A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Special Reports arrow DEB gagal dalam perlaksanaannya, PRU12 buktinya

DEB gagal dalam perlaksanaannya, PRU12 buktinya PDF Print
Monday, 07 April 2008 09:24

Itu sebab Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, kehilangan banyak kerusi dalam pilihan raya 8 Mac lalu - bukan sahaja di kawasan bandar, malah juga di luar bandar, tambahnya.

Oleh BHS, KLPOS.COM

Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas) telah mengadakan seminar bertajuk 'Dasar Ekonomi Baru (DEB) Malaysia: Ke Mana Arahnya Dari Sini?' Selasa lalu. Empat pemerhati politik dari sebarang Tambak telah diundang untuk mengolah isu tersebut dan isu-isu yang berkaitan dengannya, termasuk prospek masa depan hubungan antara rakyat dengan kerajaan Malaysia. DARWIS SAID melaporkan.

DASAR Ekonomi Baru (DEB) Malaysia dengan dua matlamat kembarnya untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula struktur sosial negara itu gagal dalam pelaksanaannya.

Ini sedang DEB mula melangkah masuk ke era 1990-an, kata satu panel pengamat politik dari Malaysia.

'Saya fikir jika anda melihat ke arah asal-usul dan falsafah serta teori di sebalik DEB, ia pertama sekali adalah untuk membasmi kemiskinan pada semua lapisan (masyarakat).

'Dan, keduanya, adalah untuk memisahkan sesuatu kaum daripada pekerjaan yang biasa dikaitkan dengan mereka,' kata Encik Tawfik Tun Dr Ismail, mantan Ahli Parlimen Sungei Benut, Johor, dan anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

'Jadi, jika anda seorang Melayu, anda mungkin seorang drebar, jika anda orang India, anda mungkin pekerja kebun, jika anda seorang Cina pula, anda mungkin peniaga kecil atau pembantu rumah kepada pemilik ladang di Malaysia.

'Dan, itu antara perkara yang mahu dibasmi DEB, selain mengambil balik penguasaan asing dalam ekonomi Malaysia... 13 tahun selepas Malaysia merdeka,' jelas pakar runding Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas) itu lagi.

'(Namun) bagaimana ia dilaksanakan sejak itu menjadi bahan perdebatan hingga sekarang,' tegas beliau.

Menurutnya, walaupun DEB telah dihentikan secara rasmi pada 1990, ia masih menjadi 'frasa politik' dan sering digunakan Umno sebagai 'cara mengekalkan kuasa Umno', selain 'helah untuk mengagihkan apa yang perlu diagihkan dalam dunia komersial di kalangan mereka yang berbaikbaik dengan pemegang kuasa'.

'Walaupun ia sepatutnya bertujuan membasmi kemiskinan dan melenyapkan perbezaan kelas dan perkauman, (tetapi) perlaksanaannya kelihatan seperti menambahkannya (perbezaan itu) lagi,' tegas Encik Tawfik.

Itu sebab Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, kehilangan banyak kerusi dalam pilihan raya 8 Mac lalu - bukan sahaja di kawasan bandar, malah juga di luar bandar, tambahnya.

'Ia kelihatan seperti menunjukkan adanya rasa tidak puas bahawa kerajaan tidak melakukan yang mencukupi, atau bahawa ia belum melakukan sesuatu terhadap golongan orang tertentu,' katanya.

Encik Tawfik, adalah salah satu daripada empat anggota panel pakar yang diundang Iseas dalam seminarnya bertajuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) Malaysia: Ke Mana Arahnya Dari Sini? di dewan seminar institut itu Selasa lalu.

Anggota panel lain terdiri daripada Datuk Din Marican, Pengarah Program Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim; Encik Khoo Kay Peng, pengamat politik bebas dan Pengarah Eksekutif Institut Pembangunan dan Kajian Sosioekonomi (Sedar) Malaysia; dan Encik Wong Chin Huat, seorang pensyarah kewartawanan dari Sekolah Sastera dan Sains, Universiti Monash (Sunway) di Malaysia.

Bagi Datuk Din, era gemilang DEB, yang mendapat sambutan awam, sudah berlalu selepas 1990.

'Selepas 1990, keadaan sudah berubah... Jadi, kami fikir, sudah tiba masanya (dengan penuh kejujuran) bahawa dasar itu telah menggagalkan kita, ia melemahkan negara, dan kita masih lagi keterbelakang,' kata beliau.

Berdasarkan latar belakang itu, menurutnya, PKR telah melakarkan Agenda Ekonomi Malaysia (MEA) bagi menyediakan alternatif baru yang tidak didasarkan atas kriteria perkauman.

'Maka, parti saya menolak DEB sebagaimana ia dilaksanakan sekarang. Dan menawarkan satu agenda alternatif dan mendapat mandat rakyat Malaysia,' kata Datuk Din.

Encik Wong pula menyifatkan DEB sebagai 'ubat yang salah' bagi tujuan yang betul.

'Kami maklum bahawa ketidakseimbangan antara kaum dari segi pekerjaan, kekayaan dan pendidikan adalah terlalu berat untuk ditanggung oleh sebuah negara yang baru,' kata beliau.

Namun, Encik Wong berpendapat bahawa masalah membasmi kemiskinan boleh diatasi melalui 'sebuah negara kebajikan' atau welfare state, manakala isu penyusunan semula masyarakat boleh dicapai melalui penyusunan semula pekerajaan dan mewujudkan pusat pertumbuhan baru di beberapa wilayah - bukan melalui penyusunan semula pemilikan ekuiti.

'Bagaimanakah dengan penyaluran pemilikan ekuiti sebanyak 30 peratus kepada kaum Bumiputera boleh membantu orang-orang Melayu miskin yang menghadapi masalah kebuluran di Baling, Kedah, misalnya?' tanya Encik Wong, sambil menambah DEB seolaholah membuat andaian bahawa kaum Melayu yang kaya akan menyalurkan hartanya kepada golongan miskin di kalangan mereka.

'Bagi memastikan adanya golongan peniaga berjaya dan mewah di kalangan Bumiputera, anda perlu memilih mereka yang paling cekap.

'(Namun) bagi memastikan pendapatan yang diraih orang Melayu kaya akan disalurkan kepada mereka yang miskin, anda pula harus memilih mereka yang bersifat kemasyarakatan, bukan setakat yang paling cekap,' jelasnya.

Jika kedua-dua ciri itu tidak wujud, atau salah satu sahaja yang ditekankan, maka 'anda mengorbankan pertumbuhan ekonomi, dan pada masa yang sama, anda akan mewarisi ketidakseimbangan yang serius dalam kaum anda sendiri', jelas Encik Wong lagi.

'Itulah gambaran yang ada sekarang di Malaysia,' tambahnya.

Encik Khoo pula menganjurkan agar dibasmikan 'penyalahgunaan DEB' dan layanan istimewa yang berdasarkan kaum.

'Kita harus menghentikan penggunaan DEB untuk mendalamkan dan mengukuhkan lagi hegemoni politik.

'Ini amat genting dalam era Tun Dr Mahathir (Mohamad), dan turut digunakan secara wewenang dalam era (kerajaan) baru ini kerana setiap satu daripada mereka mahu meninggalkan warisannya sendiri,' kata beliau.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) Malaysia

Pelancaran dan matlamat 

  • Dilancarkan pada 1971 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia bagi menggalak perpaduan.
  • Ia juga bertujuan menyusun semula ekonomi bagi membasmi kaitan antara sesuatu kaum dengan fungsi ekonomi yang biasa distereotaipkan kepada mereka.
  • DEB diakhiri pada 1990 dan digantikan pula dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Malaysia pada 1991, yang berjalan selama sedekad.

    Sekilas sejarah DEB 

  • Di bawah jajahan Britain, kaum Melayu diberi hak istimewa berbanding kaum bukan Melayu dari segi kuota biasiswa awam dan tawaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam.
  • Apabila Persekutuan Malaya diisytiharkan merdeka pada 1957, perlembagaannya mengandungi Artikel 153 yang memperuntukkan hak istimewa kepada kaum Melayu.
  • Suruhanjaya Reid, yang melakar perlembagaan itu, antara lain menyatakan bahawa hak tersebut akan dikurangkan 'dari masa ke masa dan akhirnya harus ditiadakan'.
  • Setelah Malaya bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak pada 1963 untuk membentuk Persekutuan Malaysia, perlembagaan barunya mengekalkan Artikel 153 itu. Istilah Bumiputera kemudian diluaskan kepada semua puak asli Sabah dan Sarawak di Timur Malaysia.
  • Artikel 153 bertujuan mengimbangi pemilikan ekuiti ekonomi antara kaum Melayu dengan Cina, tetapi selepas merdeka, perkongsian kaum Bumiputera hanya membentuk 2.4 peratus daripada ekonomi negara itu pada lewat 1970.
  • Secara rasmi, DEB sepatutnya berakhir pada 1990, tetapi ia kekal digunakan dalam beberapa dasar lain di Malaysia. Ini kerana pihak kerajaan percaya matlamat 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera masih belum tercapai.
  • Pada 2006, DEB diterapkan semula di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

    Kesan dan Isu

  • Walaupun DEB disokong sesetengah pihak sebagai usaha yang berjaya mengurangkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum Cina minoriti dengan kaum Melayu majoriti, ada juga yang melihat pelaksanaannya sebagai menurunkan status kaum bukan Melayu ke tahap warga negara kelas dua.
  • Ia juga dilihat sebagai usaha Umno untuk terus memperkukuhkan konsep 'Ketuanan Melayu'.
  • DEB turut digunakan sebagai sebahagian daripada Agenda Melayu dan kemudian sebahagian daripada kontrak sosial dalam perlembagaan kerajaan Malaysia.
  • Ini memberikan hak istimewa kepada kaum Melayu, dan semakin kurang dipersetujui kaum lain di negara itu.
  • Malah, sejak akhir-akhir ini, DEB semakin dikritik hebat sebagai satu sistem kurang cekap yang menggalak penyalahgunaan di kalangan beberapa golongan Bumiputera, baik dalam pemilikan saham syarikat, perumahan dan peluang perniagaan.
  • Ia juga dilihat sebagai daya usaha yang telah menggalak ke arah lebih banyak diskriminasi perkauman oleh para pengkritiknya.
  • Comments (8)Add Comment
    ...
    written by Flex Tan, April 07, 2008 09:36:24
    KEBURUKAN DEB JIKA DIKONG-KONG HABIS-HABIS.... TAK BERLAINAN AJARAN-NYA DENGAN WARISAN ABORIGINAL (DI AUSTRALIA), RED INDIANS( DI NORTH-AMERIKA) DAN LAIN-LAIN.

    TAK KAN "BUMI" (DI MALAYSIA) NAK BEGITU....
    report abuse
    disagree 1
    agree 2
    ...
    written by rpkfan, April 07, 2008 09:51:36
    In fact I have many Malay friends and they dislike DEB so much as it invites cronism and one sided trade business to the group of syetan. In another word, they hate DEB of the new revision. They said the DEB been wrongly intepreted and highly corruptly wrongly made used by the top idiot.

    They too would like to abolish DEB where they have not been benefited from it, rather than the gang of KJ, Patrick Bodowi & rest. How much more they want to take from our nation?

    There are many good Malay contractors where over the past 5 years not able to gain projects, even from small scale and force the to close down the company. These people are real contractor, where they are working very hard and they are modern Malay. They lose out because they are not crony enough or not in the gang of KJ, Patrick Bodowi.

    So they kept asking, if DEB could not help them, why they need it? They in fact will love open tender system which is a lot fair to them.

    From, Steve
    report abuse
    disagree 0
    agree 15
    ...
    written by middlepath, April 07, 2008 09:53:31
    DEB/NEP adalah satu policy affirmative action kepada majority di malaysia, tetapi, affirmative action policy di dunia lain ia lah untuk minority. bagaimaanapun, sudah lah, itu satu policy yang out of date, itu sudah jadi malaysia tak competitive, tak boleh ber sain, can not compete with the world, globalize world.
    mana integrity ? ini policy untuk crony, macam mana policy ini tolong orang miskin di yan atau di baling ?
    ini semua policy untuk rasuah, racial policy ! not universal. susah lah, lagi 50 tahun pun bagitu, tak akan berubah, kalau nak berubah, mesti ubah minda !
    mental, ini perlukan crutches, mereka seperti orang cacat.
    report abuse
    disagree 0
    agree 4
    ...
    written by chanatak, April 07, 2008 12:39:28
    Good analysis. But you can write all the analysis you want about DEB. Only the educated middle class is able to appreciate it. There is a greater need to set the minds of the Malay community which is not middle class free. After 30 years of brainwashing and subtle indoctrination by the government, many of them are blindly following lies and sweet talk by their own leaders. Teach them to open up their eyes to see, and to question things like:

    1) Why are the children of UMNO leaders in international schools and learning the english language, when UMNO thinks that BM is so important?

    2) Why is RTM allowing artistes, and politicians to bastardize the BM language under the guise of liberal linguistics development? I refer to things like using "I" and "you" even in formal gatherings, when the Malay language has more than enough words of its own. More than in English. The list is long. Remember how it is said that Idris Jusoh even used such terms when speaking to the Sultan?

    3) Why are children of Tan Sri's and Datuk's getting scholarships? Scholarships are to help the smart but poor scholars. The rich can easily afford to pay for their own children's education.

    We need these kind of analyses. But we need to focus more too on opening up the minds of people, especially the young for the sake of this nation.


    report abuse
    disagree 0
    agree 10
    ...
    written by joeawk, April 07, 2008 13:52:56
    When the leaders were busy robbing the nation, apa boleh kita harapkan? Unless they are blind, how can situation went out of hand? the fact is that you tak nampak I curi, I pun tak nampak you curi. Sama2 pencuri,polis pun curi dari rakyat. ACA pun sama, diam2 tunggu hujung bulan ambil gaji.
    report abuse
    disagree 0
    agree 3
    ...
    written by educationist, April 07, 2008 15:00:03
    "membasmi kemiskinan dan menyusun semula struktur sosial negara"
    If one does not go into the details, one can say the DEB has achieved some levels of success as per the objectives above.
    But when the policy still has "frasa politik' after 1990 and is misused by the powers-that be to the extent that it became a discrimanatory and cronyism policy, the DEB is a total failure.
    report abuse
    disagree 0
    agree 1
    ...
    written by KetamPadang, April 07, 2008 21:50:49
    Ayaaa ... Dasar Ekonomi Baru kah, Dasar Pembangunan Negara kah ... apapun sahaja dasar-dasar ekonomi di Malaysia selalunya menguntungkan ahli parti memerintah dan kroni tertentu. Inilah keistimewaan pembuat dasar yang cacat. Komponen utama (pembuat dan pelaksana dasar), dalam sistem pemerintahan Malaysia adalah produk dari sistem yang rosak (spoiled). Maka kita semuapun (Menteri, Paderi, Blogger, Cerdik-pandai, Orang Gila dll.) pada umumnya adalah hasil dari sistem yang cacat ini. GIGO "Garbagi In -> Garbage Out". PM, Menteri, MP, Senator, Profesor, Datuk, CJ dan semuanya adalah produk cacat iaitu produk dari sistem yang rosak. Manusia Malaysia adalah hasil dari satu sistem yang cacat. Bapa, ibu kemudian anak, cucu-cicit adalah hasil dari sistem yang sama. Oleh itu apa sahaja dasar dan rancangan yang dibuat oleh pembuat dasar yang cacat dan kemudian dilaksanakan pula oleh pelaksana yang cacat akan menghasilkan produk yang cacat-cacat belaka. Juga banyak komponen dalam sistem yang cacat teruk.

    bagaimanapun saya berpendapat komponen sistem yang cacat boleh diperbaiki oleh tukang dan pakar-pakar dalaman yang cacat alias Tikus Membaiki Labu. Ralat-ralat sistem seperti kronisme dan macaisme, YB yang lupakan pengundi dll. boleh diperbetulkan melalui kaedah hentikan dan hapuskan (terminate (kill) and destroy).

    Bagaimanapun saya tetap pada mode aprehensip ke atas usaha-usaha yang akan dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mendakwa boleh membaiki sistem yang cacat ini kerana pembaikan tersebut masih dilakukan oleh produk dari sistem yang sama dan cacat. GIGO.... sekurang-kurangnya ada usaha yang dilakukan untuk pembaikan dan pembaharuan.
    report abuse
    disagree 0
    agree 3
    ...
    written by R020998, April 09, 2008 23:39:52
    I want DEB!
    report abuse
    disagree 0
    agree 0

    Write comment
    This content has been locked. You can no longer post any comment.
    You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

    busy
     
    < Prev   Next >
     
    Some Images Hosted With
    Thank You ImageShack!
     BLOGGERS AGAINST ISA

    Powered and Optimized for:
    Malaysia Today by MT-TEAM