A+ | A- | Reset
Home arrow Berita & Komentar arrow Ku Li mula temui ketua bahagian

Ku Li mula temui ketua bahagian PDF Print
Saturday, 29 March 2008 12:55

(Malaysiakini) - Sebagai persiapan kempen awalnya, Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan pertemuan dengan lebih 10 ketua bahagian di kediamannya di Kuala Lumpur.

Mereka yang dilaporkan hadir, antaranya, bekas menteri penerangan Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (ketua bahagian Kulim/Bandar Baharu), Datuk Dr Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping).

Tengku Razaleigh kini berkempen agar Umno mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan kekalahan teruk Umno dan BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Beliau, yang mesra dipanggil Ku Li, memerlukan sokongan 50 peratus daripada 193 bahagian untuk memanggil mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Ahli parlimen Gua Musang itu juga mengisytiharkan hasratnya untuk mencabar jawatan presiden, kini disandang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut sumber, pertemuan yang diadakan selama beberapa jam bermula tengah hari tadi dan ia yang pertama dianjurkan sejak Ku Li menulis surat kepada semua ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan untuk mengusulkan idea EGM.

Pertemuan tidak rasmi umumnya membincangkan isu-isu dalam Umno, khususnya perhimpunan khas, kata sumber.

Isu-isu dan tokoh-tokoh lain yang berbangkit tidak dijelaskan.

Ku Li dijangka mengadakan pertemuan-pertemuan seumpama itu pada masa akan datang. Bagaimanapun tarikhnya belum ditetapkan.

Comments (4)Add Comment
...
written by aah, March 29, 2008 19:30:45
Mohon dapatkan no tel Ku Li ,kami ahli ahli umno Bahagian Merbok ingin menjemput Ku Li untuk mendengar amanatnya .Terima Kasih
report abuse
disagree 1
agree 17
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM