|
Buruknya Depa Balun (DEB) cara Umno |
|
|
|
Sunday, 20 April 2008 10:10 |
|
Jika kelayakan quota dihapuskan, jawatan penting tertinggi UMNO pasti sengit. Walau pun ini adalah peluang terbaik untuk orang-orang UMNO mempraktikkan demokrasi sebenarnya setelah mantan Presiden mengikat kaki dan tangan mereka demi mengekalkan kuasa secara mudah.
Kepimpinan bersifat autokratik akan meracuni pelapis kepimpinan secara peralahan dan berakhir dengan ketandusan calun yang berkualiti. Mengapa setelah bersenang lenang hampir 22 tahun berada ditampuk Presiden secara tiba-tiba Tun Dr Mahathir mahukan sistem quota dihapuskan. Sebenarnya apabila bercakap tentang kepentingan ramai barulah kita nampak buruk baiknya sesuatu sistem itu. Selama ini kekebalan dan kekuatan sesuatu jawatan itu ibarat bersultan di mata dan beraja di hati. Apa sebenarnya pendirian orang-orang UMNO di dalam hal ini? Apakah kerana kuatnya sebagai pencadang selama lebih 50 tahun apa yang dibuat semuanya dianggap benar dan betul belaka.
Andainya jawatan kosong PM Malaysia diiklankan tanpa melalui proses demokrasi atau diujudkan demokrasi secara total pasti amat ramai di luar sana yang layak menjawat jawatan tersebut. Ini kerana rata-rata ahli UMNO yang benar-benar berkelayakan baik dari segi peribadi dan kebolehan telah dipesongkan akidah perjuangan sebenar mereka iaitu nusa dan bangsa. Hatta seorang bekas IMAM bergelar Hafiz pun corak dan cara keterampilan sebagai pemimpin politik dan orang yang alim agama berubah kerana mengikut budaya UMNO. Rata-rata yang tinggal adalah diragui bersihnya rekod mereka. Ini pernah disebut oleh mantan Presiden UMNO memilih mereka tidak semestinya bersih semata-mata! Apakah syarat ini untuk mudah pegang teluq mereka? Akhirnya apakah kualiti yang tinggal dan ada untuk mengisi jawatan selayaknya. Bersyukurlah kerana usia dipanjangkan supaya kita dapat menonton kembali langkah songsang yang selama ini dibanggakan.
Bolehkah kita rakyat Malaysia menunjukkan contoh wakil rakyat BN/UMNO yang benar-benar sederhana dan tidak mendapat kelebihan rezeki melebihi pendapatan sebenar sepanjang perkhidmatan mereka. Sukar untuk membezakan rumah mereka, apakah itu ISTANA IDAMAN atau (ISTANA RAJA pun ada cat yang sudah pudar terbiar). Setakat JUTAWAN itu berlambak tidak kurang yang bersara sebagai BILLIONWAN yang diterjemahkan oleh anak-anak mereka. DEB Berjaya! Perkara-perkara yang berkaitan hasil mahsyul memang mereka pantas. Tidak cukup tapak setinggan, projek dilereng bukit atau penternakan BABI pun mereka nak terlibat sama. READ MORE HERE
|
We know well that politic in UMNO is never clean for Naib President posts.
It involved huge sum of money in the past.
It will be the same again.