A+ | A- | Reset
Home arrow Berita & Komentar arrow PSPKTK Beri Notis 48 Jam Kepada Penceroboh

PSPKTK Beri Notis 48 Jam Kepada Penceroboh PDF Print E-mail
Posted by Raja Petra   
Tuesday, 15 April 2008 12:52

Oleh 'Deep Throat' Sabah

Persatuan Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak (PSPKTK) dalam mesyuaratnya pada 13 April 2008 telah sebulat suara memberi ultimatum notis 48 jam kepada Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Kunak (SKPTTB) untuk meninggalkan kebun mereka yang diceroboh atau menghadapi tindakan kekerasan.

Pengerusi PSPKTK, Yadum Atihal menggesa SKPTTB menghormati injunksi mahkamah dan tidak membiarkan para pekerjanya yang diketuai oleh Alimudin Mohd Ajay melakukan tindakan di luar batas undang-undang seperti jenayah mengugut dengan senjata api, mencuri buah kelapa sawit milik pekebun kecil dan memusnahkan harta benda.

"Kami telah sebulat suara sepakat memberi notis 48 jam daripada tarikh notis berkenaan disampaikan kepada SKPTTB dan Konsol Indonesia," ujar Yadum selepas menyampaikan notis bantahan kepada wakil Konsol Indonesia di Tawau berhubung pencerobohan lebih 100 pendatang asing tanpa izin pada jam 11.30 pagi kelmarin.

Notis berkenaan disampaikan Setiausaha PSPKTK, Richard Mekules kepada wakil Konsol Indonesia, Zulkarnain di perkarangan Wisma Indonesia, Tawau dengan disaksikan wakil media dan pekebun kecil.

"Selepas tempoh tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengusir mereka keluar daripada tanah berkenaan, termasuk menggunakan kekerasan," ujar Yadum yang kesal dengan pihak penguatkuasa undang-undang seolah-olah lumpuh kerana gagal membendung kegiatan jenayah yang berleluasa di Kunak, terutama dengan kehadiran ramai pendatang tanpa izin.

Menurut Yadum, pihaknya telah terlalu lama bersabar dengan karenah SKPTTB yang menggunakan samseng dan pendatang asing untuk menceroboh tanah milik peserta PSPKTK dan merampas hasil pertanian.

Memandangkan kes berkenaan masih dalam pertikaian mahkamah, Yadum menggesa agar SKPTTB tidak melakukan sesuatu tindakan di luar batas kemanusiaan dengan mencabul hak asasi manusia.

"Mahkamah memutuskan kami yang berhak ke atas hasil pertanian kami dan SKPTTB tidak boleh mendakwa tanah tersebut milik mereka sehingga kes ini diputuskan dalam perbicaraan kelak," ujar Yadum yang kesal dengan sikap Polis Diraja Malaysia yang seolah-olah menutup mata di atas kezaliman yang dilakukan SKPTTB sekalipun ahlinya telah membuat lebih 40 laporan polis.

Tegas Yadum lagi, Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Datuk Clement Skinner telah meluluskan injunksi kepada pekebun kecil untuk mencegah Defendan Pertama (Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad) sama ada bagi pihak mereka sendiri, kakitangan, pekerja atau agen atau sesiapa sahaja daripada menghalang Plaintif memasuki atau keluar daripada tanah tersebut dan menuai tanaman mereka di situ dan atau Defendan Pertama daripada meminta, mengambil atau menerima milikan kosong tanah tersebut yang kononnya diberi kepada Defendan Pertama di bawah geran CL 245361951 sehingga pembicaraan tindakan ini atau perintah lanjut oleh Mahkamah ini.

Dalam pada itu, selepas memfailkan notis bantahan rasmi di Konsol Indonesia Tawau, para pekebun kecil turut membuat laporan polis terhadap tindakan SKPTTB memasang papan tanda yang mendakwa tanah berkenaan milik mereka sekalipun bercanggah dengan arahan mahkamah.

"Kami membuka papan tanda yang dipasang di tanah yang menjadi pertikaian dan menghantarnya ke balai polis Tawau kerana tidak yakin dengan kredibiliti polis Kunak," ujar Yadum lagi.

Pandangan Yadum turut dikongsi bersama oleh lebih 40 pekebun kecil yang pernah membuat laporan polis apabila mereka secara sepontan mem "boo" Ketua Polis Daerah Kunak, Dingka Utoh apabila Ketua Balai Polis Tawau bertanya kenapa tidak membuat laporan di Balai Polis Kunak.

Sementara itu, siasatan Malaysia Today mendapati seorang penjenayah yang dikehendaki oleh Polis Indonesia dan Interpol, Udin Jambang telah diupah oleh Inspektor Tanah SKPTTB, Alimudin Mohd Ajay untuk menyediakan pakej kawalan keselamatan agar pihaknya boleh mencuri buah kelapa sawit milik pekebun kecil.

Bagaimanapun agak mengejutkan kerana Udin Jambang dan Alimuddin sering kelihatan bersama pegawai kanan polis Kunak termasuk Ketua Polis Daerah di tempat awam termasuk di Restoran Vui Kee sekalipun lebih 25 laporan dibuat terhadap Alimudin dan Udin Jambang.
Comments (13)Add Comment
...
written by antares, April 15, 2008 13:39:24
"Kami telah sebulat suara sepakat memberi notis 48 jam daripada tarikh notis berkenaan disampaikan kepada SKPTTB dan Konsol Indonesia," ujar Yadum selepas menyampaikan notis bantahan kepada di Tawau berhubung pencerobohan lebih 100 pendatang asing tanpa izin pada jam 11.30 pagi kelmarin.

Apa bondo ni jang ooi? 100 pendatang asing tanpa izin, buat bantahan kepada wakil Konsol Indonesia? Pehak Imigresen dan PDRM duduk melantung makan gaji buta sahaja ke? Atau keadaan di Sabah dibawah kepiminan BN sudah jadi kematu?
report abuse
disagree 0
agree 4
Votes: +4
...
written by laksa maner, April 15, 2008 14:05:44
Semua orang benci UMNO lahhhh...cara UMNO tuuuuu
report abuse
disagree 0
agree 2
Votes: +2
...
written by Iliyas, April 15, 2008 14:07:08
Illegals holding Malaysians to ransom and the authorities have join in the bandwagon.Hellooooo,Musa Aman,Chief Minister of Sabah,are you sleeping as well?While the people of Kunak are being harassed at gun point,you are still demanding for more representation in the Federal Cabinet.You are definitely the Abu Sayaff of Sabah,and a disgrace to human kind.
report abuse
disagree 0
agree 11
Votes: +11
...
written by Malaysiaku, April 15, 2008 14:37:43
Adakah Polis kita bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin itu supaya mencuri tanah dari orang pekebun disana? Malah Polis pun ada manfaat dari rampasan tanah disitu. Kalau tidak, tak ada alasan kukuh kenapa Polis tak ambil tindakan dengan secepat nya walaupun beberapa laporan sudah diadukan orang pekebun tempatan. Ini ada lah warisan UMNO dan BN.
report abuse
disagree 2
agree 4
Votes: +2
...
written by nguikb, April 15, 2008 14:43:52
Biasa la tu di sabah pendatang haram merata-rata sampai saya pun takut ni pi sabah silap2 tak pulang2 dari sabah.Polis dan Imigresen memang makan gaji buta ntah2 dia org pun pendatang haram smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 4
Votes: +4
...
written by mat, April 15, 2008 14:46:08
Kill all the illegal immigrants lah. Gerenti will get highlight in Parliament.
report abuse
disagree 1
agree 2
Votes: +1
...
written by blacknight220, April 15, 2008 15:03:41
Kan Sabah dibawah kepiminan BN. Masih tak faham? Bawah BN. Anything bawah BN = Korup. Punah ranap. Pegawai Polis? Bawah BN? Saperti kata one of the BN politician "aiyaa, tutup mata sebelah laa". Thats the concept and principle bawah BN - Duit sudah masuk cukup, mata boleh kasi tutup sebelah.
report abuse
disagree 0
agree 2
Votes: +2
...
written by AsamLaksa, April 15, 2008 17:01:37
Apa kaitan dengan Konsol Indonesia? Itu kerja polis untuk menahan penceroboh. Jikalau mereka pendatang asaing tanpa permit, jabatan immigresen perlu menghantar mereka pulang.
report abuse
disagree 0
agree 1
Votes: +1
...
written by Tompios, April 15, 2008 18:34:27
Selama ini orang Malaya asyik tahu kutuk kita orang Sabah. Apa kamu ingat mudah sangatkah hidup semangkuk dgn pendatang tanpa izin? Orang Malaya dapat nama atas keprihatinan Malaysia terhadap mangsa2 perang di Selatan Filipina tahun 70 -80 an. Namun, sebenarnya semua masalah itu diserahkan 100% kepada Sabah. Ditambahkan lagi pendatang dari Indonesia, terkumpullah manusia2 yang sangat merbahaya kepada penduduk asal Sabah.

Semua orang tahu bahawa PTI ini sangat berguna untuk tujuan politik dan pekerja murah. Project IC menyebabkan peningkatan jumlah penduduk Sabah meroket 150%. Penduduk asal Sabah kurang dari 2.2 juta orang tahun 80 an tetapi sekarang penduduk Sabah 4.6 juta orang. Orang2 Filipina atau Indonesia boleh pergi dan kembali ke kampung halaman mereka kurang dari dua hari. Hantar 2,000 orang kembali ke tempat asal, esok lusa 6,000 orang masuk lagi. Mereka masuk dgn senjata2 api automatic, samurai, kerambit, racun2 dan ilmu2 gelap.

Orang2 Malaya yang umumnya know nothing about this, sila datang di Sabah bahagian timur dan lihat keadaan orang pendatang asing. Daya survival mereka sangat tinggi. You cannot touch them. One you touch them you die! Polis? Mereka juga takut untuk ambil tindakan. Imigresen? Mereka takut dikapak oleh orang asing. Kita orang Sabah menderita tanggung mereka ini-mereka pembuat sampah. Tiada disiplin. Pencuri tanaman orang biarpun berpagar. Perompak, perogol dan penipu. Banyak kerja mereka boleh buat. Upah bunuh orang? serahkan pada orang pendatang. Selepas bunuh mereka lesap balik ke kampung mereka. In addition, UMNO bagi mereka IC agar dapat menang di Sabah. Those pendatang are 80% Moslem. Of courselah mereka pangkah UMNO-BN agar hidup mereka selamat. Pangkah party non-Moslem bererti maut bagi mereka.

If these local people are using their Borneo Spirit then you will see how dangerous they are. They are more dangerous than any Pilak and Indon people.
report abuse
disagree 0
agree 7
Votes: +7
...
written by binarytan, April 15, 2008 19:45:15
Ai, this is the dark side of our government. Feed those people for what reason?

Hantar semua pulang lah dan bagi kerja kat orang tempatan. Kes jenayah pun dapat dikurangkan, masalah social dpt dipertingkatkan dgn pendatang haram semua ni. smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
Votes: +1
...
written by LACOBRA, April 15, 2008 20:15:40
The illegals get automatic citizenship to increase the UMNO population and voters. That is what us commoners have to live with. Other countries would give a grace period of residence before acceptance or disqualify their citizenship application if they misbehave. UMNO Boleh!
report abuse
disagree 1
agree 1
Votes: +0
...
written by Tompios, April 15, 2008 20:31:04
Suggestion: Tubuhkan kembali Tentera Negeri Sabah di luar TDM. TDM khususnya dari Malaya tidak sanggup berkorban untuk Sabah. PDRM? Ganti saja Polis Negeri Sabah. Zaman selepas British kita orang Sabah ada Tentera dan Polis juga menteri Pertahanan sendiri, but UMNO pintar! Tentera2 Sabah yang berani diserapkan ke TDM dan ditugaskan ke Malaya. Akibatnya, Tentera Negeri Sabah lesap.

Tubuhkan kembali Tentera Negeri Sabah. Kawal pembiakkan bangsa Pendatang di Sabah.
report abuse
disagree 0
agree 6
Votes: +6
...
written by Evol, April 15, 2008 22:36:59
UMNO: please do not tell the world UMNO=MALAY.

You're total disgrace to ALL MALAYSIAN. the way you rule the country is like taiwan outgoing president: total disaster!

You only dare to charm Malaysia Boleh!, have you ever challenge our neighbour country who are better than us in different field?
report abuse
disagree 0
agree 3
Votes: +3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Order T-Shirt Now!

SUPPORT RPK


 

Abolish ISA
 
 
RPK: Lost Freedom
56 days 2 hours 10 mins
(12Sep2008 13:10 to 07Nov2008 15:20)

 

bloggers against ISA
magic mirror ad

URL Ads

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Global Media Channel  A leading alternative media channel with more alternative ways of presenting freedom of speech and real facts that the prime media won't dare publish.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Wellness Industry Is Booming!  Learn how you too can own a low capital home-based business to generate extra supplemental stream of income by using internet for these challenging economic times. You may earn RM1K up to RM10K a month working only 5-10hrs/week. Full system provided.

Home Based Business  Earn extra income $5000-$10,000 monthly, 24 hours a day. Just working part/full time from the comfort of your home. Legitimate business, have a most powerful product in the world. Register for FREE first to save your position in this powerful system.

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM