A+ | A- | Reset
Home

Sultan Mizan murka pada Idris Jusoh kerana Tragedi Batu Burok? PDF Print
Thursday, 27 March 2008 10:03

(Harakah) - Selain penggunaan Wang Ehsan, Sultan Terengganu juga dilaporkan tidak senang dengan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh berhubung beberapa isu dan dasar lain termasuk peristiwa berdarah di Batu Buruk pada September tahun lalu, lapor Malaysiakini. 

Perkara itu ditegaskan ketika Perdana Menteri yang dituntut berundur, Dato' Seri Abdullah Badawi menghadap baginda semalam.

Berbeza dengan layanan lemah lembut polis kepada tunjuk perasaan para penyokong Idris baru-baru ini yang antaranya membawa sepanduk yang dilihat menghina Sultan dengan kata-kata "Kami nak Idris, natang (binatang)," dalam tragedi berdarah di Batu Burok, pihak polis mengganasi rakyat tidak bersenjata dengan peluru hidup kononnya kerana berhimpun secara haram.

Dari laporan Malaysian Insider pula, pertemuan antara Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong dan Abdullah jelas memuktamadkan baginda tidak mahu menerima Idris sebagai Menteri Besar.

Menurut laman berita itu, walaupun Abdullah mengemukakan Dato' Mohamed Awang Tera sebagai calon tolak ansur, tetapi Sultan Mizan dengan tegas menyatakan baginda tetap dengan pilihannya supaya Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar.

Malaysian Insider juga memetik sumber istana yang menyatakan, Sultan Mizan telah memperlihatkan rasa tidak senang baginda kepada Idris sejak hujung tahun lalu lagi.

Sumber itu menyenaraikan beberapa episod dan polisi yang tidak disenangi baginda.

Blogger Ahirudin Attan (rockybru.blogspot.com) pula menyatakan, sumber-sumber beliau memberitahu, Abdullah dititah supaya menerangkan bagaimana Wang Ehsan digunakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Idris.

Sejak Barisan Nasional (BN) merampas pemerintahan dari PAS dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu, kerajaan pusat memberikan Wang Ehsan kira-kira RM1 bilion setahun kepada kerajaan Terengganu. Wang Ehsan tidak diberikan ketika PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Terengganu mempunyai jumlah penduduk miskin yang kedua paling ramai selepas Sabah.

Menurut Ahirudin, Abdullah juga dititahkan supaya bertemu dengan Ahmad.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah akhbar harian semalam melaporkan kata-kata Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid yang dilihat seolah-olah terus mencabar keputusan Sultan melantik Ahmad sebagai Menteri Besar.

Akhbar tersebut melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil itu menyatakan bahawa 22 dari 24 Adun BN Terengganu telah mendesak Abdullah supaya berkeras untuk melantik Idris sebagai Menteri Besar.

Dengan keyakinan bahawa berita yang baik berada di sebelah pihak mereka, Rosol yang berada di Kuala Lumpur bersama-sama Idris dan 21 Adun lain, lapor akhbar itu, menyatakan, "kami begitu kuat sekarang".

Beliau juga mendakwa, kesemua 22 Adun itu yang dilaporkan pulang ke Terengganu semalam berdiri teguh di belakang Idris.

"Kami hanya menerima arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," tegas beliau.
Comments (10)Add Comment
...
written by jentayu82, March 27, 2008 10:16:28
Apa dah jadi dengan ahli-ahli BN nie?? sekarang Sulatan pun dah tak dihormati seperti PM lebih berkuasa pulak..PM tu pun kalau takde siapa nk sokong tak kan dapat jadi PM.

Menderhaka pada Sultan, terima jelah hakikat bukan rezeki Si Idris tu jadi MB terengganu, kecoh-kecoh pun nak buat apa, menghuru-hara keadaan lagi adalah.

Bertindaklah dengan akal fikiran dan janganlah bertindak ikut perasaan,semuanya dah berusia, jadi fikir la secara matang, beri contoh pada yang muda belia kat luar sana tu.
report abuse
disagree 2
agree 24
...
written by krepot, March 27, 2008 10:17:43
ABB ran with his tail tucked between his legs......

Our spineless PM can't explain what happened to the money because he pocked it with his SIL and family! He had no choice but to retreat in shame! What a pussy!

He really needs to step down! Shameful! Berundurla Pak ooi!
report abuse
disagree 5
agree 19
...
written by fromamovingtrain, March 27, 2008 10:33:53
The drama is going EXACTLY according to script. umno is showing their true colours, their reps are predictably recalcitrant, rude and do not respect the constitution nor the institution of royalty that they scream loud to protect. So far so good.

As for the leader of the mob, he is doing exactly the things we would expect him to do: hang on dearly to his post, flex his (whatever left of)political muscle with the help of his lap dogs, continue to be ill- advised, and sleep.
report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by oknyua, March 27, 2008 11:08:43
There are myriad of reasons, but UMNO must understand the basic concept of constitutional monarchy - that we are the subjects of the Sultan first. The ruling party is the administrator. What happens when the administrator abuses its position?

1. The Sultan watches without doing anything or
2. The Sultan advises the ruling adminsitrator or/and
3. The Sutan intervenes when the adminstrator continues abusing its position.

This is a case of pure arrogance. HRH the Sultan had given his advise and the ruling UMNO ignored it. The more I read, the clearer is the answer. The blame is squarely on the Prime Minister himself.
report abuse
disagree 1
agree 22
...
written by ghondoruwo, March 27, 2008 11:21:31
"Dengan keyakinan bahawa berita yang baik berada di sebelah pihak mereka, Rosol yang berada di Kuala Lumpur bersama-sama Idris dan 21 Adun lain, lapor akhbar itu, menyatakan, "kami begitu kuat sekarang".

This Rosol guy is a classic example of UMNO arrogance. Why don't you put your money where your mouth is!!! Resign together with the rest of the 21 goons and test your "kekuatan" at by elections.
report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by rayden chan, March 27, 2008 11:35:27
""Kami hanya menerima arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," tegas beliau."

Wooii, melayu moden, tahukah apa maksud "derhaka"?
report abuse
disagree 1
agree 20
...
written by rayden chan, March 27, 2008 14:02:18
There's one saying in chinese
"Law is dead, but Human is alive" - the Law was just a guideline for people to follow, but in this case, Tengku Mizan was the King/Agong of this land, why must Bodowi insist on his stand? And UMNO, did they forgot their plea to support the King? and now they are going against the one whom their ancestor has sworn to protect?
Bullshit UMNO...bullshit BN...
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by Naha, March 27, 2008 14:46:32
Bagus UMNO, bagus. Jaguh-jaguh bangsat belaka.
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by MyView, March 27, 2008 19:14:47

Bukan kes Batu Buruk aje...banyak,.. tak terkira...berjuta wang rakyat habis.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by johanssm, March 28, 2008 02:44:35
I have an appeal that have nothing to do with umno,that is to request HRH AGung to grant to pardon and command the release of all ISA detainees or at least to grant leave to Hindraf detainees.
And in place for their release, request HRH Agung to put the 23 ADUN in ISA.
I might be asking too much, but it is worth a try.
report abuse
disagree 0
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM