A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Ada rasuah di Kementerian Pelajaran?

Ada rasuah di Kementerian Pelajaran? PDF Print
Tuesday, 25 March 2008 10:48

(Harakah) - Sebuah syarikat yang membekalkan peralatan projek robot "F1 In School" dihebohkan mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan isteri menteri.

Perkara itu didehkan oleh Presiden Unika PTS, Ainon Mohd dalam laman syarikat berkenaan, universitipts.com

"Entah betul, entah tidak, kononnya "Formula Satu" Sdn Bhd bagi tahun 2006-2007 sudah menerima kontrak bernilai hampir RM80 juta yang melibatkan 300 buah sekolah.

"Bagi tahun 2008 pula, kontraktor itu akan menerima kontrak bernilai RM189 juta lagi bagi membekalkan robot kereta lumba F1 untuk mata pelajaran rekacipta ke 1,700 buah sekolah menengah lagi.

"Macam-macam lagi gosip yang sampai ke telinga kita, semua gosip-gosip itu tidak menyedapkan hati. Yang paling tidak sedap didengar adalah desas-desus kononnya "Formula Satu" Sdn. Bhd. mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan isteri menteri," katanya.

Pada masa ini , katanya, berbuih-buih mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan bercakap tentang gosip kononnya sebuah syarikat yang bernama F1 In School Sdn Bhd yang dikaitkan dengan nama seorang peniaga Cina Roy Chu, yang akan diberi kontrak RM189 juta oleh menteri pelajaran bagi membekalkan peralatan projek robot F1 itu.

Bagi komuniti pendidikan pula, kata Ainon lagi, mereka mempersoalkan mengapa harus mata pelajaran rekacipta diajarkan kepada murid dengan cara mewajibkan mereka merekacipta kereta robot F1 menggunakan gajet-gajet dan sofwer yang akan dibekalkan oleh syarikat F1 In School Sdn Bhd.

Sedangkan mata pelajaran rekacipta dapat diajarkan menggunakan banyak peralatan lain yang lebih murah dan efektif, kata beliau.

"Gosip-gosip sedang merebak kencang dari mulut-ke-mulut yang dikaitkan dengan deal-deal bagi projek-projek yang melibatkan ratusan juta ringgit untuk perbekalan mesin, gajet, penaikan taraf makmal dan peralatan makmal bagi mata-mata pelajaran teknikal dan vokasional, di mana setiap kos projek dinaikkan berlipat-lipat ganda harganya.

"Antara nama-nama syarikat kontraktor yang disebut-sebut adalah Khazanraya Sdn Bhd, Formula Satu Sdn Bhd, Jalinraya Sdn Bhd, dan Vitalis Seri Sdn Bhd.

"Digosipkan bahawa empat buah syarikat itu adalah berkaitan antara satu sama lain dan nama-nama lembaga pengarah Melayunya hanya menjadi muka depan sahaja kepada seorang tokoh bisnesman Cina yang infamous," kata Ainon dalam laman tersebut.

Menurut beliau, bukan baru hari ini sahaja mulut-mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan berbuih-buih bercakap tentang pelbagai projek pembelian buku dan bukan-buku yang berlaku di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang dikatakan dibuat oleh orang politik dengan tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan pakar-pakar pendidikan.

Satu lagi pembelian yang digosipkan itu adalah pembelian produk LEGO. Ya, syarikat pembuat permainan LEGO dari Denmark, negara yang dikaitkan dengan lukisan kartun menghina Nabi Muhammad, katanya.

"Produk LEGO itu adalah untuk digunakan oleh guru-guru bagi mengajarkan mata pelajaran rekacipta di semua sekolah menengah. Menurut yang empunya gosip, RM10 juta sudah dibayarkan kepada kontraktor pembekal pada 2007, manakala RM141 juta lagi akan dikeluarkan tahun 2008 ini.

"Menurut gosip yang sedang merebak macam api belukar musim panas itu, baik peruntukan RM189 juta untuk membeli gajet F1 mahupun RM151 juta untuk membeli LEGO, kedua-dua kontrak itu dirundingkan terus (direct negotiation) antara kontraktor dengan menteri, tidak menggunakan sistem tender biasa," kata beliau.

Menurut beliau, demikian juga dengan pemilihan produk yang dibeli, menterinya hanya mendengar nasihat daripada agen-agen dan salesman F1 dan LEGO, dengan tidak meminta nasihat pakar-pakar yang ada di kementerian.

"Gosip yang kita dengar mengatakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tidak pernah memasukkan kedua-dua produk itu dalam kurikulum rekacipta yang digubalnya, oleh itu PPK tidak mempunyai bajet untuk membeli gajet F1 dan LEGO, yang kedua-duanya bernilai RM340 juta.

"Malah pegawai-pegawai PPK tidak tahu menahu akan pembelian itu sehinggalah diberitahu oleh sumber dari pejabat menteri sendiri," kata Ainon.

Comments (12)Add Comment
...
written by debids, March 25, 2008 10:56:05
Of course there is rasuah...or else no incentive to wake up in the morning to go to work!!! That's why the rakyat voted them out. Unfortunately, some are still there..Next election, we will wipe them out! The whole of the BN stinks of corruption. HIDUP BR.
report abuse
disagree 2
agree 24
...
written by penang1, March 25, 2008 10:57:31




Bukan rasuah. Curi duit aje.

Pusat beri RM300K untuk sekolah.

Wang itu di pusing-pusing and pusing lagi dari pegawai ke pegawai.

Akhirnya, want sebanyak RM30K sampai ke sekolah.

RM270K yg lain? Hilang!

Kenapa hilang? Siapa makan?

Tanya Hisham lah!
report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by fromamovingtrain, March 25, 2008 10:57:43
With our new-found increased voice in the parliament, and control of five (six actually) states including the most developed ones, the Barisan Rakyat reps must investigate these things to the very core. No let ups. Believe me, they are now trembling with fear and a few of these expose^ will bring an impending end to the rampant daylight robberies.

Weed them out!
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by mrgoh, March 25, 2008 10:58:23
Hei, Hishamuddin now is in the hot seat. Let's see him use his keris getting out of this.
report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by Hakim Abdullah, March 25, 2008 10:58:52
this is going to make Hisappudding the kerisman SUCK big time!
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by DezMalaysia, March 25, 2008 11:00:35
Ini kena bawak Kerismuddin untuk di-soal siasat. Tetapi, tuduhan mesti dengan bukti kukuh, kalau tidak, susahlah... Looks like me, sounds like me, but it's not me...
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Bill Gates, March 25, 2008 11:02:35
The Auditor General has published the mishandling of funds by these UMNO goons and cronies but until today why Kerismudin, Azalina, Sharizzat have not been hauled up? Can the real Police Chief stand up?
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by RudyD, March 25, 2008 11:05:59
" Akan ku hunus kerismuddin aku ini untuk menikan mana mana pihak yang cuba mengaibkan nama kau serta isteri aku serta bapak aku " ... Hisahmuddin
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by kurangfaham, March 25, 2008 11:55:09
Ini Hasab butin tak sesuai dan tak layak jadi Menteri Pelajaran. Apa dia tahu tentang pelajaran, tiba-tiba PM yang tidur itu lantik ini keris budin jadi Menteri Pelajaran. Kini, kementerian Pelajaran sudah jadi tahi. Apa dia cakap itui pun orang tak faham, mulut celurut, tak tahu apa dia makan.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by kurangfaham, March 25, 2008 11:57:55
Itu Guru Besar dan Pengetua juga kena bayar komision oleh pembekal yang berkenaan. Mana tak ada rasuah? BPR pun lagi satu tak guna pakai. Jangan percaya kat kerajaan Barisan nasional, kita tukar 100% pilihan raya akan datang.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Muachee, March 26, 2008 09:01:54
nothing new, no surprise, keep voting BN and this is what you get.. smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by clangan, March 27, 2008 02:52:57
Ini HisapPuting, pandai hisap puting tetek saja! Kementerian Pelajaran, belum layak lagi la, lanun!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM