A+ | A- | Reset
Home

"Undi tidak percaya" Kini hantui Menteri Besar Terengganu? PDF Print
Wednesday, 26 March 2008 20:22

(KLpos) KEMELUT baru bakal membungkus Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said apabila berdepan dengan Sidang Dun tidak lama lagi. Mahu tidak mahu, sidang mesti dipanggil. 

Kesemua 23 Adun BN yang kononnya berdiri di belakang anak Badawi dan Idris Jusoh akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Dun bagi membalas "dendam" terhadap Ahmad yang engkar dengan pantang larang Idris Jusoh.

Menteri Luar, Rais Yatim dan Pensyarah UIAM, Dr. Abdul Aziz Bari sependapat tentang kaedah undi tidak percaya ini, merupakan satu jalan bagi menidakkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Menurut, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang kemelut politik di Terengganu yang kian panas dan membingungkan, “betul atau salah sudah tidak penting lagi kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan.”

“Keputusan MPPR adalah berdasarkan kuasa budibicara dan ini ada elemen yang subjektif. Ia tidak boleh dipersoalkan.

“Lagipun Sultan tidak boleh dibawa ke mahkamah: Mahkamah Khas Raja-Raja cuma menangani tindakan peribadi. Perlantikan Menteri Besar adalah tugas rasmi”.

Dr. Abdul Aziz menambah sekiranya Ahmad berjaya dijatuhkan melalui undi tidak percaya maka MPPR perlu melantik ADUN lain yang dirasakan mempunyai sokongan majoriti.

“Atau pun terus membubarkan dewan supaya pilihan raya boleh diadakan agar rakyat dapat membuat keputusan!”

Pakar Perlembagaan dari UIAM itu berkata dalam Perlembagaan Negeri – dan juga Persekutuan – ada peruntukan di mana ketua negeri boleh “memprorog" atau membubarkan dewan.

“Peruntukan ini dinyatakan tanpa ada permintaan dari kerajaan yang ada. Saya fikir ini boleh digunakan oleh Sultan atau MPPR dalam keadaan seperti yang wujud di Terengganu sekarang”.

Rais Yatim yang juga ahli undang-undang menjangkakan Ahmad Said akan jatuh seperti "nangka masak" jika meneruskan hasrat menjadi Menteri Besar.

"Bila dia (Ahmad) buat jemputan bersidang tentu 23 ahli Dun ini akan menzahirkan undi tidak percaya. Jika ini berlaku, jatuhlah beliau seperti "nagka masak".

"Itu proses dia. Ikut manapun tidak mungkin bagi beliau meneruskan jawatan itu tanpa ada sokongan majoriti," tegas Rais kepada Utusan Malaysia.

Dalam kemelut politik Terengganu, Majlis Penasihat pemangku raja (MPPR) telah menamakan Ahmad Said sebagai MB yang baru dengan menolak calon Perdana Menteri dan Umno Terengganu, Idris Jusoh kembali ke kerusi itu.

Sekalipun, Idris menyerahkan segalanya kepada qada dan qadar, serta bersedia menerima apa jua keputusan dari istana sebelum ini, terbukti palsu dan lakonan semata.

Pilihan istana terus dipersoal, ditentang dan istana menjadi sasaran cemuhan 23 Adun BN Terengganu secara biadap dan derhaka. Mereka memboikot majlis angkat sumpah dan mengugut akan memecat Ahmad dari menjadi ahli Umno.

Kemarahan pemimpin Umno Terengganu itu gagal disembunyikan, malah terus meluap-luap hingga tercatat kemarahan itu di sepanduk "Kami Nak Idris, Natang!" yang boleh ditafsirkan betapa marahnya mereka terhadap istana dengan menggelarnya "binatang".

Comments (8)Add Comment
...
written by seek justice, March 26, 2008 20:34:02
Semua orang nak tunjuk terer! Yang paling terer adalah Tuanku Mizan dengan ihsan Tuhan.

Doa rakyat yang dizalimi disambut Tuhan. Mari kita doakan untuk diadakan pilihanraya semula di Terengganu.
report abuse
disagree 2
agree 37
...
written by hamid, March 26, 2008 20:54:28
Dah tiba masa bagi BN untuk kehilangan 23 kerusi Adun. PM kita ni memang otak udang.
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by Mahyuddin Mahzan, March 26, 2008 23:16:50
This Trengganu issue will be the downfall of Barisan Nasional. Nampak sangat orang-orang UMNO biadap, gila kuasa dan macam-macam lagi la, dah tak larat nak cakap lagi
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by thum, March 26, 2008 23:17:11
No problem... have a by-election and this time PAS win!!! smilies/grin.gif
That would most certainly teach these UMNO freaks a lesson. smilies/angry.gif
UMNO derhaka smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by stillnotproud2bmsian, March 27, 2008 02:24:50
Speaking about God and Divine Intervention.... After the Rusila phantom voter riots... wonder is this Divine Judgement for Idris cheating!! Serves him right... now no longer a Datuk... smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by dinsmann, March 27, 2008 02:40:28
Adalah tidak mustahil pula 23 ADUN Trengganu tidak akan mengusulkan undi tidak percaya. Tidak semuanya biadap seperti apa yang dilakukan oleh PM AAB. Tentu ada yang masih sayang dan taat kepada Sultan mereka, walaupun dengan tekanan dari PM AAB. Jelas sekali kerakusan dan ketidaksopanan PM bila beliau berjumpa DYMM Sultan pada pagi Selasa, sedangkan beliau tahu Sultan sudah membuat pilihan.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Rundukon, March 27, 2008 09:18:15
Rais Yatim yang juga ahli undang-undang menjangkakan Ahmad Said akan jatuh seperti "nangka masak" jika meneruskan hasrat menjadi Menteri Besar.

KONFIDEN SANGATKAH RAIS YANG SEMUA 23 ADUN BN ITU AKAN SETUJU DENGAN USUL TIDAK PERCAYA?

BEBEKALKAN 8 ADUN PAS, DATUK AHMAD SAID CUMA PERLU 8 ATAU 9 ADUN BN UNTUK MENYOKONG BELIAU.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Raja Gasper, March 27, 2008 17:27:47
Yang pasti jatuh seperti "nangka masak" adalah Umno dan Rais Yatim dan bukan
calon Menteri Besar Sultan Mizan Terengganu.Kalau tak percaya,nanti tengoklah
sendiri akibatnya.Tuhan tidak suka kepada manusia yang sombong dan menghina
keadilan.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM