A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Isu MB Terengganu, KeADILan buat laporan polis terhadap Umno, PM

Isu MB Terengganu, KeADILan buat laporan polis terhadap Umno, PM PDF Print
Tuesday, 25 March 2008 10:49

(Harakah) - Kebiadapan Umno/BN terhadap institusi raja di Terengganu dipandang serius banyak pihak termasuk Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang membuat laporan polis terhadap pemimpin tertinggi Umno dan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu semalam.

Laporan polis itu dibuat berikutan tindakan Umno yang disifatkan sebagai tidak menghormati keputusan Istana Terengganu berhubung isu pelantikan Menteri Besar.

Seramai 12 anggota KeADILan yang diketuai Timbalan Ketua Angkatan Mudanya, Faris Musa membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu pada 4.30 petang.

Faris kemudian memberitahu pemberita, laporan itu dibuat terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalannya Dato' Seri Najib Tun Razak, dan 23 Adun yang telah membantah keputusan pelantikan Adun Kijal, Dato' Ahmad Said oleh Sultan Terengganu, sebagai Menteri Besar negeri itu.

"Keputusan telah dibuat, seharusnya mereka (Umno) mengambil tindakan untuk menerima dan akur kepada keputusan itu," katanya merujuk kepada pelantikan Adun Kijal Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan KeADILan Terengganu, Razali Alias berkata semua pihak yang terlibat agar menangani krisis tersebut dengan berhemah.

Sarannya semua pihak perlu berhati-hati terutamanya dalam menjaga hubungan dengan pihak Istana kerana ia amat sensitif bagi orang Melayu.

"Jika tidak dipersetujui sekalipun, suatu kaedah atau tindakan lain yang lebih bersopan perlulah digunakan," ujarnya.

Kekalutan yang berlaku dalam isu pemilihan Menteri Besar Terengganu mendedahkan sikap sebenar Umno yang langsung tidak menghormati institusi raja, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily semalam kesal dengan sikap yang ditunjukkan Umno terutamanya apabila Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor membuat kenyataan terbuka untuk memecat keahlian Adun Kijal, Dato' Ahmad Said.

Ia ditambah lagi dengan kegilaan Umno Terengganu yang dikepalai bekas Menteri Besarnya, Dato' Seri Idris Jusoh dan Rosol Wahid yang bertindak memprotes secara terang watikah yang diperkenan oleh Pemangku Sultan Terengganu melalui Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), ujarnya.

Sambil menyifatkan ia satu penghinaan kepada institusi beraja, beliau juga menyatakan tindakan Umno ini sebenarnya menunjukkan perpecahan yang dialami parti itu selepas kekalahan besar dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Beliau turut kesal dengan kenyataan terbuka Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terhadap isu lantikan Menteri Besar Terengganu.

Katanya, Gani tidak sepatutnya membuat kenyataan terbuka sebaliknya beliau perlu bertemu secara tertutup dengan Sultan bagi menyampaikan pandangan.

Dengan membuat kenyataan secara terbuka ini ia satu yang memalukan selain mendedahkan tindakan campur tangan politik membabitkan Peguam Negara, katanya.

Comments (5)Add Comment
...
written by Flex Tan, March 25, 2008 10:54:58
LETS ALL MALAYSIANS MAKE THAT POLICE REPORT!!!!!
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by Bill Gates, March 25, 2008 11:00:11
When Mike Tyson make such a report against YM Pete, the police were so efficient in taking action against him.

See if post election era will have a more efficient police under Syed Hamid.

Btw, UMNO has been rude to the Sultan and as such should stop championing ketuanan melayu.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by shamadz72, March 25, 2008 11:03:23
Now I know why Badawi has to wear adult diapers every time he meet up with our King smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by DezMalaysia, March 25, 2008 11:07:51
The "Ketuanan Melayu" is only a hypocrite slogan that they yell all the way to get malay supports to stay in power for more luxurious underhand business...

Babi Nasionals (BN) !
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by bumi non malay, March 25, 2008 11:27:45
Inilah Bangsa Hebat Melayu UMNO yang Hina Sultan.....Orang Cina & India harus beri sokongan kepada Sultan melalui satu DEMO HEBAT Sokong Raja-raja dan Sultan....Sesiapa yang nak sokong ddatang 28 March 2008 kat Istana di Trengganu!!

Biar bumi non malay ajar melayu UMNO macam mana Hormat Sultan!!
report abuse
disagree 0
agree 5

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM