|
Oleh Ahmad Lutfi Othman & Azamin Amin @harakahdaily "... masyarakat Cina boleh dikatakan ada sekitar 41 peratus manakala Melayu 50 peratus dan selebihnya kaum-kaum lain. Untuk itu apa yang ingin saya sampaikan selain nilai-nilai unversal itu, adalah kerajaan ini adalah kerajaan mesra rakyat, mesra perniagaan, mesra pelabur dan mesra fahaman ataupn mesra agama."
SELEPAS dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, ditambah lebih tujuh jam menunggu termasuk 'memberi laluan' kepada kunjungan hormat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah selama setengah jam, di samping menanti tiga mesyuarat membabitkan pegawai kanan kerajaan negeri, akhirnya Harakah berpeluang mewawancara Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di pejabat Perhubungan PAS Perak, Jumaat, 21 Mac lalu. Biarpun kesibukan membatasi, beliau dengan sikap tenang meluangkan masa kira-kira 45 minit dengan penuh bersemangat dan mesra melayan wawancara Ketua Pengarang Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN bersama wartawan AZAMIN AMIN. Pertemuan berharga itu tamat jam 6.40 petang bagi memberi ruang kepada beberapa pimpinan DAP Perak yang menunggu giliran mengadakan perbincangan dengan beliau, khususnya mengenai potfolio Exco Kerajaan Negeri. HARAKAH:Bagaimana perasaan Tuan Haji setelah dilantik menjadi Menteri Besar Perak? IR MOHAMMAD NIZAR: Assalamualaikum wbt, saudara-saudara yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian daripada Harakah. Syukur alhamdullilah buat masa ini ketiga-tiga parti di negeri Perak ini telah bersetuju untuk menerima PAS sebagai peneraju dan memberi sokongan kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang melantik saya sebagai menteri besar. Oleh itu 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), 18 DAP, 7 KeADILan dan 6 PAS bersetuju sebulat suara, kesemuanya menyokong saya sebagai menteri besar tanpa berbelah bahagi. Jadi penubuhan kerajaan campuran ini adalah di atas dasar ingin melaksanakan kerajaan yang adil, yang amanah, berkebajikan, telus dan berwibawa. Apabila saya diberi amanah untuk menerajui kerajaan campuran ini sudah tentulah perasaan saya adalah pertamanya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Yang keduanya perasaan cemas. Kenapa cemas...sebab ia merupakan suatu suasana yang belum pernah diterokai oleh mana-mana pihak khususnya di negara ini. Jadi kita tidak ada garis panduan, kita tidak ada nasihat daripada mana-mana pihak dan jika kita nak cuba rujuk kepada 'set-up' yang ada di Kelantan jauh sekali, modul yang ada di Kedah juga tidak bersesuaian, contoh yang ada di Pulau pinang jauh berbeza, dan set-up di Selangor juga tidak boleh dimanfaatkan. Akhirnya pimpinan PAS terpaksa bekerjasama dengan KeADILan dan DAP bagi membincangkan jalan tengah yang boleh diterima walaupaun tidak sepenuhnya. Oleh itu terbit perasaan cemas, perasaan takut dan rasa ngeri pun ada. Malah ada juga perasaan pilu... Tetapi dalam banyak-banyak perasaan ini yang membuatkan saya 'boleh pergi' (mampu meneruskan tanggungjawab) itu adalah perasaan keyakinan kepada Allah SWT. Kerana ini adalah perkara yang tidak pernah dimimpikan oleh PAS Perak, jadi kita rasakan apabila ia ditakdirkan begitu, sudah pastilah Allah SWT memberikan jalan keluar sesuai dengan firman-Nya dalam surah At-Talaq yang bermaksud apabila '...kita bertawakal kepada Allah maka dia-Nya akan memberi jalan keluar...' Itulah pengharapan yang tinggi membuatkan kami di Perak ini khususnya pimpinan daripada al-Fadil Ustaz Ahmad Awang selaku Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Perak bersama seluruh sembilan orang lagi ahli Harian yang lain. Sebab kita hanya minta hari itu (pilihan raya umum) nak menang, kot boleh pun jadi pembangkang, habis-habis hebat pun jadi pembangkang yang kuat, tetapi Allah ini Maha Mengetahui benda-benda sedemikian. Sehingga satu lonjakan yang kita tidak boleh duga, penghormatan daripada parti KeADILan dan DAP kepada kami pun menunjukkan ini pun ada merupakan kurniaan Allah. Jadi kita terima ketetapan itu. ikuti 10 lagi soalan Harakah kepada MB Perak di sini .
|
We wish you well, please prove to us, the 'opposition' can do a better job then the BN government and never misuse the name of God for any political reason.
Be humble, sincere and transparent and you will certainly get our vote for GE13.