|

ABDULLAH ADALAH “LIABILITI” BAGI UMNO Hebat sungguh bodek dan ampu para sidang wazir Abdullah untuk terus memujanya hingga tidak boleh disentuh batang tubuh imam mazhab hadhari itu kesan memperolehi kerusi Menteri dan habuan jawatan lumayan. KAMAL AMIR MENULIS
SEPERTI yang dijangka, sejak menyuarakan kesediaannya bertanding jawatan Presiden Umno minggu lalu, maka berkokoklah para sidang wazir, pengampu dan penjilat Abdullah Ahmad Badawi @ Imam Mazhab Hadhari pembohong tersohor untuk membelasah serta mengkritik Tengku Razaleigh Hamzah dengan pelbagai ungkapan. Bermula dengan sumbang nyaring dari “trompet berkarat” Ketua Penerangan Umno merangkap menteri kitar semula “recycle” Muhamad Hj. Mohd Taib, diikuti oleh gerutu Setiausaha Agung yang kempunan menteri, termasuklah Ketua Pemuda keris sumbing Hishamuddin Tun Husien Onn menyatakan bukan masanya bagi Umno mengujudkan pertandingan. Disebalik “sokongan tidak berbelah bagi” belah dan bagi? Timbalan Perdana Menteri terhadap Abdullah Ahmad Badawi yang diyakini masih mampu mengembalikan semula Umno kelandasan kemenangan serta yakin rakyat, tiba-tiba jerawat batu Dato’ Mohd. Noh Omar Menteri Pembangunan dan Usahawan melontarkan sindiran pedas terhadap Tengku Razaleigh Hamzah. “Seharusnya beliau merawat Kelantan terlebih dahulu agar dapat merampas kembali dari penguasaan Pas sebelum berangan-angan mahu bertanding jawatan Presiden” merupakan lontaran kata-kata agak sinikal Dato’ Mohd. Noh Omar terhadap Putera Istana Kelantan yang menyuarakan kesediaannya untuk memulihkan kembali imej serta kegemilangan Umno secara keseluruhannya. Hebat sungguh bodek dan ampu para sidang wazir Abdullah untuk terus memujanya hingga tidak boleh disentuh batang tubuh imam mazhab hadhari itu kesan memperolehi kerusi Menteri dan habuan jawatan lumayan. Dalam erti kata lain mereka masih berkeyakinan Abdullah Ahmad Badawi masih relevan untuk Umno kembali berkuasa...... Alahai jumud dan dangkalnya kotak fikiran mereka bernama pemimpin memahami hati nurani rakyat yang mencetuskan gelombang Tsunami Suara Rakyat Kuasa Keramat. Masih belum sedar lagi rupanya orang keliling Abdullah Ahmad Badawi bersama “kerajaan Tiga Beranak” betapa diri Abdullah itu sendiri adalah liabaliti terbesar mengakibatkan merudumnya yakin rakyat berpayung dibawah panji Sang Saka Bangsa sehingga tersungkurnya lima buah kerajaan negeri kepada Barisan Alternatif. Lebih bobrok dan dangkalnya wazir Dato’ Mohd. Noh Omar membela Abdullah Ahmad Badawi apabila dia meminta Tengku Razaleigh Hamzah merawat Kelantan terlebih dahulu sebelum bercita-cita mahu bertanding jawatan Presiden Umno sedangkan seluruh isi alam tahu Abdullah tersungkur di Pulau Pinang !!! Siapa sebenarnya membawa petaka sebegitu aib terhadap Umno untuk tersepuk di lima buah negeri kalau bukan Abdullah Ahmad Badawi? Dalam erti kata lain jika Tengku Razaleigh Hamzah dituntut merawat Kelantan terlebih dahulu bagaimana dengan Abdullah di Pulau Pinang? Jika syarat melayakan sesaorang calon presiden itu mesti datang dari negeri yang tidak dikuasai oleh pembangkang ertinya Dato’ Mohd. Noh Omar sendiri telah lebih awal lagi menolak kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Apakah dia mempunyai calon lain? Maksum sungguhkah Abdullah sehingga boleh dimaafkan sebegitu mudah atas bencana serta kerosakkan yang dilakukan olehnya merundumkan yakin rakyat terhadap parti tersebut? Disamping itu apakah Dato’ Mohd. Noh Omar tidak malu mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan negeri yang diwakili olehnya (Selangor) juga turut tersungkur kepada Barisan Alternatif? Tengku Razaleigh yang disinggung oleh Dato’ Mohd. Noh Omar serta disarankan merawat Kelantan adakah memegang jawatan Ketua Perhubungan sepertimana Abdullah di Pulau Pinang, atau sebagai Pengarah pilihanraya saat Barisan Nasional gagal menebus kuasa di negeri tersebut? Siapa lebih harus bertanggung jawab? Cermin-cerminkanlah diri kita terlebih dahulu apakah jerawat batu, kurap dan panau telah dilicinkan.. Seharusnya Dato’ Mohd. Noh Omar sedar dan segera insaf, punca sebenar kekalahan Barisan Nasional di lima buah negeri serta gagal memperolehi kerusi Parlimen dua pertiga seusai pilihanraya 8 Mac lalu adalah berpunca dari merudumnya yakin rakyat terhadap kepimpinan Abdullah. Batang tubuh Abdullah Ahmad Badawi adalah liabaliti bagi Umno dan bukan lagi asset terpenting sepertimana musim pilihanraya 2004 lalu kerana hala cara kepimpinannya sarat bersekongkol belukang korupsi, mamat skandal, perampok dan penyamun harta rakyat, apek lempang penyamun tarbus yang menjana harta berjuta dari air mata dan keringat rakyat. Disamping itu kalangan parasit politik melacurkan keyakinan rakyat untuk mengadai maruah serta kedaulatan bangsa seperti di Johor yang dikangkangkan kepada kuasa asing melalui koridor sempang peranang Wilayah Iskandar menjadikan wargabangsa cukup jijik dan meluat terhadap pemimpin. Mereka inilah penjana kebencian mencetuskan persepsi Umno hilang wibawa serta tidak lagi relevan. Kemelut tonggang langgang cukup sempang peranang yang dicetuskan berhubung perlantikan jawatan Menteri Besar Perlis dan terbaru di Terengganu hingga rakyat berpecah belah serta terjelma hubungan dingin antara Istana dan pemimpin Melayu merupakan bukti nyata dangkal serta ceteknya pengetahuan Abdullah Ahmad Badawi memahami garis sempadan kuasa kerajaan negeri dan Pusat. Lebih malang lagi bila ujud perasangka buruk dan hilang hormat sebahagian daripada rakyat terhadap kedudukan Raja-Raja Melayu kesan percaturan tersebut meletakkan prinsip rukun negara “Kesetiaan kepada Raja dan Negara “ tergugat. Sewajarnyalah seluruh rakyat yang cinta damai memikirkan secara rasional, apakah Abdullah Ahmad Badawi masih relevan menerajui kepimpinan Umno atau sebaliknya batang tubuh imam mazhab Hadhari sebenarnya liabliti kepada kegemilangan Umno.....fikir-fikirkanlah. Cerita menarik minyak pengasih Kiriman pesanan ringkas seorang teman di Ipoh , Perak menceritakan kisah menarik seorang lelaki bernama Noh Bin Omar bernikah dengan gadis bernama Aisah. Lelaki tersebut bukanlah seorang Datuk yang berjawatan Timbalan Menteri kerana dalam keterangan nikah yang diketahui oleh jiran sekampong pekerjaan lelaki bernama Noh Bin Omar adalah sebagai pemandu. Pernikahan tersebut terjadi setelah lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu bercerai dengan isterinya.Tidak pula diceritakan talak satu dua atau tiga. Meskipun bekerja sebagai pemandu dan berstatus duda, namun dia di restui untuk bernikah dengan Siti Aisah yang dibesarkan dalam keluarga seorang wakil rakyat. Khabarnya gadis bernama Aisah itu sungguh jelita orangnya sedangkan pemandu bernama Noh Bin Omar itu bukanlah tampan atau bergaya sangat. Jalan pun tidak kejap, tapi khabarnya dia ada ilmu pengasih. Hebat sungguh ilmu pengasih lelaki bernama Noh Bin Omar yang bekerja sebagai pemandu kerana berjaya memikat hati anak gadis seorang wakil rakyat serta mampu mengapai yakin dan simpati keluarga tersebut walaupun dirinya seorang duda. Alangkah beruntungnya jika para duda memiliki ilmu pengasih yang terdapat disebuah kampong dalam Daerah Ipoh Perak........... karai oh karai.
|
UMNO perlu belajar dari, kisah tersungkur nya Kesultanan melayu Melaka. UMNO perlu belajar dari apa yang di katakan olih blogger seperti kita. Badawi, Najib harus baca setiap apa yang di ketengahkan olih blogger, kerana arus perdana tidak lagi di yakini.
Tak hendak dengar kata kata "cinabuta" suka hati hang laa..oiiiii.