A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Ahmad Said kumpul sokongan, Idris Jusoh makin terpinggir

Ahmad Said kumpul sokongan, Idris Jusoh makin terpinggir PDF Print
Tuesday, 25 March 2008 10:52

(Harakah) - Sesiapa saja yang sempat menonton visual sambutan orang ramai atas kepulangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato' Ahmad Said ke rumahnya di Kemaman semalam sudah tentu bersetuju bahawa jumlah itu bukan sekadar seratus atau dua ratus orang.

Deretan orang ramai yang melambai kepada kenderaan dinaiki Ahmad dilihat di kiri-kanan jalan menuju ke rumahnya. Di pekarangan rumahnya, ratusan lagi manusia berkumpul menanti ketibaannya.

Menteri Besar Terengganu yang baru menerima watikah daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu, Ahad lalu malah diminta menyampaikan ucapan kepada hadirin. Suara sorakan dan tepukan hadirin tanda sokongan kepadanya bertingkah-tingkah sepanjang ucapan ringkasnya itu.

Visual itu disiarkan TV3 menerusi slot beritanya, Buletin Utama jam 8.00 malam tadi. Dalam laporannya, stesen tv itu turut menyebut bahawa para pemimpin kanan Barisan Nasional Bahagian Kemaman turut kelihatan berada di pekarangan rumah Ahmad.

Antara yang disebut ialah Ketua MCA Bahagian, Ketua Wanita dan Puteri Umno Bahagian, selain para pemimpin kanan Umno Bahagian.

Stesen tv sama pada malam sebelumnya ada menyiarkan satu demonstrasi di pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, di Kuala Terengganu. Demonstrasi itu dikatakan dibuat pihak tertentu yang membantah tindakan MPPR melantik Ahmad sebagai Menteri Besar.

Mereka memegang sepanduk dan melaungkan kata sokongan kepada Dato' Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar. Mereka menuntut agar Idris dikekalkan menerajui kerajaan negeri.

Menurut laporan tv itu, jumlah mereka yang hadir itu kira-kira 100 orang. Maklumat yang penulis terima dari seorang rakan yang turut meninjau perhimpunan haram itu memberikan anggaran serupa.

"Paling ramai pun, ada la 120 orang je kot," kata rakan dari Kuala Terengganu itu. Malah menurutnya, sebahagian besar yang hadir itu adalah konco-konco peribadi Idris dari Besut.

Mereka bukannya kalangan pemimpin kanan BN atau Umno peringkat negeri. Bukan juga dari kalangan ahli dan penyokong Umno serata negeri.

Apa sudah jadi kepada sokongan yang didakwa diperolehi Idris sebelum ini? Mahu tidak mahu, kita terpaksa percaya bahawa jumlah yang hadir menyatakan sokongan kepada Ahmad jauh lebih besar berbanding yang berhimpun untuk menyokong Idris.

Betul, Idris menerima sokongan majoriti Adun BN. Disebutkan kesemua mereka selain Ahmad dan Idris sendiri berdiri teguh di belakang Idris.

Soalnya, adakah ahli Umno di seluruh negeri dan para pengikut Adun-Adun itu semuanya berkongsi pendirian sebagaimana wakil-wakil rakyat mereka? Jika begitu keadaannya, masakan hanya 120 penyokong Umno dari Besut saja yang sanggup hadir menyatakan sokongan terbuka kepada Idris di saat genting sebegitu?

Apa yang nyata, Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu gagal mendapat sokongan para pemimpin kanan Umno negeri, termasuk timbalannya sendiri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.

Dalam satu kenyataannya disiarkan akhbar semalam, Tengku Putera bahkan mendakwa kesemua Ketua Umno Bahagian-Bahagian di Terengganu, kecuali Besut memberikan sokongan kepada Ahmad dalam kemelut yang sedang berlaku kini.

Katanya, selain beliau sendiri selaku Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, turut menyokong pelantikan Ahmad, yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman, ialah Dato' Dr Rosli Mat Hassan (Dungun) dan Dato' Abdul Rahman Bakar (Marang).

Tengku Putera, Rosli dan Abdul Rahman ada sebab sangat munasabah untuk memushi Idris setelah ketiga-tiga mereka dicantas daripada senarai calon BN dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Turut didakwa memberikan sokongan kepada Adun Kijal itu ialah Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Dato' Mohd Jidin Shafee (Setiu). Ada pun Ketua Umno Bahagian Besut yang tidak menyokong pelantikan Ahmad adalah Idris sendiri.

Menilai dari perkembangan ini, sokongan yang didakwa diperolehi Idris dijangka tidak akan bertahan lama. Apabila penyokong akar umbi tidak bersedia berdiri teguh bersama seseorang pemimpin, alamatnya sudah sampai masa untuknya mengundurkan diri.

Comments (6)Add Comment
...
written by Bill Gates, March 25, 2008 10:57:37
Looks like Makhal Sakhti has spread to Terengganu now. The majority of the people of Terengganu hold the principles of Rukun negara and more importantly are Hang Tuahs who will defend the Sultan.

UMNO goons have again showed their disrepect to the Sultan and the King and as such warrant the ISA. Lets see if Paklah will take action.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
report abuse
disagree 2
agree 26
...
written by Sagaladoola, March 25, 2008 11:01:22
Penulisan saya berikutan dengan isu MB Terengganu:
Tajuk : Defenders of Malay Race, Derhaka or Setia, Sultan and MB Terengganu
Link : http://sagaladoola.********.co...ka-or.html
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by ultraman, March 25, 2008 11:18:02
Nampakknya Lim Kit Siang lebih memahami dan menghormati adat and kebudayaan Melayu. Bila dia sedari kesilapanya terhadap DYMM Sultan Perak, dia meminta ampun dengan segera. Dia sedar bahawa perintah Sultan Perak adalah tidak dibuat siar-siar sahaja. Dia faham bahawa perintah di buat dibuat untuk kebaikan rakyat Perak.
Tetapi di Trenganu, nampak berlainan. Pihak diRaja telah lantik Ahmad Said, bantah pula sebahagian rakyat Trenganu. Hoi! Ini perintah diraja. Ikut la sahaja. DYMM sultan tahu siapa yang sesuai untuk negeri Trenganu!
report abuse
disagree 3
agree 27
...
written by rayfire, March 25, 2008 13:13:06
Emmm, come to think of it, this Ahmad Said, is he any better than Idris Jusoh?
I mean I just saw a video on youtube about some ADUN in Terengganu who uttered profanity at the Dewan Negeri being accused of destroying people's houses.
Guess who the ADUN is..... Ahmad Said!
So both ways ... now seems to me... is a lost for Terengganu people
Hope I am wrong about this, please check the youtube for yourself, type UMNO Terengganu.

Best choice..... reelection, by election and Barisan Rakyat takeover!
smilies/grin.gif
report abuse
disagree 3
agree 3
...
written by Gargamel, March 25, 2008 13:33:27
Anyone who stands to gain anything from politicians will gladly support whoever is in power.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Tompios, March 26, 2008 08:07:49
Most people from Malaya states are very expert to see chances in term of survival. This is what that I really admire about them. As a patriotic Sabahan, I hope someday my people will do survival for their own nation! UMNO is the best example for survival crisis. This party can survive more then 50 years over Malaya land.

I give grade A for UMNO survival's quality. This can be depicted as cockroach. UMNO and Cockroach are the same.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM