|
Kita harus belajar dari kisah Rafidah. Dahulu beliau umpama hulubalang wanita kepada Abdullah Badawi. Sehinggakan beliau sanggup melawan bos lamanya, Dr. Mahathir Mohammad satu ketika dulu untuk mempertahankan Pak Lah, anak dan menantu. Selepas keputusan PRU 12 yang lalu, Rafidah Aziz sewaktu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Umno dengan tegas menyatakan bahawa menantu Perdana Menteri adalah punca utama Barisan Nasional kalah teruk. Oleh kerana itu sahaja, Rafidah telah digugurkan dari jawatan kabinet. Lihat betapa besarnya kuasa menantu Pak Lah di Malaysia. Tanpa memegang apa-apa jawatan pun dia boleh menentukan segala keputusan Pak Lah. Penafian Pak Lah bahawa Khairy tidak mempengaruhinya adalah penipuan semata-mata. Kita tidak akan lupa bagaimana Pak Lah menafikan tentang tarikh pembubaran parlimen dan tidak sampai 24 jam parlimen dibubarkan. Begitu juga dengan penafian PM tentang adanya gerakan untuk menjatuhkannya. Sudah pasti gerakan itu semakin berkembang. Penentang-penentang Pak Lah didalam Umno semakin ramai. Mukhriz,Ku Li,Rafidah,Khir Toyo dan ramai lagi sedang menyusun gerakan. Najib mungkin sudah mula main belakang. Pemilihan Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung Umno membuktikan bahawa Kes Pita Lingam hanya akan tinggal kenangan. READ MORE HERE
|
Bukan sahaja kenaikan harga semua barang tidak dibendung lagi tetapi perselisihan antara kaum akan bertambah tegang dan mungkin berlaku lagi 13 Mei.
Kita telah melakukan sesuatu yang amat berani dan benar dengan menidakkan majoriti 2/3 penguasaan di Parlimen oleh BN. Ini menghalang agenda busuk dan niat jahat BN untuk terus merompak rakyat sambil menonton dengan gembira perbalahan antara kaum di negara ini! Kita berupaya menghalang perkara ini dari berlaku! Jadi janganlah percaya dengan dakyah BN! Kita sememangnya tidak memerlukan pemimpin yang memperkotak-katikkan hasrat rakyat!
Mahukah anda terus dipermainkan seperti 50 tahun dulu? Bila disuruh duduk kita duduk, bila disuruh berdiri kita berdiri?
Jadi kita tidak perlu risau atau takut jika BN dan PM ditendang macam sampah terbuang! Sepatutnya kita bersyukur!