A+ | A- | Reset
Home arrow Berita & Komentar arrow MT Umno terima Ahmad Said tapi rakyat Terengganu tuntut pilihan raya kecil

MT Umno terima Ahmad Said tapi rakyat Terengganu tuntut pilihan raya kecil PDF Print
Saturday, 29 March 2008 09:46

(Harakah) - "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Pepatah Melayu ini memberi ingatan dan amaran sangat tegas mengenai keperluan manusia menjaga tuturkata mereka.

Ungkapan penuh makna yang dihasilkan orang-orang tua Melayu itu bagaimana pun nyata tidak dihayati atau diambil peduli orang-orang Melayu sendiri, terutama oleh para pemimpin Umno Terengganu.

Tabiat mereka yang suka 'cakap lepas' sudah dimaklumi ramai. Mereka tidak memilih tempat untuk bercakap secara tidak berlapik, sama ada di pentas politik, majlis rasmi kerajaan, Dewan Undangan Negeri (DUN) mahu pun tempat awam.

Tabiat itu diulangi lagi sepanjang krisis pelantikan Menteri Besar sejak hampir tiga minggu lalu. Cakap-cakap boros dan celupar para pemimpin Umno Terengganu amat memalukan, malah sesetengahnya menjatuhkan maruah mereka sendiri.

Paling diingati ramai ialah kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid pada 22 Mac lalu. Dalam reaksi spontan terhadap pengumuman pihak istana mengenai pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato' Ahmad Said, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru, Rosol telah menuturkan beberapa ungkapan yang bukan sahaja tidak sedap didengar, malah bakal mengundang padah untuk dirinya sendiri.

Dalam sidang media khas mengenai isu tersebut, Rosol yang bercakap mewakili 22 Adun BN lain, menyatakan mereka telah berikrar akan memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad sebagai Menteri Besar yang dijadual diadakan di Istana Tamu, Kuala Terengganu keesokannya.

Sidang media itu diadakan sejurus selepas kesemua 23 Adun BN Terengganu selain Ahmad mengadakan mesyuarat khas di kediaman rasmi Menteri Besar. Rosol menegaskan bahawa kesemua mereka berdiri teguh di belakang Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Dato' Seri Idris Jusoh.

Malah, menurut Rosol lagi, mereka turut menegaskan akan meletak jawatan sebagai Adun jika jawatan Menteri Besar Terengganu tidak dikembalikan semula kepada Idris.

"Jadi, mana-mana, perancangan untuk menamakan selain calon yang kami nyatakan tadi (Idris), kami tidak akan menerimanya dan tetap menolak sebulat suara," kata Rosol, sebagaimana disiarkan Berita Minggu, 23 Mac.

Mingguan Malaysia di hari sama memetik kata-kata Rosol dengan versi sedikit berbeza. Katanya, "mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan jika beliau tidak dipilih. Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi pilihan raya sekali lagi".

Berita Minggu memetik lagi kata-kata Rosol. "Kami juga sependapat, jika diteruskan juga apa yang dinyatakan itu, mungkin akan berlaku tindakan disiplin... Ia terserah kepada presiden parti. Mungkin juga akan berlaku undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana kami sebulat suara dengan keputusan ini," katanya.

Secara ringkas, kenyataan boros Rosol itu menjamin dan menjanjikan lima bentuk tindakan yang akan diambil kesemua 22 Adun BN jika tuntutan mereka agar Idris dilantik sebagai Menteri Besar tidak ditunaikan.

Pertama, mereka akan memboikot majlis angkat sumpah Ahmad sebagai Menteri Besar. Majlis itu tidak dilangsungkan sebagaimana dijangkakan pada 23 Mac lalu. Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Kedua, kesemua 22 Adun BN akan tetap menolak sebulat suara mana-mana calon selain Idris sebagai Menteri Besar.

Ketiga, mereka juga akan mengambil tindakan disiplin parti terhadap Ahmad kerana mengingkari perintah presiden parti.

Keempat, mereka akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Ahmad dalam DUN Terengganu nanti.

Kelima, antara 22 Adun BN itu sudah ada yang sanggup meletak jawatan jika Idris tidak dipilih. "Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi pilihan raya sekali lagi", memetik kembali kata-kata Rosol itu.

Kini, Ahmad telah disahkan sebagai Menteri Besar Terengganu. Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang semalam (Khamis, 27 Mac) turut menerima pelantikan Adun Kijal itu sebagai Menteri Besar menggantikan Idris.

Rakyat Terengganu menunggu dengan penuh minat apakah reaksi dan tindakan susulan oleh 23 Adun BN (termasuk Idris) mengenai perkembangan ini. Sejauh manakah ikrar mereka untuk sebulat suara tetap menolak pelantikan Ahmad itu masih mereka pegang?

Apakah mereka nanti tidak akan hadir ke majlis angkat sumpah Ahmad sebagai Menteri Besar? Benarkah mereka akan menunggu sidang DUN Terengganu dipanggil dan akan sepakat mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad?

Hasrat mereka mengambil tindakan disiplin nampaknya sudah tidak dapat disempurnakan. Perkara itu di bawah kuasa Lembaga Disiplin Umno, bukan sewenang-wenang boleh diisytiharkan oleh seorang Setiausaha Perhubungan Umno negeri. Takkan soal sebegitu besar pun Rosol tak tahu? Apa punya setiausaha perhubungan negeri ni?

Paling dituntut rakyat Terengganu kini, ialah janji Rosol bahawa akan ada antara Adun BN yang akan meletakkan jawatan. "Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi pilihan raya sekali lagi", diulang petik sekali lagi kata-kata Rosol itu.

"Bukan cakap, kita buat", itulah antara slogan yang dipopularkan kerajaan BN Terengganu penggal lalu. Ia dilaungkan sebagai prinsip dan komitmen para pemimpin BN bahawa mereka adalah makhluk yang tidak hanya tahu bercakap, tetapi akan buat apa juga yang mereka cakapkan.

Sekarang, buktikah lah prinsip itu. Bertindaklah mengikut apa yang baru mereka cakapkan minggu lalu itu. Paling tidak, sekurang-kurangnya mesti diadakan pilihan raya kecil di DUN Ajil yang diwakili Rosol sendiri. Itu pun kalau dia jenis manusia yang ada maruah!

Comments (9)Add Comment
...
written by mike1m, March 29, 2008 09:53:38
UMNO sense defeat if there is re-election
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by Flex Tan, March 29, 2008 09:56:33
UMNO SHOULD OWNED-UP....

THE WELFARE OF THE RAKYAT SHOULD COME FIRST, THAN THE PARTY.......
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by iMac, March 29, 2008 11:02:15
Pemimpin UMNO cakap besar sahaja. Sebelum Pilihan Raya bongkak dan arrogant. Dari President sampai ka anjing anjing yang di bawah.

Sekarang keluar kat TV macam tikus. Baru tau kuasa rakyat.

Resign lah yang 22 ini. Cakap besar aje si Rosol ni. Kenape tak resign. Tak de maruah ke?

Buat malu orang Melayu.

Ini lah beza nya orang melayu dan orang UMNO.

Orang UMNO takde prinsip.
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by ultraman, March 29, 2008 11:34:33
Lost his home turf, Penang to opposition:- Still did not loose face

Lost most of the majority vote from a high of amost 90% and now to slightly more than 50%:- Still did not loose face

Lost his choice of MB in Perlis :- Still did not loose face

Now lost his choice of MBin Trenganu :- Still did not loose face.

Pak Lah you are 'VERY CAN' LA!!!
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by Kyle, March 29, 2008 12:13:07
Rosol ... letak jawatan lah...
tebus balik maruah awak...
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by ibabonma, March 29, 2008 13:04:30
Menang pun menang menipu tetapi masih bongkak. Kalau ada PR semula di Terengganu pada masa ini, pasti UMNO akan bungkus disemua kawasan.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by aah, March 29, 2008 19:26:53
Rosol if you have balls immeterial whether one or two you should vacate your seat and have a by election.Then only you will know whether rakyat Terangganu like you.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Yacob, March 29, 2008 23:26:15
Mana ada orang UMNO yang sanggup lepas jawatan demi jaga maruah. Sebabnya, mereka memang tidak bermaruah. Demi duit, maruah bukan persoalan yang diambil kira oleh orang UMNO.

Rasol Wahid dan Idris Jusoh dan 22 orang ADUN Terengganu itu bukan sahaja tidak ada maruah dan harga diri, mereka juga merupakan penderhaka kepada Sultan. Kata-kata jahat dan derhaka mereka terhadap Sultan cukup membuktikan mereka memang dari jenis munafik. Lidah bercabang dan pendusta wahid. Mereka semestinya dihukum agar tidak ada lagi manusia Melayu sebiadap mereka dimasa akan datang.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by lim1974, April 01, 2008 10:58:14
Khairy oh Khairy....di mana engkau Khairy?.....Baling batu, sembunyi tangan.....mana muka kau yg hitam tu......takut nak cakap ape-ape ke???
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM