A+ | A- | Reset
Home

Pemimpin akar umbi pemuda mahu pemilihan Umno tahun ini PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 27 March 2008 08:55

KL: Pemimpin Pemuda Umno peringkat akar umbi mahu pemilihan parti diadakan tahun ini bagi membuktikan bahawa Umno sebuah parti bertanggungjawab dan mengamalkan demokrasi tulen demi kepentingan anggotanya dan rakyat secara amnya.

Mereka berpendapat bahawa ini penting bagi menunjukkan bahawa Umno adalah sebuah parti yang mendahulukan hak dan kepentingan anggotanya serta tidak melindungi kepentingan individu tertentu dalam parti.

"Kita sudah berada dalam masa tambahan selepas pemilihan ditangguhkan bagi memberikan laluan kepada pilihan raya umum ke-12, keputusan pucuk pimpinan (menangguhkan pemilihan) akan menidakkan hak ahli untuk memilih pemimpin mereka," kata pemangku Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat Ahmad Faizal Azumu kepada Bernama di Putrajaya Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib semalam bahawa badan-badan perhubungan Umno negeri menyarankan pemilihan parti ditunda kepada Jun tahun depan bagi mengelakkan daripada berlakunya malapetaka kepada parti.

Muhammad, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata ketua-ketua badan perhubungan negeri telah menyatakan persetujuan berhubung perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno.

Pemilihan Umno yang dijadual tahun lepas telah ditunda ke tahun ini bagi memberikan laluan kepada pilihan raya umum ke-12 selepas kali terakhir diadakan pada 2004. Mengikut perlembagaan Umno, pemilihan boleh ditunda sehingga 18 bulan dan tempoh itu berakhir Jun 2009.

Pemerhati politik menjangkakan pemilihan Umno pada tahun ini akan menyaksikan akar umbi menyuarakan pendirian tegas mereka kepada pucuk pimpinan berhubung prestasi Umno yang pudar pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, antara lain, menyaksikan beberapa calonnya tumbang di tangan pembangkang.

Faizal berkata pemilihan parti perlu diadakan pada tahun ini bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan anggota Umno terhadap kredabiliti kepimpinan parti.

"Melalui pemilihan ahli boleh menilai pemimpin di peringkat cawangan, bahagian dan pusat yang tidak "perform" dalam parti dan semasa pilihan raya umum lepas. Dengan kata lain, pemilihan parti ini pembetulan kepada apa yang silap.

"Kalau pemimpin itu gagal, maka ini masa yang sesuai untuk tak terima sebarang pencalonan," kata Faizal yang turut menyokong pandangan Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir merangkap anggota Parlimen Jerlun bahawa pemilihan perlu disegerakan bagi menghormati suara akar umbi dan bukti bahawa demokrasi dalam Umno masih segar.

Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa Idham Yasser berkata penangguhan pemilihan itu seolah-olah usaha untuk melindungi atau mengekalkan individu tertentu dan bukannya untuk mengembalikan kekuatan parti.

"Kita tak mahu orang kata Umno tak relevan ataupun ahli Umno hanya tahu angguk sahaja. Kita sepatutnya betulkan keadaan dengan mengadakan pemilihan parti ini," katanya.

Bagi Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Seputeh, Alawi Dahalin, cadangan penangguhan itu akan menyebabkan pemimpin Pemuda yang berpotensi hilang kelayakan untuk bertanding ke jawatan lebih tinggi dalam pergerakan itu ekoran had umur 40 tahun mengikut perlembagaan parti.

"Pemilihan parti perlu diadakan pada tahun ini untuk beri peluang kepada ahli menilai kembali siapa yang layak jadi pemimpin dalam Umno sepertimana rakyat menilai Umno dalam pilihan raya umum lepas," katanya.

Beliau berkata pucuk pimpinan tidak boleh menafikan realiti di akar umbi ekoran kehilangan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menunjanginya dengan menangguhkan pemilihan parti yang sememangnya medan kepada anggota Umno untuk memberikan pandangan dan pendirian mereka.

Pandangan Alawi itu senada dengan pandangan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, Aminuddin Muhammad yang menyatakan bahawa Umno akan kesuntukkan masa untuk menghadapi pilihan raya akan datang sekiranya menangguhkan pemilihan parti.

"Kalau tak buat (pemilihan parti) maka ia bukan untuk pilihan raya tapi kepentingan individu tertentu. Lebih baik kita bergaduh dalam pemilihan untuk kebaikan parti daripada menangis lagi di kemudian hari (pilihan raya akan datang)," katanya.

Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu Nornekman Osman berkata penanguhan pemilihan parti dalam jangka masa panjang itu akan mewujudkan kelompok-kelompok yang melemahkan Umno serta lari daripada fokus utama kepimpinan parti untuk memulihkan Umno.

Beliau berkata pertembungan dalam suasana hangat adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan ekoran keputusan pilihan raya lepas yang menuntut kepimpinan memfokuskan usaha menguatkan parti melebihi kepentingan lain.

Katanya pemilihan itu akan membuktikan kepada anggota khasnya dan rakyat amnya akan ketelusan dan sifat bertanggungjawab parti dalam mengembalikan keyakinan mereka kepada Umno. - KLPOS.COM

Comments (8)Add Comment
...
written by Flex Tan, March 27, 2008 09:10:51
THE EMPEROR, THE GENERALS, THE LIEUTENANTS, THE MAJOR, THE ETC ETC OF THE PARTY "DON'T HAVE THE INCLINATION TO CHANGE ..... WHAT CAN THE COMMON SLAVE DO........ WITH PARTY WHIPS AND PARTY LAWS PREVENTED THEM TO DO SO.

LETS JUST SAY, UMNO LOVED THEIR MAN MADE LAWS (TRADITIONS AND CULTURE) AND NOW THEY TRAPPED BY IT !!!!!!!

WE CAN ONLY LOOK AND SEE ........
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by 1eyecls, March 27, 2008 09:39:02
UMNO adalah sejenis ulat yang tak sesuai hidup lagi dalam iklim kini,tapi,sedihnya,mereka masih degil kononnya mempertahankan hak-2 orang-2 melayu,u percaya ke?

Pemuda UMNO ni,like father,like son je,betui?or like mother,like daughter kot!


i beri satu contoh,satu orang UMNO kuat yg baru-2 ni tak terpilih masuk cabinet,terus berang dan letak semua jawatan,ni kelakuannya apabila dalam kuasa 4 tahun lalu.BELIAU BUAT UNDANG-2 SENDIRI DALAM IMMIGRATION,SELALU TUKAR POLISI,MENJADI KUCAR-KACIR,BARU ADA PELUANG KORAP!DIA BERI BANYAK PERMIT-2 'SEMENTARA' KPD WAKIL-2 UMNO DAN KRONI-2 UTK MASUK PEKERJA-2 BANGLADESH,DAN MEREKA NI JUAL 'QUOTA' ITU KPD AJEN-2 PEKERJA-2 ASING,DAN DAH BOLOT RATUSAN JUTA RINGGIT!!!(SATU ORANG ASING PUNYA PERMIT,komisen yg mereka dpt =rm1000.00,PERMIT 'QUOTA'TU DAH KELUARKAN 10,000 KEPING!)
so,berapa yg beliau dapat,u sendiri kira!ACA tak berani ambil tindakan terhadap ahli-2 UMNO yg terlibat,dan KDN sendiri kaburkan mata sendiri ,buat tak tau saja perkara-2 ni,siapa yg kena?pekerja-2 asing yg masuk terpengkalai dan setengah-2 taukeh yg kena saman buta-2!
kamu sendiri tengok,undang-2 di malaysia adalah denda mereka yg tak salah!yg salah,sorrylah,jadi jutawan!

kita buat business besar,nak untung rm10,000/bln pun susah,dia orang ni,memperdayakan sistem kerajaan,menyangah jutaan ringgit dgn senang saja,dan juga scotfree ,itu sebab,banyak menteri-2,apabila dlm kuasa,pandai saja pikir cara-2 yg senang kayakan mereka,permit-2 ni seperti AP,TEKSI,TOURISM,macam-2 lagi,telah dipakai secara terang-2!
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by colorsinlife, March 27, 2008 09:41:58
Is this a show-show only by HANG TUAHS .... if so pls stop this bangsawan/sandiwara ...... SHIT !!

IS THERE IS REAL HANG JEBAT .... PLS STAND-UP !!!!!
WE HAVE SO MANY HANG BODOH, HANG KRONI, HANG RASUAH, HANG KERIS, HANG NAJIS, HANG ANJING, HANG ABC, HANG KAMBENG, HANG KARI, AND SPECIALLY "HANG TU"

NEED HANG JEBAT .....
WHERE IS HANG JEBAT??
MALAYS AND MALAYSIA NEED YOU .......

HIDUP HANG JEBAT ... MATI HANG TUAH ..
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by magen, March 27, 2008 10:03:15
Pak Dollah di lantik aje bukan menang bertanding, Biar bertanding dan menang baru dia tak tunduk kepada balaci balaci dia, Be Gentleman Pak lah lets go trough fire to prove youre strong.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by astina, March 27, 2008 10:14:29
umNO tak relevan lagi da.. smilies/grin.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by bumi non malay, March 27, 2008 10:28:23
ha ha ha ha

Akar Umbi.....benarkah UMNO Baru ada akar??...saya rasa gologan remaja UMNO baru = Mat Rempit = TAK GUNA Langsung. Bagi potong Duit$$$$ sumbangan kepada cawangan....semua minta ampun dan CIUM Kasut Pak Lah.

Kalau Cawangan UMNO tak bayar "Rent" kat Kedai di kawasan Gabugan DAP-PKR-PAS, Halau mereka keluar dan jangan bagi "Chance" lagi.

Golongan remaja lalang UMNO baru tak tahu duit kat Malaysia dah berkurangan.....Biar mereka Lapar agar SEDAR!!

Sedikit2 kita korek dan hiris institusi KKK UMNO Baru sampai tumbang dan retak!!

Bagi Kebebasan Beragama, Bebas dari Racism, Bebas Media dan Bebas dari ISA!!!...for a Better Malaysia !! smilies/wink.gif smilies/cheesy.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Kang Mas, March 27, 2008 16:13:18
Mat Taib kata semua ketua perhubungan Ameno negeri telah bersetuju pemilihan parti ditunda kepada Jun tahun depan' Tetiba aje ada suara sumbang yang menafi dan menentang saranan Mat Taib.

Almarhum Kebawah Duli Sultan Selangor pun sanggup Mat Taib tipu. Apa lah ada kepada Amenoputra yang dah berkarat?

Dengan kenyataan yang terkini mengenai penangguhan pemilihan pimpinan, yang dipersetujui oleh semua, dakwa Mat Taib, maka lengkap dan sah bahawa Mat Taib adalah seorang PENIPU besar, terkebelakang sedikit dari bosnya Imam Had_hari.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by zizjaa, March 30, 2008 08:28:40
Pilih jangan tak pilih...tolak bapak ambik anak, tolak anak ambik menantu, tolak menantu, ambik sepupu...memang sudah menular kronism dalam UMNO. Pi mai pi mai, dok tang tu.
'UMNO HAS BEEN TOTALLY PARALYSED' TDM sendiri kata, dia mesti TAU PUNYA....
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM