|
Agenda Melayu giliran PAS |
|
|
|
Posted by admin
|
|
Friday, 18 April 2008 17:11 |
|
Masalah yang terbesar dihadapi oleh Saya Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad yang “Saya Masih Di sini” ialah ketergantungan dengan nasihat dan pandangan anaknya Kamalludin Abdullah dan menantunya Khairy Jamalludin Abu Bakar dan penasihat di belakang tadbirnya yang bernama Zulkefli Abdul yang pernah mengetuai BTN-Biro Tata Negara dan dua orang korporat penyamun yang bernama Anuar Zaini dan Kalimullah Meor Hassan.
Itu sebab sebagai seorang Perdana Menteri dalam kerajaan majoriti mudah dan Presiden UMNO, dia langsung tidak mahu memberi respons atau memberikan sokongan balik kepada kenyataan Presiden PAS, Haji Hadi Awang yang bersedia memikirkan soal Melayu dengan terlebih dahulu membetulkan pentadbiran negara.
Jika orang berakal, kenyataan Haji Hadi Awang adalah satu hantaran yang baik dalam satu perlawanan bola dan jika penerima nya pasukan lawan sudah pasti bersedia untuk menendang terus di dalam gol tetapi Abdullah Hj Ahmad hanya membiarkan sahaja bola itu masuk kepada gol sendiri.
Kenapa tidak lebih daripada 24 jam selepas kenyataan itu, tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang hendak menjawab akan kenyataan dari Haji Hadi Awang berkaitan perpaduan Melayu. Kalau takut sangat kerana belum di dahului oleh komen Abdullah Hj Ahmad, sekurang-kurang selepas berani bercakap dengan orang yang tidak hadir dalam perjumpaan dengan pemimpin UMNO untuk meminta Abdullah Hj Ahmad meletakan jawatan, jika sekadar berani membentangkan kain rentang, baik tak payahlah bercakap banyak pemimpin UMNO dalam soal Abdullah Hj Ahmad didesak meletakan jawatan sebalik teruslah sokong.
Jika Abdullah Ahmad yang menjadi robot yang dipandu arah oleh Tingkat 4, Perdana Putra dan Zulkefli Abdul tidak mengambil peluang atas kenyataan Haji Hadi Awang maka jelaslah UMNO sudah memang benar tidak relevan dalam perjuangannya sebaliknya di samping memperjuangkan perjuangan asal PAS yakni melaksanakan kehendak-kehendak ajaran Islam dalam kehidupan dunia ini dan meminta seorang Islam ingat hari akhirat, PAS sudah bermula memikirkan soal Melayu.
Persoalan Melayu sewajarnya bukan lagi dalam soal sempadan politik dan kepentingan individu seperti yang difikirkan oleh ahli fakir Abdullah Hj Ahmad yang bernama Zulkefli Abdul ini. Selepas PRU-12 8Mac08 orang-orang Melayu sudah mula melihat dirinya sendiri atas keputusan yang di lakukan.
Dan keadaan terus bertambah menjijikkan bila mana dalam masa beberapa blog yang dikenali sebagai ahli UMNO menghentam dan menulis apa sahaja yang ada kaitan dengan keburukan pentadbiran Abdullah Hj Ahmad sebelum PRU-12 8Mac08 dihina dan dikutuk oleh pemimpin UMNO malah ada antara Ketua-ketua UMNO Bahagian termasuk Menteri-menteri yang tak mahu bercakap dengan blogger asal UMNO ini.
Tetapi hari ini, mereka yang sanggup bangun empat pagi untuk pergi ke Air port TUDM Subang kerana sama ada hendak menghantar dan menjemput Abdullah Hj Ahmad pergi dan balik dari luar negeri yang jadual pada jam 6 pagi dan berhimpit-himpit dengan berebut dan ada yang bertampar tangan siapa yang dapat dulu mencium tangan Abdullah Hj Ahmad kini orang yang sama memaki hamun Abdullah Hj Ahmad dan meminta dia salahkan sebagai penyebab kekalahan UMNO/Barisan Nasional. READ MORE HERE
|