A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Special Reports arrow Eksklusif: “UMNO yang ada hari ini, kami yang hidupkan” Sanusi Junid

Eksklusif: “UMNO yang ada hari ini, kami yang hidupkan” Sanusi Junid PDF Print
Wednesday, 09 April 2008 01:16

PERTEMUAN dengan bekas Menteri Besar Kedah itu bukanlah sesuatu yang dirancang. Saya sedang bercuti sakit di rumah apabila Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamarudin telefon bertanya mahu ke tidak bertemu Sanusi.

Oleh Helme Hanafi, KLPOS.COM

Mukaddimmah (bahagian pertama) 

TAN Sri Sanusi Junid keluar menyambut kami di pintu. Tenang dan bergaya. Pertemuan bersama media tersebut berlangsung di Kelab Aceh, Plaza Mont Kiara Kuala Lumpur. Sejurus masuk, beliau membawa kami ke bilik bacaan.

“Tunggu sekejab, ada lagi yang belum datang,” katanya. Beliau mencapai sebuah buku tentang pejuang wanita Aceh lalu diberikan kepada isteri saya, “Baca buku ini dulu,” katanya sebelum berlalu.

Di rak, bersusun buku tentang Aceh dan GAM. Kata singkat pada Gerakan Aceh Merdeka. Sanusi merupakan cucu kepada pemimpin besar bangsa Aceh Teungku Cik di Tiro manakala isterinya pula anak kepada ulama besar Aceh Teungku Muhammad Daud Beureueh.

Sanusi dan Aceh tidak boleh dipisahkan. Mungkin darah perjuangan bangsa Aceh yang mengalir di tubuhnya itu menjadikan beliau lantang biarpun sudah berusia. Dan mungkin dari situ juga menjadikan beliau pengikut yang setia.

Beberapa hari sebelum ini, nama bekas Setiausaha Agung UMNO ini kembali menghiasi dada-dada akhbar berikutan kelantangannya mempertahankan bekas bossnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kecewa dengan bekas rakan Kabinet

Sanusi antara lain kecewa dengan sikap bekas rakan-rakan Kabinetnya yang membiarkan Dr Mahathir bersendirian mempertahankan beberapa keputusan penting kerajaan sepanjang 22 tahun kepimpinan Dr Mahathir.

“Seolah-olah Mahathir saja yang buat keputusan, sedangkan apa yang berlaku sebenarnya adalah keputusan Kabinet, kalau dulu sokong mengapa sekarang bantah,” katanya.

Sudah tentu beliau merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai pembabitan Dr Mahathir dalam kes penahanan ISA besar-besaran pada tahun 1987 yang dikenali sebagai ‘Operasi Lalang’.

Abdullah dalam serangan balasnya ketika pertemuan dengan ketua-ketua penerangan Umno seluruh negara minggu lalu berkata, “Bila Dr. Mahahtir mengambil alih jawatan dari Tun Hussein saya tahu reporter semua dipanggil jangan beri berita kepada Tun Hussein, jangan tunjuk gambar Tun Hussein. Operasi Lalang siapa yang bertanggungjawab saya tahu bukan saya tak tahu,".

“Tidak mungkin Tun mahu jahanamkan UMNO”

SEKETIKA kemudian, dua wartawan kanan akhbar arus perdana datang, mengambil tempat masing-masing. Sanusi yang berkemeja putih berpetak biru dengan tangan yang dilipatkan membawa bersama dua keratan akhbar Cina.

“Tengok liputan mereka lebih menyeluruh,” katanya. Ada gambar beliau berceramah di Hotel De Palma Ampang dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Dr Mahathir.

Selepas berbasa-basi. Sanusi terus membuka mulut, katanya tujuan pertemuan ini diadakan adalah untuk beliau menjelaskan lebih lanjut berhubung dengan beberapa perkara yang berlaku terutamanya;

“Beberapa keadaan yang aneh dalam negara  kerana tidak ada orang yang dapat mempertahankan keputusan-keputusan Kabinet yang di buat bersama di waktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Sanusi bercakap panjang, dari soal mempertahankan Dr Mahathir, isu sabotaj,  soal Abdullah dan tingkat empat, kisah bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Nor terima anugerah Datuk, sehingga ke soal siapa yang membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam Umno.

Memang beliau seorang yang setia. Sekurang-kurangnya kepada Tun Dr Mahathir. Kata beliau, tidak mungkin Dr Mahathir mahu menjahanamkan UMNO.

“UMNO yang ada hari ini kita yang hidupkan, UMNO lama sudah mati, di bawa ke mahkamah oleh Team B, siapa Team B, tengok balik,” katanya.

“Dr Mahathir nombor keahlian dia 001, Siti Hasmah (isteri Dr Mahathir) 002, saya 007,” sambungnya lagi.

Di beberapa bahagian temubul ini, Sanusi bersuara tinggi, kata-katanya lancar menyerang mereka yang mempertikaikan Dr Mahathir.

“Boleh tegur, tapi biar orang yang sama level, bukan budak-budak yang baru seminggu dua jadi menteri,” kata beliau barangkali ditujukan kepada Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Chik yang baru-baru ini ada membuat kenyataan yang agar keras terhadap Dr Mahathir.

Mitos Sanusi Junid

PERTEMUAN dengan bekas Menteri Besar Kedah itu bukanlah sesuatu yang dirancang. Saya sedang bercuti sakit di rumah apabila Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamarudin telefon bertanya mahu ke tidak bertemu Sanusi.

Sanusi? Ada sesuatu yang menarik tentang dirinya yang membangkitkan keinginan saya untuk bersemuka.

Semasa saya berkerja dengan Berita Keadilan, bos saya, Khalid Jaafar, bekas setiausaha akhbar Anwar Ibrahim memberitahu “Sedikit masa dahulu dalam Umno hanya tiga orang membaca: Mahathir, Anwar dan Sanusi.

“ Mahathir gemar membaca buku-buku pengurusan dan suatu masa mewajibkan pegawai-pegawai kerajaan membaca The Mind of the Strategist yang tulis oleh Keinchi Ohmae.

Manakala Sanusi gemar membaca biografi diktator - Hitler, Stalin dan termasuk juga Napoleon dan Sanusi juga mengatakan Lee Kwan Yew telah mencuri ideanya tentang eugenic selection dan melaksanakannya di Singapura,” kata Khalid.

Dan keinginan saya bertemu Sanusi berbalas. Sejam setengah mendengar beliau bercakap, saya dapat rasakan, dia seorang yang penuh tenaga fikirannya.

Percakapannya bersahaja, tetapi diselang-selikan dengan kiasan dan sindiran. Beliau senang bercerita tentang itu dan ini.

Ada sekali, kami bertanya mengenai media yang semakin berani kini, jawabnya, “Pokok hendak rebah, kura-kura pun hendak naik,”.

“Saya boleh letak jawatan”

Satu ketika, tanpa ditanya, Sanusi berkata, “Kalau Abdullah tidak mahu saya lagi sebagai Presiden UIAM, saya boleh letak jawatan sekarang juga, bukan beliau yang lantik saya, Dr Mahathir yang lantik saya, beliau hanya sambung (kontrak) saja,”.

Semuanya akan kami siarkan secara berperingkat mulai Khamis ini.

Ada satu ketika, kami bertanyakan mengenai apakah Anwar Ibrahim berkemampuan menjadi Perdana Menteri.

Katanya, bersahaja, “ Kalau Abdullah layak, semua orang layak,” kami ketawa besar.

Khamis: Operasi Lalang dari kacamata Sanusi Junid.

Comments (14)Add Comment
...
written by Mike lawood, April 09, 2008 01:32:47
Encik Helme dan RPK,
Hati hati dengan orang tua itu, Sanusi Junid.
Jikalau lambat nanti kena lampang macam kejadian di KLIA beberapa tahun lalu.
Staff MAS lambat hantar kerusi roda dan di lampang oleh Sanusi Junid.
Jaga-jaga.
report abuse
disagree 11
agree 13
...
written by dreadloxking, April 09, 2008 02:16:50
Mike lawood,dia lempang ground staff dkt KLIA sbb ground staff MAS ni bodoh,tak tau buat kerja,berlagak macam dah bagus pulak tu. Sanusi ni dah request wheel chair dari awal lagi, mcm mana bila aircraft dah sampai,masih wheel chair tak sampai lagi? mana diaorang punya update dari segi kerja? CABIN CREW MALAYSIA AIRLINES MIGHT BE THE BEST IN THE WORLD BUT NOT THE GROUND STAFF OF MALAYSIA AIRLINES THROUGHOUT THE WHOLE WORLD IN MANY WORLD WIDE AIRPORTS!
report abuse
disagree 7
agree 21
...
written by Mike lawood, April 09, 2008 02:59:32
Dear dreadloxking, Ten Q for the infor. I agreed wt you about ground staff MAS
tapi u ada any infor about Projet Tenak Udang dengan Pak Arab di Kedah? Mcm ada gaduh dengan orang kampung jugak. Sampai pakai live wire fencing. Itu projet
Sanusi Junid. Dia ni hot temper ke??
report abuse
disagree 3
agree 8
...
written by middlepath, April 09, 2008 08:36:53
budaya kita di malaysia ini, pertamanya Melayu, banding dengan Indonesia dan Thailand, cuba pergi Thailand Hatyai, dan Indonesian di Malaysia, mereka semuany rajin, dan beretikal, mereka jujur kerja, mengapa budaya melayu di malaysia tak setanding ? kerana ada NEP/DEB tak payah kerja, ambil contract tunggu jual contract cukup. Budaya senang, budaya tak payah bayar balik education loan or education fee. ini budaya susah lah, macam mana bertanding di global ini ?
semua cari short cut, cari lubang, di sana sini, tunggu contract, dilapor kan malaysia ada contractor yang terbanyak di dunia.
apa lah ? kalau begitu, ini budaya umno, yang memupuk budaya money politic,
budaya rasuah, susah lah, ini budaya time bomb, mana ada budaya yang berjaya begitu di dunia ?
take short cut sahaja.
report abuse
disagree 2
agree 20
...
written by Ken Liew, April 09, 2008 09:42:35
Demi Malaysia yang mashi Hidup~!! RAKYAT yang cermelang!!!

We have did a major over weight job to FEED ourselves, and yet able to feed the greed of Umno. But we want a better life, by not feeding the Umnos. We want to help those who REALLY needed help. (and umno dont need those help)

Others said that CHinese are greedy! Yes, I admit. But please ADMIT that Umnos are worst then a greddy Leecher~! Leecher will fell of when they have their filled. But you umnos dont~!! they keep sucking Malaysia dry.

Just see the bounce back of the rakyat~! If you Umnos are still doing the OLD leeching way. I'm sry to say that you'll be doomed.

report abuse
disagree 2
agree 7
...
written by antares, April 09, 2008 14:17:35
Aiiya, jangan heranlah Sanusi lempang MAS staff, Ketua polis pun tumbok DSAI? TDM sekarang kata dia zalimi DSAI sengaja sahaja! Sudahlah dulu taikox boleh buat kerja ala gangster la ni... sudah jadi taiko kerepot, nak cuba lagi ke? Enjoy what ever years you got left, jangan susahx nanti kena stroke, bukan ke menyusahkan? Taubatlah, sembahyang banyakx.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by Ujang, April 09, 2008 23:33:40
Aku pernah menghadiri satu perjumpaan yang dianjurkan oleh Kementeria Pertanian sewaktu Sanusi menjadi Menteri Pertanian. Dia memang banyak idea. Tetapi perlaksanaannya tidak kesampaian. Dia pandai bercakap. Tetapi dia saja yang betul. Orang lain semua salah. Dia ada memberi komen tentang seorang rakan kabinet di dalam perjumpaan yang terdiri dari kakitangan kerajaan. Aku terus tidak lagi menghormati seseorang yang bercakap ketika orang yang dikomen tidak dapat mempertahankan diri.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by artchan, April 10, 2008 07:11:27
Dear dreadloxking April 09, 2008 | 02:16:50 ,
,

What gives him the right to lempang anyone..Just becos he is a ****ing son of a bitch from UMNO..he can hit anybody? Why don't you try it at the airport and see if the police are so kind to you. Typical hooliganish behaviour of UMNO people
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by 1eyecls, April 10, 2008 09:49:17
yes,u r damn right middlepath,if NEP being abolished,their dreams will be invain!

class F contractors,u noe how many?unbelievable whopping 40,000!

90% of them are UMNO members,registered with RM2 paid-up capital,1 table and 2 chairs,at home!!!!!!!!!!!!!!MALAYSIA BOLEH (SOHO kot?) smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by 1eyecls, April 10, 2008 09:53:32
yes,what are their dreams,,rumah bangalow 1,condo 2,isteri 3,kereta mewah 4,makwa 5!
report abuse
disagree 1
agree 2
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by wag the dog, April 10, 2008 13:14:48
Malays Face Identity Crisis and Discrimination in Malaysia
By Andrew Rosten

Thomas Simon, a philosophy professor, lectured Wednesday at the Bone Student Center about the identity and crisis faced by an ethnicity group known as Malays.

Visit www.wagthedog-malaysia.********.com for details.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Abajawi, April 11, 2008 15:52:48
Amacam, Sanusi, padi atas bumbung masih mengeluar hasil ke? Tak cukup tanah ke di Kedah tu sampai tanam padi atas bumbung?
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by anakperlis, April 12, 2008 09:49:06
written by middlepath, April 09, 2008 | 08:36:53
budaya kita di malaysia ini, pertamanya Melayu, banding dengan Indonesia dan Thailand, cuba pergi Thailand Hatyai, dan Indonesian di Malaysia, mereka semuany rajin, dan beretikal, mereka jujur kerja, mengapa budaya melayu di malaysia tak setanding ?

aku setuju kat hang 100% bab memang budaya orang melayu kita tu direka dan diacuan oleh UMNO utk tujuan mereka bertapak dan berkuasa.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM