A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Ahmad Said bakal diguling dengan undi tidak percaya?

Ahmad Said bakal diguling dengan undi tidak percaya? PDF Print
Tuesday, 25 March 2008 17:25

(Harakah) - Kemelut baru bakal membungkus Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said apabila berdepan dengan Sidang Dun tidak lama lagi. Mahu tidak mahu, sidang mesti dipanggil. 

Kesemua 23 Adun BN yang kononnya berdiri di belakang anak Badawi dan Idris Jusoh akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Dun bagi membalas "dendam" terhadap Ahmad yang engkar dengan pantang larang Idris Jusoh.

Menteri Luar, Rais Yatim dan Pensyarah UIAM, Dr Abdul Aziz Bari sependapat tentang kaedah undi tidak percaya ini, merupakan satu jalan bagi menidakkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Menurut Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang kemelut politik di Terengganu yang kian panas dan membingungkan, "betul atau salah sudah tidak penting lagi kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan."

"Keputusan MPPR adalah berdasarkan kuasa budi bicara dan ini ada elemen yang subjektif. Ia tidak boleh dipersoalkan.

"Lagipun Sultan tidak boleh dibawa ke mahkamah: Mahkamah Khas Raja-Raja cuma menangani tindakan peribadi. Perlantikan Menteri Besar adalah tugas rasmi".

Dr. Abdul Aziz menambah sekiranya Ahmad berjaya dijatuhkan melalui undi tidak percaya maka MPPR perlu melantik Adun lain yang dirasakan mempunyai sokongan majoriti.

"Ataupun terus membubarkan dewan supaya pilihan raya boleh diadakan agar rakyat dapat membuat keputusan!"

Pakar Perlembagaan dari UIAM itu berkata dalam Perlembagaan Negeri � dan juga Persekutuan � ada peruntukan di mana ketua negeri boleh "memprorog" atau membubarkan dewan.

"Peruntukan ini dinyatakan tanpa ada permintaan dari kerajaan yang ada. Saya fikir ini boleh digunakan oleh Sultan atau MPPR dalam keadaan seperti yang wujud di Terengganu sekarang".

Rais Yatim yang juga ahli undang-undang menjangkakan Ahmad Said akan jatuh seperti "nangka masak" jika meneruskan hasrat menjadi Menteri Besar.

"Bila dia (Ahmad) buat jemputan bersidang tentu 23 ahli Dun ini akan menzahirkan undi tidak percaya. Jika ini berlaku, jatuhlah beliau seperti "nangka masak".

"Itu proses dia. Ikut manapun tidak mungkin bagi beliau meneruskan jawatan itu tanpa ada sokongan majoriti," tegas Rais kepada Utusan Malaysia.

Dalam kemelut politik Terengganu, Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) telah menamakan Ahmad Said sebagai MB yang baru dengan menolak calon Perdana Menteri dan Umno Terengganu, Idris Jusoh kembali ke kerusi itu.

Sekalipun, Idris menyerahkan segalanya kepada qada dan qadar, serta bersedia menerima apa jua keputusan dari istana sebelum ini, terbukti palsu dan lakonan semata.

Pilihan istana terus dipersoal, ditentang dan istana menjadi sasaran cemuhan 23 Adun BN Terengganu secara biadap dan derhaka. Mereka memboikot majlis angkat sumpah dan mengugut akan memecat Ahmad dari menjadi ahli Umno.

Kemarahan peimpin Umno Terengganu itu gagal disembunyikan, malah terus meluap-luap hingga tercatat kemarahan itu di sepanduk "Kami Nak Idris, Natang!" yang boleh ditafsirkan betapa marahnya mereka terhadap istana dengan menggelarnya "binatang".

Comments (6)Add Comment
...
written by Yacob, March 25, 2008 23:34:31
Kalaulah Ahmad Said dijatuhkan melalui undi tidak percaya, ianya juga tidak menjamin bahawa Idris Jusoh akan dilantik jadi MB. Pasti pihak istana berkeras menolak pencalunan Idris. Tentunya UMNO akan lebih cepat terkubur.
report abuse
disagree 2
agree 10
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Sudahlah tu, March 26, 2008 09:56:57
Berkemelut kerana tamak. Inilah bangsa UMNO yang berkulitkan sebagai Orang Melayu.
Sungguh memalukan.
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by Jebat2020, March 26, 2008 11:04:12
Jika ADUN BN Terengganu nak buat undi tidak percaya kepada Ahmad Said untuk menjatuhkannya, jom kita lihat siapa yang kena!

Di DUN Terengganu:

BN : 24
PAS : 08

Ahmad Said terkeluar dari team 24, maka BN tinggal 23
Ahmad Said perlukan 10 orang ADUN BN untuk jadi Exco. 10 orang ini mesti suka nak jadi exco, maka mereka akan sokong Mat Said.

Maka, 23 - 10 = 13

Jadi Mat Said sekarang ada 11 orang dalam team dia.
Sekarang sudah 13 BN - 11 Mat Said
Okay, tambah pulak kelapan-lapan ADUN PAS sokong Mat Said di DUN, maka:

Mat Said 11 8 = 19
BN = 13

19 lawan 13, SIAPA YANG KENA?

BODOH GENG JUSOH NI KAN?



report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Umar Rentaka, March 26, 2008 11:55:50
AG must and should charge all the UMNO leadership under the Sedition Act for insulting the Sultan and Agong for calling Tuanku "natang".

Stupid, idiot, rascal UMNO. Biadap, angkuh dan bodoh!
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by picadilly, March 26, 2008 11:58:24
UMNO , MAsa dari Mahatir dulu, korangla yang ajar rakyat Malaysia tak perlu hormati agung dan sultan.. Kami India dan Cina sejak sekolah lagi Patuh kepada rukun negara. Korang ni yang ajar yang bukan bukan lepas tu India dan cina dipanggil derhaka kepada DYMM. UMNO & mahatir sekarang Dolala Natang
report abuse
disagree 1
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM