A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow UMNO risau dan keliru: jangan gelabah!

UMNO risau dan keliru: jangan gelabah! PDF Print
Tuesday, 25 March 2008 18:17

Active Image

Walaupun perpaduan orang Melayu (sekarang diperluaskan menjadi Bangsa Malaysia) penting, sifat Bangsa Malaysia baru yang ingin kita bangunkan itu perlu ditakrifkan dengan jelas.

Oleh Kassim Ahmad

Biarlah saya jelaskan saya masih Ahli UMNO, yang saya anggotai sejak 3 Mei, 1986. Saya nasionalis dan internasionalis sekaligus, tetapi sejak tahun itu, nasionalisme dan internasionalisme saya didefinasikan oleh pandangan hidup Islam, yang ditafsirkan selaras dengan Zaman Sains dan Teknologi moden.

Pada malam rebut besar melanda bumi Malaysia pada 8 Mac yang lalu, saya harap Presiden UMNO, setelah menyeru ahli-ahli UMNO supaya bertenang menerima kekalahan mereka, akan mengumumkan pemanggilan suatu sidang tertutup Perhimpunan Agung Khas UMNO dalam masa dua minggu untuk membincang kekalahan itu. Saya jangka beliau akan berunding dengan Biro Politik Majlis Tertinggu untuk menggariskan ucapan beliau kepada Sidang Khas itu dengan menekankan falsafah perjuangan UMNO dan orang Melayu. Kalau saya di tempat beliau, inilah yang akan saya lakukan.

Tetapi Presiden UMNO memilih untuk menyerahkan pengkajian tentang keputusan pilihanraya umum ke-12 itu kepada sebuah Jawatankuasa Bebas, langsung tidak menyebut tentang Perhimpunan Agung Khas, mengatur supaya pelbagai kumpulan dalam UMNO dan di luar UMNO menyokong kepimpinan beliau dan terus menubuhkan Kerajaan Barisan Nasional yang baru di peringkat Pusat.

Pada waktu yang sama, perpecahan UMNO nyata dengan kelewatan penubuhan kerajaan-kerajaan Negeri, di bawah B.N, di Perlis dan Terengganu. Kerana tidak dilantik sebagai Menteri dalam Kabinet baru, Setiausaha Agung UMNO meletak jawatan. Pemimpin vetran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, meminta suatu Perhimpunan Agung Khas dan mengishtiharkan beliau akan mencabar Pak Lah sebagai Presiden UMNO.

Pada waktu yang sama, sesetengah media arus perdana memainkan sentiman perkauman orang Melayu. Sesetengah orang Melayu merasa begitu risau, tetapi mereka keliru tentang apa yang patut dibuat. Dalam keadaan kelam-kabut ini, timbul desakan dan panggilan untuk menyatupadukan orang Melayu.

Apa akan jadi? Selaku orang Melayu yang cintakan bangsanya, saya merasa terpanggil untuk mengemukakan pendapat saya.

Pertama sekali, kita jangan gelabah dan panik. Sebagai orang Islam, kita jangan putus asa. Tuhan Maha Penyayang. Masa depan kita masih terbuka. Jika kita bertenang dan berfikir secara rasional, kita boleh menyelesaikan masalah yang kita hadapi sekarang, menghapuskan kelemahan-kelemahan, dan terus meningkat maju.

Kerana perpecahan dan kelemahan kita, kita telah dijajah selama 450 tahun dari kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada 1511. Pada 1946 kita berjaya menyatupadukan orang Melayu dan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957 dalam sebuah negara-bangsa Malaya/Malaysia yang berbilang kaum. Kemudian parti orang Melayu yang satu (UMNO) berpecah menjadi dua (PAS) dan sekarang menjadi tiga (PKR).

Pulau Singapura, yang merupakan sebagian dari Johor, merdeka dalam Malaysia, tetapi kemudian terpisah dari Malaysia dan jatuh ke tangan orang Cina. Sekarang, selepas pilihanraya ini, Pulau Pinang pula jatuh ke tangan orang Cina (DAP) – DAP yang bergabung dengan PKR dan dan PAS.

Dua fakta muncul dari analisis di atas. Pertama, fakta perpecahan orang Melayu. Kedua, fakta Malaya/Malaysia merdeka bersifat berbilang kaum. Dari fakta pertama, nyatalah orang Melayu patut berusaha untuk menyatupadukan orang Melayu untuk memlihara dan mempertahan ketuanan merdeka (Ketuanan Melayu=kedaulatan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara, Islam sebagai falsafah negara). Dari fakta kedua, orang Melayu harus mengiktiraf bahawa suku-bangsa lain yang menjadi warganegara Malaysia dan mengiktiraf mereka sebagai rakan seperjuangan untuk membangunkan Malaysia merdeka. Walaupun sebelum ini konsep perkongsian kuasa antara kaum diamalkan, konsep persamaan kaum wujud di bibir lebih dari di hati.

Sekarang, dengan keputusan pilihanraya umum ke-12, nampaknya zaman perkauman kita sudah berakhir. Satu zaman baru, persamaan kaum dan kerjasama erat antara kaum, sudah bermula. Satu Bangsa Malaysia yang tulen sedang dibangunkan.

Walaupun perpaduan orang Melayu (sekarang diperluaskan menjadi Bangsa Malaysia) penting, sifat Bangsa Malaysia baru yang ingin kita bangunkan itu perlu ditakrifkan dengan jelas. Bangsa Malaysia tidak boleh dibangngkan di dalam vakum. Ia lahir dari satu keadaan sejarah dan budaya: Kesultanan Melayu Melaka. Kita menuju ke arah satu Malaysia Baru yang sifatnya berbilang kaum. Kedua-dua pola ini harus disesuai, diselaras, dimoden dan diharmoniskan.

Kepimpinan UMNO dan kepimpinan Melayu mesti bangkit untuk menjawab dan menyelesaikan cabaran ini. Pimpinan tertinggi dalam UMNO ialah Perhimpunan Agung. Itulah sebabnya Perhimpunan Agung Khas mesti dipanggil segera untuk membahas perkara ini. Sidang ini mesti sidang tertutup, kerana UMNO mesti mencapai rumusan falsafah, rumusan dasar dan rumusan kepimpinan dalam sidang ini.

Quran mengajar kita bahawa sesuatu kumpulan manusia terdiri dari tiga kalangan: mukmin (orang yang mengiktiraf dan berjuang untuk menegakkan kebaikan. Slogan mereka “Sembahyangku dan pengorbananku, hidupku dan matiku untuk Allah seru sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya.” – Quran, 6: 162-163), kafir (orang yang menafi kebaikan dan berjuang untuk menegakkan kejahatan) dan munafik (orang yang berpura-pura beriman, tetapi sebenarnya kafir). Kalangan mukmin dalam tiap-tiap kepimpinan mesti berjuang untuk meneutral dan menhghapuskan kalangan kedua dan ketiga di antara mereka untuk mencapai kemenanan total. Kepimpinan UMNO, malah semua kepimpinan kita, mestilah bertindak demikian. Barulah orang Melayu akan selamat dan Bangsa Malaysia akan selamat. Konon kata-kata Hang Tuah “Tiada Melayu hilang di dunia” itu satu propaganda semata-mata!

Pimpinan dari semua parti dan pertubuhan Melayu mesti juga sepakat tentang dua perkara ini (sifat Malaysia dari dimensi sejarah dan sifat Malaysia dari dimensi moden berbilang kaum). Kita mesti sepakat dalam dua hal pokok ini. Pada prinsipnya, kita sudah setuju. Yang perlu ialah penghayatan dan pelaksanaan konsep Bangsa Malaysia ini yang tuilen ini.

Kassim Ahmad bekas Presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

Comments (15)Add Comment
...
written by educationist, March 25, 2008 19:32:41
"Pulau Pinang pula jatuh ke tangan orang Cina (DAP) – DAP yang bergabung dengan PKR dan dan PAS." -coming from an UMNOputra that statement is forgivable. No, Penang as are the other opposition held states are administered by Malaysians.Period.
report abuse
disagree 4
agree 53
...
written by riboak, March 25, 2008 19:46:12
Mr Racist,
Please.... just go and fly kite.
report abuse
disagree 5
agree 50
...
written by razi bakar, March 25, 2008 21:20:36
Alaaa Kasssssimmmmmmm, sifat racist kau ni patut dikuburkan terus dengan kau kau sekali. Bila masa DAP dan PKR jadi parti melayu? PAS pun bukan parti melayu, lainlah kalau kau ingat SEMUA ISLAM ITU MELAYU DAN SEMUA MELAYU ITU ISLAM. Porah!!
report abuse
disagree 2
agree 38
...
written by seek justice, March 25, 2008 22:29:24
En Kassim

Demi Zat yang hidup mati kita ditanganNya, tolonglah jangan dikaitkan Islam walau sedikit pun di dalam ayat yang ada istilah UMNO, tolonglah!

Saya yakin orang UMNO tak menerapkan langsung nilai-nilai apatah lagi ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW didalam 'perjuangan' mereka.

Orang Melayu tak sama dengan orang Islam, En Kassim. Jadi, tolonglah jangan mengenengahkan hujah-hujah yang akan membuatkan kawan-kawan saya yang bukan Islam menyalahkan Islam kerana yang salah dan jahat adalah UMNO, bukan Islam.
report abuse
disagree 2
agree 24
...
written by benjo, March 25, 2008 23:14:05
People like you should just hibernate.
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by cinabuta, March 25, 2008 23:15:02
Kelemahan kepimpinan punca segala hal, mengiakan yang tidak, dan menidakkan yang benar, bersarang dalam kepimpinan UMNO. Segala nya bermula bila TDM memilih orang yang kuat tidor sebagai penganti beliau, mungkin TDM ada sebab nya tersendiri, memilih yang lemah nama beliau akan terus di sangjung, yang lemah tidak akan dapat mengatasi ke aggerisfkan beliau.

Perkiraan itu benar, menjadi nyata.

Malam tadi kelemahan nya masih terserlah, apabila di tanya wartawan mengenai harga minyak, tanpa berfikir panjang beliau menjawab, yang beliau akan mengawal dan mengekang kenaikan harga minyak. Suatau jawapan untuk orang bodoh berfikir, siapa dia, yang dapat mengekang kenaikan harga minyak dunia. STUPID.

Ahli UMNO fikir fikirkan lah, kepimpinan yang sebegini kah yang akan memakrurkan negara, setelah dua minggu dalam delima kekalahan teruk beliau masih belum tahu apa yang hendaki di buat.

Bagi beliau untuk terus hidup, kekalahan UMNO dan BN dalam PUM 12, bukan kekalahan beliau, kerana beliau masih menjadi perdana menteri dan Presiden U&MNO dan BN.

report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by myke, March 25, 2008 23:42:03
Still dwelling in history?

China, hong kong, and so many other countries was ruled by outsiders, but they are stronger that ever today. But this weak Kasim Ahmad is still writing about how to succeed after 50 yrs of independent, this is what happened if you only think and dun put it to work.

You and your umno is almost the same, RHETORIC. 50 yrs of thinking about ketuanan.

Other races in malaysia dont even want to be master of another race, they just work hard to succeed, and they did. They want malays to succeed too so what we can enjoy the same, but like you and unmo who always talk about championing malay ketuanan(umno way), hence, we laid back and watch what u can do with "talk only". After 50 yrs umno rhetoric rules improving malay status, umno dare not even verify what's their economic share status now.

To much rhetorics with power in hand leads umno to coruption, because, what else is easier. Rhetorics need no working.

Still talking about the same thing? You must be joking, how to improve like this.??
report abuse
disagree 1
agree 24
...
written by rayden chan, March 26, 2008 01:16:25
Kalau orang UMNO begitu takut kepada orang Cina, baik kamu halau MCA dan MIC..
buat apa nak lakon tiap tiap hari di depan mereka?

Anjing Racist Kurap!!
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by anban, March 26, 2008 11:09:35
Hi Kassim Ahmad,

Fyi
PAS is not a Malay party, its a MUSLIM party.
PKR is not a Malay party, its a MULTIRACIAL party headed by a Malay leader
DAP is not a Malay party, its a MULTIRACIAL party headed by a Chinese leader.

PKR will fight for Malay and Non-malay rights
DAP will fight for a Malay and Non-malay rights.
PAS fights for Muslim rights but always emphasise that they are very respectful of non-muslim rights as well.

Can UMNO do any of the above????

So pls stop your racial talk and join the new dawn.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by DontPlayGod, March 26, 2008 11:16:25
Yes, Kassim, you are a nationalist, but have fallen for UMNO's all-encompasssing racist, and ketuanan ideology. You still haven't got it, I am afraid.

The four states fell to the BR because the Malaysians(Bangsa Malaysia) are fed up with UMNO's racist, discriminatory, crony, and corrupty policies.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by alan cheong, March 26, 2008 12:08:12
sa lagi bengap bin bodoh sombong al-bendul
report abuse
disagree 1
agree 0
...
written by rakyatmalaysia, March 26, 2008 12:22:11
mentality macam ini la, negara kita masih di tahap dunia ketiga. this fellow is still living in pre-independence day. SAD but true, we are the only country in this region where we identified as malay , chinese , indian.

sigh...
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Leon, March 26, 2008 14:40:29
Sdr Kassim,

Eloklah perasaan nasionalis kamu itu dikuburkan sahaja. Sudah outdated, 51 tahun lewat. Apabila Allahyarham Dato' Onn melaungkan HIDUP MELAYU pada 1946, itu relevan, sebab perjuangannya semata2 demi orang Melayu. Bumi ini pun dikenali sebagai Tanah Melayu, Malaysia tak ada lagi. Hari ini, tahun 2008, Malaysia yang dimiliki bukan sahaja keturunan Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli, Siam, Jawa, Bidayuh, Penan, dan macam-macam lagi; dah 51 tahun usianya. Kalau manusia, dah senja kata orang. Takkanlah masih kebudak-budakan tutur kata dan buah fikirannya. Takkanlah orang Malaysia tak boleh terima hakikat bahawa orang Malaysia bermacam2 warna kulit, bahasa pertuturan, adab budaya, dan kepercayaan agama. Pulau Pinang diperintah orang Malaysia. Singapura diperintah orang Singapura. Janganlah termakan dakyah UMNO yang cuma layak dipamerkan dalam muzium tu, wahai Cik Kassim oi!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by macanhitam, March 28, 2008 08:34:08
kalau ada lagi 10 ekor cam en.kassim nih, hancus lah malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by rimaukl, March 28, 2008 23:13:23
En. Kassim macam tertidur... tak perasan budak-budak Gerakan yang memerentah Pulau Pinang selama ini adalah bangsa cina. Yang paling lucu dia ingat bahawa Kemerdekaan Malaysia di capai kerana "kita berjaya menyatupadukan orang Melayu". Kalau bangsa cina dan india tak bersatu dengan melayu, mimpi lah nak dapat kemerdekaan.

Tu lah, minda-minda budak UMNO... selalu nak jadi Hang Tuah bawa keris...
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM