A+ | A- | Reset
Home

Tolak pakatan Umno-Pas tepat PDF Print
Saturday, 19 April 2008 21:32

Oleh Herman Samsudeen   

(KLPos): TINDAKAN tiga pemimpin tertinggi PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, setiausaha agung Datuk Kamaruddin Jaafar dan bendahari Dr Hatta Ramli menolak pelawaan Umno untuk mewujudkan kerajaan campuran di Selangor dan Perak sebelum ini adalah satu tindakan yang tepat

Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mendakwa bahawa PAS lebih rela bekerjasama dengan parti orang 'kafir' daripada bekerjasama dengan Umno yang dituduhnya parti zalim.
PAS merupakan sebuah parti yang kini semakin mendapat sokongan orang Melayu dan Umno kian tersepit hingga sanggup mengadakan rundingan belakang tabir selepas pilihanraya ke-12 untuk memujuk pemimpin PAS membantu mereka menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor.

Walaubagaimana pun pemimpin PAS menolak permintaan tersebut dan mendedahkan segala isi perbincangan itu kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang lain sebagai menghormati semangat setiakawan yang kini semakin erat. Pemimpin PAS ditawarkan jawatan tinggi dalam rundingan itu, tetapi sedikit pun mereka tidak berminat.

Lantaran itu rakyat dapat melihat bahawa politik pemimpin PAS lebih matang kerana berjaya menunjukkan komitmen mereka dalam menjalankan hubungan baik dengan semua anggota Pakatan Rakyat, DAP dan KeADILan.

PAS tidak pernah membelakangkan orang Melayu, dan rakyat sedar akan perkara ini. Nadi perjuangan PAS adalah Islam dan Islam sendiri mengajar pemimpin PAS untuk berbuat baik pada semua rakyat tanpa mengira kaum atau pun agama.

Kenyataan bahawa pemimpin PAS tidak wajar bekerjasama dengan parti orang 'kafir' adalah satu kenyataan yang biadap dan dengan sendirinya menunjukan Umno selama ini bersikap talam dua muka dengan pemimpin komponen BN lain yang terdiri dari kaum bukan Islam seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Hanya kerana inginkan kuasa mereka sanggup meninggalkan rakan-rakan mereka dalam BN dan memujuk pemimpin PAS bergabung bersama mereka secara senyap-senyap.

Ini adalah sikap orang tamak dan tidak setiakawan. Oleh itu, parti komponen BN yang lain di ingatkan untuk berhati-hati dengan pemimpin Umno kerana selama ini merekalah yang mempergunakan undi kaum cina dan India untuk survival politik mereka.

Kegagalan komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP dalam pilihanraya yang lalu adalah berpunca dari sikap pemimpin Umno. Pemimpin Umno melalui Abdullah Badawi, Hishamuddin dan ramai lagi sering mengeluarkan isu-isu yang menindas dan menghina kaum cina dan India.

Kes tuntutan NGOs cina dan juga kebangkitan Hindraf yang gagal ditangani dengan baik memadamkan kepercayaan rakyat pada Umno dan semua komponen BN. Pemimpin-pemimpin BN lainnya dilihat sebagai alat atau pun kuda tungangan dan tidak berani bersuara dihadapan pemimpin Umno dalam mempertahan hak kaum mereka.

Kini bila mereka gagal mempertahankan kerusi DUN dan Parlimen, Abdullah menyalahkan mereka dan menuduh mereka sebagai gagal untuk membantu BN.

PAS juga pernah menyertai pakatan BN dalam Kerajaan Campuran selepas Pilihanraya 1974, walaubagaimana pun disebabkan sikap Umno yang tidak ikhlas pemimpin PAS bertindak keluar dari pakatan itu. Walaupun menerima kekalahan teruk pada pilihanraya 1978 kerana keluar dari BN, namun PAS tetap konsisten dalam menentang kezaliman Umno hinggalah berjaya menubuhkan lima Kerajaan Negeri bersama komponen Pakatan Rakyat selepas pilihanraya baru-baru ini.

Kesabaran dan juga keihklasan pemimpin PAS sering teruji. Pengalaman lampau telah cukup untuk memberikan pengajaran kepada generasi muda PAS bahawa parti ini tidak memerlukan Umno untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dalam membentuk Kerajaan. Dan untuk kepentingan rakyat dan Islam PAS akan terus dengan pendiriannya untuk tidak berkerjasama dengan Umno selagi mana mereka tidak meninggalkan budaya rasuah, judi, arak, zina dan pembaziran dalam politik mereka.

PAS bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, tetapi mereka juga perlulah belajar menghormati pemimpin PAS dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya.

*Herman Samsudeen adalah Ketua Penerangan DPP Wilayah Persekutuan dan Juga Setiausaha Politik YB. Dr. Lo'Lo' serta Koordinator bagi Semua MP Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan.

Comments (16)Add Comment
...
written by johanssm, April 19, 2008 21:42:50
Ladies & Gents, now you all understand as to why umno/bn so hastily pushing for the anti hopping law for political frogs.
As umno failed to "pakat" with PAS to capture some states and in order to protect umno/bn , they now strongly pushing for the anti hopping law.
This is to prevent umno's own people or MP jumping over to PR.
umno certainly will "abuse" any laws to their whims just to suit themselves.

So whats the verdict , shall we push PR to be in power or not?
I think its better for Malaysia and Malaysians, as well as for the benefit of ASEAN, we must push for a new government.
report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by power2u, April 19, 2008 21:43:29
WOW,UMNO HAS GONE SO LOW TO BEG N BRIBE PAS .UMNO MUST BE SHOCKED THAT THERE ARE SUCH NOBLE AND RIGHTEOUS PARTY THAT CAN SAY NO TO BRIBERY N CORRUPT WAYS.
SYABAS PAS.YOU HAV PROVED THAT YOU ARE WORTHY OF CHINESE N INDIAN VOTES.
report abuse
disagree 0
agree 37
...
written by Ujang, April 19, 2008 21:47:51
Syabas kepada pemimpin PAS. UMNO sudah tersepit. UMNO tidak ikhlas kepada rakyat. Kami di Bandar Tun Razak sudah lama ditipu oleh pemimpin UMNO sejak Parlimen BTR diwujud untuk diwakili orang Melayu. UMNO menjual BTR kepada MCA walaupun MCA telah diberi Parlimen Cheras untuk mereka tandingi. UMNO tidak ada maruah kerana sanggup menipu semua kaum di Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by tikuih, April 19, 2008 21:53:09
mca, mic & gerakan, why are you still licking umno balls?? get out of bn and hope for redemption, you spineless weaklings!!
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Robin Goodfellow, April 19, 2008 22:04:49
PAS = INTEGRITY, TRUSTWORTHY, HUMAN BEINGS... smilies/smiley.gif

UMNO = ILL REPUTE, DISHONEST, PIGS AND DOGS... smilies/angry.gif

TAMATKAN UMNO-ISME!
report abuse
disagree 0
agree 22
...
written by Rozlan, April 19, 2008 22:05:07
Walaubagaimana pun pemimpin PAS menolak permintaan tersebut dan mendedahkan segala isi perbincangan itu kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang lain sebagai menghormati semangat setiakawan yang kini semakin erat. Pemimpin PAS ditawarkan jawatan tinggi dalam rundingan itu, tetapi sedikit pun mereka tidak berminat


Jika terima maknanya mcm melepaskan buaya tersepit...
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by greenarrow, April 19, 2008 22:07:19
UMNO masih memerentah dgn cara 'FUEDALISMA'

Ber 'tag' DEMOKRASI..tapi menindas ..merompak..mencuri..merancuni Rakyat dgn Gas Aroma Fuedalisme

Saya yakin PAS dapat memimpin dengan lebih AMANAH

- Panah Hijau

report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by joeawk, April 19, 2008 22:28:40
UMNO, the end is near. It will be no fault of MCA, GERAKAN, MIC and other BN component parties from Sabah and sarawak to join PR to form a new federal government.

UMNO leaders are generally rotten to the core and malays should abandon UMNO completely. Malays should stop being used by UMNO. Knowingly allowed yourselves to be used to commit sins against your God's command is equally sinful, meaning UMNO leader will drag you to hell with them. Abandon UMNO now.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by cancan, April 19, 2008 23:33:40
Where do our politicians stand - a dimwit,intelligent or an evil?

Link: http://www.kingsmary.********.com/
report abuse
disagree 1
agree 0
...
written by chanatak, April 20, 2008 00:34:01
Dear PAS, I apologize for my earlier doubts as to the degree of your commitment to PR. Today, I wish to inform you that you have my respect. I was wrong about you. I am sure the rakyat has been much wiser than me at an earlier stage agrees with my feelings.

SYABAS PAS.
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by maisur, April 20, 2008 01:49:48
dear chanatak. concencusly, PAS made a very clear stand...if they are going for all the rubbish "malay supremacy"...they would have pakat with UMNO and the whole malaysian states except penang would be see 100% malay EXCOs. however, PAS stands on the principles to fight injustice and provide equality to all regardless of race and religion and that is why PAS is with PR. i sincerely believe that PAS has been tested enough within the last one month and it has emerge stronger every day. i have no doubt about it's sincerity towards a better and just malaysia
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by bn haramjadah, April 20, 2008 04:51:10
Bottom line Pas did not want to associate themselves and get tarnished with these swines, on one hand making all that noise concerning the pig farm in selangor than we find out umnoputra who is protesting very loudly just ahppens to be one of the partners,preaching about what devout muslims they are and than going to germany some more to a pig farm, to do pig business is halal but pig is haram no?
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by bn haramjadah, April 20, 2008 04:56:17
one of those who gave the thumbs up was a then adun of Tg. Sepat, Datuk Abdul Karim Mansor.of umno lagi......today he joins in condemning the project
http://zorro-zorro-unmasked.**...asic.html
see for yourself such religous umnoputras????? why should PAS join them, on another note I think the time has come for MCA,MIC,PPP, LDP,LLN,TPP,PKFZ TO LEAVE UMNO, YOU STAY YOU SINK WITH UMNO, NO SHAME meh, they call you kafir???, chinaman such beggers meh?
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by bn haramjadah, April 20, 2008 04:57:13
for the link go here
http://zorro-zorro-unmasked.********.com/2008/04/dont-blog-if-you-cannot-follow-basic.html
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by PR Msia, April 20, 2008 10:30:33
Sampan sudah retak nak naik sampan orang pulak.
Dula berkuasa memang berleluasa.
Sekarang nak pinjam terror orang - seperti serigala menunjul keangkuhan Singa dengan jalan bersama-sama.

Bijak PAS!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by gyshow, April 20, 2008 23:52:29
PAS Had done the right thing by rejecting UMNO's invitation. Many Chinese voter including myself had voted for PAS instead of BN in the past election because they hated UMNO a lot. If PAS worked with UMNO to form state government, PAS is betraying these voters and they are committing political suicide. I had trusted PAS more than UMNO now and believe PAS will be corruption free and treat all races fairly as what happen in Perak state with PAS Menteri Besar.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM