A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Letters/Surat arrow Damai Abadi Versi Terkini

Damai Abadi Versi Terkini PDF Print
Friday, 04 April 2008 18:16

Aku cari mana dia si Khairi

Rupanya dia bersembunyi

Aku cari mana dia tauke Skomi

Dia juga menghilangkan diri

Aku cari mana pergi isteri

Dia keluar tak bagitau suami

Lalu aku tinggal seorang diri

 

Aku bongkar setbot dan almari

Aku cari kitab-kitab al Ghazali

Aku tak tahu guna teknologi IT

Aku nak tahu cara bersuci

Badan aku penuh kotor dan daki

Cuci jiwa, otak dan satu body

Dari ujung rambut hingga ujung jari

Entah berapa banyak dosa hamba mu ini

Rakyat ditipu amanah dikhianati

Aku konfiuskan mereka dengan Islam Hadari

Bila aku menang besar majoriti

Aku sudah dirasuk syaitan yang dilaknati

Aku jadi bongkak takbur dan bangga diri

Aku beli jet mewah peribadi

Untuk aku guna jalan-jalan oversea

SiNanda bagi bot mewah di Turki

Aku terima tanpa rasa guilty

 

PRU 12 adalah kehendak Allah

Tak pernah 5 negeri boleh kalah

Kelate Selangor Penang Perak Kedah

Aku hampir tersungkur rebah

Dunia ku gelap walaupun luar cerah

Semua orang kata aku yang salah

Sebab bila menang aku menyerlah

Kemudian datang lain masalah

Istana tolak aku punya watikah

Buat pertama kali dalam sejarah

Che Det hentam tak sudah-sudah

Lepas tu kacau datang dari Sabah

Depa nampak minat kat Wan Azizah

Oh hidup ku semakin rafhlah

Oh aku jadi semakin serba-salah

Orang diluar semakin marah

Depa tak faham ka aku baru menikah

Bagi lah aku satu penggal sudahlah

 

Keris Silau

4 April 2008

 


Comments (8)Add Comment
...
written by nescafe tarik, April 04, 2008 18:25:16
What a puisi! smilies/cheesy.gif smilies/cheesy.gif smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 25
...
written by seek justice, April 04, 2008 18:55:13
Now, this piece, I'm sure he CAN understand! Cakap orang putih dia tak beropa faham, puisi macam ni punya elok, mesti dia faham.
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by qwerty, April 04, 2008 19:20:49
Pak Lah tu kan mengidap penyakit alahan membaca. Dia punya ucapan pun spin doktor yang tuliskan!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Kyle, April 04, 2008 19:38:14
Keris Silau,
Saya cadangkan you compile semua gubahan you dan buat satu album.
Gerenti panas goreng pisang panas punya.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by oleg avatar, April 04, 2008 19:42:17
best lah, in few stoke of your keyboard you describe with all the truth, nothing, but the truth.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by PaulineL, April 04, 2008 19:59:21
bwahahaa...such creativity. Bagus!! smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by non conformist, April 04, 2008 22:06:11
Here's something about the FIL by Cempaka Hutan

Ku Cari Damai Abadi
(Ini tajuk sajak Perdana Menteri ketika mula berkhidmat tahun 2004)
Ku cari damai abadi
Namun ku tidak ketemui di sini
Lalu ku pergi ke Turkey
Ku dihadiabkan sebuab bot mewah untuk bercuti
Ku cari damai abadi
Bukan dengan harta berguni-guni '
Tugas mencari harta kuserahkan kepada si Khairy
Kerana dialab yang lebih arif tentang kroni
Justru senang dapat 'ten percent' (10%) nanti
Ku cari damai abadi
Bukan dengan pangkat melangjt tinggj
Memadailab dengan sebuah jet peribadi
Yang dapat makan angin ke sana sini
Ku cari damai abadi
Dengan AI-Shafie dan al-Al-Ghazali
Tapi falsafah mereka ku tak mau ikuti
Kerana aka bukan setakat mahu jadi perdana menteri
Tapi aku mahu jadi seorang nabi !
Sebab itu aka reka Islam hadhari !
Oleh itu jangan lupa anda mengundi
Beri peluang aka jadi PM sepenggal lagi
Nanti ku akan naikkan harga minyak lebih tinggj
Naikkan harga barang keperluan hari-hari
Dan berikan banyak lagj lesen tempat hiburan, kedai arak dan judi
Dan ku janji akan terus biarkan sesiapa saja ambil rasuab sesuka hati
Lepas itu, ku akan bina masjid kristal di setiap negeri
Bukan untuk tempat amal-ibadat semhah Ilahi Rabbi
Tapi biar pelancong tengok senang hati dan merekapun puji
Kucari damai abadi
Tengok betul-betul wahai rakyat seluruh negeri,
Bila dekat hendak mengundi
Baru ku lancarkun projek pecah tanah untuk buat universiti
Baru ku jalankan projek rumah orang miskin untuk dibaiki
Baru ku sibuk suruh orang betulkan segala jambatan dan titi
Baru ku suruh turap jalan tar di sana sini
Baru semua penduduk felda ku beri subdisi
Baru semua kakitangan swasta ku naikkan gaji
Baru bantuan ke sekolab Cina dan Tamil ku beri
Baru segala rumah flet ku beri kunci
Baru segala karpet di masjid ku suruh ganti
Bila rakyat yang bodoh tengok mereka kagum dan senang hati Bagaimana prihatinnya
kerajaan BN terhadap mereka ini
Mana mereka tahu itulah tektik ku nak pancing undi !
Bila dah menang, sudah dapat kerusi, apa ku peduli lagi !
Lantaklah rakyat mahu hidup atau mati
Ku cari damai abadi
Bukan macarn Tok Guru Nik Aziz yang tak sedar diri
Tengok, rumah dia, tidak pernah dibaiki
Sudah berpuluh tahun masih dok macarn tu lagi
Masih rumah papan, tikar mengkuang, tidak ada meja kerusi
Bila orang datang, kena duduk depan tangga bawah kanopi
Kalau kerusi plastik tak cukup, alamatnya kenalah berdiri
Bukan ada pagar ada pengawal jaga pintu seperti menteri !
Huh, teruknya ! Tak ubah macam rumah petani
Orang beri elaun sara hidup, elaun keraian, ditolak ke tepi
Elaun bulan puasa, elaun hari raya semuanya dia tak sudi
Konon tak mahu membazir wang kerajaan negeri
Orang hendak beri rasuah dia bukan suka hati macarn aku ini
Dia tolak sama sekali
Hingga orang BPR datang siasat betul tak dia berperangai begini
Tiap masa duduk beri kuliah fasal agama fasal hal mati
Duduk ajak orang sembahyang, buat ibadat saja sana sini,
Tak cukup kuliah, tulis buku agama tiap-tiap hari
Bukan hendak bina masjid kristal seperti yang ku beri
18 tahun jadi Menteri Besar Kelantan, habukpun tak ada otak diri sendiri
Poooorrraaah !
Tengok aku ini sudah kumpul harta beribu peri !
Baiki kediaman di Puterajaya 15 juta belum selesa lagi !
Malah sudah ganti bini !
Ku cari damai abadi
Slogan pilihanraya BN kali ini "Selamat, Arnan dan Makmur" seluruh negeri
Sebab itu sekarang mana ada jenayah lagi
Kes culik, kes bunuh, kes jumpa mayat hari-hari
Kes samun, kes ragut, kes rompak, kes rasuab sana sini
1tu perkara kecil, biasa-biasa saja, tak perlu ditakuti
Di seluruh duniapun ada kes-kes seperti itu setiap hari
Ku cari damai abadi
Wahai penghuni dalam kubur yang sudah mati
Bangkitlah jadi hantu keluar mengundi
Mintalah curl dari Malaikat penjaga neraka barang sehari
Kalau kau cakap mau undi BN tentu Malaikat beri
Kalau Malaikat tak kasi cakap akan dapat 10% darl Perdana Menteri Kenderaan bas
dan pacuan empat roda disediakan nanti
Hari tu, sudah ada satu mayat dalam bas yang mahu pergi mengundi
Jangan lupa pakai baju kocek besar untuk simpan wang saguhati
Ku cari damai abadi heh... heh ... heh ...
Oleh:
Cempaka Hutan
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by Mike lawood, April 05, 2008 01:45:06
A short one;

Aku nak cerai tapi tak berani
Kesian kepada Si Nori
Kahwin baru di depan kadi
Tapi tak ada kenduri
Yang baru itu Maya Kari
Skandal sex akan keluar TV
Mana aku nak lari
Saya menang pos undi
Nak jadi menteri rakyat tak kasi
Tauke akan minta ganti rugi
Tunggu masa kena gari
Baik aku mati
Sebab aku gila Puk?

That's all folk.
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM