A+ | A- | Reset
Home

Kekalahan Umno dalam PRU12 berpunca dari politik wang PDF Print
Friday, 21 March 2008 11:26

Rakyat telah menolak kepimpinan UMNO menerusi kekalahan jaguh-jaguh pencalunan parti itu pada PRU yang ke12.

Ahli-ahli UMNO khusus nya dan orang-orang Melayu am nya harus menerima hakikat ini bahawa rakyat umum telah hilang kepercayaan terhadap perjuangan pemimpin-pemimpin di akal umbi. Politik wang adalah satu daripada punca utama kekalahan selain daripada kuasa berpolitik yang berpuak-puak.

Sokongan kepada kepimpinan Pak Lah yang sebenarnya telah merosot dan hanyalah penyokong-penyokong termasuk kroni-kroni dan puak “kaki ampu” beliau yang mendapat berbagai-bagai habuan melalui projek-projek pembangunan akan terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang telah “hilang pengaruh dan semangat”.

Apabila UMNO hilang kuasa, maka tertimbul lah segelintir orang-orang Melayu yang mengamuk serta berani menimbulkan situasi yang melampau melalui tindakan-tindakan liar termasuk demonstrasi jalanan seperti apa yang telah berlaku di pulau Pinang ketika pertukaran kuasa pentadbiran negeri daripada Barisan Nasional ke parti pembangkang DAP dalam pakatan Barisan Alternatif.Mereka juga begitu cepat melemparkan kritikan yang tidak berpatutan terhadap kerajaan negeri-negeri yang di bawah kuasa pentadbiran pakatan parti Barisan Alternatif.

Kritikan demikian amat memalukan dari segi prinsip perjuangan yang berdasarkan kepada demokrasi rakyat yang telah memberi kepercayaan serta keyakinan kepada pihak parti pembangkang untuk menubuhkan kerajaan negeri di pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor. Maka melalui hakikat ini, mereka yang merontak tanpa alasan-alasan yang wajar dan kukuh, hanyalah menjatuhkan imej UMNO dan bangsa Melayu sendiri. Sebagai contoh, apa yang ditegorkan oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri pulau Pinang mengenai DEP, hanyalah terhadap perlaksanaan tender-tender yang kurang adil dan trasparensi dimana hanya kroni-kroni yang tertentu sahaja dimunafaatkan.

Isu ini telah diputar-belitkan oleh penyokong-penyokong UMNO, semata-mata untuk membakarkan emosi orang-orang Melayu terhadap Kerajaan baru di pulau Pinang dan Selangor yang baru sahaja ditubuhkan. Biarlah mereka mulakan pemerintahan yang baru itu tanpa sebarang gangguan oleh kuncu-kuncu dan calun-calun Barisan Nasional, khusus nya UMNO yang hebat tetapi telah ditolak oleh majoriti rakyat di kedua-dua negeri itu.

UMNO seharusnya mengadakan “post-mortem” parti keramat orang Melayu dan bukan menyuarakan hasrat post-mortem atas kekalahan calun-calun mereka dan Barisan Nasional dalam PRUyang ke 12. UMNO perlu menghadapi proses “political cleansing” di semua peringkat perhubungan UMNO negeri, bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan.

Apalah faedah nya keahlian UMNO yang berjumlah melebehi 3.2 juta, tetapi pada hakikat nya hanya dikuasai oleh segelintir pemimpin-pemimpin yang tertentu melalui proses pemilihan jawatan-jawatan tinggi parti dengan mengamalkan kuasa politik wang yang berkeleluasan.

Pada masakini akibat daripada kekalahan calun-calun UMNO yang bertanding di PRU yang ke 12 yang amat mengecutkan, telah mewujudkan perasaan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional adalah jelas sekali. Sebagai ketua pemimpin Pak Lah harus dipertanggungjawabkan bersamaan dengan ketua-ketua kepimpinan Barisan Nasional di peringkat negeri yang telah kalah yang mengakibatkan kehilangan kuasa pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang amat mengecutkan rakyat dan negara.

Tindakan Ku Li sebagai pemimpin UMNO yang melebehi 30 tahun lama nya sebagai Ahli Parlimen yang paling kanan, tidak boleh dipandang ringan, tetapi harus diberi perhatian yang serius untuk membela maruah dan kredibiliti perjuangan UMNO demi kedudukan politik bangsa Melayu. Begitu juga surat terbuka Mukhriz yang ikhlas dan berani untuk mendesak perletakan jawatan Pak Lah, perlu diberi perhatian tanpa mengambilkira sorakan dan sokongan hanya daripada penyokong-penyokong pemimpin-pemimpin di peringkat atasan Majlis Tertinggi dan juga Ketua-ketua bahagian UMNO dan Barisan Nasional yang mempunyai kepentingan peribadi masing-masing.

Kerajaan Barisan Nasional melalui kepimpinan UMNO yang kurang stabil dan lembab akan menjejaskan kedudukan mereka di sidang parlimen yang akan datang. Adalah tidak mustahil sekira nya ada pihak pembangkang, khusus nya parti KeAdilan Rakyat berjaya membolot sokongan segelintir ahli-ahli parlimen daripada Barisan Nasional melalui berbagai-bagai habuan termasuk sogokan wang berjuta-juta ringgit. Sekira nya pihak pembangkang berjaya, maka UMNO dan Barisan Nasional akan terpaksa hilang kuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan dan seterus nya jawatan Perdana Menteri.

Mustapha Ong Abdullah

Comments (4)Add Comment
...
written by rajaphillips, March 21, 2008 11:33:08
Kemorosotan Umno bermula hanya sejak Dr M menjadi Presiden (1981) politik wang, kroni DLL
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by oknyua, March 21, 2008 11:52:41
Tak payah fikir banyaklah. Hari mengundi itu, kemah UMNO dan BN mengambil sebelah jalan, menyebabkan jam sepanjang 2-3 km. Apakah perbuatan begitu diterima oleh pengguna jalan raya?

They placed the road-block on the road, their men/women using smart uniforms. I hated it and was angry.

PKR-PAS-DAP camp just asked us to "horn kalau sokong.." I respond lah and they received it with sorak-sorai. I felt happy.

smilies/angry.gif smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by apasalahku, March 21, 2008 11:53:47
tidak, UMNO mula merosot apabila ia pecat Onn Jaafar kerana mencadangkan ia dibuka untuk semua kaum
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by rajaphillips, March 21, 2008 12:00:47
Onn Jaafar tidak dipecat, beliau DEFECT ke parti pembangkang
report abuse
disagree 1
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM