A+ | A- | Reset
Home arrow Dari Jelebu arrow Najib pembawa zaman gelap

Najib pembawa zaman gelap PDF Print
Tuesday, 15 April 2008 14:13

Image

Najib Razak ialah ibu kepada semua rasuah. Najib Razak ialah ibu kepada semua masalah. Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

DARI JELEBU 

Mahathir Mohamad telah memerangkap Tengku Razaleigh untuk membuka tirai – dengan mesyuarat agung tergempar - untuk mengetepikan Abdullah Badawi. Untuk entah ke berapa kali Razaleigh Hamzah telah dijadikan batu loncatan oleh Mahathir Mohamad. Razaleigh adalah perwakilan politik lama – politik era Tungku – politik ‘ the British clubby gentelman’ – di mana setiap kata adalah untuk di kota.

Era dan zaman itu telah lama selesai.  Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman gelap ke zaman cerah. Bahayanya, Mahathir Mohamad inginkan kita rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan adan ke zaman autokratik. Justeru, Mahathir Mohamad sedang merancang untuk menobatkan Najib Razak.

Seyogia perlu kita sama berwaspada dan mengetahui kenapa/mengapa Mahathir Mohamad memilih Najib Razak? Kita wajib memahami sebab musababnya agar kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang akan dibawa oleh Najib Razak.

Kenapa Mahathir kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat  sedang merancang untuk menaikkan Najib. Malah minggu lalu media arus perdana juga ‘terjerat’ dengan tipu helah Mahathir apabila melaporkan Najib Razak bukan lagi satu pilihan. Kenyataan Mahathir ini bertujuan untuk menaikkan syahwat Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang Abdullah Badawi. Sebenarnya ini ialah tipu helah jenis  Kitul.

(Siapa Kitul? Sila rujuk Sejarah Melayu kitab naratif kesejarahan oral orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu untuk melihat yang lampau, memahami yang kini dan pedoman ke hadapan.)

Untuk memahami siapa Najib Razak, kita melihat  dan memahami kembali bagaimana Mahathir Mohamad memilih menteri-menteri kabinet dan para rottweiler yang mengelilinginya. Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir. Contohnya Rahim Thamby Chik dengan kes pecah pendaraan cinta berahi anak gadis di bawah umur adalah orang kepercayaan Mahathir.  Arwah Megat Juned seorang kaki judi yang  terlibat dalam kematian wanita pemilik kedai video adalah menteri setia Mahathir Muhamad. Shahidan Kassim terlibat dengan kemasukan beras secara gelap di Perlis adalah menteri besar Mahathir Mohamad yang setia.

Rais Yatim sekor bangkai bernyawa telah diberi nafas oleh Mahathir hinggakan sanggup meminum air basuh kaki Mamak yang pada satu ketika dahulu dikutuknya. Rafidah Aziz rottweiler betina terlibat dalam agihan AP, manakala rottweiler jantannya ialah Nazri Aziz. yang terlibat dengan 600 permit teksi. Mereka adalah menteri setia dalam kabinet Mahathir. Para rottweiler–rottweiler ini akan terus menderam dan menyalak jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Mahathir Mohamad.

Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisian yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Mahathir kerana  si perasuah ini akan terus bersetia kepada Mahathir.

Apa sangkut paut semua ini dengan Najib Razak?

Najib Razak ialah ibu kepada semua rasuah. Najib Razak ialah ibu kepada semua masalah. Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Ini bukan tohmahan. Dalam mahkamah seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib pernah berjumpa dengan Altantuya.

Najib Razak lebih bangkai bernyawa dari Rais Yatim. Najib Razak lebih banyak menyondol dari Rahim Thamby Chik.  Najib Razak  berjuta-juta kali menerima rasuah dari Rafidah Aziz dan Nazri Aziz. Manusia seperti Najib Razak ini adalah model (bukan model Mongolia) yang terbaik dalam bacaan politik Mahathir Mohamad. Manusia Najib ini akan menjadi sekor rottweiler yang paling setia kepada Mahathir Mohamad.

Dalam congak politik Mahathir, Najib Razak akan meneruskan dinastinya. Sesudah Najib akan dimasukkan Hishammuddin Hussein, rottweiler katek si pembawa keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul. Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar untuk menjadi rottweiler dengan salakan-salakan kecil menyerang Abdullah Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang di cita-citakan oleh Mahathir Muhamad.

Jadi siapa  sebenarnya Najib Razak?

Najib Razak ialah pembawa zaman gelap ke dalam budaya politik Malaysia. Najib Razak akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru ingin menyala di Malaysia. Dari segi pembudayaan Najib pasti akan lebih Islam dari Pas. Lebih lebai dari Lebai Kulup.  Dengan latar belakang keilmuan yang cetek, Najib untuk membuktikan keislamannya akan melakukan apa sahaja yang ‘dianggapnya’ Islam. Najib Razak yang tidak memahami inti dan falsafah Islam akan hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.

Ini bermakna Islam garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua.  Kulitan Islam a la Najib ini bukan lagi jantan di barisan lain dan betina di barisan lain, ia akan lebih dari itu. Keislaman Najib ini bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu tetapi akan lebih dari itu.

Buktinya: Tiga tahun dahulu ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan yang mengakui dirinya sebagai ‘ ilmuwan Islam’ telah mengeluarkan ‘fatwa bahawa orang Melayu/Islam TIDAK boleh berkongsi Deepavali degan penganut agama Hindu. Kenyataan yang kononnya fatwa ini telah di sambut  dan di sokong oleh Najib Razak. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah di sangkal oleh Abdullah Badawi. Ini contoh Islam kapal selam.

Seorang insan yang terlibat dalam kes satu pembunuhan akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci dari Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze. Sila ingatkan kembali kenyataan-kenyataan Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak guruh pun tidak tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib telah mula mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam dari kapal selam.

Rasuah? Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja Najib Razak.

Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib. Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah tetapi mengikut fatwa Najib Razak ini wang  komisen. Inilah dia susuk yang sedang di rancang dan sedang uli oleh Mahathir Muhamad untuk dijadikan perdana menteri.

Kenapa Mahathir Mohamad mahukan Najib Razak?

Mahathir Mohamad adalah kepala perompak yang mewakili Daim Zainuddin, Vincent Tan, Eric Chia, Ting Pek King, Ananda Krishan dan Lim Kok Wing antara nama-nama lanun besar . Ada ramai lagi lanun dan penjarah yang berpayung di bawah Mahathir.  Mereka  dengan bantuan kuasa Mahathir Muhamad telah merompak dan menjarah harta negara selama 22 tahun.

Seperti filem seram Rosemary's Baby semua orang yang diharap-harapkan memberi bantuan rupa-rupanya adalah sebahagian dari jaringan lanun. Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.

Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang di bawa oleh Abdullah Badawi ini dapat diteruskan mereka semua akan di dakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah,  dan sesiapa yang menyalah gunakan kuasa  akan juga di hadapan ke mahkamah.

Adalah salah anggap jika kita percaya Mahathir mahukan Abdullah undur kerana legacy sedang di lupuskan. Menaikkan Najib tidak sangkut paut dengan legacy. Adalah salah bacaan politik jika menganggap  bahawa Mahathir lebih sayangkan United Malay National Organisation.  Mahathir mengharamkan United Malay National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika  menganggap bahawa Mahathir membuat semua ini untuk orang Melayu.

Mahathir Mohamad mahukan Najib Razak kerana Najib Razak akan menjadi bangkai bernyawa dan TIDAK akan membuat apa dakwa dakwi terhadap Mahathir Muhamad dan para lanun-lanun yang lain. Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Mahathir akan di teruskan oleh Najib Razak.

Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib Razak sebagai pilihan tepat Mahathir Muhamad, sila tanya diri sendiri. Sudah sampaikah masanya  Malaysia  menerima perdana menteri baru  yang terlibat dalam kes pembunuhan?  Apakah pembunuh boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Comments (53)Add Comment
...
written by Tompios, April 15, 2008 14:27:20
Hisammudin Rais: Ini contoh Islam kapal selam.
smilies/grin.gif Hmm! religion becomes so sensitive to other people forever.
report abuse
disagree 4
agree 31
...
written by taufan, April 15, 2008 14:36:14
Saya agak hairan juga dalam banyak-banyak henjakan yang dilemparkan kepada AAB, sebagai Ketua yang lemah yang harus turun, si Najib ni buat-buat bodoh dan selamba saja.

Apa dia bukan Naib Ketua ke dalam UMNO yang selalu mengaku bermuafakat dalam menentukan semua hal? Jadi, apa sebab AAB saja diminta turn, sedangkan si Najib yang nampak 'blur' ni pulak mahu dinaikkan menjadi PM.

Mana letak otak orang UMNO/BN ni?
report abuse
disagree 2
agree 82
...
written by zanie, April 15, 2008 14:44:29
Tepat sekali ramalan saya,memang mahathir sedang merancang penggulingan Pak Lah supaya Najib dapat naik dan menyambung tugasnya yang belum selesai; menghapuskan Anwar Ibrahim dan pengaruhnya! Ingat mahathir pernah tiga kali cuba membunuh DSAI. Pertamanya ketika masih menjadi menteri bilamana helikopter yang sepatutnya beliau naiki tetapi batal disaat-saat akhir, terhempas dengan penuh misteri. Keduanya sewaktu dalam tahanan di penjara untuk soal-siasat, beliau dipukul bertalu-talu oleh ketua polis malaysia ketika itu sehingga pengsan dan cedera parah dan dibiarkan terjelepuk di lantai berhari-hari! Ketiganya beliau diberi minum air bercampur racun arsenik beberapa ketika di penjara untuk mematikan DSAI secara perlahan-lahan sehingga beliau akhirnya sedar bila kuku beliau kebiru-biruan dan rambut gugur dengan banyaknya. Yang menariknya RPKlah yang membawa sampel air kencing DSAI ke Australia untuk dianalisa secara sembunyi!(Syabas RPK!)

Begitulah liciknya perancangan Mahathir, firaun yang paling jahat dan sesungguhnya Allah jualah yang menyelamatkan DSAI. Berpantang maut sebelum ajal! smilies/wink.gif smilies/wink.gif
report abuse
disagree 7
agree 116
...
written by backs, April 15, 2008 14:54:33
Najib has absolutely no leadership qualities. He has not make any stand on the BN-UMNO crisis, merely being the oppurtunist that he is, hopes that the premiereship will pass onto him through this so the so called Pak Lah exit plan (maybe he had some hand in the idea of it). Not once since the GE-12 results has he made a stand or talk on his personal views or even taken initiatives to improve the situation or reflect on the losses....even if it is to further his own agenda. he is what i would call... a lazy-passive oppurtunist! others do the work for him, while he plays safe....quietly doing nothing of value. the only reason he has risen in the UMNO ranks in the first place was because of the 'Tun Razak' in his name. I don't understand what those idiots in UMNO see in him. at least...other leaders are willing to step-up and make a stand...wether for personal agenda or rakyat agenda remains to be seen.
report abuse
disagree 2
agree 55
...
written by cllim123, April 15, 2008 15:05:14
it is a collective responsibility of all the Umno top leaders. AAB cannot be the only one to take the blame. All the President, Deputy and Vices must go. Only then UMNO has hope. Those rooting for Najib only has personal agenda namely their own ass to protect from exposure. Muhydin too should take the blame. Why is he now like on a high horse and want to challenge AAB?
report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by jammary88, April 15, 2008 15:11:04
Najib is not replacing Pak Lah, it is ROSMAH
report abuse
disagree 1
agree 49
...
written by Bigjoe99, April 15, 2008 15:12:27
Najib will NOT be able to reform UMNO because of Altantuya case. Any attempt to reform UMNO will be see Najib being labeled as hostage of the West or somebody for the Altantuya case.

Najib will be even more paralyzed than Badawi. Everything he do will be questioned in motive whereas Badawi is only questioned in ability largely.
report abuse
disagree 1
agree 24
...
written by Thursday, April 15, 2008 15:19:52
Let us just be rid of BN parties once for all. I am so bloody tired if this crap.
report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by greenarrow, April 15, 2008 15:27:55
Memang Benar >>>>> Tan Sri Lim Kok Wing..Tuan punya Universiti Kreatif Teknologi Limkokwing ( Cyberjaya )..

merupakan KRONI BIZNES BESAR kepada Barisan Nasional..dari segi Pengambilan Pelajar pelajar Luar Negeri....

Kerajaan Pusat akan memberi semua Keistimewaan...'priority'....untuk semua urusan pengambilan Pelajar pelajar luar negara

Saya pernah berkhidmat dengan Universiti ini...saya tahu..saya nampak 'kekotoran rasuah yg berunsur kronisme '

OrangKaya Lim Kok Wing memang seorang penyokong MCA & BARISAN NASIONAL..yg bermotif....'I join them..I get MORE BUSINESS '
Biro Penyiasat Rasuah di minta buat SIASATAN segera ke atas Orang Kaya ini

-Greenarrow writes
report abuse
disagree 4
agree 45
...
written by Malaysiaku, April 15, 2008 15:32:45
Sebenarnya orang-orang yang menyokong Najib sebagai Perdana Menteri baru yang mengantikan Abdulah adalah alasan mereka tersendiri. Penyokong2 Najib ada lah juga kroni Najib yang tunggu di sayap untuk masa untuk menjarah khazanah Malaysia bila Najib jadi PM.

Sewajar nya, peluang harus dberi kepada Kerajaan Pembangkang untuk menjadi Kerajaan Malaysia dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kita sudah diseksa selama 26 tahun sekarang. Kini adalah masa untuk tukar ke parti lain untuk mentakbir Malaysia.
report abuse
disagree 1
agree 17
...
written by smeagrooo, April 15, 2008 15:48:02
Di Msia apa2 pun boleh. Mamak jadi PM. INdon jadi MB. Lesbo jadi MP.
report abuse
disagree 5
agree 36
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by LACOBRA, April 15, 2008 16:08:15
Razak Baginda ....silap Razak Najib hanya nak ambilalih kuasa untuk menutupkan kes Razak Baginda! Secepat dia dapat menjadi PM, semua bukti kelibatan dia akan di bakarkan dan dia akan hidup bahagia.

Pak lah, Bila dia akan bangkit dari tidur. When are you going to wake up? Expose all those Mat's cronies the sabotages to result to your downfall now before they escaped prosecution.

We will close one eye for you to retire peacefully and grant you immunity if you do this one favor for all Malaysians.
report abuse
disagree 1
agree 17
...
written by cwy, April 15, 2008 16:14:02
Artikel amat berisi dan bermkna bukan dari segi kebenaran , tetapi juga dari segi cara penulisan.
Sedih sekali tak ramai orang memberikan komen kemunkinannya, rasa saya bahagian besar pembaca Malaysia Today ini lebih tertarik kepada penulisan-penulisan yang dibentangkan dalam Bahasa Inggeris.
Responnya terhadap artkel ini patut hebat sekiranya ia dapat diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris. Salam Sejahtera!
report abuse
disagree 2
agree 18
...
written by sitiawan, April 15, 2008 16:16:48
NAJIS akan membawa negara kearah KEHANCURAN!!!
report abuse
disagree 2
agree 16
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by cruzeiro, April 15, 2008 16:26:23
You said it right, Sham!

Mahathir's "withdrawal" of support for Najib was simply a "Deceptocon" act by the master himself, so that people would think that he wouldn't be pulling the strings of the "blur puppet".
This got people to keep on piling the pressure on AAB to quit, while NTR plays dumb and "loyal to the leadership" - only then can the aristocratic dynasties prevail, right?
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by asguard, April 15, 2008 16:27:44
Lagi baik campak dia keluar sebelum jadi lagi satu beban kepada rakyat malaysia nanti..
report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by ez24get, April 15, 2008 17:42:15
Why did UMNO lose so badly this election?

If you analyse it - it is largely because of corruption, arrogance and the non-malays rejection of certain UMNO leaders who had hurt their feelings in the past.

Now you have Najib replacing Badawi. Comparing Badawi with Najib, who is more corrupt, arrogant and unpopular with the non-malays masses?

In comparison, with all the allegations of corruptions and huge kickbacks in Suhkoi planes purchases, submarines deals, defense contracts and Altantuya case hanging over Najib's head, Badawi is seen a saint. Who has drawn a kris and demanded the spill of non-malay blood? And who have asked the rakyat to adjust their life-styles while he and his wife have gone shopping overseas spending more than RM1 Million a day?

With Badawi in command, UMNO has already lost their pants in the 12GE. If Najib were to succeed Badawi, this will definately sound the death knell of UMNO sooner if not later. It is stupidity to automatically alleviate the no. 2 man to the no. 1 position just because he is the no. 2 favourite in the past. UMNO has to take the ever changing circumstances on the ground if it wants to be relevant.

The rakyat has clearly rejected corruption, arrogance and unpopular behaviour and this Najib is the personification of corruption, arrogance and unpopular questionable past behaviours. Has UMNO so lack of leaders of integrity that it couldn’t find one better than Najib?

Come to think of it, there's something magical about the truth in the prophesy of “RAHMAN”. UMNO is no more after the "N"! UMNO has destroyed itself as prophesied by the almighty! The faster “N” comes the better!
report abuse
disagree 1
agree 26
...
written by Mik, April 15, 2008 17:58:42
We need a new government!!!
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by Negarakuku, April 15, 2008 20:18:09
True enough what the author wrote,

Once Pak Lah hand over the baton and Najis "JAHANAM" the nation. !!!!!!!!!!

Rakyat is the one who will suffer. Stop this before it happen !!!!!!!!!!!
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by HARIMAU BIN ABDULLAH, April 15, 2008 21:05:48
Najib will last only a few months because Rosmah will kick him out of the window.
report abuse
disagree 2
agree 7
...
written by cwy, April 15, 2008 21:26:44
Syabas! Selepas 5 jam, bilangan komen dah meningkat 50% dan jumlah markah yg diberikan pun berlipatkali ganda!
Bukan kah seronok dan rasa puasnya bila sesuatu hasil penulisan diberikan maklumbalas yg menggalakan?
Adanya setengah-tengah artikel yg dibentangkan dalam halaman web ini kurang diberi perhatian. Tajuk artikel awak ini menarik! Syabas sekali lagi!
report abuse
disagree 2
agree 11
...
written by educationist, April 15, 2008 21:50:04
So, this is the hidden agenda to promote Najib?
But it begets the question as to why Pak Lah did not take action earlier against the tainted and corrupt politicians, past and present?
If he had, there may have been more goodwill for his administration.
Analysts are saying it is inevitable Pak Lah has to step down, so, perhaps Anwar better makes his move before he and other opposition figures are imprisoned under the ISA when Najib takes over!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by cwy, April 15, 2008 21:55:51
UMNO ini memelihara kebudayaan songsang!
Nyatanya PR akan berikan harapan kepada rakyat Malaysia!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by malaysia devil, April 15, 2008 22:29:17
Watch video: Return of Anwar Pt. 1,2,3,4,5,6
exclusively at http://www.malaysianindian1.********.com/
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by joeawk, April 15, 2008 23:11:22
Najib? The last UMNO Prime Minister of Malaysia. The choice shall be for UMNO members to make. UMNO members may want Najib to be the next PM but Malaysians by and large do not want him to be our Prime Minister.

We want a Prime Minister who is squeeky clean and who is a PM for all Malaysians.

Time has changed and that was shown clearly on March 8. Don't UMNO misread the mind and heart of the voters.


Malaysians want transparency, accountability, good governance and above all, justice and fairness for all. There shall be only one class of malaysians and there shall not be the rich or elite class, whom we see as crooooooooks.
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by KetamPadang, April 15, 2008 23:34:49
Berdasarkan rekod Najib Razak juga produk sistem yang rosak dan cacat. Dia juga akan menjadi sasaran meriam Dr. Mahathir, yang juga rosak dan cacat, nanti, sebab Najib adalah produk rosak dan cacat. Dia tidak akan mengenapi kepuasan permintaan Tun Mahathir yang kini semakin cemas melihat pengaruh Anuar Ibrahim yang semakin memuncak.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by MasterYoda, April 16, 2008 00:27:06
MAHATHIR!

BURN IN HELL!

smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by FFT, April 16, 2008 00:42:21
Hmmmm?

report abuse
disagree 4
agree 6
...
written by Fat Zorro, April 16, 2008 01:17:36
written by educationist, April 15, 2008 | 21:50:04

So, this is the hidden agenda to promote Najib?
But it begets the question as to why Pak Lah did not take action earlier against the tainted and corrupt politicians, past and present?

Educationist, you must understand that it is not easy for Badawi to introduce reforms in stinking UMNO after 22 years under Mahathir. UMNO and the Cabinet he inherited were entrenched with corrupted people who will even kill if they smell that their hay days of robbing our money is put to stop by Badawi. So Badawi, gave these arrogant UMNO guys the opportunity to hang themselves by allowing them to further display their arrogance to the rakyat so that rakyat does the job of Badawi by getting rid of Mahathir's arrogant henchman.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Lim Lim, April 16, 2008 03:40:38
najis become the prime minister?it would be umno end with the n!he is not fit !
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by 1351, April 16, 2008 07:57:58
Well done Sham, A . Gutsy piece of writting that will cause some to lose a few hairs. And those in support of the old man's push to rid of Badawi had better do a double take.

This son of Razak is very much involve in the most gruesome of crime, with vested interest passing it off as a blatant case of extortion. NST reported a figure of USD$100,000(victim alledgedly demanded said sum) bandid about in its initial reporting but there is more to it if presiding judge had not supress the case by way of limiting the scope of questions and subsequent investigations. From day 1, the trial was already being 'managed' and orchestrated by hidden hand/s. And you can bet your bottom dollar, Najib was in communication with Razak Baginda those few days when bail(unprecedented) was granted with a different set of numbers being exchanged (there are 12 digits to a numbered Swiss account that can be open/operational thru S'pore).

The man has blood on his hands no matter the outcome but the devil himself says he is PM material ! Gullible they may be but if there exist a heaven and hell, those UMNO goons in support are headed to the far end anyways.

Again, hats off Sham and best regards.
Casper
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by 1351, April 16, 2008 08:00:46
Ommision : A for effort Sham. Again, gutsy piece that is sure to win you new foes. Such is the hazards of the profession but I'm certain members of MT will have your back.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by SUV, April 16, 2008 15:09:30
woohooooooooooooooooooooooo!!!
smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif @ bang sham...tun kok o tua pikiq dia bely smart..tapi,dis pun movement predictable...hahah..tun pundek maney days r over..just matter of time.. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by SUV, April 16, 2008 21:45:26
Kulitan Islam a la Najib ini bukan lagi jantan di barisan lain dan betina di barisan lain,
------------------------------------------------------------------

actually aah,kosep lama diamalnkan di india..nesammah! smilies/grin.gif..pompuan di kiri,jantan di kanan..ini berdasarkan konsep purusha(jantan),on the right side,and prakriti(pompuan) left side..haha,tak caya,pi india,naik bas smilies/wink.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by ajip, April 16, 2008 22:43:23
kes al-maunah najib ada terlibat ke tak? smilies/grin.gif

nape sampai sanggup melakonkan semula senjata yang dimasukkan ke dalam trak dulu smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by tmf, April 17, 2008 14:13:15
Tepat dan jelas sekali, semoga Rakyat terus sedar atas hakikat sesudah mengharapkan pagar selama 22 tahun namun pagar telah memakan padi selama 22 tahun jua. Cukup lama, cukup sabar, cukup, cukup.......

Jom, bia kita bersama sama mula kerja denagan cara yang adil dan betul.
report abuse
disagree 1
agree 0
...
written by SUV, April 17, 2008 22:16:38
bukan saje kes kes al maunah..ratusan al maimunah pun na-k0te -ajaib pun terlibat smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by PR Msia, April 19, 2008 07:17:32
RAKYAT ada harapan.
BN ketangkusan pemimpin berwibawa.
Saya menanyakan orang UMNO, tiada satu pemimpin dapat diterima secara majority.

Saya percaya Dato' Seri Anwar Ibrahim. PR sememangnya sudah tiba di Putrajaya tetapi belum masuk duduk sahaja. Satu langkah lagi.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Rozlan, April 19, 2008 15:40:52
Pasal kes lakonan ALMaunah tu boleh tak sesiapa cari balik keluarga polis India dan askar Iban yg kononnya "mati" dibunuh oleh AlMaunah tu.Jgn terperanjat kalau jumpa mereka masih lagi hidup segar bugar.

Meneyebut pasal Najib jadi PM ni,Hisham betul.Kalau ditaqdirkanlah Najib jadi PM,kita akan mendapati beliau PM yg paling zalim dan sanggup melakukan apa shj dan mungkin sanggup membunuh.Beliau akan disokong oleh isteri yg turut bernafsu besar terhadap kuasa dan kemewahan hidup.Kita akan dapat PM yang menerima rasuah secara direct..Memang pada masa tu adalah zaman kegelapan bagi Malaysia..
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by apanama, April 19, 2008 18:50:51
KITUL dalam bahasa saya adalah iblis bermuka manusia yang membatu-apikan kawan dan lawan, melaga-lagakan mereka sesama sendiri, untuk kepentingan utama si kitul. dalam malaysia, ada seorang kitul saja. nama dia MAMAKPUNDEKUTTY atau mahathir mahazalim.

kalau nak tangkap si kitul ni, memang takkan berjaya.
dia sangat licik. sangat cunning macam seekor serigala.
baik tangkap seisi keluarga mangkok tu dan masuk dalam bunker ISA.
kemudian, kita belasah dia sikit demi sikit sampai sakit, tapi tak sampai mati.
biar dia ambil nyawa sendiri. kemudian kita tanam senyap2.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by dokmat, April 20, 2008 12:31:02
Ini najib adalah satu org yg tidak pernah mengenal erti liku-liku perjuangan.S egalanya dicapai dalam keadaan yg cukup selesa. Dari anak perdana menteri,kemudiannya menjadi menteri besar paling muda dalam sejarah Malaysia dan melompat dari satu anak tangga ke satu anak tangga politik umno sehinggalah ke jawatan timb presiden semuanya berlaku dlmkeadaan yg cukup selamat. Tiada risiko dalam perjuangannya dan tiada pengorbanan yg besar utk ke puncak. Adakah ini jiwa seorang JENERAL pemimpin angkatan tentera? Tidak pernah dipenjarakan demi menegakkan pendirian yg BENAR. Perjuangan bagi beliau adalah LEBIH WANG,LEBIH BERKUASA.
Cukuplah buat politik mengampu orang2 kaya!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by SUV, April 21, 2008 20:39:56
bos,
mereka ni ejen ejen bn/najib ke?http://site4daie.********.com/2007/11/hindu-religion-exposed.html..actually,issue ni no big deal,but,we r going thru a revolution,so kenalah sensitif siki..btw,the toen called ramallah in west ban,palestine ni..ummm ram allah ke or something else?yemen seems to ahve lots places called rama dis rama dat..Places in Yemen that start with Ram

Up Name What Region Country Lat Long Elev Ft. Pop Est
Ramadah city Baladiyat `Adan Yemen 13.5666667 43.8666667 3582 71370
Ramadah city Yemen 14.5666667 45.3083333 6984 4902
Ramam city Baladiyat `Adan Yemen 13.9 44.8333333 6669 14428
Ramaḑah city Yemen 14.5666667 45.3083333 6984 4902
Ramdat al-Tarsib city Baladiyat `Adan Yemen 15.4 48.9166667 3248 1428
Ramdat al-Tarsīb city Baladiyat `Adan Yemen 15.4 48.9166667 3248 1428
Ramdat at Tarsib city Baladiyat `Adan Yemen 15.4 48.9166667 3248 1428
Ramsah city Baladiyat `Adan Yemen 15.5166667 45.3833333 3543 887
Ramshah city Baladiyat `Adan Yemen 15.5166667 45.3833333 3543 887
Ramādah city Baladiyat `Adan Yemen 13.5666667 43.8666667 3582 71370
Ramḑat at Tarsīb city Baladiyat `Adan Yemen 15.4 48.9166667 3248 1428


--------------------------------------------------------------------------------
report abuse
disagree 1
agree 0
...
written by SUV, April 21, 2008 20:42:44
then there is the bulan ramadan,one fo the holiest month in islamic calender..interesting isnt it?http://www.geocities.com/religion_and_us/rama.htm

report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Oyster, April 22, 2008 10:23:31
Najib, Jangan lupa Aqidah kamu. Di sana, saya harap kamu akan jumpa Altantuyah.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Oyster, April 22, 2008 10:31:37
I hope it is not too premature to wish Najis "Selamat Jalan" ke Voyage to the Bottom of the Sea.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by mohdarif, April 25, 2008 22:00:02
oi guys, kesian lah kat najib. dah lah hari hari kena leter dengan impatient rosmah botox... he he he
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by ladasiber, April 30, 2008 10:59:50
"Najib is not replacing Pak Lah, it is ROSMAH"

Oh no! not the RM mascot the supposedly first lady to be. Bagusnya hantar najib berunding dgn sufiyah. Kalau degil boleh C4 aje
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Vasily, May 01, 2008 15:38:38
"dokmat, April 20, 2008 | 12:31:02

Ini najib adalah satu org yg tidak pernah mengenal erti liku-liku perjuangan.S egalanya dicapai dalam keadaan yg cukup selesa. Dari anak perdana menteri,kemudiannya menjadi menteri besar paling muda dalam sejarah Malaysia dan melompat dari satu anak tangga ke satu anak tangga politik umno sehinggalah ke jawatan timb presiden semuanya berlaku dlmkeadaan yg cukup selamat. Tiada risiko dalam perjuangannya dan tiada pengorbanan yg besar utk ke puncak. Adakah ini jiwa seorang JENERAL pemimpin angkatan tentera? Tidak pernah dipenjarakan demi menegakkan pendirian yg BENAR. Perjuangan bagi beliau adalah LEBIH WANG,LEBIH BERKUASA.
Cukuplah buat politik mengampu orang2 kaya!"
--------------------------------------------------------------------------------
JENERAL??...he remind me more to Third Reich Reichmarscall Hermann Goering "The Fat Market Lady" with xtravaganza lifestyle....what we need is "a spartan" JENERAL like Fieldmarscall Erwin Rommel to lead the country...(read this book for dummy "Knight's Cross : A Life of Field Marshal Erwin Rommel: David Fraser")
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by watchdogg, May 08, 2008 21:19:47
Cam bapak dialah tu... people say, LIKE FATHER LIKE SON! pui... curse them with 9 generation with no hair!!! smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Bluechip, May 16, 2008 11:24:02
gelap lagi suram...zaman gelap tidak akan wujud di Malaysia selagi ada YM RPK dan para bloggers smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by carlitos, May 20, 2008 23:30:40
Dia tu pakar C4 tu... mungkin kat rumah dia tu ada 1000 kg c4 tu.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM