|
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 17 Mac (Hrkh) - Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan, Annual Bakhri Haron menafikan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mempunyai aturcara di Shah Alam 27 dan 28 Mac ini.
Menurutnya, setakat ini pihak beliau ada menerima permohonan untuk Tuan Guru mengisi program di Selangor bulan April hadapan, bagaimanapun ianya masih dalam pertimbangan. Annual menegaskan penafian terpaksa dibuat kerana banyak disebarkan SMS bahawa Mursyidul Am akan menyampaikan ucapan di Stadium Negeri pada 27 Mac dan berkhutbah di Masjid Negeri Selangor pada 28 Mac depan. "Sebelum ini masa Khir Toyo (bekas MB) memerintah, Tuan Guru memang dilarang memasuki Selangor, walaupun parti gabungan menguasai Selangor, kita tidak mahu membuat sesuatu tanpa protokol dan tergesa-gesa. "Awasilah dakyah Umno, apabila mereka tidak menerima kekalahan, maka mereka mula menyebar fitnah,' ujarnya. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib menegaskan bahawa maklumat yang disebarkan melalui SMS tersebut tidak benar. "Tiada keputusan dibuat oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor berkenaan majlis yang dikatakan pada hujung bulan Mac ini. "Tidak ada juga perancangan seperti itu dibuat di peringkat kerjasama PAS, KeADILan dan DAP. Oleh itu saya menyeru supaya maklumat yang tidak benar itu tidak lagi disebarkan," tegasnya. - mr
|
perubahan sistem kerajaan negeri serta negara yang dihendaki oleh rakyat Malaysia telah menakutkan golongan ELITE serta konco2 UMNO.
Pakatan BR harus mengadakan satu landasan perantaraan media masa tersendiri untuk mengumumkan berita2 terkini oleh pakatan kepada rakyat.
Pakatan BR harus menumbuhkan satu laman web BR dengan serta merta untuk membolehkan rakyat mempunyai laluan tersendiri untuk meneliti berita2 negeri serta negara.
Kita sebagai rakyat akan berkongsi matlumat terkini dengan rakyat Malaysia yang masih belum berinternet.
Ini penting dan peluang untuk kita menyokong pakatan BR.