A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Kabinet lebih kecil? -- Muka baru dijangka dominasi pentadbiran Abdullah

Kabinet lebih kecil? -- Muka baru dijangka dominasi pentadbiran Abdullah PDF Print
Monday, 17 March 2008 07:16

Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR 16 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan Kabinet baru beliau yang agak kecil menjelang Selasa ini, yang akan menyaksikan muka baru yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lepas.

Tanda-tanda awal menunjukkan bahawa barisan itu mungkin mengandungi antara 26 dan 28 kementerian berbanding 31 sebelum ini, dengan sesetengah kementerian akan digabungkan.

Sejak beberapa hari lepas, Abdullah telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan semua ketua parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk memuktamadkan butir-butir sebelum beliau membuat keputusan, yang menggambarkan konsep perkongsian kuasa Barisan Nasional (BN) perlu dipatuhi dan mengambil kira semua masyarakat.

Terdapat banyak spekulasi sejak beberapa hari lepas, mengenai menteri mana yang akan dikekalkan oleh Abdullah.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa menteri-menteri yang ditewaskan pada pilihan raya umum lepas tidak akan dilantik semula, ini bermakna bahawa mungkin tidak ada pelantikan sebagai Senator untuk kemasukan dalam Kabinet.

BN menang 140 kerusi untuk memperoleh majoriti mudah dalam Parlimen, hanya kurang lapan bagi mendapat majoriti dua pertiga, sementara pembangkang mempunyai 82 kerusi. Di sesetengah negara, keputusan seperti itu boleh dianggap sebagai kemenangan besar.

Sumber-sumber memberitahu Bernama bahawa beberapa timbalan menteri UMNO dan MCA dalam Kabinet lama akan dilantik sebagai menteri.

MCA berkemungkinan besar mempunyai empat perwakilan muka baru dan MIC akan menampilkan seorang menteri baru buat pertama kali sejak 1979.

“Menteri MIC itu merupakan satu-satunya wakil India dalam Kabinet,” kata seorang sumber yang membayangkan bahawa setiausaha agung parti dan anggota Parlimen Segamat Datuk Dr. S. Subramanian mungkin diberikan jawatan tersebut.

Sumber-sumber itu juga berkata bahawa MIC mungkin diberikan jawatan dua timbalan menteri dan dua setiausaha Parlimen.

Kemungkinan juga ada lagi jawatan timbalan menteri yang diperuntukkan untuk masyarakat India. Sesetengah anggota MIC memberikan spekulasi bahawa Datuk K. Saravanan (anggota Parlimen Tapah yang baru dipilih) mungkin dilantik sebagai menteri.

Sumber lain memberitahu Bernama daripada pihak UMNO, antara calon yang mungkin dinaikkan sebagai menteri ialah bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd. Zin Mohamad dan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Sumber-sumber itu memberikan spekulasi bahawa Shaziman dijangka mengetuai Kementerian Penerangan yang mungkin memperlihatkan komponen komunikasi dikeluarkan daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Langkah ini akan menyelaraskan portfolio penerangan dan komunikasi di bawah satu payung.

MCA mengemukakan empat nama untuk jawatan menteri, yang mengandungi Setiausaha Agung parti, Datuk Ong Ka Chuan, Naib Presiden, Datuk Ong Tee Keat, Ketua Pemuda, Datuk Liow Tiong Lai dan Ketua Wanita, Datuk Dr. Ng Yen Yen.

Ka Chuan dijangka mengambil alih jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan daripada adiknya, Datuk Seri Ong Ka Ting sementara yang lain mungkin memegang jawatan yang selama ini diperuntukkan bagi MCA dengan Pengangkutan kepada Tee Keat, Sumber Manusia kepada Liow dan Kesihatan kepada Dr. Ng Jika Dr. Ng dinaikkan pangkat, beliau merupakan wanita pertama memegang jawatan menteri dalam MCA.

“Kita mungkin hanya mendapat empat jawatan menteri dan lima jawatan timbalan menteri kerana kita telah memutuskan tidak mengambil jawatan setiausaha Parlimen dan memilih sedikit jawatan timbalan menteri,” kata seorang sumber parti.

Sebelum pilihan raya, MCA diperuntukkan empat jawatan menteri, lapan timbalan menteri, empat setiausaha Parlimen dan seorang timbalan speaker Dewan Rakyat.

Gerakan, yang hanya mampu mengekalkan dua kerusi Parlimen, mungkin kehilangan tempat dalam Kabinet kerana pemangku Presiden Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah menyatakan bahawa parti itu tidak akan meminta sebarang jawatan menteri.

Komponen BN dari Sabah dan Sarawak, yang telah memperoleh pencapaian cemerlang dalam pilihan raya umum baru- baru ini, dengan memenangi masing-masing 24 daripada 25 kerusi dan 30 dari 31 kerusi yang diperuntukkan untuk ditandingi, mungkin menyaksikan perwakilan yang tinggi dalam Kabinet pada kali ini.

Sumber-sumber berkata, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah meminta dua lagi jawatan menteri yang sebelum ini, adalah satu.

Parti Rakyat Sarawak (PRS) (1), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) (1) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) hanya meminta jawatan seperti apa yang diberikan sebelum ini dalam Kabinet dan pentadbiran itu hendaklah dikekalkan.

PBB memenangi kesemua 14 kerusi yang ditandingi, SUPP menang enam kerusi daripada tujuh kerusi yang ditandingi sementara PRS dan SPDP masing-masing mengekalkan kesemua enam kerusi dan empat kerusi yang mereka tandingi.

PBB akan sekurang-kurangnya mendapat dua jawatan menteri dan sama ada PRS atau SPDP akan memperoleh satu lagi jawatan menteri untuk mencerminkan dengan lebih baik masyarakat Dayak, kata sumber-sumber itu.

Sebelum pembubaran Parlimen, PBB mempunyai seorang sahaja wakil dalam kabinet, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Effendi Norwawi yang tidak bertanding dalam pilihan raya umum ini sementara PRS diwakili Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Joseph Salang Gandum sementara SPDP diwakili oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Tiki Lafe.

SPDP telah mencadangkan Dr. Tiki Lafe (Mas Gading), Datuk Jacob Dungau Sagan (Baram), Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu) dan Jelaing Mersat (Saratok) serta Senator Paul Chek Nyuk untuk jawatan kabinet persekutuan.

Masyarakat Orang Ulu telah melobi anggota Parlimen empat penggal bagi Baram, Jacob untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri memandangkan beliau akan menyelaraskan pembangunan dalam kawasan pilihan raya luar bandar itu, yang luasnya seperti Pahang tetapi kawasan yang menikmati pembangunan yang paling sedikit di negara ini disebabkan faktor pedalaman dan keluasannya.

Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) juga meminta jawatan tambahan menteri selepas memenangi kebanyakan kerusi yang ditandingi.

PBS menang dua daripada tiga kerusi parlimen, Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) menang kesemua tiga kerusi Parlimen yang ditandingi dan SAPP memenangi kesemua dua kerusi Parlimennya.

Parti komponen lain seperti Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) juga masing-masing memenangi satu-satunya kerusi Parlimen mereka di Pensiangan dan Sandakan.

Antara mereka yang telah menang ialah Timbalan Presiden PBS, Datuk Dr. Maximus Ongkili, Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok (Penampang), Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup (Pensiangan) dan Presiden LDP Datuk V.K Liew (Sandakan).

Sebelum ini, Sabah mempunyai tiga jawatan menteri, masing-masing satu bagi UMNO, PBS dan UPKO.

Komposisi ini mungkin dikekalkan dengan beberapa jawatan timbalan menteri baru dijangka diberikan kepada parti komponen BN Sabah.

“UPKO mungkin memperoleh seorang jawatan timbalan menteri selain satu jawatan menteri sekarang,” kata seorang sumber dari Sabah.

SAPP, LDP dan PBRS masing-masing dijangka mendapat seorang timbalan menteri.

– Bernama

Comments (6)Add Comment
...
written by kamal, March 17, 2008 07:24:22
Pah Lah to have a small cabinet since KJ has proposed it. It would be easy for KJ to control and supervise and Pah Lah can go and sleep.

Since KJ is elected, he can be made a Menteri Jaga Menteri post, a new creation in Pah Lah's cabinet which will supervise every area.

Malaysia is going to be going down the drain very soon.

Syabas to those who had VOTED FOR BN. A good lesson to learn.

Read my blog KAMAL-TALKS http://kamal-talksmalaysia.********.com

T
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by CitizenBodohland, March 17, 2008 11:46:23
Shoe cabinet or kitchen cabinet?
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by fromamovingtrain, March 17, 2008 11:52:53
bn's cabinette.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by citizen eye, March 17, 2008 12:20:54
KJ has a portfolio in the new cabinet.
He will be the Menteri Jaga Menteri.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by budakindia, March 17, 2008 12:47:31
wah! tahniah khairy! dapat menjadi menteri segera! smilies/grin.gif Tapi kementerian mana ye? kewangan, pelajaran, kementerian dalam negeri? Tentu telungkup Malaysia! smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by hilmyali, March 17, 2008 13:50:45
Khairy akan dilantik menjadi Menteri keselamatan dalam negeri supaya semua yang tak sokong dia akan ditahan dibawah ISA.
Dia juga akan dilantik sebagai Menteri Kewangan 3 supaya senang keluar duit untuk semua projek dia dan kroni-kroninya...... smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM