A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Letters/Surat arrow PascaPRU12: Ini Akibat Persempadanan Pilihanraya UMNO

PascaPRU12: Ini Akibat Persempadanan Pilihanraya UMNO PDF Print
Sunday, 16 March 2008 23:13

Tulisan ini bukan bertujuan untuk menikam keris umno kpd umno kembali. tetapi oleh kerana terlalu ramai yg mengeluh, melayu hilang kuasa, umno hilang kuasa etc, saya ingin membawa pembaca kpd sejarah. Kita tak perlu pergi jauh. Kita hanya perlu pergi 10 tahun yang lalu.

Sebelum 1999, sempadan pilihanraya adalah hampir mengikut keturunan. Pada masa itu org cina dilonggokan beramai ramai disatu tempat. Orang melayu pula diberi banyak kerusi. Pada masa itu, kiranya orang melayu pandai memilih, mereka akan mendapati bahawa pemerintah merupakan orang melayu yang kuat dan pembangkang juga merupakan pembangkang melayu yang kuat.

Malangnya ketotokan orang melayu, pada setiap pilihnraya, orang melayu hanya tahu memilih umno. Hingga timbullah bidaah bahawa hanya umno yang tahu memerintah. Hari ini kita juga tahu pemimpin umno amat pandai menghabiskan harta negara.

Kemudian datang tahun reformasi tahun 1998. Pada tahun berikutnya, tahun 99, PRU10 berlaku. Orang melayu pada masa itu berduyun duyun meninggalkan umno. UMNO terlentang kerana mata hitam@lebam pada masa itu. Cuma nasib baik pada masa itu orang cina pula yang membantu umno bernafas. Umno masih menang dengan nyawa nyawa ikan. Dan orang cina lah yang membantu umno.

... So jangan lupa bahawa orang cina pernah membantu umno. Pembangkang pada masa itu tidak sedikit pun memarahi orang cina. Pada PRU tersebut antara yang mendapat keuntungan ialah PAS dengan mula mendapat pengaruh dan kerusi kerusi di parlimen terutamanya.

Antara insiden nyata bagaimana orang cina menyokong umno  ialah pada satu majlis pilihanraya dirumah PM Mahathir, hampir tidak ada orang melayu yang datang. Yang datang majoritinya orang cina dan juga juak juak mahathir. Itu menunjukkan bagaimana larinya orang melayu dari umno.

Pada tahun 2001-2002, kerajaan umno yang memerintah mula membuat persempadanan semula. Dengan teori bahawa orang cina akan sentiasa menyokong BN dan orang melayu tidak boleh dipastikan undi mereka, maka persempadanan semula telah memberikan Undi Penentu kepada orang bukan Melayu. Ianya mudah utk dilakukan. Ianya dilakukan dengan meletakkan kebanyakan tempat, undi melayu dalam lingkungan 65% dan 35% undi bukan melayu. Dengan itu keputusan pilihanraya akan ditentukan oleh undi orang bukan melayu. Persempadanan semula ini juga untuk memastikan PAS tidak berjaya didalam sebarang pilihanraya.

Pada hukum adatnya, dengan berbuat demikian, umno telah design satu persempadanan yang akan membuatkan umno akan menang sehingga hari kiamat. Tetapi manusia merancang tapi Allah ada perancangan nya. Siapa sangka dengan apa yang berlaku pada PRU 12 ini.  Ini menunjukkan bahawa utk orang Islam, iman ilmu pembacaan dan amal akan boleh merubah hati. Begitu juga utk orang bukan islam, nilai yg baik, ilmu pembacaan yg luas membuatkan mereka tidak jijik untuk mengundi PAS.

Ini juga menunjukkan kerakusan umno utk terus mendapat kuasa telah memakan diri mereka. Mereka sepatutnya memikirkan bahawa persempadanan yang terbaik ialah memastikan pemerintah melayu islam yang kuat dan pembangkang melayu islam yang kuat. tetapi kerana rakus, ianya dimusnahkan dengan memberi orang bukan islam sebagai 'decider'.  Dan sekarang pejuang nasionalis melayu secara tidak langsung menyalahkan pengundi melayu terutama pengundi melayu muda.

Tetapi kita bersyukur dengan konsep 'nilai murni sejagat', memperjuangkan keadilan, jijik dgn rasuah dan kerenah pemimpin lupa diri, rakyat negara ini samada melayu cina india tidak segan dan tidak jijik utk mengundi pas pkr dan dap. cuma malang sedikit dap yg over excited (bukan dap tapi LKS dan LGE) telah sedikit spoil the party. Tapi jgn marah LKS sahaja kerana bekas menteri yg tak mahu turun juga biadap di perlis.

Penutupnya, keputusan PRU12 kali ini juga disebabkan persempadan yg telah umno design utk memastikan mereka menang hingga kiamat. Cuma pada kali ini SENJATA MAKAN TUAN.

Wallahualam.

hamdy

Comments (3)Add Comment
...
written by amus, March 16, 2008 23:26:29
lafas niat ketika pergi mengundi.....

sahaja aku keluar barisan, naik roket pergi ke bulan demi keadilan.
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by miracle, March 16, 2008 23:35:04
i have not once voted the other parties than bn the last 3 PRU , i am non malay - chinese, i have been very supportive of the bn goverment during Tun Mahathir"s times (am very proud of)and 2004 PRU as well... but the last 4 years... things changed... situation getting scarier ... i am more stress .. getting very angery with how things were .. the media .. the "stupid" "arrogant" "selffish" remarks .. the security ... the value of money ... getting so so small .. and announcement of not so benficial super mega projects ... hai... at last ..2/3 but still ... the losing party "cant afford(bear) to lose" (Tak mampu kalah/"she hmm hey (cantonese)" ....
report abuse
disagree 2
agree 2
...
written by myke, March 16, 2008 23:56:56
Malangnya umno tidak mempunyai kematangan ahli politik, dah kalah tapi sekarang mencari hal perkauman untuk dibela walaupun telah ditolak rakyat.
report abuse
disagree 0
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM