A+ | A- | Reset
Home arrow Berita & Komentar arrow Permuafakatan Melayu penting, perpaduan kaum tetap agenda utama

Permuafakatan Melayu penting, perpaduan kaum tetap agenda utama PDF Print
Tuesday, 15 April 2008 13:47

(Harakah) - PAS pada dasarnya bersetuju dengan perjuangan untuk memelihara kepentingan Melayu, tetapi ianya tidak boleh dijadikan satu sentimen perkauman semata-mata, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Katanya, apa yang penting bagi PAS, ialah perpaduan antara kaum dilihat dari dimensi yang lebih luas agar semua kepentingan kaum dan agama tetap menjadi agenda utama untuk dipelihara.

Menurut beliau, PAS sememangnya bersetuju dengan cadangan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dato' Norza Zakaria tentang perlunya permuafakatan diadakan antara PAS, Umno dan KeADILan yang boleh membawa kebaikan untuk orang Melayu dan Islam di negara ini.

"Kita bersetuju dengan permuafakatan, malah PAS sedia berbincang secara terbuka dengan Umno tentang apa jua persoalan yang berkait dengan kepentingan negara, kebajikan rakyat, termasuk soal kepentingan Melayu dan Islam, ini memang kita bersedia.

"Cadangan PAS ini telah kita kemukakan banyak kali, termasuk penghantaran surat rasmi PAS kepada Umno untuk membincangkan pelbagai isu berbangkit," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Menurut Salahuddin, sikap ini menunjukkan bahawa PAS sepanjang masa sentiasa bersifat terbuka dan sedia berbincang pada bila-bila masa.

Tetapi malangnya kata beliau, sewaktu Umno berada di kemuncak kuasa, terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke 2004, Umno langsung tidak mahu melayan pelawaan PAS.

"Persoalannya pada saya, isu Melayu dan Islam mungkin tidak akan dapat diselesaikan secara bijak apabila Umno masih berada dalam keadaan tidak stabil dan terdesak seperti hari ini," tegas beliau.

Katanya, sekiranya Umno lebih terbuka sejak awal lagi (sebelum PRU), untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, keadaan seperti sekarang tidak akan berlaku.

"Contohnya, banyak pandangan yang dikemukakan oleh Kongres Kepentingan Bangsa dipandang sepi oleh Umno waktu itu.

"Malah media arus perdana, khususnya akhbar berbahasa Melayu, tidak memberikan ruang yang sewajarnya untuk kongres mengemukakan pandangan mereka," ujarnya kesal.

Comments (16)Add Comment
...
written by ibabonma, April 15, 2008 14:25:48
Sekarang ini tidak ada masa untuk bercakap atas individu Melayu, Cina atau India - semua mesti sama rata. Kalau ada yang ketinggalan kita mesti beri keutamaan. Ini dinamakan agenda Rakyaat.
report abuse
disagree 1
agree 14
...
written by mat, April 15, 2008 14:25:58
This is sure to bring some negative reaction from some narrow minded non-melayu. Perhaps even some narrow minded melayu.
report abuse
disagree 5
agree 7
...
written by antares, April 15, 2008 14:35:20
Suadah la tu Harakah, hayati Federal Constitutian sudah mencukupi. Get on with the task ahead, terangat letih membaca ceraita macam ni lah.
report abuse
disagree 3
agree 6
...
written by future, April 15, 2008 14:42:33
Jangan buang masa lah Salahudin dengan perkara remeh yang akhirnya tidak
akan membawa apa2 faedah.Biarkan UMNO dengan masalahnya dan tak perlu
berbincang dengan orang2 yang tak pegang amanah.
Undi yang diberikan kepada PR adalah satu amanah daripada rakyat bukanya
satu kuasa untuk melakukan sesuka hati.
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by LabRat, April 15, 2008 15:03:00
Jangan fikirkan dulu benda2 remeh-temeh macam ni, apatah lagi yang memerlukan penglibatan UMNO.

Yang paling penting sekarang, buatlah perancangan bagaimana pendapatan 5 negeri di bawah PR boleh diagihkan secara sama rata dengan memberikan tumpuan kepada golongan miskin dan pertengahan, tanpa mengira kaum dan agama. Untuk itu, kenalpasti bagaimana kerajaan negeri boleh mendapat pendapatan tanpa bergantung kepada kerajaan pusat dengan memastikan cukai dan zakat akan kekal dalam negeri. Dan sekiranya kerajaan pusat buat lebih banyak angkara untuk menyusahkan kerajaan negeri, pastikan rakyat mengetahuinya.

Macam tu baru boleh jadi kerajaan kebajikan.....
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by anban, April 15, 2008 15:10:39
KETUANAN RAKYAT!!!
report abuse
disagree 1
agree 4
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Negarakuku, April 15, 2008 15:48:47
Ialah Razlan. Kafir tu kan jijik Islam tu kan suci tapi hairan siapa yang bina Malaysia? smilies/grin.gif smilies/cheesy.gif smilies/wink.gif smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 5
agree 7
...
written by Razlan, April 15, 2008 16:36:55
so whats wrong with Malaysia?
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by maisur, April 15, 2008 17:29:02
i don't understand about few comments above... is there anything wrong with what salahudin said? he said nak bincang pasal melayu ok but kepentingan semua kaum and agama is priority. anything wrong with that statement? people like flex tan told salahudin not to talk bullshit but just show me what is wrong with salahudin's statement? sometimes malaysian only know how to complain complain and complain. if you want to build a true nation, why not suggesting one type of national school? seems that muslims are not allowed to talk about anything related to them as this is racist but "don't dare to ask about other races rights!". see who are becoming more racist now
report abuse
disagree 3
agree 11
...
written by mat, April 15, 2008 17:30:41
Everything is wrong and everybody is right! smilies/grin.gif

Alaaa... theres no such thing as sama rata lah! I was in Sabah when PBS (then rebel state) took over. Same thing happened but to a different race lah. I doubt it will be any different here by the looks of it. They say to examplify the Westerners. Obviously they haven't been to the West. Latino & Asians being victimized as labelled as gangsters and triads. Now its the Arabs. They talk about freedom. But how about freedom to wear the purdah? If the woman wants to wear it why force her to take it off? Isn't that also oppression? Here also the same if given the opportunity. No difference whatsoever. Those in denial can deny all they want. But I'm just stating the obvious.
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by mat, April 15, 2008 17:33:05
Tambah sikit. Saja waste bandwidth.smilies/grin.gif

Turkey bend over to be more western than the white people also they dont want in EU. You can never conform enough to please everyone lah!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by nationgrow88, April 16, 2008 06:20:29

In primary schools, we see schoolkids of all races study together and play together in unity. If these young school kids can understand and practice sharing and unity among all races; I believe political parties concerned can also understand the importance of unity and fairness among all races.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Ken Liew, April 16, 2008 08:47:09
Permuafakatan Melayu penting, perpaduan kaum tetap agenda utama

Pemuafakatan Umno membawa Benci dan bermata duitan, harus dibuangkan.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by joeawk, April 16, 2008 15:01:48
Only political bankrupt and opportunist talk about race. Norza, Mukriz,KJ, u name it, they are all opportunists and racists. All humbugs.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM