A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow Malam ini penyu menangis

Malam ini penyu menangis PDF Print
Sunday, 23 March 2008 08:06

Active Image

Terengganu Terus Bergolak

Keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja negeri Terengganu kelmarin menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar bakal mencetuskan krisis perlembagaan cukup parah apabila pelantikan tersebut mengetepikan watikah Abdullah Ahmad Badawi mahukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh menerajui negeri tersebut bagi penggal kedua seusai musim Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu

KAMAL AMIR MENULIS

 

Keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja negeri Trengganu kelmarin menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar bakal mencetuskan krisis perlembagaan cukup parah apabila pelantikan tersebut mengetepikan watikah Abdullah Ahmad Badawi mahukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh menerajui negeri tersebut bagi penggal kedua seusai musim Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Ternyata satu lagi musibah dan pentadbiran sempang peranang ujud era rejim Abdullah Ahmad Badawi menerajui kepimpinan negara kerana sebelum ini Perlis juga turut menghadapi krisis sedemikian di mana akhirnya kerajaan Barisan Nasional terpaksa mengalah kepada kehendak serta kuasa raja.

Ekoran kenyataan Pejabat Sultan Terengganu itu, seramai 23 ADUN Barisan Nasional menolak pelantikan tersebut dan berikrar berdiri teguh di belakang Idris. Mereka juga bertegas tidak akan menghadiri upacara angkat sumpah yang dijadual berlangsung di Istana Tetamu Trengganu jam 8 pagi Ahad 23 April 2008.

Datuk Rosol Wahid yang mewakili 23 ADUN memberitahu, kesemua mereka memutuskan untuk memulaukan upacara angkat sumpah jika calonnya bukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu disamping turut memberi amaran bakal mencetuskan undi tidak percaya kepada Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

‘‘Mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami sanggup meletak jawatan jika beliau tidak dipilih., bersedialah menghadapi kemungkinan pilihan raya sekali lagi,” tegasnya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman Trengganu, k elmarin.

Pelantikan Menteri Besar Terengganu menjadi isu panas yang berlarutan sebegitu lama sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12. Majlis tersebut yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Istana Maziah pada 10 Mac lalu ditangguhkan di saat-saat akhir.

Apakah situasi sebegini melambangkan dangkal dan angkuh Abdullah Ahmad Badawi untuk terus berdegil serta mahu menyanggah kuasa raja? Atau sebenarnya dia mahu memerintah seperti bidalan “ Beraja di mata bersultan di hati”? Di mana letaknya sikap toleransi dan menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu jika dia masih berdegil mengemukakan calon yang ditolak oleh istana?

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan urusan pelantikan Menteri Besar Terengganu terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan MPPR negeri itu. “Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin sedar tentang peruntukan di mana baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar., berdasarkan Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka tidak boleh menjalankan fungsi sebagai Raja Negeri Terengganu melainkan sebagai Ketua Agama Islam.

‘‘Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon sendiri bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja. Justeru, baginda tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan tersebut,’’ kata nya.

Situasi tidak menentu sebegini pasti bakal menjelmakan kemudaratan serta kesukaran bagi rakyat untuk berurusan dengan kerajaan negeri Trengganu. Seandainya ia berlarutan lebih lama lagi mampukah kerajaan Barisan Nasional yang menjanjikan “Aman, Makmur dan Selamat” ujud di negeri penyu menangis itu?

Cukup merencam sekali urus tadbir Abdullah imam besar Mazhab Islam Hadhari hingga sanggup mengenepikan sama sekali kuasa mutlak raja yang termaktub dalam perlembagaan di mana perlantikan sesaorang Menteri Besar di negeri-negeri Melayu adalah merupakan kuasa mutlak Sultan yang memerintah serta perlu memperolehi kepercayaan dari majoriti ahli Dewan Undangan sesabuah negeri.

Rakyat Trengganu pastinya akan melihat situasi sedemikian bagai adanya percubaan menghakiskan kuasa Istana dalam memperlihatkan kuasa politik mengatasi segala. Sesungguhnya inilah yang menjadi kebimbangan Tengku Razaleigh Hamzah kerana melihat ada usaha mahu mencabar perlembagaan dan undang-undang tubuh Persekutuan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Satu ketika dahulu saya pernah menyuarakan kesan buruk dan padah yang bakal menimpa sekiranya kuasa Raja-raja Melayu diketepikan atau dihakiskan melalui pindaan perlembagaan, kerana saya khuatir apabila tercetus kejadian seperti ini tentulah pentadbiran kerajaan bakal tergugat. Semua itu pasti meletakkan kestabilan politik, pemerintahan negara dan negeri berada dalam keadaan tidak menentu.”ujar Tengku Razaleigh Hamzah sewaktu ditemui beberapa hari lalu.

Seharusnya Abdullah mencari kejernihan dan kedamaian secara bermesyuarah serta berunding dengan Istana kerana tentulah ada sebab dan musababnya pihak Istana menolak atau menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap sesuatu perlantikan. Istana adalah merupakan penaung dan payung bagi kesejahteraan rakyat jelata.

Trengganu yang terjelma sebagai antara negeri terkaya di Malaysia memiliki hasil minyak dari buminya memperolehi tidak kurang dari tujuh billion ringgit sebagai wang ihsan dari Petronas.

Dari beberapa berita dilaman internet sebelum ini, heboh diperkatakan hasil kekayaan negeri tersebut antaranya telah dibelanjakan untuk pembenaan Masjid Kristal menelan ratusan juta ringgit disamping itu Pesta Monsoon Cup turut menelan perbelanjaan ratusan juta sedangkan rakyat negeri tersebut sekadar menjadi penonton melihat orang lain mengaut keuntungan.

Sementara itu Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansori semasa ditemui media Utusan Malaysia memberitahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh parti UMNO jika menerima jawatan tersebut kerana pelantikan tersebut dipilih oleh istana serta dianggap mengingkari arahan Presiden parti . ''jika beliau berdegil menerima perlantikan istana , tindakan tatatertib parti akan dikenakan terhadapnya,"

Tegas beliau, ADUN Kijal itu perlu tahu apakah akibat yang bakal diterima olehnya jika melanggar keputusan presiden. Sebagai ahli UMNO dan BN, kita kena akur pada keputusan presiden parti, dia sepatutnya ikut arahan presiden kerana surat tauliah sudah diberikan kepada Idris Jusoh untuk angkat sumpah, jadi apa yang orang lain nak cuba lobi."

Aduhai Trengganu, negeri di Pantai Timur yang diceriterakan oleh penyajak H.M Aziz lewat sajaknya berjudul “Malam ini penyu menangis” kini kembali bergolak untuk terjebak dalam situasi tidak menentu. Buminya kaya raya warisan turun temurun nenek moyang, namun akibat sengketa sesama sendiri akhirnya bumi di pijak milik orang.

Sementara itu pasaran politik di Kuala Lumpur dan kiriman SMS heboh menyatakan bahawa Badan Pencegah Rasuah dikatakan bakal menahan seorang ahli politik di Trengganu kerana fail terdapatnya jenayah rasuah berhubung pembangunan sebidang tanah di daerah Kijal, Trengganu.

Sejauh mana benarnya berita tersebut dan siapakah ahli politik yang dituduh terlibat dalam skandal rasuah itu belum ada sebarang pengesahan resmi dari Badan Pencegah rasuah. Namun Kijal adalah kawasan dalam Bahagian Kemaman di mana Ahmad Said menjadi Ketua Umno Bahagian sekali gus berjaya memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac lalu yang diproklamirkan oleh Abdullah Ahmad Badawi bahawa semua calon mewakili Barisan Nasional adalah bersih dan telah disaring oleh Badan Pencegah Rasuah......he..he..he..Dolah oh Dolah!!!

Active Image

Dalam pada itu saya menerima kiriman e-mail dari seorang teman mendedahkan semakin kalutnya dunia kewartawan apabila ada akhbar mula memutar belitkan fakta dalam laporannya seperti dilakukan oleh akhbar The New Strait Times.Menurutnya,

Cerita dan desas – desus Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan dirinya untuk memperbaiki UMNO telah mencetus pelbagai reaksi daripada pelbagai terutama kepimpinan UMNO sendiri. Sebelum itu, Tengku telah mengedarkan surat kepada ahli –ahli UMNO untuk meminta mengadakan Mesyuarat agung Khas untuk membincangkan mengenai keputusan Pilihanraya ke12 lalu.

Beberapa veteran UMNO telah menyatakan sokongan untuk diadakan Mesyuarat Agung Khas termasuk Tun Dr. Mahathir, di kenyataan beliau di majlis pelancaran buku di Carcosa Seri Negara tempohari.

Yang menjadi pertanyaan, mengapakah perlunya akhbar NST memberi tajuk "Dr. M: Ku Li tiada sokongan" di mana permintaan utama Tengku Razaleigh ialah untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas UMNO. Bagaimanapun akhbar NST tidak langsung membicarakan mengenai cadangan tersebut sebaliknya lebih berminat mengutarakan kesediaan beliau merawat UMNO dengan menjadi calon Presiden.

Manakala akhbar The Star pula jelas bertentangan dari akhbar NST, dengan tajuk berita: Mantan Perdana Menteri Dr. M menyokong cadangan Tengku Razaleigh mengadakan Mesyuarat Agung Khas. NST yang membawa motto "News that Matter" merasakan Mesyuarat Agung Khas tidak sepenting keinginan Tengku Razaleigh mencabar Presiden UMNO.

Tindakan NST menyembunyi butiran lain menunjukkan ia telah diarahkan oleh sesuatu pihak untuk melemahkan pergerakan Tengku Razaleigh sekali gus mahu mengekang pergerakan ahli – ahli UMNO yang mahukan Mesyuarat Agung Khas untuk diadakan.

Sekiranya NST terus mengekalkan cara yang sebegini, lambat laun pembaca akhbar Malaysia yang kini mempunyai lebih pilihan berbanding dulu akan membuat pilihan yang lebih sesuai, iaitu dengan tidak membaca akhbar NST. Adakah NST mampu menghadapi kemungkinan itu? persoalan yang harus dijawap oleh setiap petugas dan pekerja di NSTP termasuklah pemegang saham utama mereka. This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it fikir-fikirkanlah.

Comments (8)Add Comment
...
written by krepot, March 23, 2008 08:18:30
ADOI BLOG: DEATH OF MALAYSIAN MEDIA AS ADVERTISERS SEE IT?
A REALITY CHECK ON SPIN OUTSPUN!

March 14, 2008

The mass media, as we know it, is under microscopic scrutiny post elections. And the ones who are holding up the big magnifying glasses are none other than advertisers themselves. For them, mass media is everything. And they don’t like what they are seeing.
Are billions of ringgit being spent on an indifferent audience?

Jeffrey Zweig Says: Should mass media spend in Malaysia go down? but of course! with 14 million people in the country now online it doesn’t make sense to me that online adex is less than 1% (at least this is what a contact of mine at microsoft told me).

Keith Theseira Says: From a pure consumers point of view, its simple really. Stay relevant or die.

Discretee Says: Wow! Finally! Finally, some one put on the damn lights!! Maybe now a lot of Malaysian Marketeers will wake up and along with them some real archaic Media Planners, And Media Directors.

More here:

http://blog.adoimagazine.com/index.php/2008/03/16/death-of-malaysian-media-as-advertisers-see-it-a-reality-check-on-spin-outspun/
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by krepot, March 23, 2008 08:19:05
Here is the URL again...
http://blog.adoimagazine.com/i...n-outspun/
report abuse
disagree 0
agree 1
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by miracle, March 23, 2008 10:54:59
Yang di-Pertuan Agong & Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja, should strip those "kurang ajar" titles with immediate effect... take them out and far far away from our country ...
report abuse
disagree 1
agree 15
...
written by budakindia, March 23, 2008 14:46:47
Sungguh kalut sekali pentadbiran Abdullah Hj. Ahmad Badawi! Mana perginya slogan pilihanraya Selamat, Aman dan Makumur? Bersengketa dengan Sultan dan pihak Istana? Ini kira tardisi UMNO atau Islam Hadhari menghalalkan cara kurang ajar sperti ini? Baginda cuba menegur singkap angkuh sesetengah pemimpin tetapi diberi layanan kurang ajar dan buruk seperti ini? Adakah ini contoh yang baik kepada rakyat? smilies/angry.gif

Kalau nak sangat letak jawatan silakanlah! Tak payah nak terpekik dan tersorak, ugut sana sini! Ayuh mari kita adakan pilihanraya di Terengganu sekali lagi! Persiapan sudah cukup dengan pengundi hantu? Wang sogokan sudah disediakan? Marilah adakan sekali lagi pilihanraya di Terengganu! smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by mypanida, March 23, 2008 15:44:21
KITA MESTI MENUNJUKKAN SOKONGAN KITA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MIZAN.


KITA JANGAN MEMBIARKAN MEREKA YANG BERKHIANAT NI SEMAKIN BERLELUASA.


KITA SEHARUSNYA MENUNJUKKAN PERASAAN KITA KEPADA UMNO YANG SEMAKIN BIADAP.


PERLEMBAGAAN KITA BERDASARKAN; KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.


zzzz

report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by gotsms, March 23, 2008 19:18:56
I'm not surprised what the ACA unearthed would be to bring down the person appointed by the Pemangku Raja.

Never before the ACA so efficient unless lubricated by money. Time to bring them under parliament, be answerable to the PEOPLE.
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by Sukjeet, March 23, 2008 19:33:17
" bersedialah menghadapi kemungkinan pilihan raya sekali lagi,” tegasnya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman Trengganu, k elmarin"
mmg dialu alukan ...kami sedia,kamu berani? Tau la kali ini jika pilihanraya diadakan semula ..... rakyat 'ganu kalau masih belum sedar lagi,tak tau la nak cakap apa dah!
report abuse
disagree 1
agree 5

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM