Konsep bukan botol. Konsep seperti berbudi bahasa, kita dapat gambarkan makna dan kelakuan – berbudi bahasa - yang dicakupi oleh konsep ini.

Melayu bersatulah ini pasti bukan konsep. Melayu Bersatulah hanyalah satu ilusi, satu mimpi, satu khyalan, satu angan-angan dan satu karut yang terlalu marut. Kalau melihat kerja ilusi David Copperfeild dapat juga kita dihairan dan ditakjubkan. Slogan Melayu bersatulah ini tidak menghairankan langsung. Tidak ada yang menakjubkan. Hanya, kita berkemungkinan dapat terhibur dengan kumpulan-kumpulan lawak-lawak yang datang bersama-sama susuk-susuk yang sedang mengheboh-hebohkan  slogan ini.

Melayu bersatu bukan konsep kerana tidak memiliki asas. Ia menjadi karut lagi marut kerana Melayu TIDAK PERNAH  bersatu. Melayu TIDAK bersatu. Dan Melayu TIDAK AKAN bersatu. Melayu Bersatu adalah satu cerita dongeng yang sengaja di jaja oleh United Malay National Organisations.

Manusia bersatu bukan kerana bahasa. Manusia bersatu bukan kerana agama. Manusia bersatu bukan kerana warna kulit. Manusia bersatu bukan kerana negara. Manusia bersatu kerana kepentingan ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini untuk di fahami?

Memang betul pada awalnya manusia akan berkumpul dengan orang-orang yang sama bahasa, yang sama kulit, yang sama setempat atau sama agama. Ini menjadi asas awal untuk mereka mengenal dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Apa tujuan mereka berkumpul? Mereka berkumpul untuk mencari makan.  Mencari makan ialah asas ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini untuk difahami?

Ekonomilah yang menjadikan asas untuk manusia berkumpul, berpasukan, berpersatuan, berparti atau bernegara. Manusia juga bertengkar, bertelagah, bergaduh dan berperang kerana ekonomi. Punca ekonomi ialah hakikat sejarah perjalanan tamadun manusia dari semenjak manusia mula merangkak, bangun, berjalan dan meninggalkan gua-gua batu di Kenya hingga ke hari ini. Sejarah manusia ialah sejarah mencari dan merebut peluang punca-punca ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini untuk di fahami?

Orang Portugis, orang Belanda dan British datang ke Tanah Melayu dahulu bukan kerana  gian hendak makan petai atau tempoyak. Mereka datang untuk mendapatkan bijih, emas, rempah rampai yang boleh mereka bawa pulang ke Eropah. Barang ini untuk diniagakan. Untuk mendapat untung. Ini ekonomi.

George Bush menyerang Iraq bukan kerana hendak melawat Makam Abu Nawas di Baghdad tetapi untuk mengambil telaga dan loji-loji minyak. Ini perebutan punca ekonomi.

Kalau masih ada yang tidak yakin bahawa seluruh hidup dan tamadun manusia hari ini berpunca dari ekonomi maka cuba tanya diri sendiri - kenapa selalu sangat timbul cakap-cakap tentang orang Cina di Malaysia lebih kaya dari orang Melayu. Atau orang India di Malaysia lebih banyak yang menjadi doktor dan peguam. Atau  bangunan di bandar dan di pekan di Malaysia ini majoritinya di miliki oleh orang Cina. Semua  kenyataan ini sering dianggap dan dilihat sebagai kenyataan ‘politik’  tetapi asas kenyataan ini ialah perebutan ekonomi.

Semua parti-parti politik yang wujud dalam dunia ini ditubuhkan untuk tujuan ekonomi. Individu-individu berkumpul dan berpayung di bawah parti politik kerana mahu mendapat dan memiliki sumber-sumber ekonomi.

Parti-parti politik mungkin berselindung di belakang warna kulit, di belakang bahasa atau di belakang agama. Semua ini bohong. Bahasa, warna kulit dan agama tidak dapat membeli beras. Yang dapat membeli beras ialah duit. Duit ialah ekonomi.

Bahasa, bangsa dan warna kulit digunakan kerana senang untuk dijadikan asas awal untuk berkumpul dan berpersatuan.

Agama? Agama digunakan sebagai asas parti politik kerana ia senang untuk dijadikan payung luas untuk berkumpul. Yahwe, Buddha, Jesus, atau Allah direkrut oleh parti-parti yang berasaskan agama bukan bermakna parti itu suci dan dapat berurus secara peribadi dengan Yang Maha Esa. Yahwe, Buddha, Jesus atau Allah TIDAK pernah mengiakan atau memberi ‘endorsement’ kepada iklan-iklan parti-parti politik ini. Nama-nama tuhan ini digunakan bertujuan untuk merebut peluang ekonomi. Yang membuat dasar parti politik ini bukan Yang Maha Esa tetapi manusia dan ahli-ahli parti politik. Yang Maha Esa tidak pernah mengiakan atau menidakkan manifesto dan program parti-parti ini.

Justeru bolehkah Melayu bersatu? Jawabnya tidak mungkin malah mustahil. Kemustahilan ini muncul kerana manusia Melayu walau pun kesemuanya bercakap Melayu, berkulit sawo matang menganut agama yang sama  tetapi  memiliki asas ekonomi yang berbeza-beza.

United Malay National Organisation adalah parti yang mewakili kelas feudal, kelas komprador, kelas birokrat kapitalis dan kelas borjuis nasionalis Melayu. Kelas-kelas kapitalis inilah yang menjadi asas ekonomi parti politik ini.

(Komprador adalah peniaga perantaraan di antara rakyat tempatan dengan kapitalis antarabangsa. Borjuis nasional adalah kaum pemodal tempatan. Birokrat kapitalis adalah individu yang menjadi pemodal melalui badan-bandan kerajaan i.e SEDC)

Parti Pas pula diwakili oleh borjuis kecil, tuan tanah kecil, peniaga kecil, kaum tani, tuan punya warung, nelayan, Tok Peraih, guru-guru sekolah, pensyarah kolej dan universiti, intelektual lokal dan agamawan lokal. Mereka merasa selesa dengan Pas kerana kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka akan dijaga dengan baik  oleh parti ini.

Parti Keadilan Rakyat pula mewakili kumpulan yang seakan-akan sama asas ekonominya dengan Pas tetapi mereka tidak selesa dengan gaya hidup yang dibawa oleh Pas. Mereka lebih urban, lebih kosmopolitan dan memiliki pandangan dunia dan nafsu ekonomi yang luas berbanding dengan pengikut Pas.

Ada satu lagi kumpulan yang berpayung di bawah PKR – mereka ini adalah  kumpulan peniaga yang memiliki nafsu besar tetapi telah dipinggirkan oleh United Malay National Organisations, atau perniagaan besar mereka terpelecok ketika berlakunya krisis ekonomi 1997. Mereka ingin mencari payung baru agar nafsu dan kepentingan ekonomi mereka dapat berkembang.

Lihatlah ketiga-tiga kumpulan Melayu ini tidak memiliki asas ekonomi yang sama. Malah kepentingan ekonomi mereka bertentangan sama sendiri. Bangsa, bahasa dan agama hanyalah kulitan untuk mencari sokongan dan mengolah persetujuan.

Masih tidak yakin lagi?

Kalau tidak yakin tentang asas-asas ekonomi parti-parti itu mari kita melihat ke dalam United Malay National Organisation sendiri. Parti politik yang 1000% berahlikan manusia Melayu tidak pernah bersatu malah sesudah pilihan raya 2008 ini mereka kelihatan sedang beramuk sesama sendiri. Amukan yang sedang berlaku hari ini  berpunca dari perebutan punca-punca ekonomi.

Mahathir Muhamad mewakili komprador dan borjuis nasional  yang selama 22 tahun ini telah kenyang dan montok. Apabila Abdullah Badawi masuk  maka para komprador dan borjuis ini  sedang di ketepikan kerana Abdullah sedang membawa susuk-susuk baru untuk menggantikan mereka. Dalam bahasa pasar Abdullah Badawi ada kroni baru dan kroni Mahathir dipinggirkan.

Amat jelas perebutan punca-punca ekonomi inilah yang menjadikan Mahathir melawan Abdullah dan hasilnya United Malay National Organisations bergaduh. Lima negeri yang di heboh-heboh jatuh ke tangan  Pakatan Rakyat bermakna lima punca ekonomi hilang. Ini tidak ada sangkut paut dengan agenda Melayu, ketuanan Melayu atau Bersatulah Melayu.

Orang Melayu di lima negeri ini tetap Melayu. Air Sungai Perak tetap mengalir ke laut di Bagan Datuk. Air Sungai Gombak tetap sampai ke Klang. Melayu di mana pun mereka berada akan  terpaksa juga  membayar tol kalau menggunakan Lebuh Raya PLUS. Justeru, ada kumpulan yang menuduh Abdullah Badawi lembik, ini hanyalah sebagai alasan di atas kehilangan punca-punca  ekonomi mereka. Mereka mahu seorang pemimpin yang ‘keras’ untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka terus berkembang i.e untuk mereka terus mendapat kontrak.

Siapa pula Tengku Razaleigh?

Ku Li ini mewakili kelas birokrat lama dan kelas feudal Melayu. Kelas birokrat ini muncul ketika dasar Ekonomi Baru di perkenalkan. Ketika itu kelas ini berenang dan berpesta dengan harta kekayaan negara. Kelas feudal Melayu juga dapat menumpang semangkuk. Apabila Mahathir masuk kelas-kelas ini hampir pupus kerana banyak dari perbadanan negeri ini diswastakan oleh Mahathir untuk menjadikan mereka borjuis nasional dan komprador. Ada kelas feudal Melayu yang berubah wajah seperti keluarga feudal Negeri Sembilan, mereka bersalin kulit untuk menjadi borjuis nasional agar tidak tercicir.

Adakah saya ini anti-Melayu? Jawabnya tidak. Saya bukan anti-Melayu. Saya hanya anti-perkara yang karut-marut. Saya yakin hanya kepentingan ekonomi sahaja yang menyatukan umat manusia. Manusia berkumpul untuk kepentingan kelas ekonomi mereka. Pertembungan kepentingan kelas inilah yang sedang berlaku di hadapan mata kita sekarang. Perebutan punca ekonomi ini sedang di kabur dan di propagandakan sebagai kepentingan bangsa, bahasa dan agama. Saya anti-sesiapa sahaja yang menjajakan perkara yang karut-marut.

Comments (41)Add Comment
...
written by Birdbrain, April 21, 2008 16:25:07
UMNO's basic needs are as follows:

1. Food - Lobsters, Caviar
2. Shelter - Mini palaces
3. Clothings - Armani, Gucci..etc
report abuse
disagree 2
agree 50
...
written by Thomas47, April 21, 2008 16:33:06
Untuk kesekian lama, inilah pertama kali saya baca artikel anda dari mula sampai akhir.
report abuse
disagree 4
agree 15
...
written by ibabonma, April 21, 2008 16:37:24
Saya setuju Melayu bersatu kerana RM.

Sebagai contoh, 5 tahun sekali orang Melayu akan berkumpul, berusaha setengah mati mengantung/mengibar gambar-gambar Glokal Melayu dipucuk-pucuk pokok dan dikemuncak bangunan semasa pilihanraya untuk mendapatkan bayaran RM 30.00 .... 5 tahun sekali.
report abuse
disagree 1
agree 19
...
written by Chaptokam, April 21, 2008 16:44:56
UMNO heirachy of needs

1. Peruntukan
2. Contracts
3. Projects
4. Awards , Gelaran : Datuk , Tan Sri , Tun
5. Lubang : up to you to imagine
6. Woman : macam filem star atau model contoh : Datuk K
7. Rumah macam istana : contoh Zakaria , Azalina
8. Kereta mewah : Ferari , Lamborghini , Porsche , Mercedes , BMW , contoh ; Mokhzani
9. Jam mahal : patek philip , rolex , monblanc , omega ...
10.Diamonds ,emeralds , pearls : contoh yang di pakai olih Rafidah
report abuse
disagree 1
agree 41
...
written by pisdin, April 21, 2008 16:47:33
suatu pandangan yg AMAT JUJUR. kalau nak berusaha utk ke arah matlamat akhirat di sana pun, kepentingan ekonomi ponpun diambil kira juga. tak kira la dlm keadaan yg berkemampuan ke, ataupun tak mampu langsung.

cuma, jalannya itu kena la caranya dgn jalan AGAMA. kalau kita saling berekonomi tanpa agama, matlamat sebenar mungkin tak tercapai, tapi BALA yg dtg jg.
report abuse
disagree 1
agree 20
...
written by PR Msia, April 21, 2008 16:50:23
Who cares? Who will unite for the sake of unity?
Not all the family members are united.
Even UMNO members cant even bersatu.
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by beijing, April 21, 2008 17:07:34
I just dont't understand why Malay always call up this slogan: Melayu bersatulah, hidup melayulah, bla bla bla lah.....Why not just think of Malaysian we have to bersatu?
report abuse
disagree 2
agree 13
...
written by amohsall, April 21, 2008 17:09:50
1. "Bersatulah Melayu"
2. "Bersatulah Cina"
3. "Bersatulah India"
4. "Bersatulah Malaysia"

Slogan(1) mula dihebohkan selepas PRU-10 pada 1999. Tetapi ianya sunyi sedikit selepas PRU-11 pada 2004.

Sekali lagi apabila banyaknya kerusi melayu 'incumbent' tewas dalam PRU-12, slogan ini muncul kembali. Inilah realitinya rhetoric politik orang Melayu. Kenapa tidak dihebahkan yang jumlah kerusi wakil rakyat orang melayu tidak banyak berubah? Sekali lagi kita cuba di'mind-set'kan oleh arus perdana bahawa kerusi melayu layak bila jatuh pada tangan orang UMNO tapi tidak layak jatuh pada tangan Pas atau PKR.

Pernahkah kita dengar orang Cina meratapi supaya slogan(2) dijuangkan? Atau orang India supaya slogan(3) dihebahkan?

Seharusnya selepas setiap PRU kita mencanangkan supaya slogan(4) diwawarkan. Lebih lagi dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, "the government of the day" sepatutnya lebih profesional dan matang.
report abuse
disagree 1
agree 20
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by fromamovingtrain, April 21, 2008 17:15:08
Sham,awak tulis: "Agama? Agama digunakan sebagai asas parti politik kerana ia senang untuk dijadikan payung luas untuk berkumpul. Yahwe, Buddha, Jesus, atau Allah direkrut oleh parti-parti yang berasaskan agama bukan bermakna parti itu suci dan dapat berurus secara peribadi dengan Yang Maha Esa. Yahwe, Buddha, Jesus atau Allah TIDAK pernah mengiakan atau memberi ‘endorsement’ kepada iklan-iklan parti-parti politik ini. Nama-nama tuhan ini digunakan bertujuan untuk merebut peluang ekonomi. Yang membuat dasar parti politik ini bukan Yang Maha Esa tetapi manusia dan ahli-ahli parti politik. Yang Maha Esa tidak pernah mengiakan atau menidakkan manifesto dan program parti-parti ini."
_______________________________________________________ ___________________________________

Saya nasihat awak jangan terlalu gopoh menulis sampai memberi kefahaman yang salah kepada persepsi orang lain. Susah nak menjawabnya esok. Maksud awak mungkin difahami beberapa pihak tapi majority akan mengambilnya secara nilai muka (face value). Baca al Quran, 5:56 dan 58:22. Apakah maksud Allah di situ, kalau pun tidak dengan penafsirannya sekali?

Nak hentam melayu umno atau sewaktu dengannya, hentamlah. Sayapun setuju dengan awak pasal tu. Tapi jangan tersasar dan terbabas natijah terlalu 'high' menghentam apa jua yang awak fikirkan karut-marut. Tak ada karut-marutnya bernaung di bawah payung Allah. Mungkin ada aspek2 perlaksanaan proses pengumpulan manusia2 di bawah payung Allah masih lemah dan perlu dibetulkan, tapi itu bukan alasan untuk menolak kegiatan bernaung di bawah payung Nya.

Part yang 'melayu bersatulah' itu karut-marut, saya sangat setuju.
report abuse
disagree 9
agree 28
...
written by backs, April 21, 2008 17:15:38
it's true! we vote because of harga minyak naik, harga brg-brg keperluan naik, rugi beli kereta proton, banyak sangat kene bayar cukai (dpt duit bayar cukai pendapatan, nak belanja duit bayar govt. tax 5%), duit rakyat dibazirkan untuk benda yg tak bermanfaat, unemployment, hilang tanah, dan many more....everything berkait dgn ekonomi....
report abuse
disagree 2
agree 7
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by MasterBlaster, April 21, 2008 17:27:50
Untuk bersatu kita semua kena migrate ke Indonesia. Tiada lagi hak istimewa. Tiada lagi ideology "Ketuanan Melayu"
report abuse
disagree 2
agree 7
...
written by aryn, April 21, 2008 17:29:20
Which brings us back to NEP.

Kasihan saudara Melayu saya yang di colonise minda nya supaya terus bergantung hidup kepada Umno yg bermatian mempertahan kan NEP serta ketuanan Melayu. Padahal, ini semua untuk menjaga kepentingan kroni kroni dan bukan kepentingan orang Melayu am nya. ish...ish...ish...
report abuse
disagree 2
agree 14
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by turun padang, April 21, 2008 18:38:46
written by Jengking, April 21, 2008 | 18:01:24

Jangan di layan marxist-leninist dan free thinker ni.....
---------------------

Apa la jengking, pasal orang berpikiran atau menpunyai pandangan lain sikit dari kita.. terus nak tuduh macam macam.. takut ke?

Pada pandangan saya, bro hishamuddn ni patut di layan coz.. orang macam dia ni la yang berani memberi pandangan yang cukup kritical serta pedas supaya kita dapat mempertimbangkan setiap perkara dari pelbagai sudut.

Ingat.. BN Kalah bukan kerana satu sebab.. that is why sampai khaimat pun UMNO serta BN tak akan dapat berubah..
report abuse
disagree 5
agree 9
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by shatis, April 21, 2008 19:31:55
Excellent analysis by an excellent thinker. Salute u Hisham! universal thinker. Totally agree with u. Hope to meet u in person someday. At least i'll die with satisfaction of meeting one human being without selfish agenda.
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by box, April 21, 2008 19:45:38
How can Melayu Bersatu when a selected few can build castles while the majority starve?
How can Melayu Bersatu when a selected few can rob the country legally while the majority is brain-washed to beg from UMNO?
And how can Melayu Bersatu when the majority is lead by a group of selected greedy fools?
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by cruzeiro, April 21, 2008 20:31:13
written by Jengking, April 21, 2008 | 18:01:24

Jangan di layan marxist-leninist dan free thinker ni.....
==================

Hello Jengking,
Yang you ni menggelabah pasal agama apahal .... terus nak tuduh org yg bukan2!

Sham bukan cerita pasal Agama lah - dia cuba menerangkan macam-mana agama digunakan oleh parti politik demi meraih kuasa!

Bacalah betul2 lain kali, sebelum kutuk org - nanti, betul tak betul, org pikir you ni bodoh!
report abuse
disagree 2
agree 10
...
written by cruzeiro, April 21, 2008 20:32:48
Nice piece, Sham!

As they say, "It's the Economy, Stupid!"

Yup - you'll still get blockheads trying to dispute you on this, though.....
report abuse
disagree 2
agree 7
...
written by Amadas, April 21, 2008 20:55:55
Sheesh...Melayu bersatupadu???? What has gone into your heead??

It should be Malaysian Bersatupadu stupid!!

Can't you get the big picture...Malaysians have to stay united to fight the looming worldwide economic crisis.."Together Malaysians stand, Divided Malaysians fall"

It is common economic interest... stupid!!
report abuse
disagree 5
agree 4
...
written by andalusia, April 21, 2008 21:12:43
Memang sejak zaman tok nadon lagi pertelagahan sesama manusia adalah disebabkan ekonomi. Tiada bezanya sekarang. Jadi gambaran yang dibuat oleh saudara dari jelebu ni, amat tepat sekali dan sudahpun diketahui umum. Itulah asas semua parti-parti politik. smilies/cool.gif smilies/cool.gif smilies/cool.gif smilies/cool.gif smilies/cool.gif smilies/cool.gif smilies/cool.gif smilies/cool.gif
report abuse
disagree 0
agree 3
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by MrHot, April 21, 2008 21:32:33
Memang BENAR !!! Melayu tak pernah bersatu sejak zaman Hang Tuah/Hang Jebat lagi contonnya kalau Melayu bersatu Tanah Melayu tak akan jatuh ke tangan orang asing dari Portugis hingga British.Memang BENAR !!!Orang Melayu tak pernah bersatu contohnya selepas kemerdekaan,orang Melayu Tunku tidak senang dengan orang Melayu Tun Razak/Mahathir vice verce !!! Memang BENAR, Melayu tidak pernah bersatu contohnya sekarang Melayu PAS, UMNO,PKR tak boleh terima antara satu sama lain walaupun mereka ini semua Melayu !!!

Kenapa ?????????????????????????

Bravo HishamudinRais, article anda ini memang pembuka mata manusia dunia sejagat bahawa tanpa TARIKAN $$$$$WANG$$$$$ manusia tak mungkin BERSATU!!!
Tak kira anda bangsa apa pun; Melayu, Cina atau India!!!

Bagi saya, kalau ada pun itu mungkin sementara sahaja kerana ada musuh sejagat yang harus mereka musnahkan dulu bersama-sama sebelum dapat mencapai tujuan muktamat mereka BERSATU iaitu $$$$$WANG$$$$$ !!!
report abuse
disagree 2
agree 6
...
written by qwerty, April 21, 2008 22:25:29
Pahit tapi benar...
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by cancan, April 21, 2008 22:51:33
The Spoilt Child
The Power Of Marketing

Link: http://www.kingsmary.********.com/
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by journeyman, April 21, 2008 23:06:20
"Sham bukan cerita pasal Agama lah "

saya dah baca betul2 berkali2 dan masih tak nampak penulis 'cuba menerangkan macam-mana agama digunakan oleh parti politik demi meraih kuasa!'. orang pasti fikir saya bodoh. yang saya nampak penulis cuba memaksa ideologi 'parti politik berjenama agama'nya diasaskan untuk memburu kepentingan ekonomi semata2. bukan agama? "...Allah direkrut oleh parti-parti yang berasaskan agama bukan bermakna parti itu suci dan dapat berurus secara peribadi dengan Yang Maha Esa. Yahwe, Buddha, Jesus atau Allah TIDAK pernah mengiakan atau memberi ‘endorsement’ kepada iklan-iklan parti-parti politik ini". ini ke penerangan macamana agama digunakan oleh parti politik demi meraih kuasa?

lain kali sebelum kutuk orang menggelabah pasal agama, jangan baca buta aja. guna organ secebis tak bertulang di antara telinga2 tu untuk menilai kualiti tulisan dan effektifnya tulisan itu, bukan guna organ secebis tak bertulang yang di antara peha2 tu untuk berfikir. nanti, betul tak betul, org pikir you ni bodoh.
report abuse
disagree 6
agree 8
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Negarakuku, April 22, 2008 00:48:14
Why didn´t they asked people to Muhibbah instead of Melayu bersatu, India bersatu, Cina bersatu...etc...but india and Cina didn´t need to ask for bersatu, why only Melayu??? They never learn from Nazi or Apartheid !!!!!! sigh...politicians BODOH and SOMBONG !!!!!!!!!!! smilies/sad.gif smilies/angry.gif smilies/shocked.gif smilies/tongue.gif smilies/cry.gif
report abuse
disagree 2
agree 4
...
written by MasterBlaster, April 22, 2008 01:57:39
To Journeyman,
For instance, semasa Idris Jusoh menunggu keputusan perlantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu, apabila dia di temuramah pihak media tentang kedudukan beliau sebagai menteri besar, dia berkata "Saya sebagai hamba Allah, saya berserah pada Allah Ta'ala" Out of the blue, he has become a holyman!

And the next day tanpa segan silu he dare to say that he is still Menteri Besar.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by 4country, April 22, 2008 02:35:31
Apabila menyentuh perkataan BERSATU, izinkanlah saya memberi pandangan saya yang kian lama tersimpan di dalam minda saya.

Saya bersetuju bahawa,
Manusia bersatu bukan kerana bahasa. Manusia bersatu bukan kerana agama. Manusia bersatu bukan kerana warna kulit. Manusia bersatu bukan kerana negara.

Manusia akan bersatu jika berasas dari satu kepercayaan bersama dengan seterusnya membawa semua pihak menuju ke arah atau kehidupan yang selesa.
Contohnya,
Di sebuah syarikat A, mempunyai Kaum MELAYU, CINA,INDIA DAN SERANI.Sekiranya mereka berkerja semata-mata kepentingan sendiri, maka, banyak masalah akan tertimbul seperti masalah politik-pejabat.dengan secara tidak langsung, gejala ini akan terus memusnahkan keuntungan dan kemajuaan Syarikat A.
Jika mereka mempunyai kepercayaan bersama disampingi sikap bergotong-royong, segala hasil akan mendatangkan kekayaan kepada Syarikat A.Secara tidak langsung, KAUM-KAUM in semua akan menikmati kekayaan bersama Syarikat.

Contoh atasan cuba dikaitkan negara kita.

Syarikat A = MALAYSIA = Semenanjung Sabah Sarawak

Pekerja = KAUM di Malaysia

Kalaulah kita faham akan konsep BERSATU, Bilakah Melayu tidak bersatu? Bilakah Cina,India,Kadazan,Iban,Serani tidak bersatu? Bilakah Rakyat Malaysia tidak bersatu?

KITA DIANGGAP TIDAK BERSATU OLEH SEGOLONGAN JAHAT RAKYAT MALAYSIA, KALAULAH ORANG INI DISINGKIR, KITA AKAN HIDUP AMAN DAN SELESA.
Fikirkanlah..........

Tambahan:
Melayu sebenarnya tidak perlu bimbang akan hak mereka, kerana hak itu memang dah ada.(dulu,kini,masa akan datang, Hak itu tidak pernah terancam,yang terancam hanya kekuasaan golongan Keji tertentu saja)

Satu peringatan secara tidak langsung dari kajian saya, Melayu dikehendaki bersedar sebelum terlewat!
iaitu,
SIAPA ITU MAMAK. Mamak itu Melayu atau perebut hak melayu?Di manakah Status Mamak?Mengapa mereka ramai berjawat jawatan tinggi di UMNO?Siapa yang sering mengungkitkan keresahan rakyat Malaysia?Mengapa MANEY CHANGER dimiliki MAMAK?
Mengapa MAMAK berlagak umpama mereke lebih berkemelayuan sehingga mengugut kaum bukan melayu seterusnya menimbul ketidakpercayaan antara kaum?

Sedar-lah Melayu! siapa sudah lama cuba menguasai orang Melayu!Fikirkan.......
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by Bee65, April 22, 2008 06:07:20
"BERSATULAH, RAKYAT MALAYSIA"

- Bersatu untuk lawan KEZALIMAN!
- Bersatu untuk lawan RASUAH!
- Bersatu untuk lawan KETIDAKADILAN!
- Bersatu untuk lawan NEPOTISM!
- Bersatu untuk lawan Cronism!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Malaysiaku, April 22, 2008 07:54:54
Oi, apa pasal panggil Melayu bersatu? Kenapa bukan nya Malaysians bersatu? Racial lagikah?
report abuse
disagree 5
agree 5
...
written by libau, April 23, 2008 17:20:33
Melayu...Melayu lagikah? Benar, Melayu tidak akan bersatu sampai bila2.
Tetapi Bangsa Malaysia boleh dipupuk agar bersatu...
report abuse
disagree 2
agree 4
...
written by antiilluminati, April 24, 2008 14:55:39
Tiada orang didunia ini anti Melayu. Tiada sebab mau anti melayu ?. Ingat, yg membezakan manusia ialah hati budi. Kita perlu ada sifat "compassion" across kaum atau agama.

Seruan iklas saya kepada saudara bangsa Melayuku,
Marilah kita bersatu menguatkan ekonomi negara kita supaya kita bakal mengharungi lautan globalisasi yg dimonopoli oleh kuasa besar. Lupakan saja melayumu, cinaku, india hang, benggali dia, dan mcm2 lagi.

Grow up guys ! asyik2 Melayujer, comeonlah brader. This is pure stupidity !
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by tomato, April 24, 2008 18:34:33
be it black, white, asian, hispanic, european or other
the is only one color that unite them.

$

enough said



report abuse
disagree 2
agree 5
...
written by cruzeiro, April 24, 2008 23:31:17
saya dah baca betul2 berkali2 dan masih tak nampak penulis 'cuba menerangkan macam-mana agama digunakan oleh parti politik demi meraih kuasa!'.
=====================

Kalau dah tak nampak, panjang cerita dia ..... mungkin kena baca lebih banyak lagi.

Sorry ya - sini bukan kuliah "social sciences". Kalau dah cukup tahu pasal benda2 ni, mungkin you boleh nampak apa yang tersirat.
Jgn menggelabah ya ....
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by MasterBlaster, April 25, 2008 02:10:48
Saya faham & saya yakin. I stand firm!

Most of you here think alike & express their inner feelings truthfully & sincerely. I'm touched. But I wonder whose going to lead this crusade?

Knock! Knock!
Who's there?
Oppotunity.

Errk...Excuse me guys, Catch you later....
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by The dragonheart, April 25, 2008 02:26:27
Saya tidak percaya ekonomi akan menyatupadu kan manusia atau kelopok manusia... kerana harta dan kekayaan kawan jadi lawan, adik beradik menjadi musuh, manusia membunuh sesama sendiri... kerana harta dunia akan musnah...

Penyatuan belaku kerana kasih sayang, keamanan, belas kasian, kebersihan jiwa... Emas sebesar KLCC tiada gunanya jika hidup bermusuhan dan saling dengki mendengki...

Kebanyakan Agama menolak kekayaan yang berlebihan kerana kekayaan yang berlebihan pasti akan membawa perpecahan dan kemusnahan...

Terdapat sesetengah penganut yang memetingkan harta hinggakan harta itu di tanam dengan mayatnya supaya dia boleh terus hidup mewah di alam kuburnya...

Kekayaan harta membuat UMNO, MIC dan juga MCA berpecah belah... harta ada kemusnahan perpaduan bangsa...ujudnya hasad dengki, tamak, tidak ada perasaan, penting diri sendiri, sanggup membunuh, merompak, mencuri , merasuah dan lain-lain lagi..

Negara timur tengah sekarang tidak bersatu kerana harta...

Amerika Syarikat menjadi ganas kerana tamakkan harta...

Wahai saudara Hishamuddin yang duduk di Jelbu... baca lah sejarah, baca Al Quran (kerana saya rasa kamu orang Islam), jangan kamu memperkekilkan Ajaran Allah SWT... sungguh kecil otak kamu ini...

Bangsa lain nampaknya bersatu kerana mereka survival di alam bangsa yang majoriti... perpecahan melayu kerana ekonomi... Orang cina dulu di tanah melayu tidak bersatu kerana kekayaan... mereka bersatu sekarang kerana survival dan ada yang menumpang kasih...

Melayu Pasti akan Bersatu tetapi bukan di bawah naugan UMNO yang kapitalis... Melayu sudah banyak kali bersatu, pada 1946, melayu bersatu semasa malayan Union, melayu bersatu semasa keputusan PRU 1969, melayu akan bersatu tapi bukan cara UMNO...

Saya percaya, Melayu akan bersatu apabila ianya dipigirkan, apabila ianya dibenci, apabila ianya di tindas dan paling utama apabila UGAMA orang Melayu mula di cabar...

Saudara Hishamuddin Rais... Saya rasa pandangan kamu salah...
report abuse
disagree 6
agree 10
...
written by CitizenBodohland, May 21, 2008 12:23:16
Jang!

Melayu Bersatu ??? Adakah "Melayu" yang dimaksudkan merangkumi India Muslim, Cina Kadazan (Sino), Cina di Sabah, Bugis (Projek IC) dari Sulawesi dan Suluk (juga Projek IC) dari Filipina? Sebab kalau UMNO Sabah, MACAM-MACAM ADA......

report abuse
disagree 1
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM